Banglo di Freser’s Hill

Hai assalamualaikum. Nama aku syaf.
First of all aku nak ucapkan terima kasih pada fs jika cerita aku ni disiarkan.

Kisah yang ingin aku sampaikan harini ialah tentang sebuah banglo besar yg terletak di Freser Hill Pahang . Ianya berlaku sekitar 2012/2013 yg lalu sewaktu aku menginap di sana selama 2/3 hari .

Okey, actually banglo di Fraser hill itu ialah kepunyaan auntie aku , she’s a Chinese (mualaf) isteri kepada pakcik aku.

So kiteorang satu keluarga ni memang selalu ke sana suatu ketika dahulu, selain dapat hirup udara yg segar dan sejuk , kiteorang juga berpeluang untuk menginap di banglo yg mewah dan menjamu masakan2 western auntie aku .

Dahulunya Fraser hill ni dibangunkan pada zaman British tak silap aku , Dan banglo yg kami menginap itu adalah salah satu banglo yg sudah tua usianya tetapi masih tampak cantik dan mewah.

Sebesar manakah banglo tersebut tidak dapat aku gambarkan , apa yg aku boleh bgitau ialah banglo tersebut mempunyai 2 tingkat sahaja .

Ceritanya bermula apabila pertama kalinya aku kesana setelah pakcik dan auntie aku diijabkabulkan .

Perasaan teruja tak perlulah aku jelaskan , kerana belum pernah lagi aku merasa seperti orang kaya sbelum ni .

Setelah selamat tiba di banglo tersebut , macam biasalah semestinya aku akan house tour dahulu di tingkat satu sahaja , auntie aku tak bagi naik atas , mungkin bahaya untuk adik2 aku kerana di atas ada banyak balkoni .

Pada hari pertama aku tiba di sana semuanya normal , tiada rasa seram atau rasa yg tidak enak.

Keesokan harinya, kami sekeluarga menghabiskan masa berada di luar untuk keliling Fraser hill.

Then kami kembali semula di banglo untuk berehat . Di minda aku masih tertanya2 apa yg ada di tingkat atas , pernah juga sesekali aku cuba curi2 naik tapi aku putuskan niat tu kerana aku taknak dimarahi auntie .

Sedang aku berjalan menuju ke dapur , tiba2 aku terdengar seakan suara2 yang riang gembira berada di tingkat atas .
Di mindaku hanya berfikir
“Wah naik atas tak ajak”

Tanpa aku fikir nasihat auntie, belari aku naik ke atas dan apa yg mengejutkan, tiada siapa2 pun yg berada di atas . Cuma lah aku seorang sahaja

Di hatiku hanya berkata, “alang alang da naik ni apa kata …”
Lantas! aku teroka, ternyata semua bilik berkunci kecuali satu bilik yg berada di hujung tangga.

Aku masuk … Belum sempat aku memandang kiri dan kanan , biji mataku dah terpaku melihat balkoni yg tak tertutup pintunya , keadaan seperti langsir putih berterbang terbangan .

Dalam hati aku berkata , sambil mengintai langsir tersebut
“peliknya, kat hutan tebal ni mana ada angin sangat”
“Bila masa auntie naik atas bukak pintu balkoni?”

Agak lama memerhatikan langsir tersebut , ingin saja aku ke balkoni dan tutup pintu tu . Tetapi dengan tiba2nya langsir tu bertebangan tinggi dan alangkah terkejutnya apabila aku ternampak sosok tubuh wanita yg mengenakan baju putih berjurai seperti langsir yg teriikut sama bertebangan.

Peliknya baju yg dikenakan oleh ‘benda’ itu teramatlah putih suci dan adakalanya terlihat sedikit bersinar2.

Bukanlah seperti yg aku gambarkan .. Kerana usually ‘kakponti’ mempunyai baju yg menyeramkan right?
Tetapi tidak pada yg satu ini.

Malah kepala ‘benda’ tu pun tidak terlihat , mungkin ditutupi dengan kibaran langsir ..

Terpaku aku disitu, ingin saja aku menjerit tapi aku takut kalau2 ‘benda’ tu terkejut dengar aku jerit.
Aku putuskan untuk berundur perlahan2, dan sebaik saja keluar dari bilik tersebut , aku berlari dengan kaki yg separa lemah . Hampir tersandung tapi sempat aku berpaut pada pemegang tangga ..

Sebaik turun dari tangga, aku sambung lari mencari parents aku . Tapi tak jumpa . Terkejut aku dibuatnya apabila melihat auntie aku terpacak di tepi tangga dan memandangku dengan agak lama .

Mulut aku terkunci , aku putuskan niat untuk tanya pada dia di mana ibu dan ayahku berada. Setelah itu dia senyum memandang ke arahku dan berlalu pegi naik ke tingkat atas .

Kepala Ku masih pusing memikirkan apa yg dah jadi tapi aku pilih untuk tidak memikirkannya.
Salah aku juga kerana tak makan nasihat orang .

Sejak dari hari tu, aku dah tak naik di tingkat atas dan apabila aku ke sana, aku akan pastikan yg aku tak berseorangan . Seram itu dah semestinya, kadang2 ada masanya aku berseorangan di dalam banglo tersebut while yg lain berada di luar . Macam macam yg terjadi tapi aku buat tak tahu je .

Bagi aku ia masih satu tanda tanya , dan tak mungkin aku akan bertanya pada auntie apa benda yg dah jadi pada banglo ni.
Biarlah aku simpan sendiri yg penting aku hormat apabila berada di tmpat orang .

Terima kasih guys kerana dah membaca ..
Semoga korang suka ..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nur syafiqah azmi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

7 thoughts on “Banglo di Freser’s Hill”

  1. Hmmm… takan tu aje kisahnye? Sekali je kena kacau … tapi Awak cakap selalu ke sana.. cam tergantung je… ke ada sambungan? Kenapa x tanya pakcik awak? Mesti dia tau sbb tu banglo bini dia kan…

    Reply
  2. First of all, you need to apologize to your aunt for what have you done. then, tell her that it is not your fault because you thought the kids were upstairs due to the voices that you heard. Dari situ la you cucuk-cucuk minta your aunt cerita perkara sebenar. haha. kalau boleh pegi belajar bahasa cina sekali untuk ambik hati makcik tu. Pastu, buat sambungan cerita ni “part 2”. Settle. tak main la cerita sekerat-sekerat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.