Rintihan Arwah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa diucapkan kepada pembaca Fiksyen Shasha. Aku Bobo. Kisah yang akan aku ceritakan ni mengenai saudaraku Fida yang dikurniakan Allah kelebihan hijab yang terbuka. Aku tak janji kisah ini menyeramkan tetapi aku berkongsi kisah ini supaya kita dapat belajar daripadanya

Aku percaya bahawa semua keluarga ada skeleton in the closet (rahsia/konflik besar yang hanya kau orang satu keluarga sahaja tahu). Dalam keluarga besar kami, rahsia kami ialah pertelingkahan antara Nenek dan Pak Long aku yang menjangkau 11 tahun lamanya. Punca pertelingkahan adalah ego (bukan isu harta). Selama 11 tahun, Pak Long tidak bertegur sapa dengan Nenek walaupun mereka tinggal sekampung, selang beberapa buah rumah sahaja. Hati ibu mana yang tidak tersinggung dengan perbuatan anaknya walaupun dalam isu itu Nenek lah yang lebih bersalah. Tidak kami duga, sebenarnya bukan Nenek seorang yang menahan perasaan. Dan disinilah tersingkapnya ‘kelebihan’ saudara kami Fida yang menjadi titik tolak kepada kisah ini.

Satu malam, sosok seorang lelaki berpakaian putih bersih muncul dalam mimpi Fida. Riak wajahnya sayu, sedih bagaikan ada hajatnya yang tidak tertunai. Walaupun Fida tidak pernah bertemu lelaki tersebut dalam hidupnya, dia pasti akan gerangan pemilik sosok tersebut.
“Ibu, semalam Fida mimpi Ayah Tok”, ujar Fida. Ibu Fida yang ku panggil Makcik membalas acuh tak acuh “Fida merepek apa ni? Ibu tak suka lah”. Fida tidak puas hati, “Betul Ibu, muka Ayah Tok sedih sangat. Sayu je.” Makcik aku berkata “Fida jangan reka-reka cerita. Ibu tak suka” seraya mematikan perbualan.

Makcik aku bukan tidak percaya akan alam ghaib. Cuma dia tidak suka Fida main-main tentang Ayah Tok. Sudah lama Ayah Tok pergi menghadap Ilahi. Awal 90 an. Aku masih ingat jasad Ayah Tok disemadikan pada waktu malam. Fida belum pun dilahirkan ketika itu- dia baby millenium. Fida hanya mengenali beliau daripada sebuah potret besar Ayah Tok yang dilukis oleh Pak Ucu ku. Pak Ucu ku memang seorang pelukis yang berbakat. Potret tersebut tersergam indah di meja telefon di rumah Nenek. Tidak jemu kami cucu-cucu menatap wajah Ayah Tok.

Makcikku ada sebab lain kenapa dia tidak mempercayai Fida. Seputar waktu yang sama, Fida juga sering histeria di sekolah sehingga beberapa kali Makcik dan Pakcik terpaksa mengheret Fida balik ke rumah. Dia sering mengatakan dia ternampak kelibat-kelibat tetapi ‘mereka’ tidak pernah menunjukkan wajah. Makcikku risau, takut-takut itu hanyalah mimpi karut semata-mata. Akhirnya Makcik menceritakan mimpi tersebut kepada Pakcik (Makcik adalah saudara sabit kami). Mereka berdua tahu apa yang diratapi oleh Ayah Tok dalam mimpi tersebut. Tidak lain tidak bukan, pertelingkahan Nenek dan Pak Long.

Sebelum Makcik dan Pakcik memberitahu keluarga besar kami mengenai mimpi Fida, Pakcik dan Makcik telah berikhtiar membawa Fida ke hulu ke hilir untuk diubati. Akhirnya Pakcik dan Makcik menerima kenyataan yang dahulu cuba dinafikan; hijab Fida telah pon terbuka. Mereka berhadapan dengan dilemma sama ada mahu menutup kembali hijab tersebut ataupun memanfaatkan ‘kelebihan’ itu. Dan Makcik aku -yang aku secara peribadinya menggelarkan ‘iron woman’- membuat keputusan untuk memanfaatkannya. Mereka pasti Allah memberikan kelebihan ini bersebab. Oleh itu, mereka berdua berusaha membantu Fida. Fida juga bersungguh-sungguh belajar untuk mendinding dirinya dengan ayat2 suci al-Quran yang diajar oleh bapa saudaranya (seorang ustaz) dan ustaz-ustaz yang lain. Akhirnya Fida, Pakcik, dan Makcik bersedia untuk memaklumkan hal mimpi tersebut kepada keluarga kami. Sebelum itu, Fida mendapat satu lagi alamat.

“Nantikan Ibu, ada seorang adik beradik Abah yang tak percaya. Dan nanti kita pergi, kita kena bawa 2 orang ‘orang luar’ (bukan ahli keluarga)”. Fida memberitahu Makcikku. Makcik jatuh risau. Risau kalau-kalau hal ini lebih memburukkan keadaan. Bagaikan tikus membaiki labu pula jadinya. Tapi mereka menguatkan tekad, memikirkan pertelingkahan yang tiada kesudahan, tiada faedahnya jika dibiarkan. Lebih sedih Ayah Tok di sana. Dan malam itu, makcik dan pakcik merayu kepada semua adik-beradik untuk berkumpul di rumah Nenek.

Pada malam yang bersejarah itu, semua keluarga besar kami berkumpul di rumah Nenek. Bayangkan, sudah 11 tahun kami tidak berada di bawah bumbung yang sama dengan Pak Long dan keluarganya. Fida menceritakan semuanya kepada keluarga besar kami- mengenai mimpinya tentang Ayah Tok. Selain itu, di rumah Nenek juga ada ‘makhluk’ yang berkeliaran di dalam kolong rumah (bawah rumah). Dan Nenek sendiri pernah disakat oleh makhluk tersebut. Tetapi seperti yang Fida katakan sebelum ini, ada orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang didengarnya.

“Kamu merepek apa ni Fida? Mimpi lah, apa lah. Kalau betul ada hantu dekat rumah ni, kenapa Pak Ucu tak pernah nampak pon?? Dan kau ni Abang Long. Dah lama kau sakitkan hati Mak. Tak pandai mengalah sebagai anak. Anak jenis apa macam ni? Padahal duduk sebelah rumah je. Tak pernah jenguk Mak!” Ya, Pak Ucu lah orangnya yang tak percaya akan mimpi Fida. Selepas semuanya sudah dilepaskan, air mata berjujuran, akhirnya Nenek dan keluarga Pak Long mencapai kata sepakat untuk berbaik dan melupakan kisah lalu. Selepas itu bermulalah upacara menghalau makhluk yang mendiami kolong rumah.

Dengan bantuan ‘orang luar’ yang Fida kata mesti dibawa bersama, mereka membancuh dan ‘menjampi’ (dengan ayat al-Quran) berbaldi- baldi air yang antara ramuannya adalah lada kering (air lada). Memandangkan Fida dapat melihat makhluk tersebut (seekor gemuk bulat, seekor lagi panjang), dia lah yang mengarahkan ustaz2 tersebut mengenai di mana perlu dilemparkan air lada tersebut. Ke mana makhluk itu lari Fida akan memberitahu ustaz di mana posisi mereka. Akhirnya mereka memagar keseluruhan kawasan rumah Nenek dengan air lada dan berakhirlah perjumpaan keluarga kami malam itu.

Ingin aku nyatakan di sini, sebenarnya aku tidak ada di tempat kejadian. Ketika peristiwa ini berlaku, aku menuntut di sebuah universiti di luar negara. Adik aku lah yang meceritakan peristiwa ini kepadaku melalui ‘Skype’. Ketika itu jam 1 pagi waktu Malaysia. Sedang aku asyik mendengar kisah adikku, aku mendengar bunyi aneh dalam perbualan kami. Bunyinya seperti orang membaca jampi serapah dalam Bahasa Thai. Aku terus ketakutan dan menamatkan perbualan “Adek, kesian dekat adek tidur lewat. Nanti aje lah kita sambung. Bye”. Dan aku terus mematikan panggilan.

Aku menyedapkan hati dengan mengatakan mungkin siaran radio Thai yang mengganggu perbualan kami memandangkan Adek belajar di sebuah universiti berdekatan dengan negara jiran. Tetapi aku bertanyakan hal ini kepada kawanku yang mengikuti kuliah fizik, dia berkata mustahil perkara itu boleh berlaku kerana gelombang radio adalah berbeza dengan gelombang yang dipancar oleh laptop (lebih kurang la, aku tak pandai sains, hehe). Aku hanya memberitahu Adek mengenai apa yang aku dengar setahun selepas itu, apabila aku telah pulang ke Malaysia. Adik aku cakap, dia pon mengesyaki ada yang tak kena kerana aku mematikan panggilan terburu2. Tetapi Alhamdulillah dia tidak diganggu pada malam itu. Mungkin aku yang paranoid Wallahua’lam. Bila teringat balik, kami akan tergelak. Adikku tidak puas hati aku meninggalkan dia dalam ketakutan. Haha. Sorry dek.

Bagi mengakhiri cerita, ingin aku nasihatkan kalian untuk mengambil ikhtibar daripada kisah keluargaku ini. Fikirlah dalam-dalam sebelum kalian membuat keputusan untuk memutuskan tali silaturrahim. Usahlah dipanjangkan persengketaan kerana isu remeh temeh apatah lagi isu harta. Ya, kita puas kerana dapat melampiaskan nafsu amarah. Tetapi mungkin ada ‘orang’ lain yang akan turut merintih kerana ego kita. Sehingga hari ini, Pak Ucu masih belum berbaik dengan Pak Long. Fida pula, terlalu banyak yang dia perlu lalui dengan hijabnya yang menguji iman. Tetapi aku hanya akan kongsikan kisah yang berpengajaran. Kisah-kisah seram lain, biarlah tersisip rapi dalam lipatan sejarah keluarga kami.
Terima kasih. Assalamualaikum dan Salam sehati sejiwa.

P/S: Alhamdulillah Fida dikurniakan kelebihan untuk ‘mengubati’ orang. Bukan sedikit orang yang sering meminta bantuan Fida. Tetapi Makcik tidak suka heboh-heboh mengenai Fida. Kenapa? Cuba anda kira berapakah umur Fida?

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Bobo

18 thoughts on “Rintihan Arwah”

  1. Ko cite ape ni.mslh famili ko ke.cini bukan cite fiksen famili ni.ko buang masa org jeni.bodo je.admin pon bodo gk .bpe kli nk ckp.filter dlu cite lahabau kedut.

    Reply
  2. Aku rasa encik zul kejang ni ada sindrom saka kejang la dlm bdn dia.. saka kejang ni, bila encik zul bukak jer FS, scr automatik saraf2 otak beliau akan kejang.. dn dgn tdk semena2, mulalah beliau mencarut ntah apapa hasil tindakan saka kejang peliharaan beliau yg dh lama beliau warisi sejak turun temurun..

    Reply
  3. kemas aje penulisan si penulis,seronok baca. baca cerita ni mmg boleh nmpk yg fida ni berani nk hadap benda2 ni. semoga gunakan kelebihan ni di jalan yg baik,inshaAllah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.