Bakal Tunangku dan Sihir

Nama aku Ennie asal dari Kedah. Hari ni aku nak cerita mengenai aku dan bakal tunangku yang disihir oleh seorang perempuan berasal dari bumi kenyalang.

Cerita aku bermula bila aku dapat kesan sikap bakal tunangku (Farid) berubah menjadi dingin dengan aku secara tiba-tiba. Dia yang tak pernah marah jauh sekali nak meninggikan suara kepada aku, masa kami bergaduh sebab aku dapat rasa yang dia sedang berwhatsapp dengan perempuan lain (dia selalu tertukar panggilan bila kami mesej).

Lepas beberapa hari tu, ada seorang perempuan mengaku yang dia girlfriend Farid. Aku mula syak dan tanya kepada dia sejak bila kenal sebab kami masih berhubung. Dia suruh aku tanyakan hal ni kepada Farid. Bila aku tanyakan ke Farid, dia senyap sahaja dan tidak berhenti2 cakap awak akan dapat lelaki yang lebih baik darinya. Aku tanya kepada dia kenapa curang apa salah aku, apa yang lebih pada perempuan tu. Tiba-tiba dia jawab β€œsaya pun tak tahu kenapa saya kena ikut cakap perempun ni”. Aku suruh dia cakap sekali lagi tapi dia kata tiada apa-apa seolah-olah dia terlepas cakap.

Masa tu jujur aku cakap aku tak pernah terfikir pasal sihir ni sebab family aku Alhamdulillah tak pernah ada pengalaman dalam terkena ilmu hitam ni. Tapi hati aku mcm kuat mengatakan ada yang tak kena ni sebab Farid terus lupakan aku, buang aku seolah-olah kenangan antara kami selama 5 tahun tiada makna. Dan yang menguatkan hati aku untuk pergi ke pusat perubatan islam adalah aku terngiang-ngiang dialog yang dia cakap masa kali terakhir aku bercakap dengan Farid.

Esoknya aku cari kat internet, facebook pusat rawatan islam di Kedah ni. Aku dan kawan-kawan pergi ke seorang Ustaz ni yang aku namakan Ustaz Abu. Aku disambut dengan baik dan Ustaz mula suruh aku ceritakan masalah aku. Aku mulakan cerita sikit2 dan Ustaz tanyakan nama dan nak tengok gambar dia. Aku pun tunjuk gambar dia. Ustaz tu terus bagitahu yang Farid dah terkena sihir pengasih tanpa bagitahu pelakunya tapi aku sendiri faham dan tahu siapa pelakunya. Aku tanyakan lagi melalui apa Farid ni terkena sihir tersebut, Ustaz mengatakan melalui makanan dan angin. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Aku sebak sebab Ustaz ada kata Farid sekarang dalam keadaan bercelaru dan teringat-ingat kat perempuan tu dan tak mustahil akan mengganggu kerja dia. Aku pun tanyakan ikhtiar yang mungkin aku boleh tolong dari jauh, ustaz kata doakan je dia sebab kemungkinan besar dirinya sendiri tak mahu berubat sebab dia tidak rasa perubahan dirinya.

Selang beberapa hari, aku cuba hubungi Ustaz2 yang ada sediakan rawatan jarak jauh melalui Whatsapp. Dan jawapan yang aku terima sama ada Ustaz mengatakan dia terkena ilmu pengasih, santau dan juga pukau. Aku cuba tolong Farid semampu yang mungkin untuk dia
kembali sihat seperti biasa. Ada seorang nak bagitahu yang dia dah buangkan pengaruh sihir tetapi ada sihir yang baru dihantar. Aku terduduk bila dapat tahu yang sihir ni dihantar dengan berulang-ulang kali (sebab aku mmg noob sikit pasal sihir2 ni). Aku bukan nak riak tapi lepas aku tau tu aku tak henti-henti mendoakan dia siang malam, solat hajat untuk dia. Aku sayang dia, dia ada janji dengan aku yg tahun depan kami akan kahwin.

Dan sekarang dah setahun masa berlalu, Farid masih tak sembuh. Kalau aku rasa ujian ni berat untuk aku tapi bagi aku ujian ni lagi berat untuk dia. Dia dikawal oleh perempuan tu tanpa sedar. Aku tak ada apa nak kata melainkan aku sangat sangat mengharapkan suatu hari nanti Allah makbulkan doa aku supaya aku sempat tengok dia sembuh dan ceria macam dulu. Untuk Farid, sampai saat ini saya sayangkan awak. Saya tak akan berhenti mendoakan awak. Untuk pembaca yang tahu atau kenal mana2 perawat Islam area Kedah atau mana2 boleh komen. Jasa korang hanya Allah je yang tahu. Untuk perempuan tersebut, saya doakan semoga Allah bukakan hati awak untuk berhenti melakukan perksra terkutuk ni, nikmat atas dunia memang asyik tapi jangan lupa Allah maha melihat.

Ramai yang tak percaya zaman sekarang ni masih ada segelintir yang masih dengan ilmu hitam ni. Tapi sejak aku banyak membaca dekat internet tentang ni rupanya sekarang la makin berleluasa ilmu hitam ini. Jika suatu hari nanti Farid ditakdirkan berkahwin dengan perempuan tersebut, aku redha. Aku percaya Allah maha Mengetahui dan perancang yang terbaik. Semoga Allah lindungi kita dari perkara yang memudaratkan. InsyaAllah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

21 thoughts on “Bakal Tunangku dan Sihir”

  1. Bersyukur la dik, dia tak jadi masuk minang …baik macam ni dari ko kena cerai thru wasap je…lelaki, tak payah jin campur tangan pun boleh sangkut kat orang lain…baru bercinta 5 tahun, takpe la, move on je …cari la calon lain yang beriman, bertanggungjawab dan setia…

    Hebat ustat tu, dari gambar boleh tahu ya…kalau masih tak boleh move on, ko browse je cerita ceriti sebulan dua ni…ramai je yang claim hebat bangat dalam cerita diorang ..kalau ko bernasib baik, ko boleh je terbaca cerita diorang meng’offer’ bantuan walaupun pesakit/mangsa tak kenal & tak tahu dia boleh mengubat…lepas tu, jangan lupa share story kat sini ya…boleh aku baca testi ko plak…

    Bila solat hajat, niatkan diberi jodoh terbaik …bukan kita mintak kita nak kawin dengan siapa….Allah Maha Mengetahui siapa yang terbaik buat kita …semoga segala urusan dipermudahkan…

    Reply
    • Ye mmg….ada pulak yg mengaku pandai itu ini…ni semua baru muncul je ni..sblm ni takde pun…ayat pulak sebijik copy paste….ragu2 dgn kisah diceritakan

      Reply
  2. moga satu hari tunang awak akan tersedar dan dia sendiri akan pergi perubat. Sebab bagi aku. Aku rasa benda ni mungkin,okay! mungkin. mungkin susah sikit sebab bukan tuan badan yang pergi berubat sendiri or kita bawakan dia secara lansung. Sebab aku Mungkin pernah jadi. 3kali. But setiap kali nak berantakkan. Tak ada punca apa apa dia akan jadi sendiri. Seolah olah bertukar karater saja. Sekejap dia mainkan peranan ni. Sekejap dia mainkan peranan tu. But kisah aku dah tamat. Aku doakan semoga kisah kau berakhir indah. Dan satu aku nak nasihatkan. Niat masa kau buat solat tu biar betul. Kadang kita tak perasan yang kita lari dari landasan. Keep back on track okay. Aku pernah jadi. Solat jangan cakap. Nama dia dalam doa aku paling banyak aku sebutkan. But satu hari aku terbaca satu statement ” solat kita untuk Allah atau untuk sesuatu yang kita inginkan ” lebih kurang macam tu. Ayat aku lain tapi maksud dia tetap masih sama. Aku merasakan satu tamparan hebat. Aku bukan sembah tuhan. Aku sembah orang yang aku cintai. Aku sedar aku terpedaya oleh syaitan dan nafsu. ( keinginan aku yang membuak buak ) you know, when it come to love even a smartest people become stupid. Semoga semuanya baik baik saja.

    Reply
  3. Assalamualaikum sis. Saya just nak cakap jangan berhenti ikhtiar. Benda ni kalau sis bagi kawin dengan perempuan sundal tu pun, tak bahagia ooo hidupnya. Siyes sis. Saya walaupun masih sejagung mentah lagi kat dunia ni, tapi benda macam ni banyak berlaku kat orang sekeliling saya. Kakak saya sendiri pun kena. Sampai tahap dia tak boleh nak keluar kerja sampai sekarang. Tapi alhamdulillah dia dah kawin dah pun. Cuma kes sis ni, saya harap sis tak putus asa.

    Reply
  4. Semoga dipermudahkan urusan. Sihir yang bertalu2 ni memang susah. buang, dia hantar, buang hantar lagi. Bertabahlah & InshaAllah jika jodoh, tiada dapat melawan kuasa Tuhan.

    Reply
  5. Dek nko jgn PETIK nama ABU time…ghamai rkyat malaysia HANGIN ngan nama tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‹

    Reply
  6. saya harap awak kuatkan semangat ye..saya tau dugaan tu berat saya juga perempuan yang akan menempuh alam perkahwinan,,dugaan tunang mmg macam2,,saya harap awak kuat sangat2 dan ingat pada Yang Esa..:)

    Reply
  7. Aku xrasa dia kena sihir..mungkin sma-sma gatal..mana2 ustaz atau bomoh pun kalo ko cerita pasal ada org ketiga mmg jawapan dOwg tunang ko kena SIHIR la..kalO btl dia kena sihir hidup dia xterurus, dia selalu meracau sebut nama pOmpuan tu, bdn susut dll..stakat bukti yg dia tiba2 merubah marah2 ko tu bukan tanda2 sihir..tu tanda2 laki ko mmg nk curang ngan ko..better ko buat solat istikharah minta petunjuk adakah betul tunang ko btl2 kena sihir atau sebaliknya..Wallahu a’lam

    Reply
    • hahaha dlu ms aku buat hal dgn tunang aku pun, tunang aku dok kata aku kne sihir bagai..pdhal adik2 aku semua tgk aku ok je..nak bg puas hati, aku pegi la jmpa perawat dekat Darulsyifa dgn adik aku…ustaz ckp aku clear, xde pape huhu…then nk bg dia puas hati, aku pg kali kedua dgn dia..geram btol rse.

      Reply
  8. Kesah kau ni dek..sama la cam hakak..akk sendiri rasa diri diperbodohkan..terasa diri ni lain mcm dan dpt petunjuk melalui solat..dah jumpa perawat..jumpa berdepan ada yg jarak jauh pun ada…tapi semua kunci mulut taknak explain..yg disuruhnya berdoa sahaja…haku confuse tak paham apa jadi ngan aku…sedangkan si dia berterusan mengganggu….kalau dah mcm kes hakak ni camne?dah pergi berubat tapi perawat semua kunci maklumat…mmg rasa nak marah sgt..bengang betul..sampai skrg tak paham..terbaru solat lagi dan dpt ilham petunjuk..kalau hakak dpt tau kebenaran..kebenaran tersebut akn memudaratkan hakak..lagi stress…tapi takpalah..redha je lah..walau susah…terpulanglah nak caya ke tidak..ke boleh tak en syed saddiq bagi ulasan sket?

    Reply
  9. i feel u…. tunang sy pn kene buatan orang .. berubat merata2… baik sekejap datang smula sihir tu… sy jumpa ustaz pn… ustaz bgtaw org yg buat tu x mau bg sp2 dpt tunang sy…… tunang sy derita..sy sendri dpt pentunjuk dlm mimpi…. smpi skrg sy igt muka yg muncul dlm mimpi tu.. akhirnya Allah swt lebih syg dia..30/12/18.. dia pergi tgglkan sy….bpe mggu sblm dia pergi .. sy da nmpk byk perubahan tp sy abaikan….. mcm2 pesanan dia bg sy…… erm…..

    Reply
  10. sape yg xpnh kene boleh la ckp.sy sndr penh lalui..sihir pelalau/sihir pemisah ni bahaya.dia buat kt ni mcm xda jodoh.org suka kite tp kt xsuka org.kt suka org tp org xsuka kt.sy dulu mse kene tu 2x kna dgn org yg sama.first time kene tu org tu buat sbb dia nk dkt sy dia kata dia syg sy.tp sy tolak.kali kedua dia buat sbb dia nk bg sy ni xkn kawen dgn sapa2..ramai mst pelik mcm mna sy tahu sy sakit sbb ade la sorg hamba allah ni dia dtg jumpa sy.dia mntk sy pkr masak2 psl hal sy dgn lelaki tu.dia ckp btl ke hubgn sy dgn dia n dia mntk sy blk pikir msk2 solat cri orgyg pandai berubat.n ya bila sy blk sy pkr n pkr baru allah tu bukak jl untuk sy.3 org sy jumpa untuk berubat.semua bg jwpn yg sama satu pon xslh.mmgsy berubat n bende tu hilang cuma sy jd sensitf dgn deria rasa.kira sy cpt rasa akan bende yg sometg mcm xsdp hati ke cpt2 la sy istfar.kali kedua dia cuba sihir sy lg melalui makanan.slh sy juga sy nie jns time kerja mmg mls nk pg beli mkn sy akn kirim.so mayb la dr kiriman sy or kdg2 orgbg mkn sy amk dia buat lg tp dia buat bg sy xjodoh.so sy usaha lg berubat last sy terpksa berhenti kerja n keluar dr dunia yg org tu senang cri sy.skrg org tu pon dah xda semoga allah ampunkan la dosa dia.terpulang la kepada yg nk percaya ke x.sy sakit dr 2012 tp sy berubat mse 2014 n betul2 sihat penghujung 2015..skrg sy dh berkahwin pon dan suami sy pon tahu kisah ni dan dia sndr xsangka org yg buat saya tu siapa.

    Reply

Leave a Comment