Terima kasih Fiksyen Shasha sekiranya cerita aku disiarkan. Minta maaf terlebih dahulu sekiranya cerita aku ni tidak berapa seronok dan tidak seram. Ini merupakan pertama kali, aku ingin berkongsi pengalaman aku di FS. Kisah ini berlaku ketika aku sedang belajar di sebuah IPTA negeri Pahang. Lokasi IPTA aku ni terletak di pinggiran hutan. Nama IPTA tu biarlah rahsia, tapi kalau ada yang tahu tu diam-diam jelah ya. Hehehehe. Oh ya sebelum tu, aku adalah seorang perempuan.
Di semester kedua, aku duduk di asrama. Bilik asrama aku boleh memuatkan 5 orang. Namun dalam bilik aku, hanya ada 4 penghuni sahaja termasuklah aku. Katil yang disediakan adalah katil bujang. Aku dapat katil yang berada betul-betul ditengah dan bawah kipas. Bilik aku ni agak suram kerana budak-budak yang sebilik dengan aku suka tidur di bilik kawan-kawan mereka,termasuklah aku. Bermakna bilik ni sentiasa kosong.
Nak dijadikan cerita satu malam tu, aku sedang lepak di bilik kawan aku sambil membincangkan projek yang perlu diselesaikan. Masa tu,aku baru teringat, aku belum lagi menunaikan solat isyak. Bilik aku berada di tingkat tiga tapi bertentangan dengan bilik kawan aku, jadi aku nampaklah bilik aku ni terang lagi. Keadaan masa itu sudah menunjukkan pukul 10 malam. Setelah selesai ambil wuduk aku pun bergegas ke bilik aku untuk solat. Setibanya aku dibilik, tiada seorang pun dibilik. Tiba- tiba aku rasakan angin yang lembut lalu di tepi aku dalam bilik tersebut. Aku terus tutup pintu bilik. Apabila aku toleh je, aku terpandang bantal kepala patung Garfield kepunyaan budak bilik aku sedang senyum kearah aku sambil menunjukkan gigi taring dia yang tajam. Pandangan mata dia sangat tajam. Kalau kalian pernah tengok cerita badut (IT), serupa itulah yang aku nampak, gigi taring dia sebijik dalam cerita badut tu. Allahu masa tu aku terasa kaki aku tak jejak lantai dan longlai. Aku gosok mata aku ketika itu takut itu adalah mainan perasaan aku. Aku buka je mata Garfield tu masih senyum dekat aku dan kepala Garfield tu bergerak betul-betul mengahala kearah aku dan makin membesar. Aku terus tekup muka sambil istighfar, aku rasa nak menangis dan kaku.
Masa tu, dalam kepala aku hanya teringat untuk beristighfar. Ayat-ayat lazim, ayatul kursi semua tidak ingat dan dalam hati aku terdetik “Ya Allah jahilnya aku, nape semua surah aku tak ingat”.Apabila aku buka mata, keadaan patung tu telah kembali asal dan tidak lagi memberi senyuman yang ngeri kepada aku lagi. Kepala patung tersebut tidak membesar lagi seperti tadi. Aku terduduk di bucu katil kerana ketakutan. Tapi aku nekad nak teruskan solat dalam bilik tersebut. Aku terus meluru ke patung tersebut dan terlangkupkan bantal Garfield lalu tutup dengan selimut. Semasa aku hendak memulakan solat,ketika angkat takbir aku terdengar bunyi cakaran dalam almari baju. Aku hanya abaikan namun semakin aku teruskan solat, cakaran tersebut makin kuat. Habis tak khusyuk solat aku. Usai solat aku terus ambil selimut dan bantal aku bersedia untuk lari keluar ke bilik kawan aku.
Sebelum aku keluar dari bilik, aku pergi dapatkan bantal Garfield tersebut dan hempas ke katil. Perasaan aku dari takut jadi geram sebab ganggu aku solat. Lepas je aku hempas patung tu aku letak ketempat asalnya semula seperti mula-mula aku masuk tadi takut tuan empunya bantal tersebut perasan yelah bantal tu adalah bantal kesayangan dia. Semasa aku hendak keluar dan buka pintu bilik aku, ada seekor beruk jantan besar betul-betul berada depan bilik aku duduk diatas balkoni. Untuk pengetahuan kalian, tempat belajar aku ni berada dipinggir hutan, jadi asrama kami ni selalu menjadi tumpuan geng-geng beruk untuk mencari makan dan mengacau kami. Mereka akan datang berkumpulan. Ya beruk-beruk ni agak agresif dan akan mengejar kami mungkin kerana mereka lapar.
Cuma yang aku pelik beruk ni tak bergerak yang hanya memandang aku dan bulu dia hampir coklat kehitaman. Aku dalam keadaan takut tadi yang masih belum hilang aku terus tutup pintu dan masuk semula ke bilik. Aku terus menghubungi kawan aku minta bantuan dari dia. Tak sampai 5 minit kawan aku sampai dan dia buka pintu bilik. Aku rasa begitu lega dia apabila dia dah sampai.
Aku terus tanya kepada kawan aku
“mana beruk tu, mcam mana awak halau dia”,
Kawan aku membalas
“tak de pun beruk kat sini tadi masa saya datang, dia dah lari la tu”.
Aku hanya anggukan kepala sahaja dan terus keluar dari bilik tersebut. Semasa kami sedang berjalan menuju ke bilik kawan aku, aku ternampak beruk tadi berada diatas bumbung. Dia memerhati aku, tetapi kali ini pandangan dia sedikit menakutkan mungkin dia duduk dalam keadaan gelap, aku ternampak mata beruk tersebut bercahaya seperti berlampu kekuningan. Keesokan harinya aku demam panas, panas sehingga menyebabkan rongga mulut aku mengeluarkan darah dan aku hanya mampu terbaring sahaja. Alhmdulillah, akhirnya aku sihat setelah dibawa berubat. Semenjak dari kejadian tersebut, aku sangat trauma dengan bantal patung terutama Garfield. Pesanan aku, bilik janganlah selalu ditinggalkan kosong terutama bilik yang mempunyai anak patung tidak kiralah patung cukup sifat atau tidak.
Sekian dari pengalamanku.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram juga patung tu
Kpd peminat patung , dinasihatkan JANGAN SIMPAN patung/figure , x kira apa2 jenis patung (haiwan, mnusia, kartun dan lain2) sbb jin/setan SUKA benda tu. Malaikat x msuk dlm rumah slagi patung tu x buang (kcuali malaikat maut). Utk kselamatan korang & family. Moga ini manfaat
Tapi kalau untuk main takpe. Bukan hiasan pun
patung untuk main hanya lah dikhususkan buat kanak2 sahaja..itupun dengan syarat, patung tu hendaklah disimpan dalam bekas mainan..tidak dihiaskan seperti diletak atas katil, kerusi, almari perhiasan dan sebagainya..wallahua’lam
Ni stuju , klu patung tu dimainkan oleh kanak2 xpe. tpi ada jugak stengah org dewasa yg suka kumpul patung/figure sbgai perhiasan. Patung stand-still figure action/ anime (patung peluk pun seeloknya jgn simpan). Utk kselamatan korang, simpan patung2 tu kat tmpt lain – stor ke, derma ke. Kalu nak buang syg plak kan. Sbgai pringatan & kselamatan diri sendiri
Boleh disimpan jika ada kecacatan pada patung atau digunakan untuk kanak kanak bermain sebab patung seperti penyembahan orang orang kafir
Mcm mana nk tahu ptung kta tu ok ke x especially ptung tu da mcm bntal bsuk kta ???? 😅
Dulu pernah ada patung barbie and y pelik pasal patung tu,makin lama rambut dia makin pjg..tp syukur laa,dia rentung dalam satu kebakaran,time tu sy lupa nak padam api lilin (sbb rumah takde letrik),bila tersedar tgk2 dah terbakar patung tu..
Sempat jugak laa sy padamkan api tp mmg dah tak dpt selamatkn laa patung tu..maybe ada hikmah di sebaliknya..
Baidewei,time study dulu ada kat satu bilik ni,mmg gempar dgn kisah patung spongebob bergerak..urban lejen zaman uni dulu..tp still ada y degil bwk patung besar gedabak,including my frenz..huhu..
Syukurlah dh terbakar. Seram kot part makin lama makin panjang tu haha.
Haha . Macam tau je kat mana ni . Mesti matrikulasi gambang . Sbb kolej dia dkt dgn hutan n always ade beruk .
Nak tanya I punya bantal bentuk nenas ..ok ke kalau I simpan..
budak2 remaja ipt ni ak heran, suka sgt kilik anak patungberuang, atau seangkatannya bawak naik bas lps tu gegeh letak atas katilwat peluk mlm2 esp ni pemberian pakwe makwe.
yg x suka patungni, mmg berbulumata la sb tau x boleh patung2 ni