Badik Dan Kain Ikatan Mayat Pusaka

Assalamualaikum Pembaca FS . Pertama Sekali Aku Ingin Berkongsi Cerita Dengan Anda Semua . Aku Harap Cerita Saya Ini Dapat Menjadi Pengajaran Kepada Anda . Maaf Jika Cerita Aku Tidak Seram .

Kisah Ini Bermula Pada Tahun 2008 Di Mana Datuk Aku Meninggal Dunia . Tiada Perkara Aneh Berlaku Semasa Kematiannya . Datuk Aku Ni Seorang Peniaga Dan Orang Kuat . Keluarga Kami Tidak Pernah Digganggu Sebelum ini . Nak Dijadikan Cerita , Seminggu Selepas Dia Meninggal , Keluarga Kami Menjumpai Barang Barang Lama Datuk Aku Seperti Cincin , Kain Ikatan Mayat Dan Badik . Masa Keluarga Mak Aku Berkumpul , Tak Perasan Siapa Yang Terambil Badik Kepunyaan Datuk Aku .

Pada Suatu Hari , Bapa Dan Kakak Aku Dua Orang Nak Ke Selangor Untuk Menghantar Kakak Aku Ke UITM Puncak Alam . Malam Sebelum Mereka Bertolak Ni Ibuku Berasa Tidak Sedap Hati Kerana Kain Ikatan Mayat Disimpan Di Hujung Kaki Dalam Biliknya . Oh Lupa Nak Beritahu , Datuk Aku Ni Selalu Simpan Kain Ikatan Orang Mati Untuk Tujuan Berubat . Ok , Sambung Cerita . Jadi Mak Aku Letakkan Kain Tersebut Dalam Bilik Datuk Aku Iaitu Tempat Aku Letak Motor ( Aku Letak Motor Dalam Bilik ) , Kain Tersebut Diletakkan Di Atas Almari .

Pada Pagi Aku Ingin Ke Sekolah Memang Aku Selalu Panaskan Motor Dalam Bilik . Kemudian Aku Menutupnya Selepas 20 Minit . Selepas Aku Tutup Lampu , Aku Berjalan Untuk Ke Luar Dari Bilik , Entah Kenapa Aku Terpandang Kipas , Aku Lihat Ada Sesuatu Bewarna Hitam Seakan-Akan Seseorang Berada Di Atas Kipas . Tanpa Berfikir Panjang , Aku Terus Cabut Lari . Aku Beritahu Perkara Tersebut Pada Ibuku Apa Yang Berlaku , Katanya Dia Meletakkan Barang Datuk Aku Di Dalam Bilik Tersebut Iaitu Kain Ikatan . Sebelum Tu Aku Tidak Tahu Langsung Tentang Kain Tersebut . Kata Ibuku , Dia Sering Diganggu Tetapi Tidak Mengetahui Apa Yang Mengganggu , Setelah Kain Tersebut Tiada Dalam Biliknya , Baru Dia Tenang .

Pada Tengah Hari Selepas Aku Melihat Kelinat Sesuatu Bewarna Hitam Diatas Kipas , Ibuku Menyuruh Sepupuku Menanam Kain Tersebut Di Tanah Perkuburan Dimana Tempat Datuk Aku Ditanam . Semasa Perjalanan Untuk Ke Kubur , Dia Melihat Seekor Lembu Sedang Meloncat Loncat , Tidak Tahu Mengapa Namun Hatinya Sudah Tidak Sedap . Dia Cepat Cepat Tanam Dan Terus Balik Ke Rumah . Pada Malamnya Hujan Lebat , Dia Mendengar Sesuatu Yang Melompat Diatas Bumbung Rumahnya Sebanyak Dua Kali . Kemudian Dia Melihat Satu Lembaga Hitam Di Sebalik Tingkap Rumahnya Yang Dapat Melihat Dari Dalam .

Jika Kami Tidur Lewat , Akan Adanya Bunyi Bunyian Di Atas Atap Dan Di Dalam Rumah . Bunyi Melompat Lompat Atas Atap Sering Kami Dengar . Dalam Rumah Bermacam Bunyian Yang Ada Dan Boleh Dengar . Benda Yang Paling Kerap Berbunyi Dalam Rumah Aku Ialah Bunyi Seseorang Memotong Kuku .

Ibuku Sering Bermimpi Yang Seseorang Datang Dalam Mimpinya Dan Berdiri Di Hujung Katil Tetapi Wajahnya Tidak Nampak Dan Hanya Nampak Separuh Sahaja Badan . Setelah Tidak Tahan Lagi , Kami Sekeluarga Merancang Untuk Berjumpa Ustaz . Ustaz Tersebut Menyatakan Bahawa Ada Pengawal Pada Kain Tersebut Dan Dalam Bilik Datuk Aku Ada Saka Yang Ada Pada Badik ,Kedua Dua Iblis Tersebut Berkawan Dan Mengganggu Keluarga Ku Yang Sebelum Ini Aman , Cuma Hanya Terdapat Bunyi Bunyian Seperti Seseorang Memotong Kuku Di Malam Hari , Bunyi Belon Pecah Dan Bunyi Pinggan . Ustaz Tersebut Mahukan Badik Tersebut Untuk Memasukkan Saka Ke Dalamnya . Namun Kami Sekeluarga Tidak Tahu Dimana Badik Itu Berada .

Sehingga Kini Rumah Kami Masih Dalam Keadaan Sebegitu Oleh Kerana Kami Tidak Menjumpai Badik Tersebut . Aku Harap Jika Di Kalangan Kalian Yang Menyimpan Barang Barang Lama Atau Aneh , Jangan Berikannya Pada Orang Lain Atau Membuangnya . Mungkin Ada Penjaganya . Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

17 thoughts on “Badik Dan Kain Ikatan Mayat Pusaka”

  1. Kaannn….
    Gigih plak type cmtu…
    Hehehheehe…

    Susah jadinye bile org tetua byk ilmu dan amalan luar biase cmni…
    Jenuh anak cucu tak tau menau kena tanggung…

    Reply
  2. emm…innalillah utk arwah datuk kau. aku tertanya juga apa fungsi semua tu utk berubat. bila dah berubat mcm tu mesti ada pakai jin semua. huhu
    benda lama antik semua mmg kena hati2 terima,ada yg berpuaka.
    emmm,aku terus rasa nak google pasal badik etc.

    Reply

Leave a Comment