Hai semua pembaca setia FS. Aku newbie kat sini sebagai seorang penulis (tu pun kalau story aku dipublishkan lah). Tapi aku dah lama join forum untuk board misteri macam FS ni. Aku letak disclaimer kat forum untuk tak share cerita aku luar dari forum. Tapi ada few cerita yang aku rasa aku boleh share di tempat lain. Inilah antara ceritanya. Kalau tak seram, aku minta maaf awal awal ye.
Kisah ni adalah pengalaman sepenuhnya zaman kanak kanak ayah aku. Kisah ni berkisarkan suasana kampung sekitar 60 hingga 70an. Ayah aku berasal dari Selangor tapi menjalani zaman kanak kanak di Perak. Ayah aku adalah anak ketiga dari 7 orang adik beradik atau lebih tepat lagi anak sulung lelaki dalam keluarga. Jadi apa apa urusan berkenaan adik beradik, banyak terletak di bahu ayah aku. Ayah aku juga diakui harus beralah dengan adik beradik dalam banyak perkara.
Ayah aku masa kecik kena berjalan kaki ke sekolah. Tapi cuma untuk 3km sahaja then sambung menaiki bas ke sekolah yang jarak nya 20km dari rumah. So dia akan start menapak keluar dari rumah pada pukul 6 pagi.
Cerita ni aku olah melalui penceritaan lisan oleh ayah aku sendiri. Jalan cerita tetap sama, tapi aku oleh sedikit agar lebih mudah difahami oleh pembaca.
Kisah pertama.
Pagi tu ayah aku siap siap nak ke sekolah awal sikit dari biasa. So pukul 5:30pagi tu dia duduk lah di jalan depan rumah. Aku tak tanya ayah aku solat Subuh kat mana. Maybe masa dah sampai sekolah. Untuk makluman, rumah ayah aku time tu dikelilingi sawah padi. Ala ala drama Nur Kasih. Masa tu ayah aku cuma duduk je di atas paip besi besar yang jadi saluran air untuk sawah padi. Paip ni besar ala ala kolong. Kolong ni sangat panjang. Sepanjang mana ada petak sawah padi.
Pagi tu ayah aku duduk duduk je atas paip besi tu sementara tunggu jam menginjak ke 6 pagi . Buat pengetahuan korang, kat kawasan tu ada 3 biji rumah yang terletak berjauhan lebih kurang 100m antara satu sama lain. Ayah aku terperasan yang kat sebelah dia pagi tu, dalam jarak 10m ada sorang pompuan. Juga duduk sebiji sama dengan cara ayah aku duduk, which is menghadap sawah padi. Ayah aku masa tu malas lah nak layan perempuan tu, sebab sangkakan perempuan tu mungkin lah anak jiran dia jugak.
Dalam 5min kemudian dia toleh perempuan tu still ada lagi kat situ. Oleh sebab masih subuh dan suasana pun sangat gelap. Ayah aku macam kedepan kan sikit kepala dia dari tempat duduk sebab nak mengamati muka perempuan tu. Mana lah tahu kot kot kenal ke kan. Something yang buat tak syok adalah bila ayah aku kedepan kan kepala, perempuan tu pun kedepan kan jugak kepala dia!
Bila tengok je macam tu, ayah aku cepat cepat kebelakangkan balik kepala dia. Tapi masih pandang perempuan tu. Masa ni ayah aku dah tukar posisi kepada bertinggung atas paip tu. Kiranya dah dalam keadaan sedia lah nak melompat ke bawah incase apa apa terjadi. Sebab paip tu dalam keadaan tergantung lebih kurang 2m dari aras tanah.
Paling best, ayah aku ni macam tak terfikir pulak mana lah ada perempuan akan bertinggung atas paip tu pagi pagi buta. Perempuan tu ikut bertinggung sama posisi dgn ayah aku. Ayah aku ni pulak, boleh pulak buat macam macam gerakan lepas tu. Dalam keadaan bertinggung mengadap satu sama lain, ayah aku sengetkan badan ke kanan, perempuan tu pun ikut sengetkan badan ke kanan. Bila ayah aku sengetkan badan ke kiri, perempuan tu pun ikut sengetkan badan ke kiri.
Masa ni ayah aku dah telan air liur dah. Kalau nak patah balik rumah ke dalam kawasan sawah tu kena melalui perempuan tu pulak dah. So ayah aku terfikir saja test angkat tangan kanan dia perlahan lahan. Sebab dia anggap mungkin kebetulan je perempuan tu tadi terikut lenggok badan dia. Tapi ayah aku silap, bila ayah aku angkat je tangan, perempuan tu pun sebenarnya siap angkat tangan perlahan lahan sama sama dengan dia lagi!
Bila je perempuan tu ikut angkat tangan sama sama dengan ayah aku, ayah aku tak fikir panjang dah! Terus je terjun dari batang paip tu berlari melintasi perempuan tu patah balik ke rumah. Bila dia lintas je perempuan tu baru dia perasan, perempuan tu bukan nya manusia. Ayah aku tak cerita details. Tapi dia kata, dia memang tahu perempuan tu bukan manusia! Manada masa tu manusia nak pakai kain putih tak berjahit buat baju!
Dikhabarkan, ayah aku tak sekolah haritu. Sebab dia takut nak keluar ke jalan, kalau perempuan tu ikut tak ke naya. Jalan kaki dah lah gelap. 3km tu, keliling jalan hutan dan sawah padi je. Tapi ayah aku tak pernah ceritakan pada orang lain, cuma pada mak aku dan anak anak je. Rumah ayah aku tu pun dah berpuluh tahun dirobohkan.
Kisah kedua.
Ayah aku ni suka merajuk sebab kena beralah dengan adik adik. Dan bila merajuk pun, takda lah jauh jauh sangat. Paling tak pun sampai atas batang paip besi tu je. Batang paip tu terletak betul betul sebelah jalan kecik access untuk kampung tu. Aku cakap kecik sebab kereta kalau nak selisih, salah seorang kena berhenti. Kalau selisih jugak, salah seorang confirm masuk parit. Sebab kiri kanan jalan kecik tu adalah parit. Sebelah paip besi, dan sebelah lagi parit. Bawah paip besi tu pun parit jugak. Rumah ayah aku pulak jaraknya 100m dari batang paip besi tu. Sebab rumah dia dalam petak sawah.
Satu senja ni ayah aku ada terasa hati dengan keluarga dia. Budak budak merajuk kan, mesti nak bawak diri keluar rumah. Masa tu dah hampir pukul 7 malam. Tak terfikir takut ke apa, ikutkan sakit hati punya pasal. Port ayah aku, lebih kurang tempat macam dia duduk waktu subuh dalam kisah pertama tadi. Dia duduk diam je masa tu menghadap hutan dan sawah padi. Kata ayah aku, pandangan hadapan dia masa tu tak jauh dari rumah jiran dia. Sebab tu lah kot dia tak berapa takut sangat.
Dah agak gelap nak ke senja tu, ayah aku tak terfikir lagi nak balik rumah. Walaupun dah nak masuk maghrib masa tu. Tapi dia terpandangkan anak perempuan jiran dia tak jauh dari tempat dia duduk. Anak perempuan jiran dia tu tengah main buaian. Masa tu dia takda lah takut sangat, sebab anak jiran dia ni pun masih main kat luar. Maknanya jiran dia pun mesti tak masuk rumah lagi kan.
Kalau kat kampung, buat buaian dengan tali yang diikatkan pada pokok besar adalah sesuatu yang normal. Orang kampung kan kreatif, asal boleh jadi buaian, diorang buat je lah. Nak cari playground memang tak ada lah masa tu.
So ayah aku ni macam leka je tengok anak jiran dia ni main buaian petang petang macam tu. Buaian tu jenis ikat tali kiri kanan dan ada tapak kayu untuk duduk tu. Kalau nak laju kena ada orang tolong buaikan. Kalau setakat nak buai saja saja tu pakai kaki sendiri pun boleh buat injak kat tanah.
Anak jiran ayah aku sorang je masa tu. Sama lah dgn ayah aku, pun sorang jugak. Tapi laju sungguh dia berbuai. Kiranya anak jiran ayah aku tu expert lah kan. Boleh injak kuat sampai laju gila buaian tu dia buat. Biasanya kalau nak laju kena berdua, seorang atas buaian, seorang lagi tolong tarik dan tolak, baru boleh dapat laju macam tu.
Makin lama hari makin gelap. Anak jiran tu masih lagi berbuai dan semakin laju. Ayah aku ni budak budak lagi, dia pun tak terfikir bukan bukan. Dia perhati je anak jiran tu. Masa ayah aku masih lagi menumpukan pandangan pada anak jiran dia, dia tengok perempuan tu berbuai makin lama makin laju dan semakin tinggi. Lebih tinggi dari pokok-pokok kat tepi tu.
Ayah aku pun pelik lah. Macam mana buaian tu boleh jadi macam tu. Masa ayah aku dok tajamkan mata dia, anak jiran ayah aku tu berbuai lagi tinggi sampai nak lepas pokok kelapa. Bayangkan berapa tinggi budak tu berbuai. Dah nak lepas pokok kelapa tu satu hal, anak jiran tu dah siap pakej berbuai sambil gelak mengilai ngilai lagi.
Ayah aku tak fikir panjang dah. Terjun dari batang paip berlari laju selaju lajunya balik rumah! Sambil berlari dia menoleh ke belakang, perempuan tu masih lagi berbuai sambil mengilai ngilai macam gelakkan ayah aku yang dah ketakutan ya amat ni.
Sampai rumah, ayah aku terus duduk diam dan pucat tak bercakap. Didiamkan saja perkara tu sebab malu nak cerita, pergi merajuk sampai kena sakat hantu. Ayah aku cakap dia masih ingat sampai sekarang perempuan tu berbuai sorang diri sampai lepas pucuk pokok kelapa!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak betul baca cerita ni.. rumah tepi bendang.. buai papan tu.. tapi jangan sampai mengimbau kenangan buai sampai pucuk kelapa tu… tabah betul bapak dia… kalau cheq la demam seminggu….
Rumah jiran dan rumah ayah zaman kecik tu pun dah takda dah now. Arwah atok dan nenek pun dah kembali menghadap pencipta.
Tapi sesekali balik kampung, ada juga ronda ronda tengok tapak rumah arwah nenek tu. As for now, dah tak seram. Jalan full turap, hutan pun dah takda. Ada sawah padi je.
nice story
Thank you 🙂
yg kisah first tu raa rasa lah, perempuan tu saja nak ajak ayah kamu buat senamrobik, alahh poco poco giteww.
yg second pulak, maybe tu cara baru utk petik buah kelapa. dia buat demo la tu.
Btw, nice story! raa terhibur. anda telah berjaya buat raa kembang tengkuk!
Raaaa…. Rasa-Rasa….. Raa kembang besaq mana?
Kembang semangkuk jaaa. Nk kembang lelebih kang dah mcm ular pulak heheh
Almaklumlah pepagi kan sesuai utk bersenam gituuu…
Amalan gaya hidup sehat katenyeeee…
Yg nk amik buah kelapa tu ghasenye sbb mak budak tu soh kot…
Standby utk masak nasik lemak esok pagi…
Zaman dedulu kan mane ade Santan Harmuni Santan Semulajadi, Tanpa Pengawet Dan Bahan Campuran, Harmuni!
A new 60s generation initiative kot sis kan. Tapi ayah saya too young to realize lagi masa tu. Yess. Logik jugak. Now pun ayah dah almost 6series. Nanti nak cakap kat ayah 😀
Benda2 tu memang suka kacau kalau EMOSI kita sedih
Emosi sedih jiwa lemah sng kena kacau ekk…??
Kalau emosi saket hati sbb admin x publish citer cemane plak..???
Yup! Hahaha. Hati2 kak. Malam Jumaat ni ?
Ai aaii yaaaaaiiii…
Adeeehhhh…
Bikin saspen nih…
Kay kay…
Cool Yulie, cool…
Tariiikkk….hembuuussss…
Tariiiiiiiiiiikkkklk….hembuuuusssss…
Fuuuhhhh….
Ye betul. I is setuju with Encik EL
PAGI SENAMAN dok cangkung..zmn dulu rasa lg seram kot, mesti hutan kiri kanan, tp ada gak baca zmn la ni pun hutan kiri kanan lg, seram kot…
jgn lupa doakan yg baik kat readers ok..cau
Masih jer ade…
Ade salah satu estet yg penah akk duduk nak masok tu 45km jalan tanah merah kiri kanan pokok sawit…
Jalan tanah merah laluan lori pasir lori balak…
Soo leh imagine cemane terok jln tu kan…
Klu lalu kol 2-3pagi mmg akk teros buat2 tdo (benornye mmg tdo m**i pon)…
Tau2 nnt dh smpi kt umah…
Hehheehehee…
Mostly kampung kawasan sawah padi memang gitu kan. Cuma beza nya sekarang jalan berturap dan hutan dah ditebang je. Malam malam kalau lalu pun nampak sawah je. Dulu lampu jalan pun takda. Tak jauh dari rumah arwah nenek tu, cousin saya pernah tumpangkan ‘someone’ muka pucat berbaju silat. Siap hantar ‘someone’ tu ke destinasi beliau sejauh 20km lagi 😀
Dedulu pon dh ade konsep uber ni ekkk, heheheheeee…
Jenuh weeiiii bwk pesilat muke pucat, mau akk kang lg pucat dr mayat jadinye…
Kan. Tapi Uber dedulu atas ihsan si tukang kasi tumpang je. Takda bayaran 😛
Dulu banyak amal jariah…
Skrg ni serem byk amal jenayah…
bgus la tak share luar forum. baca sampai 2 perenggan je, bosan.. apapun, tq share crita. dont stop writing bcause of some -tive response.
Uiikkk bosan ke???
Akk bace ok jer…
Cerita ni unsur comel-seram…
Sbb dedua antu memule comel tp lelame menyeremkan…
Its okay. Im admitted, introduction a bit draggy.
My pleasure. Cerita ni pun saya taip bertahun dah. Copy balik, send kat FS. Mungkin penulisan time ni tak seiring dgn penulisan 2017 😀
ni mcm kat forum cari je ni… pernah baca gak kat sna… 🙂
Saya lah tu 😀 Kat forum pun pakai nama sama. Ejaan je lain sikit. Hehe
hihi citer best..
good writing..
Thanks for being supportive 🙂
?
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
aduhhhh kena kacau 2x area paup..
kalau sy, dh seriau,… x mo pegi dah
Cerita hg ni bagiuh jugak. Meremang smua bulu2 ada kat aku kecuali satu tempat tu laaa. Mengimbau balik masa lama2 ni bagiuh jugak. 5/6 aku bg kat hg. Hg toksah dok naik kepala plak dapat 5/6 tu..
Org dulu2 smngt nk bljr berkobar2 smpai snggup jln kaki berkilo2mter jauhnya..