Hai kepada pembaca FS..
Sebelum ni mungkin korang penah baca cerita aku pasal “Siapakah itu”
Selepas saja aku habis sekolah,aku terus dipanggil untuk jadi pelatih PLKN di sebuah kem di Kuala Kubu Bharu, Selangor..
Setelah 3 minggu duduk di kem,aku mula menyesuaikan diri dengan kawan-kawan, dalam pada itu juga,aku dengar pelbagai cerita dari kawan-kawan dari beberapa blok tapi aku buat tak tahu je,yang penting aku tak kena kacau.
Nak dijadikan cerita pada satu masa tu aku bagun awal seperti biasa,konon nak basuh baju la,sebab orang lain semua tengah tidur. Aku pun apa lagi angkut segala pakaian pergi kat tempat mandi. Siapa yang pernah jadi pelatih tu mesti tahu tempat mandi macam mana kan. Kat tengah-tengah ada kolah yang panjang dan besar.
Jadi aku pun nak mula basuh baju, aku buka paip tetiba aku dengat bunyi flush kat tandas. Aku pun rasa lega ada orang dah bagun, sebab kalau tak keadaan sunyi sepi sangat. Maklumlah semua orang tengah tidur.
Aku tunggu gak sapa yang nak munculkan adalah kawan nak sembang. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul, jadi aku anggap mungkin budak charlie kot pergi tandas. Sebab tempat alfa dengan charlie bersebelahan je. So aku pun teruskan membasuh.
Lepas tu aku dengar bunyi orang mandi. Memang jelas sangat,sebab sebelah tu tempat mandi budak alfa B. Aku pun apa lagi niat nak gempak dia la. Sekali aku pergi tak ada orang,dan tempat tu pun kering. Aku pergi sampai ke hujung,langsung tak ada orang.
Aku pun tak syak apa-apa, aku pergi sampai hujung tempat mandi budak delta semua kering tak ada tanda-tanda orang mandi atau pergi tandas.
Aku apa lagi berlari nk masuk dorm,tapi aku pelik asal rasa jauh sangat ni,dalam aku belari tu aku terdengar bunyi orang nangis kat satu tandas ni, aku pun pi gatal buka tengok tak ada apa. Lepas tu aku tercium bau yang sangat busuk.
Aku lari balik dorm,terus aku himpit kawan aku. Aku kejut dia, “killa bagun,kau ada pergi tandas tak?” Killa jawab ” eh,mana ada. Yang kau basah-basah ni dari mana?. Awal kau mandi buang tabiat ke apa? Selalu kalau bagun subuh kau lah paling liat. “Ish kau ni,sekarang kan dah subuh dh pun,semua orang tak bagun lagi dah kenapa??.
Dari mengantuk killa terus segar,”kau ni biar betul,kau tengok jam sekarang pukul berapa.” Aku pun belari ke katil jenny tengok jam loceng dia. Korang tahu pukul berapa 3pagi. Aku masa tu dah rasa mengeletar takut dah,tak terkata apa. Aku cakap kat killa yang aku nak tidur sekali, dia pun on je. Aku tahu dia tahu apa aku lalui.
Masa sangat lama nak masuk kesubuh..sepanjang tunggu waktu subuh menjelma,macam- macam kami dengar,bunyi kucing,loker buka tutup,paling gila bunyi cakar kat tingkap atas kepala killa. Kita orang apa lagi masuk bawah selimut ler,tapi kita orang dengar benda tu macam bergurindam tapi dengan bunyi humming je..hmmmm..
Memang kami tak tidur sampai azan subuh..waktu subuh tu aku dan killa orang pertama sampai surau. Semua jadi pelik,yela kami dua orang paling liat nak bangun.
Disebabkan tak tidur kami dua demam berjemaah. Bila demam pelatih akam tidur dekat bilik medik. Kami dua memang risau dan suhu kami dua tak turun-turun. Nasib baik ustaz tu bagi air yassin bagi minum dan dia siap pesan benda tu saja nak mengusik sebab kami dua ni suka kacau kawan-kawan yang lain tengah mandi atau dalam tandas,jadi dia usik kami sebab nakal sangat.
Jadi selepas dari tu kami dua tak usik kawan-kawan dah cuma kacau-kacau sikit jer..hehehe.. Tapi itulah benda paling teruk kena..
Ok pada yang dah baca,terima kasih sangat-sangat. Nanti aku cerita pulak gangguan wakti aku kat asrama waktu pratikal kat JB.
P/s: salam rindu kat pelatih PLKN KEM GEO KOSMO SIRI 7 KUMPULAN 1 2010
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tigo pagi…?????
Umak aaiiii…
Gilor cuaaakkk weeeiii…
hambik…demam berjemaah..hihi
kurg setahun je nan ema..nasib la time tu tak ada ape2 kena..klu g toilet pon ajak mmbe haha..
tp ape2 pon rindu dgn krmgeo kosmo
kurg setahun je nan ema..nasib la time tu tak ada ape2 kena..klu g toilet pon ajak mmbe haha..
tp ape2 pon rindu dgn kem geo kosmo