Balik Kampung N.Sembilan

Hai Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Aku M.A.H.. Ini adalah kali pertama aku berkongsi kisah seram. Terima kasih admin jika terbitkan cerita aku. Mungkin tak seram bagi sesetengah orang. Tapi pada aku, seram ya amat.

AMARAN! MEMPUNYAI SEDIKIT BAHASA KASAR…

Okay ceritanya bermula dengan sepupu aku, namanya Qayyum.. Dia kerap kali datang ke rumah aku sebab tempat kerjanya yang berdekatan dengan rumah aku. Sedang kami lepak2 sambil hisap rokok, dia tunjukkan kat aku satu video ‘Live Stream’ di Facebook. Video pasal satu team paranormal membuat aktiviti pencarian di R&R Beranang di Highway LEKAS, Negeri Sembilan.

Memang seram bila tengok team tu berjaya merakam satu entiti yang rupanya seperti Kak Pon di celah dahan pokok. Walaupun tak berapa clear video tu, memang boleh cam la susuk tubuh dan rupa Kak Pon. Selang beberapa minit, mereka berjaya pulak rakam bunyi mengilai Kak Pon. Ngilaiannya seakan mengejek team itu. Semakin lama didengar, semakin kuat ngilaiannya. Aku yang dah tak tahan seram pun stop tengok video tu. Seram beb! Sebab itu adalah laluan aku untuk balik ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rokok yang aku dah bakar masa tu, aku ketis je abu. Tak hisap pun sebab syok tengok video team paranormal tu hahaha. Membazir Winston sebatang..

Hujung bulan pun tiba.. Gaji beb! Qayyum seperti biasa akan mengajak aku pulang ke kampung sebab memang rutin kitorang balik ke kampung setiap hujung bulan berdua je.

TETAPI, kami biasanya akan balik pada malam hari. Kebiasaannya pukul 10.00PM ke atas baru kami gerak sebab nak elak kesesakan lalu lintas. 9.45PM, Qayyum pun tiba di rumah aku. Kami bersiap untuk gerak ke Negeri Sembilan. Kami kalau pulang ke kampung, biasanya suka bawa pada kelajuan 70Kmh – 90Kmh je.

Sebab nak enjoy angin malam. Sedap beb angin malam kena muka. Well, di sini mulanya pengalaman tak sedap tu. 10.15PM, kami pun mulakan perjalanan dengan Qayyum sebagai pemandu.

Semasa lalu di R&R Beranang, aku pun teringat pasal video yang aku tengok di Facebook haritu. Aku tak tahulah kenapa aku jadi bebal masa tu. Aku pun bertanya lah kat Qayyum ni..

Aku : “Yum.. kita kat R&R beranang doh. Ni kan tempat team tu buat aktiviti. Seram lah bbi!”
Qayyum : “Takda apa2 lah. Kau buat rilek je”
Aku : “Cuak si
l lalu sini lepas tengok video tu. Weh, kok tang (rokok sebatang)

Kami pun lalu seperti biasa.. Diam seribu bahasa kerana tau bila cakap berlebihan pasal benda ni, akan ada yang tak kena. Sampai saja satu tempat ni, tiba2 terbau bau wangi. Bukan bau wangi perfume, tapi bau wangi bunga bungaan haaa gitu. Aku dah pandang Qayyum dan dia pun pandang aku. Buat bodoh je. Tak payah dilayan.

Aku dah mula takut dan meremang bulu roma. Menggumam perlahan dengan kata2 carutan sebab takut punya pasal. 12.45am macam tu, kami pun sampai di kampung halaman. Kami unpack barang. Qayyum bawa barang sikit jadi dia habis unpack dulu. Aku perasan dia dah duduk di luar rumah sorang2 untuk hisap rokok. Aku pun lepas habis unpack, join dia.

Rokok telah dibakar.. Baru niat nak sedut, mata aku lari ke arah satu dahan pokok durian betul2 di depan rumah nenek aku. Satu lembaga sedang memerhati kami. Walaupun sekejap, aku masih ingat lagi rupanya macam mana. Kami bertentangan mata dalam 20 saat.

Tak nampak mata dia.. Tapi aku tau kami bertentangan mata.. Bajunya putih lusuh sedikit kekuningan seperti kotoran dari tanah. Rambutnya panjang hingga paras kaki dan seperti ada daun2 sikit kat rambut dia dan muka berwarna hitam. Elok je dia bertenggek kat atas dahan tu tengok kitorang. Aku pun apa lagi bangun cepat2 dan terus ajak Qayyum masuk dalam. Rokok yang baru bakar tu pun aku terus tonyoh ke ashtray. Burn lagi sebatang… Kami duduk kat ruang tamu. Diam.. Aku pandang Qayyum, dia pandang aku.. pastu 5 minit macam tu, baru aku start bercakap balik..

Aku : “Kau nampak tak Yum atas pokok tu? Besar bodh badan dia. Aku dah seram ni bbi..”
Qayyum : “Aku nampak. Aku ingat nak masuk dah bila aku sorang tadi. Tapi lepas tu kau pulak keluar. Aku pun lepak jelah. Tapi mula2 aku nampak kat belakang pokok pisang tu.”
Aku : “Kenapa kau tak bagitau aku doh. Seram lahant. Aduh apasal benda ni jadi bodh betullah”
Qayyum : “Buat rilek jela. Jangan tunjuk sangat takut tu. Nanti lagi lah dia suka kau”

Ye memang betul pun. Benda ni tak silap aku kalau dia tau kau takut, lagi dia kacau kau. Dan benda ni tau aku tengah takut tadi.. So gurauan Kak Pon pun bermula. Pernah tak korang dengar atau tengok video orang seret benda (selalunya pisau) kat dinding slow2 sambil berjalan? Ha macam tu lah kitorang kena.

Mula2 kat tingkap. Slow2 bunyi tu keliling ruang tamu. Takda bunyi tapak kaki pun. Orang lain tengah syok tido, kami berdua ketakutan. Takkan nak kejut pulak. Kesian orang tua tu. Nak kejut pun rasa bersalah.. Lepas tu bunyi tu mula naik ke atas atap. Rumah orang dulu2 kan guna atap zink. So.. bunyi nya tu korang faham2 lah ye. Dia main kat atas atap pulak. Tapi kalini bunyi lain sikit.

Macam bunyi kain diseret. Tadi kat tingkap, bunyi benda keras. Kalini macam seretan kain pulak kat atas atap ni. Dia keliling je atas tu.. Aku perasan satu perkara. Bila kami berjalan mana2 malam tu, ke bilik atau ke jamban, bunyi tu seperti ikut kami. Kadang2 bunyi hentakan. Tapi lepas hentakan tu mesti ada suara perempuan tergelak kecil. Aku dengan Qayyum nak taknak, berani kan diri.. Buat apa? Haaaa kitorang ambik toto dan tilam bujang dalam bilik hujung, pastu tido. Paksa diri untuk tido hahaha. Usikan Kak Pon tu berlanjutan sampai lah kitorang masing2 tertido. Aku pun tak pasti sampai pukul berapa. Disebabkan takut, kitorang tido dengan nenek. Kami tido rapat2 haha geli tu nombor 2. Takut tu paling penting.

Esok harinya, aku bagitau pakcik aku. Kitorang panggil dia Busu. Mula lah kitorang cerita pasal kejadian malam tadi. Busu gelakkan kitorang.

Aku : “Busu, semalam kitorang kena kacau. Teruk jugak la dia kacau. Seret benda kat tingkap dengan atap..”
Qayyum : “Mula2 nampak benda tu kat belakang pokok pisang depan ni. Pastu ternampak kat atas dahan durian tu.”
Busu : “Oh atas dahan durian yang mana? Yang patah tu? Busu tengok pagi tadi dahan tu dah patah.”

Kitorang pun pelik.. mana ada dahan patah semalam. Bila kitorang tengok balik dahan tu, memang patah. Betul2 kat tempat yang dia bertenggek semalam. Busu aku ni memang tahu sikit ilmu mistik ni. Dia cakap kitorang kena ikut. Benda tu ikut sebab aku mulut celupar.

Ya aku ni memang mulut agak celupar. Aku tersentap lah jugak. Memang betul pun aku agak celupar malam tu. Sebab nak hilangkan rasa takut. Salah cara aku. Sepatutnya aku baca ayat suci. Tapi disebabkan dah biasa, aku hanya keluarkan kata2 kesat je. Allahu bila dah jadi macam ni, baru lah nak sedar. Baru lah nak ubah. Hmmm. Takpa lah, manusia memang lakukan kesilapan.

Yang penting, kita belajar dari kesilapan kita dan tak ulang apa yang kita buat. Cliché kan? Tapi benda ni memang betul pun. Ayat tu memang sebijik dengan apa yang kitorang bualkan malam tu. Kalau aku tak letak carutan,rasa macam tak best pulak. So aku letak dan aku censored kan.

Dan aku nak minta korang jangan lah buat macam aku buat. Selalu carut. Ingat ye kawan2 pembaca FS, jaga mulut terutamanya bila lalu di kawasan kampung. Jangan celupar dan jangan berlagak hebat. Ini lah pesanan yang Busu bagi kat aku dan aku share nasihat ni kat korang. Bukan jaga mulut masa lalu kat kawasan kampung je ye, sentiasa jaga mulut. Harap korang enjoy baca cerita ni. Dan maaf kerana terlalu panjang. Sekian.

-M.A.H-

20 thoughts on “Balik Kampung N.Sembilan”

    • Mungkin tak dapat sambutan. Sbb tu tak viral.. Wallahualam. Boleh search di Facebook untuk tengok sendiri video berkenaan. Nama page, Aktivator Crew Paranormal. Boleh cari video bertarikh 5 Ogos 2018. Mereka buat aktiviti pencarian di situ…

      Reply
  1. Perkongsian yang baik. Betul la kata orang kalau nak tengok apa yang ada dalm fikiran seseorang cuba tengok apa dia cakap masa dia terkejut atau buat silap, ya? Biasa-biasakan sebut yang baik walau dalam hati, pahala pun dapat. InsyaAllah.
    Terima kasih perkongsian kisah yang menarik.

    Reply
  2. Aku setuju dgn penulis pasal carut tu. Aku ada sorg kwn, kuat carut jugak. Asal terkejut/melatah je keluar carut. Memang dia kena selalu kena kacau dgn benda2 ni. Pada aku, jin setan ni tau org yg jarang sebut kalimat Allah. Amalkan, bila terkejut sebut takbir, Allahuakbar! Insha Allah, diorg tak berani nak takutkan korg.

    Reply
  3. Kg saya di Pahang tapi ble balik mesti akan lalu N. 9 iaitu Kuala Pilah tapi seigt saya takdelah pulak lalu R.&R Beranang. Maybe saya lalu highway lain. Nak tanye, Kg M.A.H area Tanjung Ipoh ke?

    Reply
  4. memang kesat ya amat bhs
    haha..xpla..pngajaran.. lepasni jgn buat lagi yer adik2 akak. Biasela..jiwa tengah muda..mcm2 bahasa wechat klua😂

    Reply
  5. kar beranang ada sorunk pakcik pandai urut adjust size..nak pegi umah dia memang seram..takut gak nk ke sana tp berbaloi sbb skrg dah padu

    Reply

Leave a Comment