Asha First Time Jumpa

Assalamualaikum pembaca FS. Nama aku Asha, berumur 24 Tahun. Kejadian ni berlaku tahun 2011. Masa tu umur aku 18 Tahun. Baru habis SPM dan baru saja di terima masuk dalam Politeknik area Perak. Mungkin bila aku cerita nanti boleh la bayangkan aku duduk di Poli mana. Sebab di Perak ada 2 Poli sahaja. Masa tu minggu kedua selepas orientasi. Penat lelah turun naik bukit. Haha. Cuti Raya Haji tak silap aku. Sebagai seorang pelajar yang tak pernah duduk asrama (padahal dulu duduk asrama sekejap lepas tu lari) haha, so aku excited la bila ada cuti and decide balik JB dengan kawan kawan aku.

Sampai je dekat rumah, aku pun mandi, bersihkan diri then basuh baju sebab aku cuti sampai ahad saja. Sebelum aku cerita lebih lanjut. Rumah yang aku duduk ni rumah empat tingkat. Hehe. Rumah flat. And since aku sekolah menengah lagi aku memang selalu kena tindih. Siang siang hari pun kena. And kadang kadang tu aku selalu dengar mak aku panggil dari dapur. Aku memang selalu lepak dalam bilik so bila ada sesiapa panggil memang kurang dengar. Tapi bila sampai dapur, mesti mak aku cakap mana ada panggil aku, So aku pun abaikan jelah.

Ada satu hari tu, siang kot. Aku lepak dengan mak aku tengok Hindustan. Pun kena tindih. Aku boleh nampak mak aku masa tu tengok Hindustan sambil makan orange tapi badan aku tak boleh bergerak. Memang aku terkumat kamit baca ayat Kursi. Bila bangun terus terkebil kebil tengok mak. Tapi aku tak pernah cerita kat sesiapa. Berbalik pada cerita lepas aku mandi and basuh baju, aku pun gantung lah baju tu tepi tingkap untuk biar cepat kering sebab rumah aku memang jarang tutup tingkap sebab panas. And tingkap tu pulak berdepan dengan sofa yang aku selalu lepak tidur sambil tengok tv. Sofa tu pulak sebelah pintu rumah aku. Yelah rumah flat kecik je.

Aku pun tertidur and tiba tiba kena tindih lagi sekali tapi kali ni tindih yang kuat sampai aku nak baca ayat Kursi pun susah, tak boleh. Aku pun cuba baca sekuat hati sampai la mata aku boleh terbuka and nampak sekeliling and guess what? Aku nampak lembaga hitam dekat tingkap yang aku sidai baju tu and lembaga tu ketawa sinis kat aku. Macam dia cakap, “Tu je kau boleh baca? Ayat Kursi?” sambil sengih ketawakan aku lepas tu lembaga tu pun hilang. Dan aku terus terjaga sambil berpeluh peluh. Terus lari bukak lampu and istighfar banyak banyak.

Bila dah tenang, aku pun tutup tingkap and tidur balik. Aku ingat setakat tu je. Lepas tu aku dalam separuh sedar aku nampak cik Gula Gula dekat pintu rumah aku. ‘Benda’ tu tengah perhatikan aku. Aku pun bangun then terjatuh. Lepas tu aku rasa macam tersentak. Rupanya aku mimpi. Tapi yang pelik, benda tu berulang ulang. Lepas aku jatuh, aku bangun, aku nampak Gula Gula then aku terjaga. Berlarutan sampai la aku betul betul terlelap.

Esoknya ayah aku hantar balik Perak. And dalam perjalanan aku cerita semuanya. Respon ayah, “ ‘Dia’ pelik kot sebab first time nampak kau dalam rumah. sebab kau dah masuk Poli” and ayah pesan tidur jangan lupa dalam wudhu. Sejak tu sebelum tidur aku pastikan satu rumah tutup tingkap and takda apa apa tergantung dekat tingkap. Trauma!

1 thought on “Asha First Time Jumpa”

Leave a Comment