PART 2
Hello readers sekalian, kalau sebelum ni aku pernah bercerita tentang pengalaman seram aku dekat sebuah sbp di pantai timur ni, sekarang kita beralih pada zaman aku lower form dulu, kali ini di pantai barat.
Sekolah aku ni merupakan SMK biasa je tapi berstatus Sekolah Sukan haaa so senang cerita sekolah ni banyak melahirkan atlet2 la untuk wakil negeri. Berbeza dengan Sekolah Sukan macam SSBJ tu, kitorang bukan asrama penuh. Hanya asrama harian yang ada satu blok aspura dan satu blok aspuri yang kedua-duanya hanya lah berketinggian 2 tingkat dan boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pelajar. 100 orang pelajar aspura, 100 orang pelajar aspuri. Dekat sini, macam aku cerita dekat previous story, kitorang duduk dalam dorm, dan 1 dorm ada 20 orang, so senang cerita satu batch tu 20 orang max. Walaupon ada 5 dorm je, tapi lebih seram dari SBP yang aku duduki masa Tingkatan 4 hingga 5. So, ada a few stories yang aku akan ceritakan dekat sini based on pengalaman aku sendiri, kawan-kawan or senior-senior.
2013, Ketua Aspuri ada 2??
Ini pengalaman aku sendiri, masa ni aku Tingkatan 1, baru je masuk dalam few months so yeah masih bocah la orang kata. Ketua Aspuri tahun ni sangat seram, sejujurnya. Sepanjang 3 tahun aku dekat sekolah ni, KA masa aku Form1 la paling kerek sekali aku pernah jumpa. Ya, dan kebanyakannya tak suka pon dia kecuali geng-geng Form 5 la.
So, aku nak cerita sikit perwatakan KA kitorang masa tu. Aku namakan dia Kak Seira. Kak Seira ni kecik molek je orangnya, selalu pakai contact lense warna-warni walaupon salah and pernah je kena tegur dengan Ketua Warden tapi sebab dah Form 5 kot? So Warden pon macam member dia je ditambah pulak dengan suara dia yang meliuk-lenggok bila bercakap dengan Ketua Warden kitorang (lelaki). Tapi, bila Kak Seira ni buat rollcall mengejut ke perjumpaan block ke, agihkan tugas gotong-royong ke, jangan harap nak dengar suara lemah gemalai dia tu, masa tu dia jadi singa. Senang cerita, dia kerek gila la sepanjang pentadbiran dia as Ketua Aspuri. Aku pon kalau nampak dia seboleh mungkin akan avoid any eye contact.
Suatu hari tu, tiba-tiba wingman dia aku gelarkan Kak Awin ni suruh semua budak aspuri turun ke bilik study di Aras 1 selepas kitorang baru je selesai solat maghrib. Semua orang dah terpinga-pinga kenapa kena study pulak malam ni? Harini hari sabtu so sepatutnya ini hari bebas kami kalau bukan pulang bermalam. Ramai dah cop tempat masing-masing nak bersesak dalam bilik TV memandangkan akan ada senior yang akan pasang CD diorang import khas dari rumah. Maklum lah handphone mana boleh bawak. Masa ni pon phone tak secanggih sekarang. Jadi, kitorang pon berduyun-duyun la turun berkumpul dekat Bilik Study 1 sebab bilik ni lebih besar berbanding Bilik Study 2 (Form 3&Form5 sahaja).
After Ketua Dorm (KD) dan buat headcount and takde yang missing, Kak Awin and the Gang passkan Surah Yassin yang dibawak turun dari surau atas kepada semua pelajar aspuri. Di tengah-tengah bulatan kitorang duduk ni ada a few drinking bottles yang aku yakin untuk dijadikan air Yassin. Nak buat penerang hati ke pendinding? 2 benda ni je ada dalam kepala otak aku masa ni. Disebabkan suasana yang agak riuh rendah ketika itu, ramai yang dah start buat spekulasi di tambah lagi dengan kelibat Kak Seira yang tak kunjung tiba sedangkan dia KA kan? Tapi masa ni Kak Awin yang take control.
Dalam ramai-ramai berbisik tu tersebarlah rumors yang mengatakan ada salah seorang penghuni aspuri di kalangan kami menyapa Kak Seira yang seperti sedang ingin menjemur baju tapi di waktu maghrib? Masa tu dalam lebih kurang 7 lebih la tak gelap lagi tapi dah nak maghrib. Junior yang tegur Kak Seira ni pelik kenapa dia bawak baldi turun dan berdiri betul-betul di hadapan bilik study seolah-olah ingin menjemur pakaiannya di hadapan bilik study tersebut padahal takde ampaian pon? Oh sebelum aku lupa, ampaian kitorg ada 2 je, either depan dorm di Aras 2 atau ampaian utama berdekatan tangki air (open space). Memandangkan Kak Seira hanya memakai kain sekolah dan bersinglet sahaja ketika itu, junior ini yakin yang Kak Seira takkan pergi jemur pakaiannya di ampaian utama kerana ampaian itu berdekatan dengan Dewan Makan dan boleh dilihat oleh pelajar lelaki jika tidak menutup aurat dengan sempurna.
Di dalam dorm,
“Eh, Kak Seira dah habis jemur baju ke? Cepatnya” sapa junior tadi.
“jemur baju apa engkau ni?” balas Kak Seira, sinis.
“eh tadi saya nampak akak bawak baldi turun bawah tu kat depan bilik study tu, ingatkan akak nak jemur dekat ampaian bawah tapi akak pakai singlet je so saya ingat akak tak jadi jemur la tu” bersungguh dia bercerita.
Cerita ini disahihkan lagi dengan beberapa orang penghuni aspuri lain yang turut nampak kelibat Kak Seira yang berambut panjang itu berdiri di hadapan bilik study sambil membawa baldinya tetapi kejung tidak bergerak dan matanya hanya memandang ke arah kebun kelapa sawit di hadapan blok asrama kami.
Kak Seira ini walaupon nampak kasar dan sinis sebegitu tapi aku yakin siapa je yang tak dihantui perasaan takut dan bulu roma meremang bila ada entity lain yang menyerupai kita, termasuklah Kak Seira sendiri. Malam itu dia nangis sepuasnya di sudut belakang bilik study Ketika kami membacakan Yassin untuk memagar kawasan aspuri tersebut. Sejak kejadian itu, Kak Seira sudah tidak lagi kerek kepada junior-junior dan lebih mudah didekati. Aku jadikan ini sebagai pengajaran duduk asrama jangan berasa kita lebih megah dari orang lain kerana kita semestinya tak bersendiri duduk di situ apatah lagi kita sendiri tak tahu asal usul tapak asrama tersebut sebelum ianya dibina.
2014, Thanks teman pergi toilet malam tadi-
Aku yakin cerita ni korang selalu dengar or maybe pernah tengok sendiri kat TV atau movie seram. Tapi, kali ni benda ni betul-betul terjadi dekat aku indirectly. Masa 2014, aku dipilih menjadi Ketua Dorm (KD), uniknya tahun itu, untuk pertama kalinya Dorm dihuni mengikut batch masing-masing berbanding degan tahun-tahun sebelumnya yang setiap dorm terdiri daripada semua Batch Form1-5. Tahun yang aku rasakan semua batch naik kepala sebab tiada seliaan para senior. Memandangkan aku KD yang agak tegas jadinya anak-anak Dorm aku baik-baik la, kalau ada yang nakal-nakal sikit on the spot kena sound dekat situ.
Jadi, nak dijadikan cerita, memandangkan aku ni KD jadi kawan-kawan sebatch aku ni memang mengharapkan aku macam aku ni mak diorang. Malam tu, salah sorang doormmate aku ni dah nak terkencing sangat-sangat dah tapi member sekatil dia taknak bangun untuk temankan dia. Masa tu dalam pukul 2-3 pagi la so suasana sangat sunyi dan tandas pulak terletak dekat hujung blok. Disebabkan takde siapa yang nak bangun dan temankan dia, dia pon gerakkan aku yang masih tidur atas katil double decker aku ni.
“Lily, bangun la teman la aku pergi toilet, sekejap je please” rayu Finas.
Lily bangun tanpa kata dan menemankan Finas pergi toilet sampai la balik ke bilik. Keesokan paginya Finas dan rakan sekatilnya Ina bergaduh manja.
“kau la Ina taknak bangun temankan aku pergi toilet nasib baik Lily ni Ketua Dorm penyayang dia bangun jugak la temankan aku”
“thanks Lily temankan aku pergi toilet” sapa Finas ceria “kalau tak mahu terkencing atas katil” tambahnya.
Trisya, rakan baikku memandang muka Finas dengan riak kebingungan dan kemudian dia berpaling menghadapku.
“serious la kau bangun tengah malam?” tanya Trisya seakan tak percaya.
Aku masa tu hanya mampu membuat muka tercengang sebab aku tahu apa yang ada dalam benak fikiran Trisya. Routine aku yang Trisya tahu setiap malam, aku akan basuh baju lebih kurang jam 11 malam sekali gus melangsaikan apa yang patut termasuklah nak kencing dan sebagainya sebab aku taknak terjaga waktu malam dan beauty sleep aku terganggu. So, siapa yang teman Finas pergi toilet?
“Tapi Finas aku tak bangun pon malam tadi, kau pergi dengan siapa? Kau yakin ke aku? Kau check tak lepas tu aku ada atas katil ke tak?”
Riak muka Finas mulai berubah apabila dia baru sahaja sedar yang “aku” yang dikatakan menemaninya ke toilet langsung tidak membuka sepatah kata dan dia hanya anggap aku mengantuk ketika itu. Finas agak bernasib baik kerana keadaan dorm yang gelap so lepas je dia masuk dorm, dia terus baring di atas katilnya yang berdekatan pintu berbanding katil aku yang terletak dua dari hujung di arah bertentangan. Walaupon bukan aku yang terserempak dengan entity ini, tapi tetap rasa bersyukur Finas tidak diapa-apakan dan kami cuba untuk menganggap seperti tiada apa yang terjadi.
2013, tepi sikit aku nak tidur sebelah kau
2013, tahun paling best dalam sejarah hidup aku sepanjang aku bersekolah kat sini. Walaupon tahun tu agak busy sebab nak PMR dan kitorang merupakan batch terakhir yang akan menduduki exam tersebut, so automatic rasa special sikit and ada sentimental value di situ.
Awal tahun masa nak mendaftar tu, aku taktahu lagi Dorm mana aku dapat tahun ni. Still sama macam system tahun lepas or dah berubah lagi? Tepat sangkaan aku, system satu batch satu dorm dah dihapuskan maybe sebab amalkan konsep “batch aku jaga batch aku” so warden nak cari salah pon susah sebab semua dah sepakat takde yang jibam.
Aku masa ni mampu berdoa je dalam hati taknak dapat Dorm Filasuf. Dorm paling angker dalam aspuri ni. Terletak betul-betul bersebelahan dengan surau dan berdekatan tangga utama. Dari Form 1 dah macam macam aku dengar cerita pasal dorm ni dan aku harap sangat sepanjang aku kat sini aku tak dapat la dorm tu. Oh btw Dorm Filasuf ni jugak Dorm KA aku Kak Seira yang aku ceritakan dulu. Betul la orang kata yang kita taknak tu jugak la yang selalunya dapat.
“Lily, Dorm Filasuf” announce warden aku sambil aku mencari-cari nama aku yang masih tak jumpa tu, sebab dah nak masuk 3 tahun kat sini so semua cikgu-cikgu dah kenallah aku. Tak payah penat-penat cari nama.
Masa tu reaksi muka aku sumpah speechless, kawan sekelas aku pulak dah excited sambil ucap “Selamat Datang” dekat aku, padahal masing-masing tahu betapa aku taknak masuk Dorm ni. Tapi nasi dah jadi bubur, kehidupan perlu diteruskan. Walaupon macam-macam cerita aku pernah dengar pasal dorm ni, antaranya senior yang duduk katil tepi tingkap tu boleh kata setiap kali dia period mesti katil dia kena gegar punya. Ada yang kena tarik selimut dan sebagainya. Aku? Ada la paling seram pon tengok junior sebelah katil aku tiba-tiba dari baring dia terus duduk kejung macam tu je.
10 saat lepas tu badan dia macam nak sampai ke katil aku, masa tu aku dah risau dia jatuh dari katil sebab yelah katil double decker kan and kitorg katil atas. Dahnya rambut dia mengerbang masa tu, aku taktahu nak sedarkan dia ke or tutup je mata? Tapi disebabkan common sense aku yang terlalu tinggi aku panggil-panggil nama dia “Hani Hani bangun, nanti jatuh katil kang tu” Hani pon tersedar dari mengigau dia tu dan sambung tidur. Sejak tu a few times jugak aku nampak dia mengigau macam tu and aku dah tak rasa seram dah. Okay tapi ni bukanlah cerita yang aku nak highlight kan.
ini cerita kawan sekatil aku in which dia katil bawah la, dia tanya aku esok paginya dekat kelas
“lily ko asal turun tidur katil aku malam tadi? Trisya takde ke?” okay sebelum tu nak bagitahu aku dengan Trisya memang tidur share katil hahahaha zaman tu aku rasa single bed tu besar betul boleh muat dua orang sekarang kalau cuba lagi mahu patah katil tu. Macam biasa la budak aspuri suka tumpang tidur katil orang. So Trisya ni peneman aku tidur la sepanjang tahun tu.
“hah bila masa pulak? Aku tidur atas la malam tadi” balasku. Disebabkan masa tu masih terlalu pagi untuk mulakan conversation dan masing-masing pon still tengah bersiap nak pergi sekolah jadinya perbualan tu tamat di situ dan masing-masing clear block, ada yang ke Dewan Makan untuk bersarapan dan ada yang terus menuju ke blok sekolah.
Loceng berbunyi menandakan tamatnya subjek pertama untuk hari itu, dan untuk subjek seterusnya kami dibenarkan buat kerja masing-masing sebab cikgunya tak hadir. Masa kosong ni dimanfaatkan oleh kawan sekatilku, Fira. Dia menarik kerusi dia dan lepak di mejaku sambil seorang lagi rakan aku, Raisa yang duduk dorm yang sama menyertai kami, termasuklah Trisya walaupon dia bukanlah ahli Dorm Filasuf sebenarnya.
“weh Lily kau sure takde turun katil aku malam tadi? Kau memang tak boleh tidur sorang kan? Tapi pergi tandas sorang-sorang tak takut pulak” tanya Fira sambil berseloroh.
“ takde weh, kan Trisya teman aku malam tadi, tu tanya dia” balasku
“haah la si Lily ni tidur dengan aku la malam tadi, aku ada kat katil atas tu” tambah Trisya.
“asal weh? Kau dari pagi lagi dah tanya benda sama” soalku
“ takde la aku tidur dah malam tadi tapi aku tak sure pukul berapa dah masa tu aku rasa ada orang kat sebelah aku and dia bisik “tepi la sikit aku nak tidur sebelah kau” so aku ingat itu kau la sebab kau kan kadang-kadang lari jugak pergi katil aku” cerita Fira.
“lepastu dia ada macam bisik-bisik kat telinga aku sambil tiup rambut aku tapi aku memang ingat itu kau nak main-main and masa tu aku ngantuk sangat so aku malas nak layan, aku gerak je la ke tepi kasi kau ruang nak tidur” tambah Fira lagi.
“habistu kau tak tengok ke muka dia????” soalku
“tak weh nasib baik malam tadi aku tidur menghadap arah lain, so aku tak pandang pon la” balas Fira.
Tambah Fira lagi dia memutuskan untuk tidak terus bertanya dekat aku pagi tu sebab dia nampak aku serious dengan jawapan aku dan takde macam nak main-main dan selalunya kitorang tak bergurau bab-bab macam ni, itu yang dia decide nak tanya masa dekat kelas je nanti. Nasib baik dia tak berpaling ke arah sesiapa sahaja la yang tidur di sebelahnya malam itu, kalau tak mahu demam 3 hari 3 malam. Pagi tu baru Fira terfikir yang kalau iya pon aku nak turun tidur katil dia kenapa sampai nak hembus-hembus nafas tepi telinga dia sambil tiup rambut si Fira ni? Masa ni baru dia tersedar yang dia yakin kalini memang bukan aku yang tidur disebelahnya.
Masnira- Siapa tu?
Ni cerita tambahan aku, cerita terakhir untuk posting yang ni. Kawan sekelasku, Masnira ni penghuni dorm Filasuf ni masa Tingkatan 1. Dia sangat chill orangnya dan sudah tentu la berdisiplin, jauh sangat nak compare dengan aku. Kitorang jumpa balik after few years sebab masing-masing pindah sekolah dan ini kali pertama aku dengar cerita dia yang ni sebab dia memang jenis chill je tak suka buat kecoh. Ini cerita dia.
Masnira-
“ ceritakan pengalaman paling seram korang dekat asrama dulu” Raisa membacakan soalan yang dicabut ketika sesi spin the wheel tersebut untuk Masnira ketika sesi reunion kami baru-baru ini.
“Okay. Korang ingat tak masa Form 1 aku duduk Dorm Filasuf tu, si Raisa pon sama, kita satu dorm. Yela kau tahu la masa tu kan Form 1 masih junior, so aku ni malas nak berebut toilet dengan sesiapa, so macam biasa aku bangun awal. Pukul 5 pagi selalunya dah bangun.” Ujar Masnira.
“lepastu Dorm Filasuf ni kan paling dekat dengan tangga utama dekat surau tu kan? So ramai yang mandi tandas dekat bawah tu. Bawah tu pulak memang aras bilik study and sickbay je so mana ada orang kalau ikut logic kan pagi-pagi buta macam tu?” tambah Masnira. Kami hanya mengangguk dan Masnira menyambung ceritanya.
“ Pagi tu entah macam mana aku terbangun awal sikit dari biasa maybe pukul 4 pagi macam tu tapi sebab aku tak rasa mengantuk aku pon bangun je la ambik tuala nak mandi. Pagi tu aku bukak pintu Dorm, aku perhatikan la semua Dorm sederet kita takde lagi yang pintu terbukak so aku assume semua masih tidur sebab yelah awal lagi kan”
“Aku pon turun la ke bawah lalu tangga surau tu and pergi rak baldi tu nak ambik toiletries untuk mandi. Masa ni aku mandi je macam biasa, rasa sejuk-sejuk tu ada je maklumlah asrama kita ni kan keliling kelapa sawit and masa tu aku anggap sejuk embun pagi la. Aku sambung je mandi macam biasa, dah selesai semua aku pon letak balik toiletries dekat rak tu and nak naik atas balik” tambahnya lagi.
“masa ni dah pelik sikit sebab aku nampak ada budak lain yang dah siap ready pakai baju sekolah lengkap, dia lalu tangga aku guna tu and dah nak ke main gate asrama untuk pergi blok akademik. Masa ni aku tak fikir apa lagi sebab aku just rasa “oh ada yang bangun awal jugak rupanya” tapi sebab masa tu dia membelakangi aku, jadinya aku tak nampak tu muka siapa”. Macam aku cerita tadi, aspuri kitorang ni tak ramai pon dalam 100 orang je and basically kitorang kenal each other and cam muka and nama masing-masing.
“kau tegur dia ke masnira masa tu?” soalku
“tak, aku tak tegur pon. Aku naik je dorm balik macam biasa. Masa ni aku terpandang la pintu dorm lain takde satu pon yang terbukak lagi, maksudnya semua masih tidur maybe baru pukul 5 la kot masa tu and siren selalunya berbunyi pukul 5.30 pagi. Masa tu jugak baru aku terfikir yang agak pelik ya kalau ada yang dah siap tapi satu dorm pon tak bangun lagi and kalau betul ada yang dah bangun pon mestilah lampu bilik study dah terpasang sebab diorang nak ambik beg sebelum pergi sekolah kan?, tapi tak masa tu memang satu aspuri ni gelap. Yang ada lampu koridor je la” sambungnya lagi.
“masa tu bulu roma aku dah meremang and aku cepat-cepat masuk dorm balik and aku sambung tidur sampai la dah pukul 6 untuk solat subuh and masa ni mostly ramai dah bangun. Kalau fikir balik memang tak logic, buat apa budak tu nak pergi blok akademik pukul 4.30-5 pagi macam tu kan? Pagar pon tak bukak lagi, aku bersyukur sangat aku tak tegur budak tu and terus naik dorm je masa tu kalau tak taktahu la apa jadi” Masnira menutup ceritanya.
Sepanjang 3 tahun dekat asrama ni, aku sendiri pon boleh kira berapa kali aku guna toilet tu, entah la yang pasti aku sendiri pon tak suka vibes toilet tu. Toilet tu tak besar mana compare toilet aras atas. Ada 3 shower and 3 toilet. Tapi dekat tengah-tengah toilet tu lampu dia memang malap dan kadang-kadang glitch sendiri, dan atas siling tu kita boleh tengok directly paip pembentung punya saluran tu, sangat tak rahmah tandas ni, selalunya memang penghuni Dorm Filasuf je akan guna toilet ni sebab ni toilet terhampir dengan dorm diorang. Tapi aku sendiri sepanjang 2013 tu tetap lah mandi toilet hujung dunia tu.
Okay thank u guys kalau ada yang sudi baca cerita aku ni. Thanks jugak to admin FS kalau cerita aku terpilih untuk dipublish. Sekian, terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit