Thank u pada admin yang published story aku hari tu.
Thank u juga pada para pembaca.
Ni aku sambung untuk menoktahkan segala yang tergantung tapi agak panjang sikit. Story yang lepas ada loopholes kan.
Disclaimer:- betul atau rekaan. Terpulang pada pembaca. Ambik yang baik je. Yang buruk tu buang jauh jauh.
Kita mula.
Ada yang tanya jika Cik Nor dan Pak Hab masih bersama kan.
Yes.
Masih bersama sebagai suami isteri.
Anak dah besar besar.
Cucu pun dah ramai. Mungkin dah okay ..mungkin tak. Itu aku tak tau.
Aku rasa, walaupun hati tak sama macam dulu. Cik Nor masih sayangkan perkahwinan diorang.
Jangan kecam cik Nor ye. Perempuan memang kalah dengan hati dia.
Dah bepuluh tahun hidup bersama dengan orang yg sama.
Rutin yang paling payah kau nak ubah.
Aku ada juga terbaca komen. Kenapa aku tak tolong? Kenapa takde orang tolong?
Okey dia macam ni.
Aku dah sebut kan. Aku dah puas nasihat Cik Nor. Dah bagi dia fikir mana yang baik untuk dia.
Semua orang yang rapat dengan dia pun dah cuba beri semangat pada cik Nor.
Kami dah cuba, tolong dia. Beri dia cara atau jalan nak keluar dari masaalah dia ni.
Dan gara gara kami nak tolong cik Nor. Tercetus satu pebalahan keluarga yang besar.
Kalau kita pun nak orang tu bahagia kalau dia sendiri tak nak usaha. Tak nekad nak berubah.
Susah juga.
Siapalah kita untuk paksa hati orang?
Dan atas sebab inilah juga pak Hab tak benarkan cik Nor terlalu rapat dengan kami.
Aku tahu cik Nor sangat sayang kan laki dia. Walau berkecai sekalipun hati dia..pak Hab tetap kehidupan dia.
Cinta dia.
Yang cik Nor benar benar mahukan ialah…
if only she could turn back time.
Dia harap sangat kalau dia dapat putar masa…
Dia tak akan jumpa pak Hab.
Dia terkilan sangat.
Dia tak sangka pak Hab buang segalanya hanya menurut hawa nafsu.
Dia kecewa dgn pak Hab. Jika dapat putar masa tu…
Dia lebih rela tak kahwin.
Ni kata dia. Kata kata hati orang yang dah hancur.
Tapi mustahil lah masa dapat di anjak.
Secara jujur.
aku berharap sangat cik Nor berpisah je dengan pak Hab. Bina hidup sendiri dengan anak anak.
Itu dari hati aku.
Apa yang aku nak cik Nor buat.
Bersama pun dah tak de nikmat kasih sayang tu, kan dah mendera diri sendiri .
Tapi ini cuma harapan aku.
Kemahuan aku.
Kemahuan cik Nor lain.
Lagipun aku tak berani nak hasut cik Nor minta cerai.
Jadi aku doakan yang terbaik. Hanya Doa mampu mengubah takdir.
Ok, cukup dulu tentang masalah rumahtangga cik Nor. Macam dah page KRT pula.
Ni aku ada story yg aku nak share.
Cerita ni masih bekisar tentang Cik Nor dan keluarga dia. Seram tu taklah tapi lebih kepada, keanehan keluarga tu.
Semasa aku masih tinggal bersama mereka. Banyak juga aku hadap benda benda yg agak ganjil.
Ganjil tu macam dari segi kepercayaan dan Ketaksuban mereka dengan benda ghaib.
Pak Hab ni sebenarnya bukan lah datang dari keluarga yg kuat pegangan agama.
Ni dia yang cerita sendiri dan menurut dari pengalaman aku selama hidup dengan pak Hab sekeluarga.
Aku jarang tengok pak Hab solat.
Apatah lagi nak ke masjid.
Aku tak tau asal usul pak Hab ni tapi dia kata datuk nenek dia bukan orang tempatan.
Disebalik kemodernan hidup mereka, ada adat kepercayaan atau tradisi yg pak Hab masih amalkan.
Maaf ye.
Aku memang tak dapat nak expose apatah lagi nak terangkan secara teperinci satu satu. Ni untuk kebaikkan aku juga.
Aku beri hint satu je:-
Menyediakan santapan untuk roh nenek moyang.
Setiap kali ada perayaan. Akan tersedia lah jamuan ni di atas meja. Jamuan seperti beras. Setanggi. Air kosong dll.
Ada sesiapa nak beri pendapat samaada ni boleh atau tak boleh?
Back to story,
Sepanjang aku menetap bersama mereka. Pelbagai pantang larang aku kena hadap.
Memula tu aku curious juga tapi asal aku tak dipaksa ikut, ok lah.
Oleh kerana aku ni pernah menuntut subjek ugama selama 6 tahun. Aku beranikan diri tegur mana yg aku rasa, bertentangan.
Sudahnya, anak anak dia sound aku.
Jangan menyebok joy!
Tak suka diam je!
Kau sapa lah dalam rumah ni?
Tengok.
Anak anak diorang ni pun seolah selesa dan tak nampak kesalahan kesalahan dengan amalan dirumah tu.
Pelik. Kalau pak Hab mungkin takde basic agama. Anak anak dia? Sijil pelajaran ugama semua dapat grade 1 kut.
Naluri aku mengatakan….apa yang mereka buat tu. Sedikit sebanyak ada mempengaruhi keharmonian hidup mereka.
Maksudnya…segala benda yang bercanggah dengan agama, akan mengundang negative energy.
Jadi, tak hairanlah….rumah tu tak pernah aman dari gangguan.
Gangguan nyata dan tak nyata. Ada ada saja yang tak kena.
Aura rumah tu macam magnet attract benda yg tak baik singgah dan berkampung.
Mungkin juga ini salah satu punca kenapa rumah tangga Cik Nor dan pak Hab tak bahagia.
Maaf jika kata kata aku salah. Ni pendapat aku yang tak arif dan tak ada ilmu.
Masih tergiang akan kata seorang perawat yang pernah di panggil untuk merawat Cik Nor.
“Rumah ni ada pasang penjaga tak?”
Automatic riak wajah Pak Hab berubah.
Tapi dia tak mengaku.
Perawat tu siap pesan
Jangan undang perkara perkara yang akan menambah masaalah dikemudian hari.
Semakin panas rumah ni tak baik untuk orang rumah.
Pak Hab hanya angguk angguk tapi langsung tak menunjuk dia akan terima nasihat perawat tu.
Bagi aku pak Hab tak suka jika ada orang tegur dia.
Perawat tu tak lagi diundang untuk rawatan seterusnya.
Cik Nor terpaksa cari perawat baru.
Ketaksuban Pak Hab dengan amalan salah dia ni macam isi dengan kuku.
Jika benda dah jadi amalan kau turun temurun, memang susah nak buang.
Aku tak berani nak mengatakan ia saka atau pendamping. Tak pula rasa berhantu rumah tu. Ni lebih kepada….
Kau tak suka suasana dalam rumah tu.
Berat dan gelap semacam.
Aku pasti cik Nor juga dah terikut cara kehidupan suami dia.
Keluarga terdekat aku pernah kata…punca kenapa cik Nor tu tak berani nak melawan kerana dah puas di ‘brain-washed’ oleh keluarga pak Hab.
Mak kata, mak mertua dan makcik makcik pak Hab ni sejenis nak menangkan anak lelaki dia je. Mereka ni jenis monopoli. Orang luar yang kawin dengan keluarga mereka kena ikut telunjuk diorang.
kesian cik Nor. Macam dah jadi puppet diorang.
Apa mereka kata sepatah..
sepatah tu juga kata cik Nor.
Tak cukup dengan tu, mereka adalah mandrem mandrem cik Nor supaya tunduk taat setia dengan keluarga mereka.
Ini juga jadi sebab kenapa cik Nor tak berani tinggalkan pak Hab.
Anak anak diorang, aku peratikan, macam tak kisah mak dia kena buat macam tu.
Macam tak ada langsung rasa ’empathy’ dekat mak sendiri.
Aku ada juga tegur sepupu aku, si iman ni. Anak yg sulung.
Tengok tengok lah mak kau tu. Dia sakit tu. Esok lusa mak kau dah takde. Baru tau erti penyesalan.
Iman boleh pula balas
“Mak ok je aku tengok, kau yang lebih”
Nah..tengok tu.
Dia boleh selamba cakap macam tu.
Aku mampu geleng je.
Bercakap tentang anak anak diorang ni.
Tak semua lah.
Tapi ada ‘trait’ yang aku detect dari diorang.
Contohnya anak yang ketiga. Si Taufik ni.
Rupa memang kacak. Ada iras iras Edika Yusuf masa muda.
Dia ni memang loaded, kerja bagus dan banyak gadis gadis angau kat dia ni.
Confident level sangat lah tinggi. Sports car ganti ganti.
Sweet talker.
Dia tau dia ada ‘IT’ factor tu.
Tapikan se confident dia ni…dia obses dengan bomoh. Ni lah ‘trait’ aku nak terangkan.
Anak dan bapa sama.
Dia ni asal ada sja yang tak kena pegi bomoh. Contohlah macam ada sekali tu dia gaduh dengan big boss dia.
Dia tak puas hati. Tak dapat cara depan, dia guna cara halus. Faham faham lah ye.
Selain tu, macam macam tangkal dan minyak pengasih dia ada. Macam kita collect perfume.
Dengan bangga pula dia kata…semua perempuan gila kat dia.
Telefon rumah asyik berdering cari dia.
“Untuk apa kau pakai semua benda tu. Syirik tau tak”
Itu teguran aku..ikhlas untuk dia.
“Kau sapa nak jatuhkan hukum?aku tengok kau pun tak baik mana”
So bila dia dah kata macam tu. Aku tak kuasa nak jadi penyelamat.
Memang lah aku ni tak baik. Aku tegur pasal benda yang kau buat tu salah.
Kau islam kan? Kau tentu ada belajar agama.
Aku rasa kau tau apa yang kau buat ni salah tapi kau langsung tak rasa kau salah.
Ego.
Sombong.
Dan ini juga ‘trait’ turun temurun dari bapa dia.
Kesombongan mereka dengan kesenangan dunia dan salasilah keturunan mereka.
Orang kayangan la katakan (Aku gurau ye)
Pernah adik dia si Ijam terjumpa sebotol minyak kecik dalam poket kerja si Taufik ni.
Si Ijam ni okey sikit dari yang lain. Dia jenis tak geng sapa sapa.
Bila si Ijam tunjukkan minyak tu. Aku suruh flush je dalam toilet.
Dasar mengarut si Taufik ni. Cakap hensem tapi kenapa nak pakai calit calit pula
Ya dia guna benda tu untuk attract perempuan selain factors yang dia ada.
Tak cukup dengan tu. Si Taufik ni ada amal satu mantera yang buat dia kebal dan berani.
Nak gaduh ..mari aku layan dia kata.
Kat Highway tu dialah raja.
Dah beberapa kali dia involved gaduh gaduh ni tapi lebam nya tak.
Dia tak takut sesiapapun kecuali…pak Hab.
Tahap ketakutan tu ..aku rasa tak sesuai dengan umur Taufik. Macam budak kecik je. Kalau perempuan tengok, aku rasa mereka pun turn off dengan kau.
Something wrong sangat.
Selain dari Taufik ni…abang dan adik dia pun kurang lebih tapi si Taufik ni lah yang paling menonjol tahap casanova dia.
Trait yang lain.
Ni lagi weird.
Pernah jiran berdekatan datang ketuk pintu rumah bagai nak roboh.
Yang buka pintu aku.
Terkejut aku.
Baru nak rehat balik kerja.
Jiran ni terus pekik pekik panggil nama adik si Taufik yang ke 4, khai.
Cik Nor tergopoh gapah nak tenangkan jiran tu.
“Mana anak kau si khai tu!kau panggil dia cepat!”
Aku dah tau dah ada benda tak kena ni.
Cik Nor suruhlah jiran tu bertenang. Terangkan satu satu.
“Macamana kamu jaga anak? Kamu tak awasi ye anak kamu? Kamu ingat kamu kaya kamu boleh nak cabul cabul orang suka hati?”
Tergugur jantung aku.
Cik Nor terperanjat sampai dia tak bercakap. Dah lah orang tu tak sihat.
Rupa-rupanya si Khai ni beberapa kali nak cuba mencabul pembantu rumah jiran ni. Dia buat kerja tu tiap kali jiran dia takde kat rumah.
Aku mati mati fikir si Khai ni main bola petang petang kat taman sebelah rumah ni.
Apa la bebal nya si khai ni.
Of course la Cik Nor was in denial.
Cik Nor kata mungkin pembantu rumah dia buat cerita, nak peras duit dari diorang. Orang luar nak pedajal orang kita. Ni kata cik Nor.
“Aku nampak dengan kepala aku sendiri! dah berapa kali si tinah (nama pembantu rumah) adu hal ni kat aku, baru ni aku percaya sebab aku sendiri yang nampak!”
Malu nya. Aku speechless. Aku maki si khai dalam hati.
Menurut jiran tu,
Si Khai ni tengah tunjukkan ‘private-part’ dia semasa si Tina tu angkat jemuran.
Jiran ni tak tunggu lama terus ambik penyapu dia lontar kat si Khai ni.
Tak cukup kaki lah si Khai ni lari dengan seluar dia yang terlondeh.
Sick kan.
Dan ini trait yang ke 3.
Sexual perversion
Tulah gelaran dia.
Secara definitive, ia digelar
Exhibitionistic disorder. Sila google ye.
Aku berani cakap semua mereka ada ‘disorder’ ni. Kerap kali mereka kantoi.
Ada yang pandai cover dan ada yang outloud macam si Khai tu.
Bapa dia, pak Hab juga kalau nak aku terangkan secara detail, memang banyak tanda dia menghidapi ‘disorder’ ni juga.
Sebenarnya bukan noni je yang ada affair dengan orang tua tu.
Ada lagi.
Yang paling ‘unacceptable’.
Hampir semua perempuan yang involved dengan pak Hab ni samada isteri kawan dia , isteri sepupu dia dan yang latest, isteri adik dia sendiri.
Adik ipar dia.
Gila punya nafsu.
Kenapa mesti something yang di ‘restricted’ untuk kau, kau nak juga rasa.
Yang terlarang tu umpama challenge bagi diorang. Boundary is nothing.
Tahap apa lah nafsu diorang ni kan.
See.
Aku rasa episode si Noni ada sihir sihir kan pak Hab tu (ni takde bukti ye, aku cakap pasal cik Nor yang cakap).
Aku tak dapat salahkan si Noni tu 100%.
Aku rasa pak Hab pun ada pakai sesuatu untuk memikat siapa saja yang terpikat.
Mandrem vs Mandrem
Kita tak tau apa sebenarnya yg ada disebalik topeng masing masing.
Behind the closed doors.
Bagi aku, mental disorder yang mereka hadapi ni lebih menyeramkan dan bahaya.
Zaman tu, aku belum lagi familiar dengan term pervert, mental sickness etc ni tapi aku rasa..
Mereka juga menghidapi Voyeuristic disorder. Sila google juga.
Tulah yang mereka hadapi tanpa tak sedar.
Janganlah ada pembaca minta aku tolong diorang rawat problem sensitive macam ni.
Meremang aku bila ingat ingat, kenapa la aku sanggup serumah dengan diorang. Kalau tak kerna kerja…
Alhamdulillah mereka tak berani macam macam dengan aku. Sebab aku ni garang gila. Pernah si Taufik masuk bilik aku nak pinjam cd waktu aku takde.
Macam ceroboh privasi aku tu. Barang barang peribadi aku. Aku geli lah bila bayangkan jika si Taufik ni sentuh sentuh barang aku.
So aku warning dia kaw kaw. Masuk lagi bilik aku tanpa izin, aku toreh keta kau.
Dia cebik je tapi dia tau, aku kalau dah marah, aku akan buat.
Dia kan sayang keta.
Adakala aku takut takut juga kalau ada yang skodeng aku tengah mandi tapi so far aku rasa takde.
Berbalik pada si Khai tadi,
Pak Hab bila dapat tahu tentang kedajalan anak dia.
Macam yang duga.
Dia akan menangkan anak dia.
Jadi anak dia si Khai ni, naik la darjat dia.
Masa tu umur dia dalam belasan.
Sekarang ni aku dengar dia dah kahwin.
Syukurlah macam tu.
Cik Nor pernah cakap. Dia lah punca anak anak dia jadi macam tu. Sebab dia tak pandai didik anak dia.
Tapi aku rasalah. Ni lebih kepada genetic.
Wallahualam.
Biarlah yang ahli sja membahaskan tentang benda ni.
Walaupun banyak benda lagi aku nak cakap kat sini tapi aku rasa cukuplah.
Dah panjang sangat.
Anggaplah cerita ni sebagai bahan bacaan je.
Oh ye. Before aku terlupa. Tahun lepas aku ada terserempak dengan Cik Nor dan Pak Hab. Tu pun setelah 10 tahun aku tak jumpa mereka. Cuma mak masih berhubung dgn telefon.
Cik Nor sangat happy tau jumpa aku. Siap dia nangis.
Kami ada la tanya tanya khabar dan bual mana yang sempat. Dia ada bagi tau kesihatan dia semakin merundum. Aku pun nak nangis tapi aku tahan.
Tengah tengah ramai orang dalam supermarket.
Aku genggam dan peluk cik Nor.
Cik Nor peluk macam tak nak lepaskan aku.
Pak Hab entah, belum sempat aku tegur dah hilang.
Mungkin dia tak nak langsung jumpa aku lagi kut. Takpe lah.
Masing masing dah berusia.
Pak Hab ku lihat tak se gah dulu. Rambut dia pun dah putih. Mustahil dia tak berubah kan. Hati manusia Allah yang pegang.
Aku terkesan juga selepas perjumpaan tak disangka ni.
Aku doa je yg baik baik untuk mereka. Aku tak pernah lupa budi dan jasa mereka pada aku.
Mudah mudahan kita sentiasa di jalanNya yang lurus.
Dan semoga anak anak kita terselamat, terlindung dan dijauhi dari tipu daya syaitan yang licik. Serta nafsu yang tak pernah puas.
Semoga kita diampuni segala dosa. Al-Fatihah untuk kita sendiri.
Wassalam.
Mirdhayu.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Best. Jap. Ko perempuan ke? Gaya penulisan sempoi habis, macam laki punya style. Serius lah ko perempuan? Sbb nama MirdhAYU tu
Belum jumpa buku dgn ruas fmly setan ni. Makan halus dgn kasar baru dorg kepit ekor nak keluar rumah