“Ayah”

Assalamualaikum & salam sejahtera bagi pembaca non-muslim. Sebenarnya cerita ni aku dah pos 3x dalam masa 3 bulan tapi admin tak publish. Mungkin sebab cerita aku tak seram kot. Oleh itu aku cuba karang semula cerita aku ni. Harapnya admin publish. Dan terima kasih kalau cerita aku ni dipublish.

Ok lah. Aku tak nak cerita meleret-leret just straight to the point je lah. Sebab ada 2 cerita yang aku nak cerita sekaligus. Malas nak buat sambungan. Nanti kena tunggu lagi 3 bulan nak boleh publish. Hahaha. Kejadian ni terjadi semasa banjir besar di pantai timur. Bila banjir dah surut, mak aku call suruh aku balik kampung tolong dia cuci rumah. Masa tu aku bekerja di Lembah Klang. Disebabkan aku ni malas nak cuci rumah sensorang, aku pun ajaklah member baik aku ni laki bini ikut aku balik kampung. So, dorang memang semangat giler nak ikut sebab dorang tak pernah rasa kehidupan kat kampung ni, apa lagi tengok banjir depan mata pun tak pernah. Kesian member aku tu. Hehehe.

Nama member aku ni Siti & Shah. Hari pertama kami sampai kat kampung dalam pukul 11 malam. Member aku ni tak ada cakap ape lagi. Tapi aku ada perasan yang 2 malam kat kampung aku, dorang ni tido tak tutup lampu bilik. Aku dah syak mesti ada yang tak kena ni. Tapi aku diam je dulu. Sampailah hari terakhir. Dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang aku ambil kesempatan untuk bertanya pada Siti & Shah.

“Siti, Shah, aku nak tanya korang sesuatu ni. Aku harap korang jujur cerita kat aku”.

“Pasal ape weh?”, tanya Siti agak terkejut.

“2 malam aku tengok korang tido tak tutup lampu bilik. Aku tau ada yang tak kena. Baik korang cerita”, aku mengugut.

“Kuat betul instinct kau ni”, kata Siti.

“Well. Aku dah kenal sangat korang ni. Muka korang nak tido buka lampu? Hurmmm..memang tak laa..”, jawab aku.

“Ok lah. Sebab ko dah desak, aku cerita lah”, kata Siti. Shah di tempat duduk belakang hanya menjadi pendengar yang setia. Sambung siti…..

“Macam ni, malam kita sampai tu, Shah dah nampak ada lembaga hitam depan rumah ko. Tapi dia buat tak tahu je. Sebab apa aku tido tak tutup lampu? Dalam bilik tu Shah dah nampak sekor duduk atas almari baju. Benda tu duduk mengiring sambil tangan dia pegang sesuatu macam tasbih. Dia tak buat apa pun, tapi aku dengan Shah dah standby kalau-kalau benda tu terkam kami”, cerita Siti. Aku khusyuk mendengar sambil fokus memandu.

Siti sambung lagi, “malam tu jugak aku nak pergi tandas, aku ajak Shah teman sebab aku takut. Masa aku dengan Shah keluar dari bilik, benda yang ada kat luar rumah masa baru sampai tu lalu depan Shah. Mula-mula masuk rumah ko, aku dah rasa kat tiang seri tu macam ada sesuatu. So, total sekarang ni dah ada 2 ekor. Malam pertama kat rumah ko, kami kena kacau. Benda tu main ketuk-ketuk dinding. Tapi aku dengan Shah buat tak tahu je sebab dia tak tunjuk muka”. Shah masih lagi menjadi pendengar yang setia.

“Siang esok tu masa nak keluar rumah, bila aku nak pulas tombol pintu, aku terpandang refleksi muka aku kat tombol tu. Tiba-tiba refleksi aku tu senyum kat aku sedangkan time tu aku tak senyum pun! Ok. Itu baru hari pertama. Malam ke-2, benda yang ada atas almari baju tu still duduk kat situ. Ko tau kan, henfon kita ni kalau screen light terpadam, cermin henfon tu jadi gelap, lepastu screen tu boleh buat cermin kan?”, tanya Siti. Aku angguk tanda faham.

“Ok, masa aku tengah syok main henfon, aku terpandang skrin henfon Shah. Tiba-tiba aku nampak benda tu tengah bergayut kat siling sambil menyeringai kat aku. Muka dia, macam kulit kelapa tua yg berkedut tu. Aku cakap kat Shah, tapi Shah suruh buat tak tau je. Rupanya Shah dah nampak benda tu dok bergayut kat atas siling macam spiderman tu. Bila benda tu tau yang kami dah sedar kehadiran dia, mula lah dia main ketuk-ketuk dinding. Time ni memang aku takut sangat sampai aku menangis. Shah cuba baca Ayat Kursi. Makin kuat Shah baca, makin kuat dia ketuk. Lama-lama, ketukan tu makin dekat. Sampailah benda tu bergayut betul-betul atas kepala katil”, cerita siti lagi.

“Habis tu, ape korang buat?”, tanya aku.

“Malam tu kami tak tido. Shah cuba jauhkan benda tu dari aku je”, jawab Siti.

“Jadi, total ada 3 ekor lah sekarang ni. Macam mana nak buat?”, tanya aku lagi.

“Nanti aku try mintak tolong pakcik aku”, Shah yang dari tadi menjadi pendengar yang setia menyahut.

2 hari lepas tu aku call pakcik Shah untuk tengok ape yang ada kat rumah aku, siapa punya. Dipendekkan cerita, rupanya benda tu belaan bekas isteri bapak tiri aku. Ya, memang janda dia membela. Satu family dia ada belaan. Start dari nenek, ayah, & anak. Nenek dia? Pernah nazak 2 minggu. Tiba-tiba hilang tak tahu ke mana. 2 hari lepas tu balik rumah dalam keadaan yang sihat walafiat bertenaga macam orang muda. So, faham-faham sendirilah apa sebenarnya nenek tu. Oleh kerana itu adalah belaan janda bapak tiri aku, jadi tak susah lah nak ubatkan.

Tapi, cerita ni tak berhenti setakat ni saja. Selain dari mengubat, rupanya pakcik Shah yang aku gelarkan ayah, punya plan dia tersendiri. Dari cerita2 yang aku dengar, hanya dengan mendengar suara je, dia dah boleh tau kita ni macam mana, apa yang ada dengan kita, macam mana perangai kita, apa rahsia kita. Dalam diam, ayah menelek aku. Ayah hantar khadamnya ikut aku ke mana saja. Rupanya ayah nak jadikan aku isterinya. Tapi pada masa tu aku dah punya tunang & ayah pun dah ada isteri. Umur pun dah cecah 50 tahun.

Aku ingat lagi, tiap kali aku balik kerja pukul 3-4 pagi, dia akan hantar khadam2 dia temankan aku. Oh ya, masa ni aku kerja shift. Biasalah kalau kerja shift ni memang tak menentu. Jadi, macam mana aku boleh tau? Kat rumah aku ada bela ikan arowana, tiap kali aku lalu depan aquarium, ikan tu melompat dah macam nak keluar dari akuarium. Hah, ikan pun tau takut. Hahaha. Mungkin ikan tu nampak sesuatu dengan aku.

Time tu dah la aku duduk rumah sorang-sorang. Biasalah orang bujang kann. Bayangkan, tiap kali nak pakai baju, mesti dia mesej aku, “tengah pakai baju ke?” Hahaha. Mampuih laa dia dok intai aku lak. Time nak tido, biasalah pakai baju tido kan. Faham2 je lah baju tido orang perempuan ni macam mana. Eehhh, boleh pulak dia mesej, “pakai baju tido kaler purple ke?” @ “pakai baju ke tak, tu?”. Haaaa.. Korang rase??

Aku rasa macam, aku duduk rumah tu sorang-sorang tapi sebenarnya berdua. Paling tragis, aku dah tak bebas kat rumah sendiri, uolsss. Sentiasa terasa diperhatikan. Nak mandi, nak pakai baju, nak bertuala, pendek kata nak bergerak dalam rumah sendiri pun tak selesa. Ada satu malam tu dia cakap, “kalau nak saya teman awak tido, tepuk bantal sebelah awak & seru nama saya 3x. Nanti saya datanglah”. Wahahahaha!! Sampai M**I pun aku tak akan buat!! Aku try cerita kat Shah, dia cakap, “kalau kau buat, malam tu bukan dia yang datang. Tapi khadam dia” hah!! Lagi laa aku seriau. Bayangkan sebelah kita tu jin!! Gilooo..

Dia jeles dengan tunang aku, sekarang ni dah jadi suami. Dia cakap, antara aku dengan dia, ada tunang aku. Lagi dia cakap, kalau aku dah tak nak & aku izinkan, dia nak buat tunang aku m**i pucuk. Ko gile??!! Suka2 hati dia jeeee nak buat orang macam tu. Ingat tu anak kucing ke?? Aku memang tak suka dia. Scary kot.. Time tu umur dia 50, umur aku 29. Memang tak laa. Lagipun aku sayang tunang aku tu. Sape tak sayang laki weh. Hahaha. 8 tahun bercinta, tak kan senang2 aku nak tinggal dia semata2 kerana orang tua scary tu! Aku masih ada akal fikiran lagi weyhh.

Oh, yang paling best, dia pernah ugut aku yang dia nak santau tunang aku sampai m**i. Dia cakap kat aku, “kalau ikutkan hati, dia nak santau je tunang aku tu sampai m**i. Tapi sebab aku sayang tunang aku tu, dia tak boleh buat”. Aku tanya Shah lagi tentang ni. Shah cakap, “selagi kau sayang tunang kau tu, dia tak boleh buat apa sebab nanti ilmu tu makan diri dia semula”. So, aku pun ok je lah. Jadi sekarang ni aku jadi pelindung lah.

Suatu hari tu aku cerita kat mak aku pasal ni, mak aku marah laa. Dia ingat ilmu dia hebat sangat?! Hebat macam mana pun, dia tak boleh lawan Allah! Korang tau, ayah tau aku cerita kat mak aku tentang dia. Dia marah mak aku sampai dia ugut nak santau mak aku lak!! Tapi macam biasa, dia tau ugut je. Aku pernah tanya dia kenapa dia nak sangat kat aku sampai dia sanggup nak santau tunang aku? Dia jawab “sebab awak ada keistimewaan tersembunyi”. Bila aku tanya, apa yang tersembunyi tu? Dia diam tak bagi jawapan.

Hari makin hari hubungan aku dengan tunang aku makin retak. Paling teruk kami bergaduh besar siap tomoi lagi hahaha. Aku cerita kat member sekerja aku ni, Halim. Jadi Halim bawa aku pergi jumpa member dia. Tok bomoh jugak. Adoii, sebenarnya aku tak berapa suka bomoh2 ni. Khurafat yang banyak. Tapi dah terpaksa, ikutkan je lah. Lepas jumpa tok bomoh ni, dia cakap ayah tu memang nak aku berpisah dengan tunang aku tapi dia tahu aku ni hati batu, keras kepala, bukan senang nak pisah aku dengan tunang. Lepas dari tu aku pun tukar no. fon.

Beberapa bulan lepas kejadian tu, aku pun resign. Time tu memang aku dah lost contact terus dengan ayah. Nak dijadikan cerita lepas beberapa bulan aku resign, aku ada krisis dengan tunang aku. Tiba2 ayah contact aku semula. Masa tu aku pakai no. fon celcom yang 5 in1 tu sebab link dengan family, murah kan. Tak sangka dia ada no. fon tu. Aku ingat dia dah lupa aku. Rupanya dia masih lagi skodeng aku dalam diam, ceh!!.. So, dia cuba contact aku. Dia call, dia mesej. Mulanya aku tak cam itu dia. Lama2 baru aku teringat yang tu no. fon ayah. Aku pun mesej dia, “sudah2 lah ganggu hidup aku. Aku nak hidup dengan aman. Aku minta maaf kalau aku ada buat kau terasa. Tolong lah jangan ganggu hidup aku. Aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang”.

Lepas tu dia balas, “dia tu (tunang) giler! Kau patut tinggalkan dia! Dia tu dah sewel! Mabuk!!”. Perghhh, main kasar bomoh ni nampak gaya!! So aku reply, “kau sape nak cakap macam tu? Kau sape nak arah2 aku??”. Dia cakap “dia tu bukan suami kau lagi. Tinggal je si gila tu!”. Wahhhh. Kurang ajar betul! Aku pun balas, “hey manusia! Kau dengar sini baik2. Aku tak kira kau siapa, bomoh tahap apa, ilmu ko tinggi mana, aku tak takut!! Kau sama manusia macam aku! Aku cabar kau lawan kuasa Allah kalau kau berani! Aku bagi kau last warning, kalau kau apa2 kan tunang aku, kalau kau cuba rosakkan hubungan aku, kau akan aku cari sampai lubang cacing!!! Kau tak layak walau sebesar zarah untuk masuk campur hal aku! Kau faham?!! Ingat, aku lebih takutkan Allah dari kau. Jangan sekali2 cuba cabar kesabaran aku!!”. Lepas je send mesej tu, aku patahkan semua simkad yang aku ada. Sampai simkad tunang aku pun aku patahkan. Then tukar no. fon lain.

Lama lepas tu, aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, jodoh kami kuat walau badai melanda, kami tetap teguh. So, malam pertama lepas majlis perkahwinan kami, esoknya aku bangun tido, aku terkejut lampu bilik aku tercabut. Nasib baik terjuntai sebab ada wayar. Kalau tak, pecah laa lampu tu. Pelik sebab lampu tu elok2 je lekat kemas2, tak pernah jatuh, tiba2 tercabut. Tapi aku tau siapa yang marah aku menikah sebab bila aku sahkan ikatan dalam Islam dan menjadi isteri yang sah, dia dah tak boleh sentuh @ kacau aku lagi. Cumanya dia masih boleh skodeng je. Aku tau sebab itulah pegangan dia. Dia tak boleh ganggu sesuatu bukan hak dia sebab nanti ilmu tu akan makan diri dia sendiri. Tapi aku tau, sekali sekala dia akan datang jenguk aku sebab kadang2 aku terasa kehadiran dia. Cuma dia tak boleh sentuh aku.

Sekian. Minta maaf kalau cerita ni panjang & tak seram (tiba2 terasa macam ada orang lain dalam bilik ni..hahaha..Jom tido..selamat malam..)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

13 thoughts on ““Ayah””

  1. Loooorrr…
    Mintak tolong AYAH/pakcik syah tu tolong ngubatkan,tapi ghupenye mcm kuor mulot buaya masok mulut NAGA ar yer…
    Die plak yg lg power ngacau…
    Haruuuu wei…

    Reply
  2. orang tua psiko!
    huhu
    kalau aku dah rasa semacam…
    itulah ingatkan minta tolong org tu nak settlekan masalah tapi lagi bertambah masalah.

    agaknya apa la kelebihannya ea? huhu. aku fikir sebab dia bomoh kan,mungkin dia nak d***h ke apa utk kuatkan ilmu dia.

    Reply
  3. Gila psiko ayah tu.. lps baca citer ni, aku watsap member aku gi bukak FS citer tajuk Ayah published on 22 december 2016.. lps member aku baca dia watsap aku balik.. dia kata Ayah tu mngkin amalkn tarikat sonsang.. mngkin niat asal dia bljr nk dktkn diri dgn Allah.. tp tgh2 bljr, mngkin dia tergoda dgn hasutan syaitan yg offer diri jd khadam.. psl dia nk sgt kat penulis ni jd wife dia bkn sbb apa pun, more to lust satisfaction jer.. gila punya org tua..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.