Assalamualaikum, okay sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana kongsikan untuk cerita kali ini pengalaman kedua aku yang mana sebelum ini aku pernah kongsikan pengalaman aku di asrama dan kali ini, sambungannya ketika aku berada di rumah sewa pula. Sebelum aku nak mula kongsikan cerita kedua aku ini, aku nak ucap terima kasih juga kepada pembaca kerana sanggup ambil masa untuk membaca kisah kedua pengalaman aku kali ini di rumah sewa, baik cerita dia bermula selepas aku berpindah ke rumah sewa dimana sebelum ini aku “stay” dekat asrama untuk beberapa semester sahaja.
Pada mulanya rumah ini agak “scary” sebab banglo besar dan aku duduk rumah sewa ini dalam nak dekat 12 orang macam itu. Apa-apa pun rumah ini agak menyeramkan bagi aku sebab daripada cerita mulut pelajar-pelajar ‘senior’ sampailah ke ‘lecturer’ rumah ini memang “famous” dengan “background story” yang seram-seram. Pelajar-pelajar sebelum ini yang “stay” dekat rumah itu pun pernah cerita dekat kitaorang sebelum kitaorang nak menyewa rumah itu. Biasalah bagi kitaorang hanya dengar cerita sahaja takkan terus nak percaya tambahan pula kesemuanya lelaki harus lah berani.
Bermulalah kisah dan pengalaman-pengalaman misteri dan menyeramkan berlaku selepas kitaorang semua sepakat untuk “stay” menyewa dekat rumah itu. Aku akan ceritakan latar belakang tempat rumah banglo aku menyewa ini, rumah yang besar berwarna putih dah ‘uzur’ macam mana kalau kau orang tengok rumah-rumah sewa yang terbiar macam itula gambarannya. Rumah dua tingkat dan bahagian atas ada 1 bilik air 3 bilik tidur hanya 2 bilik sahaja dibenarkan masuk yang lagi satu dikunci tuan rumah. Bagaimana di bawah pula ada 1 bilik air,1 bilik tidur sahaja dan dapur. Ruang tamu terbahagi kepada dua, jadinya ada 4 orang tidur di bahagian atas dan selebihnya lagi 6 orang tidur di bahagian bawah.
Permulaannya semuanya macam biasa tiada apa-apa yang aneh berlaku sampai lah malam kitaorang dengan ada budak rumah lain ajak kitaorang pergi “Hunting” dekat tempat-tempat terbiar seperti banglo kosong tanah kubur ataupun hutan macam itu. Ceritanya pada malam kitaorang “hunting” dekat satu rumah banglo terbiar berdekatan dengan kawasan tempat bermain “golf” dari pandangan jarak jauh boleh dilihat pokok-pokok yang banyak dan hanya sedikit sahaja banglo lama itu kelihatan waktu masa itu dalam pukul 12:45 a.m jadi kitaorang perlu tempuh jalan berhutan yang sangat dalam gelap untuk sampai ke desitnasi ke rumah banglo itu.
Pada awal kitaorang sampai ke banglo itu, ada diantara kitaorang ini ada “Sixthsense” jadi awal-awal lagi dia ini nampak pelik kitaorang malas nak bertanyakan apa halnya, sebab kitaorang dah faham keadaan dia yang boleh nampak benda-benda alam ghaib ini.,”so” kitaorang cuma dah bagitahu awal-awal apa-apa yang terjadi atau ternampak kita bercerita selepas “hunting” jadi itu “Law” dia bila nak “hunting” mulut kena jaga kelakuan semua jangan nak suka sangat bila berada ditempat yang tak berpenghuni oleh manusia tapi berpenghuni olah makhluk alam lain ini.
Selepas itu barulah kitaorang mulakan aktiviti paranormal kitaorang berpecah sambil merayau sekeliling luar dan dalam rumah terbiar itu yang terletak di bukit dan hanya sebuah sahaja banglo itu di kawasan itu. Mula-mula semasa di tempat itu kitaorang tak nampak apa-apa kelibat cuma naluri rasa itu ada, sebab kitaorang tahu ada ‘entiti’ lain yang bersama dengan kitaroang semasa kitaorang jalankan aktiviti kitaorang itu.
Selesai sahaja aktiviti kitaorang dekat rumah banglo itu kitaorang ada merakam setiap sudut dalam rumah itu dan juga bahagian luar rumah itu di dalam video. Jadi aktiviti “hunting” dah pun selesai kitaorang mula simpan-simpan barang camera dan aku perasan kawan aku yang ada anugerah “sixthsense” ini dia terpandang dekat dalam rumah itu macam seolah-olah ada “sesuatu” yang memerhatikan dia juga laju mata dia toleh kebawah kawan aku ini,jadi aku “still” tak tanyakan apa yang dia nampak aku berdiam diri buat macam biasa sambil bakar rokok “chill” dan kitaorang beransur dari tempat itu.
Sewaktu perjalanan pulang nak keluar dari kawasan banglo itu, masa itu juga ada dahan pohon yang patah sekat jalan untuk kitaorang nak lalu agak pelik sebab masa datang tiada apa-apa halangan dijalan itu tapi kitaorang tak fikir panjang terus angkat alihkan dahan itu ke tepi jalan. Sebelum sampai ke rumah kitaorang pergi ke kedai mamak untuk lepak “rilek2” santai nak tengok video dan gambar apa yang sempat kitaorang tangkap.
Tiba-tiba kawan aku yang “sixthsense” ini baru buka mulut dan ceritakan yang mana sebenarnya sewaktu tiba di banglo itu dia nampak ada “benda” putih rambut panjang lebat kusut kain berdarah berdiri di tepi tingkap seolah menunggu kehadiran kitaorang, dan ketika dalam rumah itu dia cakap “benda” itu sebenarnya ada di sudut tepi dinding dirumah cuma kitaorang sahaja yang tak nampak.
Kitaorang anggap mula-mula cuma halusinasi dia sahaja tapi bila kitaorang tengok gambar-gambar yang kitaorang tangkap bahagian depan rumah itu “seriusly” kitaorang terkejut sebab kelibat itu memang ada betul-betul dekat tingkap yang kawan kitaorang bagitahu ini. Kawan aku ini bagitahu lagi sewaktu nak keluar dari rumah itu dia perasan “benda” ini macam nak “follow” kitaorang balik. Jadi tak fikir apa kitaorang cuma buat seperti biasa dah nama pun masing-masing yang nak cari pasal “so” tanggung sendiri buat “rilek” sahaja.
Pengalaman seram yang seterusnya semuanya kali ini jadi dirumah banglo yang aku sewa sendiri dengan kawan-kawan “Housemate” aku. Aku ringkaskan cerita, aku duduk tingkat atas mulanya dan bersama lagi 3 orang “housemate” aku. Gangguan pertama kena dekat kawan aku yang sorang ini dia kata dia dengar bunyi orang mencangkul malam-malam dekat belakang rumah.
Tidak lama selepas itu kawan aku yang seorang ini pula ternampak dekat cermin tingkap itu ada “sesuatu” sedang berdiri memerhati kan kitaorang dari dalam sedangkan kitaorang tingkat atas dan dekat tingkap itu tiada apa-apa pemijak macam mana boleh ada “sesuatu” berdiri dekat situ jadi semua dah mula takut seram sejuk nak pindah ke bahagian bawah. Aku sorang sahaja yang “stay” sebab bagi aku malas nak fikirkan negative jangan terlalu taksub dengan cerita hantu ini semua. Jadi malam itu macam biasa aku tidur dekat atas sorang-sorang dan tiba-tiba aku terdengar bunyi berdengus ‘hmmmm’ garau aku buat “chill” selepas itu ada cahaya dari tingkap itu aku perasan ada bayang “sesuatu” berdiri dekat tingkap itu aku malas nak layan aku terus kan tidur macam biasa.
Keesokkan hari barulah aku pun pindah ke bahagian tamu bawah semua “stay” bawah tiada satu pun yang duduk dekat atas yang jadi tanda tanya kenapa bilik satu lagi itu tuan rumah kunci dan ada alarm “Azan” setiap kali masuk waktu akan “Azan” jadi tak kisah sangat tentang “Azan” sebab yang heran apa yang ada dalam bilik itu. Pernah cuba kitaorang nak buka tapi pintu itu terkunci ketat sangat dan tiap kali cuba tengkuk kitaorang akan rasa seram sejuk terus kitaorang tak buka pintu itu.
Baik setakat ini , ini sahaja yang aku kongsikan dahulu terima kasih sudi baca kalau menarik cerita ini kepada pembaca akan aku kongsikan cerita-cerita yang lain pula yang lebih misteri.
Apa-apa pun maaf kalau “slow” jalan ceritanya mungkin seram bagi yang melaluinya tapi tidak kepada pembaca atau yang mendengar. Kata-kata akhir aku haruslah berjaga-jaga “mereka” ada disekeliling kita kalau tak berani nak berhadapan dengan “mereka” jangan lah kita cuba-cuba atau berani nak lihat atau seru. InshaAllah akan kita bertemu lagi…-Mat666
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
korang ni dah tahu pintu tu berkunci takleh buka yang degil sangat sibuk nak buka tu kenapa? ingatlah korang tu menyewa je ikut jelah apa tuan rumah kata
666? AHLI?
Ada ayat yang tergantung. Tapi oklah. Seram
macam terganggu pembacaan ade tanda ” ” tu..mcm terhenti terhenti..huu
feel seram tu x sampai ..sori penulis
Nak lagi la best and seram
cerita lagi yg lebih seram ye
aku kadang2 confuse bila org tulis “tak sampai 12 org”, “dkt nak 10 org” etc. I mean, tak sampai 12 so 11 ke? 10 ke? or 9? takkan la 10.36743456 org ye tak? dkt nak 10 org tu, 8 org ke? specific kan lg senang. lain lah kalau no besar and mmg tak ingat jumlah mcm “lebih 10” or “dlm 20 org”. why nak menyusahkan diri sendiri dan pembaca.
“aku duduk rumah sewa ini dalam nak dekat 12 orang macam itu”
“ada 4 orang tidur di bahagian atas dan selebihnya lagi 6 orang tidur di bahagian bawah”
so…….. duduk 10 org lah kan? ckp je lah 10. tak payah lah ‘nak dekat 12’
Terganggu bro, banyak sgt “airquote”