Banglo di Bukit Jelutong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pembaca fiksyen Shasha. Thank you admin sebab approve cerita aku ni. Maaf kalau cerita ni terlalu panjang atau meleret2, saya cuba untuk tulis elok2. Sebelum cerita aku start aku nak cerita latar belakang aku sikit. Nama dalam cerita ni ditukar-tukar, dan kepada kawan2 aku yang tau cerita ni, tolong jangan tag aku. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik, aku ada 3 abang, Abang Long, Abang Ngah dan Abang Cu dan seorang kakak. Masa aku umur 5 tahun, ayah aku beli tanah di Bukit Jelutong, dalam cerita ni aku singkatkan as BJ (jangan fikir lucah pls).

Dulu BJ ni under Guthrie, sekarang dia under Sime Darby dan sebelum ni jugak dia ladang kelapa sawit. Masa ayah aku beli tanah tu, sekeliling semua tanah kosong tanpa rumah, kawasan tu masa ni memang tak dibangunkan lagi dan rumah aku masa tu first rumah dibangunkan di kawasan itu. Rumah-rumah lain di kawasan tu rumah teres dan ayah aku beli tanah tu sebab dekat dengan masjid. Kalau nak bayangkan berapa undevelopednya kawasan tu, bayangkan kambing masuk rumah aku tiap2 hari pergi berak depan rumah aku, kawasan sebelah rumah aku pulak padang dengan lalang tinggi. Berbeza dengan BJ sekarang yang semakin meriah dengan Zawara, Dominos, masjid yang dekat dengan rumah aku tu pun takde orang pergi sangat dah sebab diorang bina masjid lagi besar jauh sikit.

Rumah aku ada 8 bilik and masa tu semua bilik digunakan, mak aku masa tu bukak cafe so ada bilik dekat dengan dapur ni memang khas untuk bibik2 yang kerja dekat cafe dia, plus bibik yang jaga rumah and jaga Tokwan aku, Tokwan aku lumpuh so dia perlukan bantuan untuk bangun ke tandas etc. Salah sorang bibik tu dari kecik masa aku baby lagi dia dah jaga aku, aku panggil dia Kak Do. Kak Do ni orang jawa, ada sixth sense, boleh pick up benda2 ni. Dia selalu cerita kat mak aku pasal ada benda ni la, benda tu la kat rumah aku, tapi mak aku ni jenis tak percaya benda2 ni, kata Kak Do ni buat2 cerita. Kak Do cakap kat mak aku rumah aku ni ada malam2 ada benda tinggi hitam, macam monyet, gigi taring tajam, mata merah gila selalu jalan2 dalam rumah. Kak Do kata selalu baca ayat2 Quran lepas tu malam2 benda tu akan mengamuk, buat bunyi2 campak pinggan.

Kak Do ni memang sangat berani, ada satu time dia tengah p****g bawang kat dapur nak masak, lepas tu benda tu buat ‘special appearance’ depan Kak Do, Kak Do pergi kejar benda tu sampai benda tu lari ketakutan hahhaha, Kak Do gi terkam dia, lepas tu masa tersentuh benda tu, Kak Do cakap tangan dia jadi bau busuk sangat. Kak Do cakap benda tu lari gi kawasan depan, dia tenggek atas pokok dengan muka yang sangat marah, lepas tu benda tu tak berani kacau Kak Do lagi. Kak Do cakap dia juga selalu nampak benda atas bumbung dan kelibat TokWan aku lepas dia meninggal. Alhamdulillah, benda ni aku tak pernah nampak pun, dia tak pernah pun kacau aku. Tapi everytime aku pergi dekat living room, tengok TV sorang2, aku sentiasa rasa macam diperhatikan, macam ada sepasang mata tengah tenung aku dari belakang.

Sama juga waktu aku nak naik tangga sorang2, mesti rasa kena ikut dari belakang, so everytime aku naik tangga memang lari kalah Usain Bolt lagi pergi bilik aku, hahaha. Yang paling banyak kena kacau adalah abang ke 2 aku, abang ngah. Dia ni memang selalu kena kacau pun dekat mana2 pun hahaha. Rumah aku ada bilik solat + wardrobe room, mana kitaorang semua solat berjemaah and tempat mak bapak aku letak2 baju2 diorang dekat situ. Dekat situ ada tilam extra juga, so satu malam, abang ngah aku tidur di bilik solat tu. Masa dia tengah tidur, tiba2 dia tak boleh bergerak badan sebab kena himpit, dia pun mula la baca ayat2 suci yang sepatutnya, tiba2 benda tu bisik dekat telinga abang ngah dengan suara kasar. “BUKA MATA”, benda tu bisik dekat abang aku, abang aku apa lagi, lagi kuat la pejam mata, kalau ada uhu nak gam terus mata tu, huhu.

Abang ngah aku punya bilik dekat tingkat bawah, betul2 sebelah front door rumah aku and living room 1, kebanyakan kejadian kacau mengacau berlaku dekat bilik tu. Pada satu malam, abang ngah aku terbangun pagi2 buta, dia buka mata terpandang langsir dia and ternampak kelibat hitam belakang langsir tu. Dia pun cuba ignore dan paksa diri untuk tidur, tapi curiosity manusia kan tinggi, so dia buka la mata nak tengok benda tu dah pergi ke belum. Tengok2 benda tu makin dekat, and everytime dia intai, benda tu makin datang dekat kat katil dan akhirnya benda tu dengan pantas lompat atas katil dia. Bergegar seluruh katil tu. Abang ngah aku apa lagi, cabut la. Lari laju gila pergi bilik Abang Long aku, cakap nak tidur sama2. Abang Long aku pun tak banyak tanya cakap ok je. Rupa rupanya benda tu ikut abang ngah aku, dan lompat ke atas katil abang long aku jugak, dua2 pun cabut lari, hahaha.

Ada di bulan Ramadhan, abang cu aku tidur dengan abang ngah aku dekat bilik dia, abang cu ni pun saja nak bermanja and nak carik pasal, peluklah abang ngah aku macam bantal peluk, masa dia peluk tu dia dengar abang ngah macam berdengus kuat gila, macam bunyi lembu jantan bila nak kerja matador tu. Abang Cu aku pun pusing la badan ke belakang, malas dah nak peluk lepas tu bila dia buka mata sikit tengok abang aku tengah tidur dekat depan dia. Terkezuttt dia, terus tidur terus, tak nak peluk2 manja dah. Abang cu aku tanya la, abang ngah rasa tak dia peluk semalam lepas tu abang ngah aku cakap takde pun? Abang ngah aku ni senang terjaga kalau ada benda dekat dia so memang bukan abang ngah aku la yang abang cu aku peluk, hahah.

Abang cu aku juga pernah terlepas cakap satu hari ni, ada cousin aku complain, dia asyik bau busuk je bila malam2, macam bau bangkai. Abang cu aku cakap merepek je, takkan la, blablabla. Lepas tu malam tu, masa dia tengah nak tidur, tiba2 dia terbau busuk macam bau longkang. Lepas tu dia dah tak cakap apa2 dah haha. Abang ngah aku cerita dia selalu terbau benda wangi dalam bilik dia juga. Ayah aku suka buat sesi bacaan quran ramai2 dekat rumah, abang ngah aku pergi la bersalam dengan tok guru aku ni, lepas tu tok guru ayah aku cakap dekat ayah aku, jaga anak tu, ada benda nak berkawan.

Fast forward, 11 tahun since aku pindah, abang ngah aku dengan abang long aku dah kawin so pindah rumah, abang ngah aku dapat kerja kat pantai timur, Kak Do dah balik kampong, kakak aku pergi university, abang aku off/on ada rumah sebab kerja flight, TokWan aku meninggal and ayah aku pergi kerja outstation. Tinggal aku dengan mak aku je masa tu dengan dulu bilik yang semua digunakan, hanya 2 je yang digunakan sekarang, mak aku pun tunggu masa je nak pindah duduk dengan ayah aku tapi sebab aku SPM so kena tunggu. Since aku dengan mak aku takde la alim sangat, solat je, lain semua jarang2 buat sebab ayah aku pun takde nak baca quran semua, benda tu suka la.

Mak aku try nak jual rumah sebab dia nak rumah kecik sikit nak maintain (masa dia show the house around, dia tak mengaku owner, dia jadi agent sendiri so boleh dengar sendiri feedback orang), semua orang bagi response cakap, ”kenapa rumah nampak macam usang eh? Kenapa rumah macam pondok sikit?” dan masa itulah mak aku mula mengesyaki ada benda yang tak kena, macam ada orang sihir rumah ni la. Masa ini jugak kucing2 aku mula meninggal secara mystery, mulut keluar buih2 macam kena racun, tapi bila tanya jiran, takde yang cakap kucing kitaorang ni menggangu ke apa.

Ayah aku ni berilmu sikit so nak detect benda ni, dia letak satu buah yang tahan lama dan tak senang busuk depan rumah dan dalam beberapa hari sahaja, buah tu busuk dan bertukar hitam. Ayah aku pun mintak bantuan mak cik aku untuk tolong carik orang untuk halau benda ni. So ayah aku tangkap gambar rumah ni dan hantar kepada mak cik aku untuk diberikan kepada dua beradik ustaz. Ustaz tu pun dari gambar dia terus describe benda tu. Dia cakap ada 2 jin tanah dekat rumah aku, laki dan bini, diorang ketua kampong kawasan tu. Jin tanah lelaki tu besar, tinggi, bertaring and mata dia merah gila. Jin perempuan pulak sebelah lawa, sebelah buruk, sebelah wangi, sebelah busuk. Masa tu mak aku terkesima sikit sebab apa yang ustaz tu describe, sama macam Kak Do ceritakan! Ustaz tu cakap benda tu terperangkap kat dalam rumah ni sebab ayah aku pagar rumah, so dia takleh keluar. Lagipun dia tak nak mak aku jual rumah ni. Mak aku pun menyesal sebab tak percaya dekat Kak Do.

So ada la sesi nak menghalau benda tu tapi still takleh halau jugak, sebab memang dia jenis jin ketua kampong yang power so kitaorang pun malas nak lawan. Kitaorang dapat la jual rumah tu, adik beradik semua sedih sikit sebab dah lama tinggal dekat rumah pastu nak pindah. Tetapi sebelum kitaorang pindah rumah, ada satu peristiwa yang mak aku takleh lupakan sampai sekarang, and the first time dia rasa sangat, sangat takut sampai bulu dia meremang. Masa hari terakhir kami tengah pack barang, mak aku keluar untuk buang sampah di luar pada waktu nak masuk senja. Tiba2 ada sorang lelaki kulit sangat hitam, baju putih, berserban datang approach mak aku dan tanya dengan senyuman, “nak pindah ke?”. Mak aku rasa bulu roma naik dengan ringkas cakap ya dan lari masuk rumah. Mak aku yang berani ni pun terkejut kejap, hahah.

Aku still duduk dekat2 dengan Bukit Jelutong and masa tu still sekolah sana, and mak aku akan sentiasa taknak lalu kawasan rumah tu. Takut benda tu ikut. Yang masih menjadi mystery sekarang, walaupun dah 5 tahun aku pindah dari rumah tu, aku asyik termimpi mimpi pasal rumah tu. Aku cerita dekat abang cu aku pasal mimpi ni, dan dia cakap dia pun mimpi pasal rumah tu. Aku taktau kenapa, maybe sebab duduk lama kot ataupun benda tu rindu lol. Itu je lah tamat cerita aku. Anyways kalau ada masa nanti aku cerita pasal abang ngah aku dan benda2 yang dia kena, terutama di university dia di UITM Lendu. Kalau cerita ni tak menarik atau tak best pun, maaflah, aku bukan penulis BM yang bagus, dulu asyik kena kutuk je dengan cikgu BM aku.

Ps kalau nak mengutuk cerita pls bagi kutukan yang membina, aku ni jenis sensitip, nanti nangis berhari huhu. Bye!

.

Petai Chan
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

15 thoughts on “Banglo di Bukit Jelutong”

  1. kucing sy pun m**i mcm tu juga. mulut b’buih mcm kena racun, tp x de siapa pn yg wat gitu. semua sakit & m**i dgn misteri. yg de ni pn x slalu duk kt umh. tp slalu je sakit. kdng2 smpai muntah kaler itam wktu mlm…..pg tu tgk, muntah tu x de da. sian jg kat miaw2 ni. dlm 10 ekor, skrng tggl 2 ekor je. x smpai setahun, semua m**i & ilang penuh misteri…..huhuh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.