Baby di RNR

Hai semua..berjumpa lagi kita di fiksyen shasha..saya pernah tulis kisah dalam ni bertajuk gangguan kem 1&2  dengan janji kawan..

Ok saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu saya berumur 11 tahun.waktu tu saya aktif dalam dunia persilatan dan ada pertandingan silat di satu tempat ni.Entah macam mana silap saya masa tu mulut saya lancang.Masa tu van yang kami naiki bergerak dan jam menunjukkan jam 12.30 malam..sewaktu van melalui tol saya minta kat driver suh berhenti dekat Rnr berdekatan.Driver tu maklumkan tempat situ keras n saya pun berkeras jugak sebab saya tak tahan nak buang air kecil.masa tu memang tempat tu sedia maklum perempuan beserta baby bergentayangan..

Saya cakap kt pakcik tu takpe lau jumpe nt saya nak minta dukung ank dia bukan senang main anak hantu.driver tu mengeleng dan berpesan jangan takbur dan berhati2 dalam percakapan.Dan tak lama sampai la di Rnr tersebut,ada la dalam 3 buah kereta parking di situ.kawan2 saya semua tidur kepenatan memandangkan silat tu berlangsung dri pukul 10am-10.30pm.Owh ye ni pertandingan peringkat kebangsaan dan group kami juara.Saya pun turun dari van bersama cikgu pengiring beserta driver van td pun keluar jugak sebab nak menghisap rokok.

Sampai je di tandas saya ternampak seorang perempuan dan anaknya di satu tempat untuk menukar lampin..memandangkan dia membelakangkan saya so saya tak nampak muka dia.Nak jadikan cerita,seusai saya dah melepaskan hajat saya ke sink untuk membasuh tangan dan membetulkan tudung.masa saya nak keluar dari tandas,perempuan tu tegur saya ”Dik,blh tlg x pegangkan anak saya”.Saya terkejut sebab tak perasan pun dia kat tepi saya sewaktu basuh tangan. Saya just tanya “kenapa kak”..dia cuma wat isyarat nak masuk dalam tandas.saya tolong pegangkan baby dan baby tu ya ampun comel sgt.mata besar tapi muka dia putih2 pucat dan saya teringatkan mak dia td sama kulit ngn mak dia.masa tu saya dah agah2 baby tu tapi tak ada respon mungkin tak ada daya penarik langsung kot.

Saya tunggu punya tunggu akak tadi tak keluar2.ada tu saya intai jugak van yang saya naik dan nampak dari jauh driver dan cikgu tunggu dalam van.saya pun cakap la kat akak tu “Akak lama lagi ke sebab saya jauh lagi perjalanan ni” tapi tak ada respon.baby yang dalam dukungan saya tu tidur..saya mengeluh dan cakap lagi dengan akak tu “kak cpt cikit” serentak dengan tu pintu terbuka sendiri dan akak tu keluar menunduk “Hee kenapa dik bukan ke adk tadi nak dukung anak hantu kan,tapi kenapa sekarang tak nak main plak”smbil menyeringai.saya terus pandang anak dia.guys anak dia yang tadinya comel bertukar muka menggerutu dan kulit mengelupas sana sini menyeringai pandang saya.

saya pun apa lagi lempar ank dia dan berlari lintang pukang.sampai je di van kelam kabut saya masuk dan satu van berbau bangkai.cikgu dan driver tu macam dah tau ape jadi dan membaca surah2 lazim.sampai je di satu tempat cikgu suruh saya menyalin pakaian dan minum air yassin untuk pulihkan semangat.cuma saya bertuah sebab tak gomol baby tu dan tak ada apa2 yang jadi kat saya masa tu..Pengajarannya..sentiasa jaga mulut di tempat orang

Nany
Beri markah tahap keseraman kisah ini

33 comments

  1. hahahaha…..lawak pulak jadinya….tapi kalau kena kat diri sendiri kecut gak wehh….pengajaran r tu len kali mulut kena jaga…best cerita niii..hehee

  2. Haahaha… Terbaik la, teruskan bersikap mulut longkang terutama sekali kalau masuk hutan. Biar dapat pengalaman baru. Nnti blh cerita lg kt dlm FS ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.