Awek Kebaya Buat Hal Terakhir

Hello geng. Ingat lagi tak cerita ‘Awek Kebaya Buat Hal’ yang aku cerita dulu? Sorry la lambat sambung story aku ni. Aku baru settle kerja kat oversea so memang busy sikit laa. Bila aku buka FB, nampak pulak #SiCelupar buat comeback. So aku pun nak jugak laa hehe. Kat mana kitorang stop hari tu? Masa D ajak aku berubat kan? Ok boleh sambung. Sebelum tu aku nak bagitau yang kes ni masih lagi ada sisa2 yang terpalit dalam hidup aku.

Ok, lepas je jadi kes kat thai dan aku yang single tu, aku jadi berubah, sikap aku tak macam dulu. Aku lagi suka menyendiri dan mengelamun. Prestasi kerja aku makin menurun. Pantang ditegur terus nak mengamuk. D nak cakap marah pun ada, kesian pun ada tengok keadaan aku. Badan aku jadi kurus, dah tak ‘sado’ macam dulu. Muka dah serabai dan jadi tak terurus. Last2 D suruh aku pergi berubat kot2 ada benda tak kena dengan aku. Memang ada yang tak kena, tapi aku tak bagitau sesiapa pun.

Tiap malam aku akan bermimpi tentang satu tempat yang sangat indah. Sangat memukau, persekitaran yang sangat cantik. Tak boleh nak diukur dengan kata2. Kat tempat tu aku berjumpa dengan seorang perempuan. Yang aku kenal sangat. Cer teka? Haaa. Awek kebaya tu la. Tapi dalam mimpi aku dia suruh panggil dia puteri je. Lama2 aku jadi biasa dengan persekitaran situ. Hampir setiap malam aku ‘datang’ ke perkampungan tu. Rumah2 yang sungguh cantik. Suasana kampung yang nyaman.

Tapi aku pelik kenapa penduduk kampung tu hanya pakai 1 warna je sedangkan design lain2. Aku x nak amek pusing sebab leka dengan suasana kat situ. Dan yang pasti bila aku terbangun, badan aku letih gile bhaii. Lesu, tak bermaya, dah mcm baru lepas marathon. So kesannya aku tak boleh fokus kerja, mengantuk kat tmpat kerja. Bos mana tak marah? Hahah. Tp D taklah bebel lebih, dia suruh aku pergi berubat je. Sebab dia tahu apa jadi kat aku.

Fikir punya fikir, aku cakap dekat D nak berubat tempat di A hari tu. D pun iyekan je laa. Dia sekali nak temankan aku. Tarikh yang ditetapkan ada lagi seminggu. Dalam tempoh seminggu tu aku macam orang gila. Dah tak waras. Aku tengok diri aku kat cermin pun sedih. Dah macam nak mati dah rupa aku. Mak aku call tanya aku sihat ke tak. Aku jawab sihat je tapi maklumlah naluri seorang ibu macam mana kan? Dia tahu aku ada masalah. Aku tak nak dia susah hati pulak. Dalam masa seminggu tu, tiap malam aku tido mesti berpeluh. Mimpi pasal puteri, puteri marah kat aku. Tapi aku tak ingat apa yang dibebelkan. Seakan-akan dia merajuk kat aku.

Hari ‘keramat’ bagi aku dah tiba. Tapi aku nak bagitau korang, masa nak bertolak tu lah macam2 benda berlaku. Tak lah mistik, tapi tak logik dan tak boleh diterima dek akal. Contohnya tak jumpa kunci lock rumah. Cari punya cari x jumpa. Lepas jumpa and boleh keluar, kereta pulak x nak start. Padahal aku dah servis dan cek dah hari sebelumnya sebab tahu nak jalan jauh. Nak tak nak kena naik kereta D. Kereta D pulak meragam lepas tu. Haihhh, dah kenapa? Sejam dua jugak alh pujuk kereta tu. Still x nak start. Last2 D masuk dalam kreta then azan. Aku perhati je dari luar. Selesai je D azan, aku cuba start kereta. Nasib baik boleh, serentak tu bau wangi menerpa lubang hidung aku dengan D. Masing2 kaku, sebab aku dengan D dah kenal sangat bau wangi yang lagi satu ni. Cepat2 amek barang letak dalam kereta pastu terus gerak.

Disebabkan D ni bawak slow and steady je, kitorang smpai agak lewat lah kat tmpt berubat tu. Sampai2 je tgok tempat tu sunyi. Aikk? Dengar cerita tempat ni famous, ramai yang datang berubat sini. Aku sampai tau2 sunyi. “Sah si F ni kelentong aku”, getusku dalam hati. “Kalau takda kita balik je laa bro”, kata D. Masa nak masuk kereta tu kami terdengar bunyi pintu dibuka. Keluarlah seorang pak cik dari perut rumah tu. Sambil senyum dia cakap, “dah lama saya tunggu awak datang. Kenapa lambat sangat? Meh la masuk”.

Mata dia tepat pandang kat aku. Seram pun ada, nervous pun ada. D suruh aku masuk dulu. “Aikk? Badan punya beso pun goyang mau masuk dulu”, kata aku kt D. “Diamlah. Yang nak berubat tu kau. Bukan aku. Cepat la masuk, “balas D. Padahal aku tahu dia takut. Hahaha. Masuk2 je rumah pak cik tu, aku tengok dia dah sediakan barang2 untuk berubat. Aku tanya, “mana orang lain yang datang berubat pak cik? Ke kami ni salah masa?”. Pak cik tu jawab, “eh tak lah, pak cik buat ‘off day’ ni untuk kamu saje. Berat kes kamu ni. Itupun kalau pak cik tak lembutkan hati kamu dri jauh, kamu memang x nak datang berubat”. Aku tergamam sekejap. Biar betul orang tua ni. Ke dia bersekongkol dengan F nak ‘prank’ aku?

Yang peliknya, aku tak buka cerita lagi, dia dah tau masalah aku. Dia tau aku pernah ke alam si Puteri ni. Dia cakap aku antara yang bertuah sebab dapat peluang macam tu. Then dia cakap lagi pasal puteri ni syok kat aku dan nak aku jadi suami dia. Nak tergelak aku dibuatnya. Kemudian dia tanya, “pernah mimpi basah tak kebelakangan ni?”. Aku pun malu2 lah angguk. Umur dah berapa nak mimpi basah lagi kan? Hehe. Lepas tu dia bgtau secara detail Puteri ni siapa. Dia cakap puteri ni orang bunian, umur dia cecah ribuan tahun. Dan dia anak bongsu penghulu bunian kat alam diorang. Korang bayangkan anak bongsu pun ribuan tahun umur dia, cuba fikir yang kakak2, abang2, dan penghulu tu sendiri. Pak cik cakap penghulu tu restu ‘hubungan’ aku dengan puteri. Sebab tu aku diberi ‘kebenaran’ tinjau kawasan perkampungan dorang. Lepas selesai sembang2 detail pasal puteri ni tadi, pak cik tu nak mulakan acara mengubat aku.

Acara macam biasa, mulut kumat kamit, pastu dia belah 7 biji limau purut then campakkan kat dalam satu bekas berisi air bersih. Dia renjis kat badan aku. Sejuk pulak satu badan aku masa dia buat macam tu. Lepas tu dia amek sebiji lagi limau purut, dia letak atas kepala aku. Then dia cakap, “pak cik tahu kamu tengok puteri ni sangat cantik, sangat berseri mukanya, tapi itu permainan jin”. Aku tanya pak cik tu, “macam mana pak cik tahu?”. “Sebab puteri tu ada di belakang kamu sekarang ni. Sejak bila dia kat belakang? Selama ni dia akan bagi ‘signal’ kalau dia nak datang, contoh macam bau wangi semua tu. Kalau kamu kuat semangat, kamu boleh toleh, tapi kalau tak kuat, pak cik sarankan jangan toleh dan biarkan saja apa yg bakal berlaku”. Aku pulak dengan perangai ingin tahu yang membuak boleh pergi toleh. Aku toleh je YA AMPUNNN!!

Nak berhenti rasa jantung aku lihat lembaga yang berdiri kat belakang aku masa tu. Pakaian dia aku kenal sangat. Baju kebaya puteri dengan selendang yang sama. Tp mukanya aduhhh, hodoh.! Hitam, air liurnya meleleh dan berbau, kulit mukanya menggerutu, hidung dan telinganya tajam. Rambutnya kusut masai. Tangannya hitam dan kukunya sangat panjang. Rasa nak pengsan, cepat2 pak cik suruh aku alihkan pandangan dari lembaga tersebut. “Ya Tuhan ku. Tangan itukah yang aku pegang masa aku bersiar-siar dengannya? Rambut itukah yang aku belai masa aku duduk disebelahnya? Pipi itukah yang aku usap manja? Mulut yang berbau itukah yang aku kucup setiap malam sebagai tanda selamat tinggal dan jumpa lagi sebelum aku terbangun dari tidur?”. Macam2 terdetik dalam fikiran aku masa tu.

Pada masa yang sama, pak cik tu tekan sekuat-kuatnya limau purut yang ada kt kepala aku masa tu. Aku terus termuntah, hitam berlendir, ulat2 dan cacing berselerak di dalam bekas yg disediakan terlebih dahulu oleh pak cik tu. Bau yang sangat busuk menerpa dalam rongga hidung aku. D pun loya melihat ‘bahan’ yang aku muntahkan. “Benda ni lah yang kamu makan masa kamu ada dalam alam sana, “kata pak cik. Lepas habis semua bahan tu keluar, aku jadi pening. Lama2 makin berpusing pandangan aku. Tiba2 pandanganku jadi gelap.

Aku buka mata dan lihat D dan pak cik ada di sebelah ku. Mereka kata aku pengsan. Macam2 benda jadi masa aku pengsan tu. Dalam pengsan, aku boleh terajang pak cik tu, meronta ronta nak bunuh pak cik, D yang besar gedabak pun x boleh nak kawal aku. Aku cekik D sampai ada bekas tangan aku kat leher dia. Last2 pak cik tu sembur aku guna air yang dia dah jampi. Aku kembali terkulai. Pak cik tu cakap hanya aku je boleh settlekan perkara ni. Aku jadi bingung, kenapa aku? Pak cik tu explain, sebab aku secara tak sedar dah bernikah dengan puteri tu. Dan keluarganya tidak mahu melepaskan aku. Mereka mahu aku hidup di alam mereka.

Pak cik tu tepuk bahu aku then cakap, “kamu tahu apa yang harus kamu lakukan”. Ya, aku tahu. Aku harus ceraikan puteri seperti mana suami menceraikan isteri. Dengan cara itu saja masalah aku dapat dihadapi. Pak cik tu lagi sekali mulakan upacara ‘memanggil’ puteri dan sekutunya. “Sudah sedia?”, tanya pak cik. Aku hanya mampu mengangguk sahaja. Yang peliknya, aku tak boleh kawal pergerakan mulut aku waktu tu. Seolah-olah ada benda yang bercakap melalui aku. Yang aku perasan, aku ada terdengar pasal talak 3. Selesai je mulut aku berhenti bercakap, rumah bergegar bagai nak roboh. Macam ada ribut taufan yang melanda. Lepas tu dengar bunyi menangis mendayu-dayu. Oleh kerana terlalu letih atau takut. Aku lagi sekali pengsan.

Aku buka mata, lihat pak cik dan D akt sebelah aku lagi sambil minum kopi. Dah pagi? Pak cik tu senyum, “lepas ni kamu jangan risau, dia xkan ganggu kamu lagi. Kamu boleh dapat kehidupan kamu semula”. Aku pulak mengalir air mata beb. Tak tau sebab aku dah bebas atau aku akan rindukan si puteri. Lepas settle semua, aku nak bagi pak cik tu pengerasnya. Dia xnak terima. Dia cakap sedekah saja kat surau2 atau rumah anak yatim. Aku pun hormatlah keputusan beliau dan berlalu pergi dari kawasan rumahnya. Sampai di KL aku rasa lega. Rasa yang bebas.

5-6 bulan lepas tu aku ada mimpi pasal bermain-main dengan seorang budak lelaki. Sangat comel. Tapi aku tak kenal siapa punya anak. Yang pasti bila aku terjaga, aku terhidu bau wangi yang aku kenal dan aku rindu bau tu. Aku tahu sampai hari ni, puteri ada je dekat dengan aku. Bila aku ada masalah, bila aku susah, aku dapat rasa kehadiran puteri.

Itu je lah kisah aku yang tak berapa nak seram. Kisah ni pengalaman aku sendiri. Korang nak percaya atau tidak, terpulanglah. Masing2 ada hak. Aku nak kata satu benda je, dalam dunia ni bukan manusia saja yang wujud. Jadi jagalah sikap, adab dan percakapan dengan orang sekeliling. Mana tau orang sekeliling tu ada yang bukan manusia. Hehe
gerak luu..pape roger.

  • hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

31 comments

  1. Seram dan menarik. Tapi terfikir gak, pasni kot penulis jumpa perempuan & berkenan nak dibuat isteri, agak2 dia kena kacau tak? hehe

  2. Uiissshhhh…
    Lamenyeeee tggu sambungan…
    Dh agk mesti dh kawen sbb penulis bgtau bgn tdo kepenatan…
    Tahniah penulis…
    Siap dh anak lagi tuuuu…
    Hehehheeh…
    Jgn mare haaa…

      1. Kalu x apsal mmpi bdk plak kaaannn…
        Seb bek bdk laki…
        Kot pompuan sok lusa nk kawen kena blk alam sna plak si penulis ni sbb kena jd wali…
        Dh terkenang cinta lama…
        Udahnye kang rujuk smle plak…
        Haruuuu…

          1. Hahahaahah…
            Imaginasi+berpikiran jauuuhhhh…
            Kena pikir gak tu…
            Anak tu tak berdosa kaaaaaannn…
            Ekekekeee…

  3. Aku rase aku faham ape perasaan penulis walaupun mungkin situasinye x same..zaman bujang dulu aku selalu couple online hasil berchatting kat mirc, myspace & friendster..bergayut berjam2 kat telefon tapi xtau rupa sebenar pasangan aku tu..bile dah timbul perasaan sayang & plan nak jumpa @ bertukar2 gambar, tak seperti yg kite jangkakan..memang sikit sebanyak akan menjejaskan perasaan..tapi pada masa yg sama, dalam hati masih mengharapkan orang yg aku jumpe tu bukan orang yg sama berkasih sayang dengan aku dalam telefon selama ni @ gambar tu bukan gambar sebenar dia..sebaliknye sengaja dibuat untuk menguji perasaan aku..so aku faham bercelarunya perasaan penulis..bile kita masih mengharapkan kisah dongeng menjadi realiti..

    1. Seburuk2, sebenci2, sejauh2 mane pon rase sayang tu mesti msh ade walau sekelumit kan…
      Sepahit2 pengalaman mesti sebelum tu ade terselit rase bahagia kan…
      Ececeehhhh…

      1. Sebab penulis cakap yg die rindu bau wangi tu..so sy agak mesti ade terselit jugak rasa sayang walaupun penulis dah tau rupa sebenar puteri..lebih kurang jugak situasinye dengan couple online yg sy cerita td..sebab kite mengimbau semula saat2 bahagia kite dengan “dia” sebelum kite tau realitinye tak seindah yg disangka..pengalaman hidup macam ni la paling susah nak lupa walaupun kite dah move on dengan orang lain & ada anak cucu sekalipun..

  4. Wajarlah kalau ad rasa rndu tu
    kan dah lama bermadu kasih(ye kot)
    Mestilah ad yg trkesan
    Wlaupun dpat tau rupa sbenar dia

  5. Noticed a few cerita berkaitan dgn alam lain (bunian) ni, kalau mereka nak izinkan Puteri mereka bersama lelaki.
    Mesti dinikahkan dulu.

    Tak pernah dengar mereka ‘berzina’
    Nampaknya hukum Allah lebih ditegakkan di alam sana dari dunia nyata yg buang-buang anak ??

  6. Bunian ni sejenis jin(makhluk api), hidup luar dimensi manusia..tu yg jd cantik sgt muka dia bila dia cuba masuk dimensi kita..

  7. Bila aku baca part kau bermain dengan kanak2, dan kau.merindui bau wangi tu. Aku rasa sebak. Yelah kau kan pernah menjadi suami dia suatu ketika dulu. Memamg x dinafikan, kau juga merindui puteri walau kau tahu bagaimana rupa sebenar puteri tersebut. Ada hikmah Allah aturkan kehidupan kau mcm tu. Hikmah utk orang lain dan hikmh untuk diri sendiri. Perancangan Allah hebat. Aku doakan semoga kau bertemu jodoh yg baik2. Dan semoga hidup kau sentiasa bahagia dan dilindungi rahmatNya. Amin..

  8. Aq pecaya je cerita ni, sebab dlm family aq ada yg mcm ni. Ceritanya selalu dgr juga la suara kanak2 dri dlm bilik tu. Walaupun hakikatnya cuma dia sorang je dlm bilik tu. N x penah kluar pun dari bilik tu. Dah mcm totally hidup dlm dunia bunian tu. Wallahualam.

  9. Bekas cikgu sy dlu pun mcm ni. Dr zaman bujang smpai dia dh kawin puteri bunian tu still dtg jenguk dia. Tp just tinggalkan bau wangi je la. X pulak dia blasah bini cikgu tu. Mgkin dia paham , cinta x semestinya memiliki

  10. Mak saya pun pernah mengandung anak bunian. 3 orang. Tak ingat pula jantina ny. Mula2 dia mimpi di dlam bilik pengantin. pastu perut dia membuncit seolah2 mengandung. bila dia mimpi dia bersalin, automatik perut dia kempis balik.

    Tapi waktu dia ngan bunian ne, sya dah wujud (anak tunggal). hehehhe. so akibat diganggu bunian, hubungan mak ayah tak berapa elok masa tu.

    after dah berubat, barulah saya dapat adik. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *