Bangunan Baru Tepi Tasik Biawak

Bangunan Baru Di Tepi Tasik Biawak

Salam PKPD dan Selamat Berpuasa kepada Pembaca FS.. Seram Suaam….  Pertama sekali minta maaf jika ada kesalahan dan minta maaf juga jika cerita ini tidak seseram cerita yang lain, namun bagi ku cukup untuk aku merasakan seramnya ketika dikejadian itu..
Lebih kurang 10 tahun dulu, aku pertama kali mendapat pekerjaan di sebuah kedai fotostat terletak di bangunan baru dibuka di dalam sebuah universiti di pantai timur. Di sebelah bangunan ini terdapat tasik, dipanggil tasik biawak, kerana terdapat seekor biawak di dalamnya.

Hari pertama bekerja, hanya mengemas di dalam kedai, kedai belum lengkap sepenuhnya, hanya aku seorang sahaja yang bekerja di dalam kedai ini, minggu depan barulah pekerja baru masuk. Hanya dua buah sahaja kedai yang baru dibuka, yang lain semuanya masih kosong tiada penghuni.

Tiba waktu zohor, aku akan pergi menunaikan solat di tingkap satu bangunan ini. Mujur ramai kakak kakak cleanar bangunan ini, tidaklah ku merasa takut.
Rupanya salah tanggapanku, masuk hari ketiga bekerja, bos ku menelefon dan memberitahu hari ini aku perlu bekerja sampai lewat malam ditemaninya dan seorang pekerja indonesia. Kami bekerja tekun dan cepat menyiapkan kedai kerana dua minggu lagi kemasukan pelajar baru.

Tibanya waktu maghrib, bosku menyuruhku pergi solat di tingkap atas. Aku dengan beraninya pergi menaiki tangga ke tingkap atas yang gelap, hanya ditemani cahaya bulan. Keadaan surau yang gelap, bertukar cerah bilaku membuka suis lampu. Baru sahaja mengambil air sembahyang, aku terdengar tepukkan kuat di luar bangunan. Aku terfikir mungkin ada pekerja yang masih bekerja pada waktu itu. Kerja apa diwaktu maghrib, aku membiarkan sahaja tanpa memikirkannya. Tepukkan itu hilang bila aku selesai solat. Sampai di kedai, bos ku memberitahu kerja akan di sambung pada hari esok. Aku bersiap siap pulang. Alangkan terkejutnya diri ini, melihat hanya terdapat dua kenderaan sahaja di kawasan parkir kereta, iaitu keretaku dan kereta milik bosku yang dinaiki bersama pekerja indonesia.. Persoalannya siapakah yang menepuk dinding di dalam surau tadi. Memang wujud penghuni lain disini…

Pelbagai gangguan lagi terjadi salah satunya semasa aku bekerja bersama kak nida yang berusia tua lima tahun dariku. Tempahan fotostat yang banyak memerlukan aku dan kak nida pulang di waktu senja. Sangkaan meleset, mesin fotostat tiba tiba buat perangai, sampaikan jam menunjukkan pukul 7 malam. Selesainya semuanya, kak nida memberitahu ku untuk pulang selepas azan maghrib.. Aku mengiyakan sahaja tanpa banyak soal. Sebelum pulang, kami melayari laman sesawang, aku yang gigih melihat profile jejaka hensem di fb terkejut apabila mendengar bunyi kerusi dialihkan dan ditarik di tingkap atas.
Wajah kak nida tiba tiba berubah dan menyuruh diriku cepat cepat bersiap untuk pulang.

Sampai di parking , kak nida menyuruh aku mendonggak kepala di tingkap atas bangunan. Gelap tiada satu pun cahaya, hanya kami berdua sahaja di bangunan tersebut. Baru ku mengerti.
Beberapa hari kemudian, kerja yang semakin banyak, kami berdua berpakat untuk menyelesaikan semuanya sebelum pukul 6 petang. Kadang kadang pukul 6.30 petang baru kami pulang.

Pagi sewaktu aku sibuk menyapu habuk di dalam kedai, tiba tiba kakak cleaner bertubuh sedikit gempal, menyapaku. Akak cleanar menasihatiku supaya tidak pulang lewat dan menyuruh berhati hati kerana tempat ini memang keras dan berpenghuni.. Rupanya bukan kami berdua sahaja kena kacau, rupanya ramai lagi terkena.
Tahun 2020, kedai fotostat sudah lama tutup, aku dan kak nida membawa haluan masing masing. Tiba tiba terdengar suara nak fotostat berapa keping ya. Satu seposen. Hehehe. Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Bangunan Baru Tepi Tasik Biawak”

  1. Hebat awak ni, blh naik solat kt atas tingkap (jendela), apa ilmu yg awak pakai sampai awak blh solat kt tingkap? Tingkap tu tingkap jenis sliding atau jenis cermin nako? Kah kah kah… 😂😂😂

    Reply

Leave a Comment