Misteri Lembaga Hitam

Salam pembaca FS sekalian. Citer ni bukan rekaan. Benda ni jadi time aku form 5. Selama aku hidup, tak pernah aku cerita benda ni dekat orang. Sebab aku tak nak orang lain takut or orang lain kata aku ni penakut. Nanti orang kata aku saja nak besarkan citer. Sorry sikit. haha. Ok sambung tadi, time tu malam. Aku dengan kawan aku Dina (bukan nama sebenar) study depan umah aku. Depan umah aku tu ada meja bulat sederhana besar dengan lima kerusi. Kitorang study kat situ lepas isyak. Dalam pukul 9 malam tu tengah syok2 study, tetiba perasaan ni rasa macam ada benda yang tak kena. Time tu aku sempat fikir malam tu malam apa. Aiyooo malam jumaat. Aku diam je. Tak nak cakap dengan Dina. Nanti dia balik sebab takut. Haha.

Dah 15 minit berlalu tu aku perasan bukan kitorang berdua je ada kat meja tu tapi bertiga! Ahh sudah, aku diamkan lagi. Sampai satu ketika tu, benda tu macam dok perhati je kitorang study. Aku tunduk ngadap buku tapi still lagi nampak benda tu tengok kitorang. Kejap tengok aku, kejap tengok Dina. Act, aku tak tahu nak gambarkan benda tu macam mana. Kira macam bayang2 hitam la jugak. Aku just nampak mulut dia je tengah senyum. Aku tahu dia tengah tengok aku dengan Dina sebab kepala dia macam teralih bila tengok kitorang. Mulut dia macam ikan jaws, tak ada bibir, gigi tajam2. Kau bayangkan ? Seram abis. Aku paling muka kat Dina, dia paling balik kat aku. Pastu dia tanya aku, ” Kau dah kenapa? Nak buang air ke buat muka gitu ??”. Aku tergelak jugak time tu padahal dah takut habis wei!

Pukul 10.30 tu aku perasan benda tu dah tak duduk perhati kitorang study lagi. Aku dah lega. Tapi ingat benda ni dah berakhir lah sebab perasaan seram tu dah tak ada. Rupanya ada lagi!!

“Buat apa tu?” Pap! Ehh suara siapa tadi ? Aku toleh belakang kiri kanan. Tak ada siapa. Aku toleh kat Dina. Dina khusyuk buat latihan sambil pasang lagu pakai earphone. Aku goyangkan badan si Dina sebab kalau aku panggil pun bukan dia dengar. Dina paling, “Apa pasal kau ni?”. Aku jawab, “Kau ada dengar apa2 tak ?”. Dina jawab lagi, “Dengar apa ?”. Aku just gelengkan kepala je pastu sambung study. Dina pun buat tak tahu je.

Sumpah! Aku dengar suara tu. Bulu roma aku dah naik tinggi dah. Malam tu angin pun tak ada. Senyap sunyi je. Bunyi kodok dengan cengkerik pun tak ada. Sampai pukul 11.30 kitorang study barulah si Dina kata dah ngantuk. Aku pun kata “Oklah, dah lewat ni. Rumah kau kan jauh. Takpe ke balik sorang2 ni ??”. “Aku ok je.” Konfiden minah ni jawab tau! “Kalau kau takut nak balik, stay je lah rumah aku satu malam. Dah malam sangat ni. Aku takut kau jumpa bukan2 je.” Terus minah ni kata “Haa oklah aku stay sini. Lagipun aku dah ngantuk sangat ni.” Malam tu, Dina tidur rumah aku. Lagipun esok cuti. (dekat johor, jumaat cuti). Hahaha dapatlah dia tengok bilik aku yang bersepah.

Masa kitorang masuk rumah, ruang tamu dah gelap, maksudnya semua orang dalam rumah dah tidur. Cuma lampu bilik aku aje terpasang sebab ada adik aku. (Adik aku tak suka tidur tutup lampu kalau tak ada orang). Dalam kesamaran cahaya lampu bilik aku tu, aku pegang tangan Dina nak merentasi ruang tamu nak ke bilik aku. Dina pun ikut aje aku dari belakang. Dah masuk bilik tu, Dina terus mintak izin nak pegi bilik air cuci muka dengan kaki sebab dia memang dah ngantuk tahap gaban dah time tu. Lepas aku tunjuk dia bilik air, aku pegi dapur kejap nak minum air.

Terkejut aku tengok tingkap belakang masih terbuka. Walaupun tak berapa nak luas, tapi memang cukup untuk penyamun masuk menyamun dan nyamuk masuk untuk menggatalkan seluruh kulit badan kita. Aku pun apa lagi, tutup lah tingkap cepat2. Dalam kepala aku fikir, mesti ayah lupa tutup tingkap maghrib tadi sebab selalunya time cenggini memang dah tutup ketat semua tingkap rumah. Aku pun check tingkap lain jugak mana tahu ada lagi yang terbuka. Ok tak ada..

Dina keluar bilik air then aku pulak masuk bilik air sebab nak basahkan badan sebab malam tu tak ada angin so rasa panas dan rimas. Orang kata tak baik mandi malam sebab nanti kena penyakit paru2 berair. So far, aku ikutkan aje cakap orang sebab mencegah lebih baik kaannnn.. so aku ambil inisiatif dengan membasahkan kain then just lap2 badan aku. Sejuk sikit. Lepastu, aku nak masuk tidur. Aku masuk je bilik tengok Dina dah terbongkang atas katil. Nampaknya aku lah yang kena tidur bawah sebab katil dah kena conquer dengan adik aku dan Dina. Apalah nasib. Tak apa lah. Aku dah bentang tilam apa semua, pastu tidur macam biasa.

Malam tu aku dapat mimpi seram. Pelik pun ada. Dalam mimpi tu aku tengah tidur atas katil dalam bilik mak ayah aku, tetiba ada lembaga hitam besar gila datang nak cekik aku. Aku jerit ar “Kau nak apa?!! Aku tak kacau kau! Pergi!”. Masa tu aku langsung tak boleh bukak mulut nak baca ayat quran, ayat qursi apa semua. Seolah terkunci lidah aku. Aku tak boleh nak buat apa. Dengan kudrat aku yang tak seberapa ni, aku kuatkan semangat jugak. Dalam pergelutan tu, aku berjaya gerakkan tangan ke depan sambil jerit kuat2 “Allahu Akhbar!” Lembaga tu serta merta hilang.

Aku tersedar memang dah basah lenjun badan aku sebab berpeluh. Aku tengok jam baru pukul 2.45 pagi. Adoi! Lambatnya nak pagi waktu tu. Aku baring nak tidur balik, sebelum tu aku selawat, baca ayat qursi kuat2, baca doa tidur sambil cakap dalm hati, Tolonglah Jangan Kacau Aku Wei! Aku Nak Tidur Nyenyak, Esok Macam2 Aku Nak Kena Buat. Tolonglah Aku Ya Allah! Pastu aku terus tidur lena sampai pagi.

Hahahahaha oklah, itu je. Sorry kalau tak seram, aku just nak share je. Lepas ni kalau ade feedback yang baik2, aku citer lagi kisah di sebalik lembaga hitam yang datang ntah dari mana tu. Tak syok lah kan citer tergantung. Stay tuned! Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri yang hina ini.

Assalamualaikum.

seorang yang pandai bercerita and mengarang. I try my best. Wassalam.

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.