ASRAMA DAN SIHIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca cerita seram di Fiksyen Shasha. Aku berterima kasih kepada admin, kerana sudi menyiarkan cerita aku sebelum ini iaitu “Tempat Kerja Aku Adalah Rumah Dia” dan kisah kali ini aku ingin ceritakan adalah pengalaman aku ketika aku belajar di sebuah institusi di Kuantan, Pahang. Aku nak intro sedikit nama aku adalah Faizal. Berumur 28 tahun

Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah mengenai tempat belajar aku dan ngangguan dalam diri aku. Semasa aku mendapat tawaran di Pahang. Pada mulanya, aku sangat takut. Ialah, bagi aku berjauhan dengan keluarga tersayang dan tidak duduk bersama-sama membuatkan aku sendiri risau duduk di asrama. Lagi pula, aku bukanlah jenis budak yang suka duduk dekat asrama. Disebabkan cerita seram yang aku dengar melalui sepupu aku hahaha. Nak tak nak, aku terpaksalah pergi untuk mencari ilmu dan capai cita-cita.

Semasa semester pertama tiada apa yang berlaku. Kalau korang nak tahu. Asrama aku ini dekat dengan tempat perumahan orang kampung dan dua kilometer dekat dengan pantai. Jadi, kalau malam-malam ulang kaji pelajaran memang sejuklah.

Kisah seram berlaku, sewaktu aku dengan roommate aku 4 orang berada dalam bilik. Time tuh kami sedang study. Nama kawan aku ni Munir. Dia tanyalah kami “weyh jom study dekat lobi aras 2,yang ada tv tuh” kami pun mengiyakan sahaja.
Semasa kami mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba sahaja kami terdengar suara budak perempuan menjerit-jerit. Al maklumlah. Asrama lelaki dan asrama perempuan sebelah-sebelah sahaja. Kalau nak intai pun tak boleh sebab ada dinding. Jadi, kami pun buat tak tahu jelah. Sehinggakan, budak lelaki pun kena rasuk. Lantas, warden menyuruh kami semua yang duduk di lobi bergegas masuk ke dalam bilik masing-masing. Kami pun terpaksa akur dan terus masuk dalam bilik.

Pada malam itu, aku tak tahu kenapa aku rasa nak buang air kecil sangat. Padahal, aku takdelah minum air banyak pun. Jadi, aku pun keluarlah. Kalau korang nak tahu. Blok aku duduk ni boleh bertentangan dengan bilik depan. Jadi, aku nak keluar dari bilik aku tuh tersangatlah jauh. Aku kena lalu 2 bilik kosong yang tak berpenghuni. Nak tak nak, lalu jelah kan. Aku dengan langkah baca ayat tiga Qul dan ayat qursi. Masa aku lalu tuh pintu bilik kosong ni tak terbukak. Selepas, aku dah buang hajat. Macam biasa kena redah 2 bilik kosong tadi.

Masa aku jalan tuh. Aku tak tahu kenapa mata aku melilau tengok bilik tadi. Dan, yes. Aku nampak pintu tuh terbukak. Setahu aku, pintu tadi tertutup masa aku nak pergi tandas. Aku malas ambik pusing, aku terus masuk dalam bilik aku. Ingatkan dah tak kena kacau. Rupanya, dia menjelma di sebelah katil kawan aku. Aku punya katil double decker. Jadi, malam itu tidur aku memang tak lena, aku terasa seperti ada orang bercakap di telinga aku. Dan lama kelamaan, aku terhidu sesuatu yang tersangat wangi dan bau dia macam bau kapur barus. Semakin lama, aku terasa seperti ada orang memanggil namaku “Zal, Faizal”. Suara dia seolah-olah berada di katil sebelah. Baru je aku nak pusing ke katil Aiman. Aku ternampak sebunjut duduk betul-betul dekat atas kaki si Aiman kawan aku ni. Aku pun cepat-cepat tarik selimut dan ye dia boleh pulak tarik selimut aku. Last-last, aku campak je selimut tuh kat bawah.

Esok pagi, selepas kami pergi ke kelas. Semalam orang histeria sebab mereka kena nganggu dengan penjaga dekat situ. Mana tidak kena nganggu, mereka main Sprit Of the Coin. Lantas Aiman tanya aku “Zal, kau kenapa semalam terpekik-pekik macam nampak hantu” aku pun jawab dengan tak nak dorang takut apa yang aku nampak dalam bilik “takde apalah”. Selepas itu, keadaan aku semakin teruk.

Semasa semester ke 4, aku macam biasa dapat bilik yang sama dengan kawan-kawan aku di semester 1 dahulu. Keadaan aku berubah selepas sahaja masuk semester 4. Kali ini, aku bukanlah diri aku yang dulu. Aku cepat marah, benda yang kecik pun boleh jadi besar. Dan sekelip mata perangai aku berubah. Tempat yang keras. Aku boleh duduk sorang-sorang. Seperti di alam aku sendiri. Dan aku selalu mimpi terjun dari bangunan, mimpi baby dan macam-macam lagi. Sampai aku pulang ke rumah pun aku punya baran tidak hilang. Dan aku sering meracau seperti kerasukan. Ayah membawa aku ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Semasa aku berubat, benda itu turut menunggu aku di bawah. Kata ustaz, “kamu belajar di mana, sekarang” aku pun jawab “di Pahang” . Ustaz ini memberitahu aku dan juga keluarga aku. Yang dalam badan aku ada 25 jin dan disihir oleh seseorang. Siapa orang itu tidak penting. Dia menyihir kamu kerana ada sifat dendam di hati dan juga ngangguan di asrama kamu adalah dia yang menghantar. Mak aku pun bertanya kepada ustaz “kenapa macam tuh sekali ustaz” kata ustaz “tempat yang aku duduk ni. Dia tidak kira orang. Kadang yang baik boleh jadi jahat. Yang jahat jadi baik”dan anak kamu ini ada benda yang berdamping dengan dia. Kata ustaz itu tadi.

Dan alhamdulilah, sejak aku berubat dengan ustaz itu. Aku dah kembali pulih. Dan kawan-kawan aku juga sangat gembira dengan perangai aku yang dahulu. Yang tidak baran, tidak suka marah-marah. Kerana mereka tahu yang kawan mereka ini tersangatlah malu orangnya.
Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Leave a Comment