ASRAMA PKP

hi FS , saya dah lama baca kisah seram ni dari twitter lagi hihi. baru ada rasa nak kongsi kisah seram saya ni yang terjadi pada saya ketika saya berusia 18 tahun.

alkisah nya, saya merupakan pelajar ipt zaman PKP yang ditangguhkan untuk masuk ke kampus dan banyak kolej-kolej dan universiti yang lama ditutup sebab covid 19. selepas keputusan UPU keluar, saya ditempatkan di Politeknik, Politeknik di mana? saya rahsiakan tapi kalau ada yang tahu, tahu lah . tapi pada awalnya, kami tak dibenarkan lagi untuk masuk ke kampus dan segala urusan pembelajaran semua atas talian. kami di arah kan untuk pulang ke kampus selepas sebulan macamtu lebih kurang.

okay pendekkan cerita, saya sampai di politeknik tersebut dan check in ke kamsis. waktu tu, 1 bilik asalnya akan duduk seramai 6 orang tapi sebab waktu pkp masa tu dan perlu ikut SOP jadi roommate saya ditetapkan hanya 4 orang. roommate saya adalah classmate saya iaitu Azlin, Rina dan Fira ( bukan nama sebenar ) dan masih berkawan sampai sekarang. awal-awal masuk takda apa pun masing-masing excited sebab tak pernah duduk asrama katakan hihi bila jumpa kawan memang sakanla kan. mungkin itula silap kami. keadaan bilik waktu tu selepas ditinggal kan hampir 2 tahun kalau tak silap sebab kes covid yang melanda, memang berhabuk terukla pastu macam ada rambut rambut penghuni lama, siapa yang tak tahan dan alergik habuk macam saya mesti demam mengemas hahaha.

okay kami unpack la semua kan gelak gelak bukan main seronok kan. bergurau sana bergurau sini kali pertama bersua muka kalau tak semua tengok kat google meet je. setelah selesai kami mengemas dan susun semua baju, kami mandi dan tiada apa apa jadi. yang ni saya pasti memang salah saya dan kawan saya Azlin sebab kami ni memang peminat lagu lagu metal hahahah jadi kami pun pasang lagu tu dekat laptop si Azlin. kami pun berjoget joget nyanyi nanyi gelak gelak dengan kawan kami yang lain tu yang tk pernah dengar lagu genre macamtu. dan waktu tu dah petang macam pukul 6 lebih macamtu dan tak terfikir la nak pasang ayat alquran ke apa dah galak sangat.

bilik kami berada di aras 4 dan kami menghadap pokok yang sangat besar dan seram. waktu tu tak ramai pun yang tinggal kat asrama tu sebab kemasukan pelajar adalah berperingkat. okay hari kedua lah di mana semua nya jadi pelik dan seram..

hari kedua tu, kami masih kelas online tapi kami masih perlu bersiapla sebab kelas online kena buka camera. kawan saya Rina, bersiapla pakai skincare dan makeup. kemudian Rina ni letak sunscreen dia tepi meja belajar dia. lepas je kelas, kami ni ramai ramai solat kt surau aras 4. lepas je habis, rina ni pelik sunscreen dia hilang. dia tanyala kami semua siapa ambil, ada yang curi ke, ada juga yang tuduh menuduh beranggapan ada yang nak prank sorok sorok barang tapi takda. semua tak mengaku dan dahh check kat semua bag masing masing memang takda. so takda fikir apa apa yang pelik dia beli je sunscreen baru. LEPAS 3 HARI KEHILANGAN SUNSCREEN TU, tiba tiba kami balik je dari cafe, sunscreen si Rina ni ada balik kat tempat yang sama dia letak. haa kami dah hairan dah seram sejuk waktu tu. tapi endah jela sebab macam perkara biasa je kacau kacau macamtu.

lepas seminggu macamtu kami berada di situ, “dia” main sorok sorok orang pulak. kami siang tu merayapla ke bilik kawan kami yang lain. yelaa bosan time tu nak outing tak boleh, terikat dengan SOP. kami berborakla kat bilik kawan kami tu kemudian si Azlin ni beredar dulu pulang ke bilik kami sebab boyfriend dia call. jadi kami cakapla, tunggu kami kat bilik, kita pergi surau sama sama. kemudian, kami pun pulangla ke bilik dan ambil telekung untuk pergi ke surau. katil saya berhadapan dengan si azlin ni tapi dia takda dah kat situ. kami panggil juga dia “ azlinn, jom gi surau takyah nyorok bagai cepat. kami tinggal kau tau la “. si azlin ni memang banyak main hahaha penghibur kami la ni. kami panggil pun tak nyaut saya pergi check dekat katil dia, memang takda orang. jadi kami pun nak keluar la dari bilik. tiba tiba azlin ni bersuara “ weh tunggulaa aku “ kami semua macam terkejutla sebab si azlin ni memang takda tadi! kami tanya dia kami panggil tadi tak dengar ke? dia kata dengar, dia menyahut dan nampak kami tapi kami seolah macam tak nampak dia. haa kami pun meremanglaa si azlin ni kena sorok.

lepastu habis pasal sorok menyorok, kami ni saya, azlin dan rina kerap diganggu dengan lembaga hitam kami panggil dia ni orang minyak. dia ni tubuh nya seperti lelaki lah. kami kerap nampak penampakan orang minyak ni. kadang dia intai kat ampaian, kadang dia intai kat bilik dan apa lagi yang buat kami macam yakin yang dia tu lembaga hitam lelaki adalah bila kawan saya on call dengan boyfriend dorang, mesti boyfriend dia akan cakap “ you bawa lelaki masuk ke kat asrama you?” boyfriend dorang ni dengar suara lelaki berborak dalam bilik tu walhal peraturan kat situ sangatlah ketat ye, asrama lelaki pun jauh. hampir bergaduh kawan saya dengan boyfriendnya sebab kes ni.

yang ni saya kena sendiri dan saksi adalah azlin. waktu tu saya turun cafe berdua je dengan azlin ni dan roommate saya yang lain di bilik kawan saya yang lain tengah push rank ml. jadi saya pun kuncila bilik tu dan turun ke cafe beli makanan dan naik atas. lepas saya dan kawan saya naik atas tu, kami duduk bersila di bawah yang berlapik dengan carpet si azlin bawa ni saya terpandang tingkap bilik saya. ada tulisan nama saya dan tulisan “ hi “ sangat besar ye tulisan tu. saya macam terkejutla tapi tak fikir hantu ke apa sebab roommate saya ni banyak main, saya snapla tingkap tu pastu gelak gelak dengan si azlin ni. “ kau tengokla perangai si rina dengan fira ni. tingkap pun jadi buat main tulis tulis nama aku “ pastu saya send dalam group dan marah la kenapa buat main benda macamtu tapi dorang memang tak mengaku dan bersungguhla kata bukan dorang. saya dan si azlin siap suruh dorang ni cuba tulis balik kat tingkap tu macam mana tulisan tu sedia ada. TAK SAMA LANGSUNG. tulisan tu berada di tengah tingkap. tingkap tu agak luas dan kami ni berapa di tingkat 4 jadi agak mustahil untuk si dua orang ni mendajal saya dengan buat macamtu. berderau la d***h saya sebab dia tulis “ HI “ “ ( nama saya )” kami semua senyap dan pandang each other. si azlin ni cubala padam tulisan tu dan si rina ni tengok di luar tingkap taktaula apa yang bijak sangat buat macamtu dahla malam.

lepas kejadian tu, kami ni ramai ramai pergi bilik kawan kami yang lain dan mulala dorang buka cerita si azlin dengan rina ni. menurut azlin, sewaktu dia nak padam tulisan tu, dia dapat rasa ada tangan yang sangat sejuk sentuh tangan dia tapi bila tengok takda apa pun. memangla takda apa tingkat 4 kot! siapa pula boleh terbang tingkat 4?? si rina pulak cerita waktu dia tengok kt luar tingkap tu dia mendongak kt atas, dia nampak orang minyak tu terjuntai ke bawah kt tingkap bilik atas. meremangla kami semuaaaa. memang sejak tu banyakla gangguan biasa macam start pukul 10 je kerusi meja almari bergerak gerak macam ada orang alih perabut kt atas. non stop bunyi sampai la ke azan subuh.

itu jee cerita saya hihi sorry kalau tak seram.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 4.1]
aina

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.