Banglo Seksyen 7
Hai admin dan pembaca FS semua… Semoga anda semua sihat selalu. Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah saya “Poliklinik di Bandar Baru Bangi” sebelum ini.
Terima kasih juga buat pembaca atas komen-komen anda. Ada yang tanya apa sebenarnya benda kat klinik tu? Saya hanya boleh katakan benda tu spesies makhluk halus. Tapi saya tak tahu bentuk dan rupanya sebab tak pernah nampak.
Kali ini saya nak sambung kisah selepas kejadian di klinik tu. Kan doktor minta saya bawa semua kerja di klinik ke rumahnya? Ok. Saya akur dengan arahan doktor dan sejak itu setiap hari saya berulang alik ke rumah doktor.
Rumah doktor terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Atau lebih tepat, banglo doktor. Kali pertama saya jejakkan kaki ke banglo itu, tiada apa yang pelik, cuma saya perasan kejiranan di situ agak sunyi.
Hmm… Biasalah tu kan bagi kejiranan bandar yang mewah, masing-masing kan sibuk bekerja di siang hari.
Banglo doktor dua tingkat dan terletak di kawasan yang agak hujung dan di belakangnya ada sebuah bukit kecil.
Doktor meminta saya buat kerja di tingkat atas rumahnya.
Ok.
Masa tu bulan puasa. Biasanya jam 12 tengahari doktor akan pergi ambil anak-anaknya di sekolah dan tinggallah saya sendirian di rumah doktor.
Untuk menghilangkan kesunyian, saya akan pasang lagu HambaMu yang imam muda nyanyi ramai-ramai tu kat you tube. Konon semangatlah sikit sambil-sambil buat kerja.
Tengah ralit melayan lagu sambil menaip di komputer, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi pintu yang ditutup kuat dari arah belakang.
Saya toleh, tapi saya tengok pintu bilik anak-anak doktor elok je terbuka, tak ada yang tertutup. (Pintu bilik anak-anak doktor ini jenis pintu kayu yang berat tu.) Badan saya jadi kaku, jantung berdebar tapi mata melilau juga tengok sana sini.
Aih. Biar betul ni.
Betul ke apa saya dengar atau sekadar mainan perasaan? Bulan-bulan puasa ni takkan ada gangguan juga?
Macam-macam saya fikir. Sudahnya saya cuba hilangkan rasa takut dengan menguatkan lagi lagu di you tube. Dalam hati berdoa supaya cepatlah doktor balik rumah.
Tak lama lepas tu, doktor balik. Lega saya rasa. Saya dengar doktor suruh anaknya ke dapur untuk makan (anak doktor tak puasa, dia baru darjah 1). Tenang sikit rasa nak buat kerja ni.
Tapi tak lama kemudian bunyi pintu ditutup kuat tu berulang. Kali ini lebih kuat. Terkejut betul saya.
Masa ni saya dah yakin ni betul-betul ni bukan mainan perasaan. Nak je saya pecut lari turun bawah dan beritahu doktor, tapi saya batalkan niat tu sebab tak nak doktor fikir saya ni macam-macam hal lah.
Ye lah, hari tu kena ganggu di klinik, ini dekat banglo dia pula. Bunyi macam ngada-ngada sangat kan? Jadi saya tak jadi beritahu doktor dan anggap semua tu dugaan semata.
Nak dijadikan ceritanya, satu pagi masa saya sampai ke rumah doktor, dari laman rumah lagi saya dah dengar bunyi mp3 orang mengaji Al Quran.
Bila saya masuk dalam rumah doktor, saya tengok doktor dengan anak-anaknya sedang membersihkan rumah dan memang dia pasang mp3 orang mengaji Al Quran kuat-kuat di komputer.
Saya malas nak tanya banyak, saya terus je naik ke tingkat atas dan buat kerja.
Petangnya, bila jam hampir pukul 5, doktor panggil saya turun ke tingkat bawah.
“Su, you boleh tak temankan I petang ini? Ada tetamu nak datang rumah I.” ujar doktor pada saya. Suspen pula saya rasa masa tu, tapi saya ok je nak teman doktor. Saya tanya doktor, siapa nak datang?
Doktor jawab “Actually rumah I ni ada gangguan. Semalam anak-anak i berlari menangis datang dekat i cakap pintu bilik diorang kena ketuk banyak kali.”
Ok. Terkedu sekejap saya. Doktor sambung “So, I ada jemput Tuan Guru Jamal (bukan nama sebenar) datang rumah I ni untuk tengok-tengokkan. Em, you boleh temankan I kan?”
Saya mengangguk tanda boleh. Masa ni saya cuba ingat balik kejadian pintu ditutup kuat tempoh hari. It is real, guys.
Setengah jam kemudian, saya lihat dari tingkap ada sebuah jip sampai di depan pagar rumah. 3 orang lelaki dan seorang perempuan turun.
Doktor ke laman rumah menyambut kehadiran mereka. Saya kat dalam rumah ni bukan main teruja lagi sebab inilah kali pertama saya akan bertemu Tuan Guru Jamal secara berhadapan!
Saya perhatikan agak lama mereka berada di laman rumah. Mereka seperti sedang meninjau kawasan sekitar rumah, dan kemudian barulah mereka masuk ke dalam rumah.
Oh ya, lupa nak cakap. Doktor ada 4 orang anak dan salah seorangnya berusia 3 tahun, namanya Zahra. Doktor minta saya jagakan Zahra ini sementara dia melayan tetamu-tetamunya itu.
Ok. Ayat pertama saya dengar dari Tuan Guru Jamal tu ialah “Ya memang benda tu ada, saya nampak. Tapi dulu tak ada ni…”
(benda yang dimaksudkan ialah makhluk halus).
Meremang tak bila dengar orang alim dan terkenal dalam dunia perubatan Islam sendiri cakap macam tu? Saya telan air liur dan angkat Zahra duduk di atas riba saya.
Kemudian doktor membalas “Ustaz, saya pernah nampak budak perempuan sebaya anak saya berpakaian serba putih berlegar-legar di tingkat bawah ruang tamu rumah saya ni.. Waktu tu jam 2 pagi, saya bangun nak minum air di dapur.”
Ok. Saya macam…What…Seriously??
Kemudian Tuan Guru Jamal kata “benda ni sebenarnya ada dua jenis. Satu yang jahat mengusik orang, satu lagi yang nak beritahu kita yang dia tu wujud. Saya tengok kat rumah ni jenis yang kedua.. Dia nak beritahu dia ada je tu.”
Doktor mengangguk tanda faham apa yang Tuan Guru katakan. Kemudian Tuan Guru meminta air untuk diruqyah sebagai minuman dan untuk dibuat mandi.
Tuan Guru juga meminta anak-anak lelakinya yang datang bersamanya tadi untuk sama-sama naik ke tingkat atas rumah sambil membacakan ayat ruqyah. Doktor menyusuli mereka.
Sementara itu saya di tingkat bawah disapa oleh menantu perempuan Tuan Guru. Kami berborak sekadar berkenalan dan seingat saya beliau murah dengan senyuman dan peramah orangnya.
Tak lama lepas tu Tuan Guru dan anak-anaknya turun dari tingkat atas. Masa ni Tuan Guru memandang tepat ke arah saya yang sedang memangku Zahra.
Haaa sudah. Hati saya dah tak keruan. Kenapa pula Tuan Guru pandang sini? Ada benda ke dekat aku ni?
Tuan Guru datang menghampiri saya. Disentuhnya ubun-ubun Zahra sambil terus membacakan ayat ruqyah. Masa ni saya ambil peluang menatap wajah Tuan Guru. Subhanallah, lembut dan tenang sekali wajahnya walaupun sudah dimamah usia. Agaknya inilah aura orang soleh kan?
Selesai membacakan ruqyah, Tuan Guru meminta diri untuk pulang. Dia pesan pada kami supaya jangan takut sangat. Tak ada apa katanya. Alhamdulillah.
Doktor mengucapkan terima kasih dan menyusuli mereka pulang.
Saya juga meminta diri untuk pulang memandangkan jam sudah hampir 7 petang. Nanti tak sempat pula nak buka puasa.
Oh ya, sebelum saya akhiri penulisan saya ini, saya teringat Tuan Guru ada berpesan supaya lain kali jika mahu mendiami sesebuah rumah baru, eloklah jika dibuatkan kenduri doa selamat.
Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tuan Guru Dato Dr Haron Din? Al-Fatihah
Saya rasa Arwah Ustaz Haron Din mmg ada jenis kereta yg disebutkan tu..tambhan pulak lokasi kejadian di Bangi.
dh abis ke? sambung la cita lagi… best lak, leka je baca
Dekat belakang rumah saya ni…bila dia kata bukit kecil tu je saya dah tau…haha dekat je rumahnya.
best citer nye…x tau pon selama ni, saya sendiri pon x pernah dgr citer mcm ni dekat sini
sorry terduplicate, dye asyik tulis error je…haha