Bismillahirahmanirrahim. Sekali lagi aku ingin berbudi. Cuma kali ini aku sendiri tak dapat cari mana budi untuk aku boleh sebar luaskan kepada kalian. Kalau Budi, itu nama aku. Kalau BADI pula, aku sendiri tak pernah tahu. Kerana BADI KAH YANG AKU TEMPUHI? Jika kalian pernah berkongsi jiwa saat membaca ‘Ada di samping kita’ dahulu, kalian tahu aku pernah berkhidmat di rumah jagaan warga emas tersebut. Aku berperang dengan perasaan sendiri, menitis juga air mata hiba aku saat Atok/Nenek yang aku santuni pergi menghadap Ilahi seorang demi seorang di hadapan mata aku termasuk Atok Man. Damailah Atok Man di sana.
Salah aku. Tidak pernah berjaya untuk menghalang emosi hiba aku saat mereka pergi. Terkesan hampir setiap hari. Kelmarin, kau hiburkan mereka. Kau mandikan, kau suapkan dan kau periksa kesihatan mereka. Cukup bagus semuanya! Hari ini, kau pergi semula pada mereka, dengan niat yang sama, tetapi yang kau rasa hanya sejuk pada badan mereka. Mata mereka sudah tertutup rapat untuk lihat kau pakai gigi sendiri atau kau curi gigi palsu mereka. Aku cukup terkesan. Terkesan sehingga jika ada sebarang kematian lagi, aku yang diberi rasa dahulu. Sebab mereka punca semangat aku. Dan suatu hari, aku nekad. Aku ingin mengundurkan diri setelah dalam tempoh seminggu, ada empat kematian berturut-turut. Aku salam, aku peluk, aku ratap setiap satu daripada mereka . Aku nampak gagah luaran. Tapi aku bukan Hulk. Hati aku punya musim. Paling lama musim yang bertahan dalam hati aku adalah musim kesedihan. Kerana ia jauh lebih sedih daripada putus cinta kerana ini putus nyawa.
Sebelum aku benar-benar melepaskan jawatan aku, En. Johar (Pemilik Rumah Jagaan) telah memberi ruang dan peluang untuk aku fikir sewajarnya keputusan aku untuk berfikir seutuhnya, aku bercuti selama 3 hari untuk pulang ke kampung halaman demi mencari ketenangan dan putuskan jawapan aku. Ketenangan yang aku cari, lain pula yang aku temui.
DALAM BAS INI.
Aku siap-siap melangkah menaiki bas dari Shah Alam yang akan bergerak pada jam 5.00 petang ini. Destinasi aku ke pantai timur. Kalau perkiraan biasa, setelah 6 jam perjalanan, aku akan tiba. Disebabkan tempat duduk perseorangan (single seat) telah penuh, makanya aku duduklah dengan selesa di kerusi berdua (double seat) di bahagian tengah bas. Untung-untung aku jumpa jodoh yang berjaya menawan kesedihan aku. Aku pilih untuk duduk di sebelah tingkap. Luas sikit pandangan aku untuk dilemparkan. Senang aku berfikir mencari solusi.Kerusi penumpang di sebelah aku masih kosong. Apa mereka ini juga sabotaj aku? Tak mahu memujuk kesedihan aku barangkali. Biarkan di angin lalu.
Bas bergerak seperti waktu yang ditetapkan. Adat orang yang bersedihan, aku pasang lagu di handphone agar terubat sedikit rasa aku ini. Aku hayati perjalanan pulang aku sambil-sambil aku buka semula galeri gambar wajah mereka yang telah pergi dahulu daripada aku. Jangan risau atok/nenek, aku simpan kalian jauh lebih dalam dari dalam handphone aku. Aku simpan dalam hati. Dalam minda. Dalam Fiksyen Shasha. Aku padam gambar dan video senyum tawa mereka. Senyum tawa pada mereka, tapi sedih dan pedih pada aku. Banyak sekali! Sehingga aku tidak sedar, perjalanan aku sudah melepasi tol Gombak dan sudah menghampiri terowong Genting Sempah.
Aku mendongak dan melemparkan pandangan ke atas jalan. Aku pandang ke bahagian sisi melalui tingkap bas sambil berjujuran air mata, memandang jauh-jauh ke arah kawasan hutan di sebelah kanan aku. Secara tiba-tiba, dalam remang-remang senja, aku terlihat seseorang di bahagian tepi jalan atau jika di teliti dan di amati lebih lama, orang itu sedang meniti di atas pembahagi jalan. Pembahagi jalan tersebut berada di bahagian jalan yang bertentangan. Logik akal aku bertindak cerdas yang segera memberi tafsiran bahawa dia adalah salah seorang pekerja yang sedang membaik pulih jalan. Tetapi sampai di situ sahaja logiknya. Saat bas ini semakin dekat dengan ‘dia’, aku teliti ‘orang’ itu. Benar seperti orang! Tetapi ‘dia’ meniti di pembahagi jalan yang di sebelahnya adalah gaung. Aku lihat jelas wajahnya. ‘Dia’ berbaju hitam lusuh. Mukanya diselaputi lumpur. Lelaki. Botak. Aku teliti sampai terpaling kepala aku saat bas melewati ‘orang’ itu.
Aku lihat penumpang lain. Tenang sahaja mereka. Kenapa hanya ketenangan aku diragut? Kalau nak ragut, ragut semua. Baru adil. Aku perhati sepasang kekasih, di kerusi belakang aku, yang wanitanya sahaja sedang lena bersandarkan bahu sang Lelaki. Aku pula sedang bersandarkan ketakutan dan keraguan. Aku melihat lelaki itu tidak tidur dan juga sedang melemparkan pandangan ke luar, ke arah tempat yang sama si ‘dia’ meniti. Tetapi lelaki itu tenang juga. Aku pandang dia, minta kepastian tanpa bersuara. Konon-konon ingin berinteraksi menggunakan bahasa tubuh sahaja atau telepati. Lelaki itu tidak paham. Sudah-sudahnya aku diam sendiri. Mulut seakan terkunci mahu bertanya. Aku perhati lagi penumpang yang lain. Aku cuit mak cik yang duduk di hadapan aku. Yang pasti, ini bukan Mak Cik Bawang yang mencuri karya orang lain itu. Mak cik juga duduk seorang nampaknya. Aku bertanya kepada mak cik perihal lelaki yang meniti tadi. Ini jawabnya:
“Takde adik, makcik tengok kosong je. Takde apa-apa pun. Orang baiki jalan pun takde. Adik nampak kat mana?”.
Fuh!! Aku seorang sahaja ke yang berjaya melihat? Bukan apa, aku takut lelaki yang meniti itu mahu membunuh diri dan aku pula bakal jadi saksi. Aku dah terlalu banyak menyaksikan kematian dan terbeban dek kerana itu. Aku terdiam sendiri.
Bas ini terus menyusur laju di atas jalan raya sehinggalah ianya tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Betul-betul di kawasan Janda Baik. Aku pula rasa tidak baik sebab aku masih mencari jawapan tentang orang yang meniti tadi. Maka, bersegeralah aku mendapatkan jawapan perihal bas ini berhenti secara tiba-tiba daripada pemandu bas kerana ini lebih penting. Jawapan ini yang aku temui:
“Bas rosak dik. Kena tunggu bas lain datang. Pakcik tak boleh baiki. Bas tak boleh jalan tiba-tiba. Tadi pakcik dah service, tapi entah mana pulak rosaknya.”
Epik sungguh jawapan pakcik. Aku dan beberapa penumpang lain memilih untuk turun dari bas dan duduk di pembahagi jalan sebelah kiri. Senja pula sudah menginjak malam. Agak bernasib baik bagi kami kerana cahaya dari bandar Janda Baik dan dibantu oleh cahaya malap lampu jalan mampu memberi sinar sedikit kepada kami. Kalau jadi apa-apa, kami masih boleh lari ke bandar itu. Kami bersidai di tepi jalan hampir 1 jam sambil mengira-ngira kereta lalu-lalang. Saat aku juga khusyuk membuat kiraan akibat kebosanan, sekali lagi aku melihat sesusuk tubuh betul-betul bertentangan dengan aku. Di pembahagi jalan di seberang sana. Yang sama! Botak, berbaju hitam lusuh, muka di selaputi lumpur. Tegak dan statik memandang aku. Aku jadi gundah-gulana. Rasa seperti darah aku tersejat ke udara. Aku pula yang pucat.
Dan waktu ini juga, sebuah bas lalu di hadapan aku dan berhenti di hadapan bas rosak aku ini. Bas ini berjaya menutup pandangan aku ke arah si ‘dia’ di seberang sana. Ini aku panggil bas penyelamat!. Aku berlari dan terus masuk ke dalam bas penyelamat. Aku masih pilih untuk duduk di bahagian tengah bas tetapi kali ini, aku duduk di kerusi perseorangan (single seat). Selamat dan suci aku rasakan. Aku senyum sambil bersapaan sedikit kepada mereka yang masuk selepas aku dan mengambil tempat masing-masing. Itu tanda lega!.
Lega aku terhenti serta-merta saat terlihat penumpang yang terakhir masuk ke dalam bas. Itu dia! Botak, muka penuh lumpur, tunduk ke bawah, baju hitam lusuh, berjalan di dalam bas dan berhenti betul-betul di sebelah aku. Aku pula yang tegak. Tapi hati, jiwa,perasaan aku habis semua hilang terbang. Dia bukan ORANG! Aku tak keruan. Rasa nak berguling, nak lari, nak terkencing.
Aku nak menjerit tetapi seperti tersekat dan nak baca ayatul Kursi pula aku lupa selupa-lupanya. Bila kau tidak melazimi ayat-ayat Al-Quran, ini padahnya. Aku hanya berharap agar makhluk itu tidak berpaling wajah mendongak ke arah aku. Benar! Makhluk itu tidak mendongak barang sejenak. Tetapi ‘dia’ duduk di kerusi penumpang betul-betul disebelah aku. Pemisah antara kami adalah laluan untuk berjalan di dalam bas ini. Berani kau duduk tetapi tak beli tiket! Dasar Syaiton! Aku kerling sedikit ke arah makhluk itu. Wujudnya masih di situ. Sekali lagi aku melihat para penumpang di dalam bas ini cukup tenang. Siap ada yang makan.
Aku berperang lagi dengan diri sendiri. Perang antara imaginasi atau realiti. Takut aku tak terkata. Dia masih di situ. Nasib baik akal aku kembali. Kali ini, aku cari surah dalam handphone aku kerana seingat aku, aku ada memuat turun surah Yassin. Senang jika ada berlaku sebarang kematian di pusat jagaan. Aku baca dari awal ayat sehinggalah yang terakhir beserta memohon pengharapan dengan sesungguhnya ke hadrat Ilahi. Bantu aku Ya Allah! Fokus aku hanya pada bacaan sehingga aku tidak pasti, entah bila hilangnya makhluk itu. Seusai sahaja habis bacaan, aku cuba untuk berpaling ke arah makhluk tersebut. Berkira-kira mahu menghembus bacaan ke arahnya. Biar terbakar. Hantar terus ke neraka. Tetapi percaturan Allah lebih hebat. Saat aku sudah kembali berharap pada-Nya, hijab aku tidak lagi terbuka. Itu doa aku. Jangan diperlihatkan lagi segala sesuatu yang menembusi ke alam lain. Syukur aku panjatkan.
Bas bergerak seperti biasa. Tiada apa-apa lagi yang mengganggu gugat perjalanan aku dan ianya lancar sehingga tiba di terminal kira-kira sekitar jam 12.30 malam. Tempat yang aku perlu turun. Saat aku jejak sahaja kaki di terminal ini, aku rasa bebas berkuasa. Aku segera melangkah kaki cepat-cepat agar segera jauh dari bas itu. Tetapi aku terpanggil untuk berpaling semula ke arah bas. Ya! Aku masih nampak ‘dia’ di dalam bas. Kali ini, ‘dia’ senyap di tempat duduk aku tadi. Tidak pula aku tunggu dan berlama di situ. Terus aku gagahi larian menuju terus ke arah kereta abah aku yang sudah menunggu.
Aku ceritakan semuanya kepada abah. Setibanya kami di rumah, abah ajak kami semua duduk berkumpul. Kami lantunkan Ruqyah dan Yassin bersama-sama,meniti di bibir. Abah juga pesan, supaya bina benteng untuk diri sendiri. Lazimi ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir. Tukar carut-mencarut kau kepada zikir. Kau tidak mampu halau makhluk-makhluk yang kau tak ingin lihat dengan carutan kau. Istighfar paling mudah. Sebab hari-hari kau berdosa. Kau kata kau ikhlas dalam kerja, tetapi kau tidak sedar, terkadang ikhlas itu sekadar hanya pada bicara kau tetapi tiada ikhlas di hati.
Abah tidak mahu simpulkan apa yang berlaku kepada aku sebagai BADI sebab ia akan menekan emosi aku. Jadi, abah hanya berpesan-pesan pada aku. Mungkin kejadian ini sebagai teguran. Saat dan ketika ini, aku mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada berkhidmat di pusat jagaan itu setelah hampir setahun aku di situ. Bukan kerana aku tidak sayang, tetapi aku juga sedang berjuang untuk diri sendiri. Aku muhasabah diri.
Dan ingin aku maklumkan bahawa aku ada terjumpa sebuah artikel hasil daripada carian aku baru-baru ini yang mana agak mengejutkan aku. Itupun setelah abah pernah cakap yang di kawasan berhampiran terowong itu, pernah berlaku kejadian tanah runtuh yang aku sendiri tidak pernah tahu. Ini yang aku temui:
“Satu tragedi tanah runtuh telah berlaku pada 30 Jun 1995 di antara persimpangan Genting Sempah dan juga berhampiran terowong Genting Sempah dan tragedi tersebut mengorbankan 21 orang awam dan lebih menyayat hati, ada beberapa mangsa yang terkorban masih belum dijumpai sehingga kini dan berkemungkinan juga jasad mereka telah terbenam jauh di dasar gaung ataupun hancur bersama-sama tanah dan sisa runtuhan yang merempuh kenderaan mereka pada malam kejadian”.
Selama ini aku hanya suai padankan kehadiran “si botak, berbaju hitam lusuh, muka di selaputi lumpur” dengan kematian-kematian yang berlaku di pusat jagaan itu sahaja akan tetapi kini, aku sudah punya padanan baru. Jika yang hadir itu adalah mangsa tragedi, aku doakan kalian damai di sana kerana aku juga masih berteka-teki. Jika aku terpilih untuk menolong kalian, maafkan aku kerana aku tidak tahu dari mana ingin mula.
Budi Citra,
Ingin berbudi dengan cerita yang sebenar.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
story budi citra tak pernah menghampakan . keep it up!
Best! Story Budi citra mesti baca!
Annyeong-haseyo ileumul eunmi ibnida
waduh2 hasani..Nama islam tp mengalahkan perangai mamat kpop yg bkn islam tu
Mak tak didik guna bahasa yang baik ke?
Cer bagi mak kau baca komen kau ni.. tgk dia bangga ke tak ngan kau..
Sapa ni wak ? 😅
untuk hasani.. untuk kau tok x de kekuatan untuk komen.. haha
Hang ni memang suka maki ka? bawak2 la bertaubat. Satni mati dalam keadaan maki kot.
Mak lu babi meromen ngan bapak kau dlm bilikk………
Astaghfirullahalazim Hasani.
Wajah yg hodoh tidak akan menyakitkan hati orang. Tapi lidah yg kotor pasti akan menyakitkan hati orang lain.
Dari Ali bin Abi Thalib “Lidah orang yg berakal berada dibelakang hatinya. Dan hati orang yg bodoh berada dibelakang lidahnya.”
Jadi readers dekat sini semuanya boleh nilai dimana tahap IQ kau.
Terbaik..
👍
cerita best..tapi mcm baca buku antologi tingkatan 5 pulak…
Fd mcm nama crush aku
ko ni mmg suke tkr2 nama ke?hahah
Haah tak igt dah apa nama aku 😂😂
walaupun nama berbeza tetapi alien tetap sama.hehe
10/10. Nice story budi.
kalo dak maira bg 10/10 memang acik kene baca la ni..huhuhu
Statement acik ni boleh jadi kontrobesi tau. Hahaha dah gaya maira ni kedekut rate je
Best best
Best…😍
best story…:)
nice… budu tambah cili
sorry ya singkong&keju. need to make an announcement😬
maaf terpaksa mencelah😬
saya baru publish cerita terbaru di blog saya bertajuk “aku masih mencari mu…” Chapter 1.
silalah kesana jika sudi nak baca ;
http://www.fridaymornin.wordpress.com
see ya guys
Ezrin…
Tak salah promote. Tapi lebih baik pergi ke AAN atau KSDC. Readers dekat sana lebih ramai. Plus, KSDC akan pilih cerpen yang dihantar untuk diterbitkan dalam antologi novel diorang. Itu lebih berbaloi daripada gigih promote disetiap komen disini.
#sekadarcadangan
Upvote
AAN KSDC tu apa? maaf budak baru nak tanya
AAN ngan KSDC tu page macam FS juga.. medium tmpt penulis2 hantar karya..
AAN : Arkib Angker Negara (Ahmad Rusydi/WanSC/Deefen/Shizu and more)
KSDC : Kampung Siluman Dot Com (Tajul Zulkarnain and many more)
thanks for the suggestion Ms Maira
cuma tak tahu apa sebab, saya mcm takde “mood” nak submit my stories at angker negara dan belum pernah jenguk ke kampung siluman. if they do compilation of stories and publish it dalam bentuk buku, then thank you very much, no. unless they pay royalties to the writers.
so for the time being, saya promote kat sini dulu and harap readers here will spread it to kenkawan dorang and all. but i will slow down or maybe stop altogether
thanks again
Allah.. toporanjat tok pepagi ni baca komen ada nama tok..
**Aku x de hak menghalang kau untuk promote page kau..
but trust me, takkan banyak mana visitor kau dapat catch dari sini..
*Do visit AAN n KSDC (Baca komen maira untuk more info).
its alright bro. and thanks a lot for the suggestion too. yeah. perhaps they have larger audience over there but for some reasons, mcm yg gua reply pada Ms Maira diatas, maybe i won’t send my stories there
in the meantime, i will slow down promoting my blog here and maybe stop altogether and look for other means to promote it
thanks again bro
Bout d other page, if u feel like dont want to send ur work there thn i have nothing to say..
but i highly recommended for u to try KSDC.. Trust me Tajul sangat easy to approach..
I do visit your page and have done read Kak Ros.. cara penceritaan kau ok.. tak berat sangat..
aku sangat mudah bosan untuk baca story tapi aku manage baca kak ros sampai abis.. mksdnya cara kau sampaikan cerita tak bosan.. Do visit KSDC.. kalau ada rezeki.. bukukan karya kau..
thanks bro sebab dapat baca sampai habis cerita gua😁
cerita2 lain tak baca?😬
gua baru up satu cerita baru. maybe tone cerita tu agak “heavy” sikit. saja utk buat kelainan.
right. gua akn jenguk that site and see whether its suitable to send my stories there
thanks bro👍🏼
Ezrin…
Am highly recommended utk kau jengah KSDC. Untuk karya yg dibukukan. They paid the royalties.
Untuk cerpen yg disiarkan, pilihan genre penulisan mengikut hari. Kau boleh pilih genre apa yg kau suka dan submit cerpen kau.
@Maira
ok. thanks a lot Maira. will have a look soon
Penceritaan yang baik. Tahniah budi citra
Nice story. Agak terkesan jugak. Marilah kite sama2 muhasabah diri.
10/10 Budi Citra..
Looking foward utk baca next story kau..
Next story tok? Sikit lagi nak bercendawan tunggu Aidil tenyit mata Hahaha
story tok jangan tunggu.. tok x kan post.. sbb tok tgh usha syamsul yosop ngan marvel untuk filemkan setori aidil..
verangan je tok ni..hahaha..kalo sul usop buat filem setori aidil jgn lupe ajak cikbam belakon..
nak jadik heroin..
kau jangan look down tok bam.. sul usop tu da 3 kali miskol tok tau.. tok je x nak kol balik.. sbb tok tunggu marvel..
syamsul yusop is a lousy filmmaker bro. hasil karya tahap hampas. sorry, thats my view of his works. maybe its better if you ask Mamat Khalid. of all directors or filmmakers kat malaysia ni, to me, Mamat Khalid and maybe one or 2 others yang ada standard. yg lain hancur. basic acting pun dorang tak faham🤦🏻♂️
but kalau Marvel, then i got nothing to say. haha
lol bro.. dont take my words seriously.. i was just joking with them.. haha
karya aku tak hebat sangat sampai nak buat filem.. even untuk jadi buku pun tak layak..
I have to agree with ur point bout SY.. but dalam bnyk2 karya yang tak menjadi tu.. ada satu je yg aku hadap dan salute.. Aku angkat Film Munafik dia.. bukan sebb story tu bagus tp ilmu yg ada dalam tu yg aku count..
Tok. Sul usop miskol tu sebab nak bagitahu yg setori tok reject. Sebab dia dengar citer Bam jd heroin. Dia tak nak Bam tok. Hahahaha
Ye ke?.. Hmm sbb tu tok x kol balik..
Semua salah bam tok. Tok marah bam. Hahahahaha
Terbaikkkk sgt2!!
Best
Dpt rasa kesedihan kau…harap kau kuat bro
Cerita best but admin up cerita baru please hahaha
#Admin FS xfe citer bru ke??? 1 ary nie duk tggu… , xde lngsung up citr bru…Ermmmm….
p/s sory lari tajuk.. Admin FS up plzzz…
Samaaa laa kita pun
Kena faham.. Admin busy buat biskut raya.. Tu pasal x focus kat FS..
Tu ayat menyedapkan hati ke tok? Hahaha padahal tok sikit lagi nak hack account demin sebab takde setori baru kan?
Shhh.. Jangan bising2.. Tok kan demin.. Eh hahaha
Best! 1000/100 😆
Cerita abang semua best
Cerita abang budi semua best👍
Aku tak tau knp tapi cita ni seram bagi aku
Bahasa yang indah. Seronok baca..
best dan sedih..fuh
Cerita Best Seram Kelaka Dan Sedih… Campur2…. Boleh Tahan Best
Best la cite budi citra ni. 10/10!!
Tk mbosankn. Sonok bace.
Tk sba nk tggu nxt story dr budi. Hehe
Gdjob! Kipidap yow! Haha
Mgkin dia datang dekat sebab tau awk nmpak dia..serammm
seronok bace…
terbaikkkk
mntak la 6d
kalau menjelma tanda minta pertolongan xapa..tapi klau sebaliknye..huhu minx simpangkan lah
Best citer ni…..gaya bahasa menarik, buat pembaca rasa penulis sdg bercakap dgn pembaca di depan mata
huhu..sempoi je bercerita…