#BanyakCakap: Penampakan Bunian Di Sedim, Kedah

Assalamualaikum buat semua pembaca fiksyen shasha. Aku antara salah satu pembaca yang selalu follow up story-story kat sini tanpa jemu sebab aku peminat kisah-kisah seram ni and ada group kisah seram sendiri. Sebagai intro aku ceritakan sikit tentang diri aku. Aku ni adalah lepasan STPM yang masih lagi menganggur sementara tunggu result keluar bulan 3 ni. Aku belajar F6 di salah sebuah sekolah di daerah Kulim. Kisah terjadi semasa aku masih lagi bergelar lower six, baru masuk, fresh lagi.

Okay tengok nama Sedim ni mungkin dah ada yang dapat agak aku bersekolah di mana. Seperti aku kata tadi waktu ni aku baru saja masuk alam Form 6 dan bergelar lower. Macam biasa ada junior ada lah upper. Semua F6 akan ada badan pelajar sendiri yang dikenali dengan nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang waktu tu dikendalikan oleh senior. Jadi bagi meraikan kedatangan lower students, para senior telah merancang satu perkhemahan di Sedim selama 2 hari 1 malam. Perasaan aku waktu tu berbelah bahagi sama ada nak join atau tak sebab aku tau tempat tu keras tambahan lagi ada 2 orang kawan aku ni yang hijabnya terbukak, jadi aku ni sekali risaukan depa ni.

Akhirnya aku dan lagi 5 orang geng aku setuju nak join sebab ianya wajib dan malam tu ada aktiviti night walk. Seumur hidup tak pernah buat jadi aku teringin. Jadi kami pun berangkat dengan naik bas uncle Ramu yang keadaan basnya sangat membimbangkan kami semua ? tapi disebabkan dekat jadi redah jelah. Sesampai di sana macam biasa kem kena pasang khemah, siapkan peralatan memasak semua dulu. Tapi bab dapur, masak upper uruskan kami makan ja. Itu untungnya jadi lower ni. Penempatan kem kami agak dalam tapi betul-betul di tepi sungai dan ada tandas awam serta tempat bersimen dilindungi dengan bumbung untuk solat berjemaah. Awalnya tadak apa, kawan aku 2 orang tu pun tak meragam melilau tengok atas bawah kiri kanan kaa apa.

Malam yang dinantikan tiba untuk aktiviti night walk. Semua junior dan senior berkumpul dan kami diiringi oleh seorang abang yang memang mahir dan kerap buat aktiviti cenggini. Tak silap aku, kami start tu dalam pukul 11 malam, ambik feel seram lah katakan. Sebelum nak jalan tu aku dah kata dah kat 2 orang yang hijab terbukak ni aku namakan Maimon dan Joyah jelah. Maimon ni badan besar, Joyah orangnya kecik. Lebih kurang ayat aku, “Sebelum nak mula, hampa start baca ayat kursi apa semua tau. Apa pun jadi jangan jalan jauh dari kami, hampa nampak apa pun buat taktau jaa”.

Depa ni pun terangguk-angguk lah sebab aku nampak si Joyah ni muka dia dah pucat sebab dia tau memang sah dia akan nampak kawan-kawan dia satgi. Sepanjang perjalanan kami tak dibenarkan memasang torchlight untuk elakkan tersuluh benda-benda tu kang tak pasal histeria berjemaah dalam hutan. Abang tu dengan 2 orang pembantu dia saja yang nyalakan lampu. Geram jugak waktu tu buat penat jaa bawak torchlight. Memang perjalanan masuk hutan yang dalam, ada setengah jalan macam mendaki bukit sikit. Kadang-kadang bukak jugak lampu sebab tak nampak atas apa kami jalan ni kang tak pasal jalan atas rambut cik pon.

Takyah tunggu lama. Baru masuk si Joyah ni dah buat hal. Mulalah mata melilau sampai satu part tu dia berhenti and pusing belakang tengok punya lama dekat satu tempat tu. Yang si Maimon ni asal Joyah pusing jaa dia tarik kawan tu ke depan balik. Okay part ni aku nak tergelak sikit sebab dah lah Maimon badan besar, kau bayangkanlah dia tarik kepala si Joyah yang kecik tu. Makin lama aku makin tengok Joyah ni tak tentu arah. Aku suruh lah dia baca ayat kursi apa semua. Kau tahu dia boleh berhenti pastu cakap kat aku, “Tu, dia panggil aku” sambil tengok kat belakang. Aku apa lagi, malas nak layan, tolak jaa dia suruh jalan.

And then, lepas 15 minit macam tu, aku pulak mula rasa tak sedap hati, aku ada perasan macam benda berkain putih dekat tepi aku pandang kami semua yang tengah jalan ni. Aku buat tak tau jaa malas nak layan perasaan. Tapi yang peliknya aku mula rasa panas and rimas. Disebabkan semua kena jalan berpasangan, aku jalan dengan kawan baik aku ni and entah kenapa aku tak boleh jalan seiring dengan dia. Bila dia ada sebelah aku, aku jadi panas. Aku pun tak sedar bila aku suruh dia jalan belakang dengan lagi sorang kawan ni. Ajaibnya bila dia ke belakang jaa, aku jalan sorang aku mula jadi sejuk balik and selesa, tapi banyak kali jugak dia datang nak jalan sebelah aku balik and keadaan sama berulang lagi. Aku mesti jadi panas, badan rasa berbahang. Kau tau perasaan tu macam mana kan?

Secara tiba-tiba, si Joyah ni pulak buat hal. Dia tetiba nak terjatuh, keadaan dia waktu tu dah tak larat sangat dah nak jalan, muka pun pucat habis. Guru pengiring pun taktau nak buat apa takkan lah dia nak angkat pulak kawan tu kan. Jadi dia tanya sama ada Joyah ni boleh jalan lagi ke tak. Joyah jawab dia boleh lagi. Walaupun sebenarnya aku tahu dia dah lemah sangat. Keluar jaa dari kawasan hutan, dia mula okay. Aku pun dah tak rasa panas kalau kawan aku tadi tu berjalan sebelah aku. Kami teruskan berjalan di kawasan jalan tar. Aku dengan kawan aku pulak waktu tu dah tinggal habis kawan yang lain nak berjalan depan sekali dengan abang tu. Dah tak ingat dah kejadian tadi and kawan 2 ekor tu sebab depa pun dah okay.

Tiba tiba sampai satu kawasan ni, abang tu tetiba kata, “Tepi sikit, ada orang nak lalu”. Jadi kami pun beriya lah jalan ke tepi padahal pelik jugak orang apanya abang ni, kami jaa dekat situ. Orang kampung pun semua dah tidoq lah. Tapi lepas dia cakap macam tu aku dengar bunyi motor lalu tapi tadak sapa pun naik motor lalu weh. Aku taktau aku jaa yang dengar atau depa yang lain pun dengar sama. And tengah jalan tu dari jauh aku nampak kelibat orang dekat tengah padang belah kiri aku. Aku perhati jaa kelibat tu. Sangka aku ada orang tunggu kami dekat situ tapi mustahil jugak. Sampai lah dah dekat baru aku perasan and nampak dengan jelas kelibat makhluk tu.

Macam orang lelaki yang pakai topi sawah sambil pegang sabit kat tangan. Dia tak bergerak seinci pun. Tolong jangan kata itu hanya ‘orang orang’ yang biasanya pesawah letak tengah sawah sebab situ tadak sawah. And cuma rumput yang banyak jaa. Cuma aku tak nampak muka sebab tadak cahaya and hanya samar cahaya bulan jaa waktu tu. Waktu tu jugak aku dah tahu tu bukan orang tapi benda lain. Jantung aku macam dah nak tercabut waktu tu. Aku genggam tangan kawan aku tu kuat-kuat. Dia agak aku dah nampak something dia terus suruh aku baca ayat suci. Dalam hati aku tak berhenti baca sampailah aku mula rasa okay. Sampai jaa kat khemah kami aku tak cerita langsung kat depa apa yang jadi.

Esok tu hari last kami, waktu nak balik sementara tunggu bas Uncle Ramu tu, aku mula bukak cerita tentang apa yang aku nampak. Yang peliknya kawan aku si Maimon ni tetiba dia describe kan ciri-ciri benda yang aku nampak tu siap tanya, “Hang nampak macam tu kan?”. Aku apa lagi, terkejut lah sebab aku tak cerita kat sapa-sapa lagi macam mana ciri-ciri makhluk yang aku nampak tu. Aku cuma bagitau aku ada nampak benda. Jadi terbuktilah apa yang aku nampak tu betul and dia tak menipulah dengan kata dia boleh nampak sebab sebelum tu aku kurang yakin dengan dia. And hanya kami dua yang nampak benda tu yang lain tak nampak langsung. Baru aku tahu kawasan tu tempat makcik pakcik adik abang kakak bunian. Baru aku faham kenapa abang tu suruh kami ke tepi and bunyi motor yang tadak orang tu sebenarnya sapa.

Maaf kalau cerita aku ni agak membosankan. Tapi disebabkan aku tak pernah nampak benda-benda macam ni selama ni and itu first time aku mula nampak jadi aku agak terkesan. Lepas kejadian tu, aku mula nampak benda lain pulak. Sekiranya ada kesempatan, aku akan share pulak cerita aku sewaktu join rombongan ke Cameron Highland sewaktu masih bergelar lower student. Terima kasih kerana membaca and tolong jangan kecam aku kalau tak best story ni ? aku ambik masa sejam setengah nak mengarang. Hahahaha

Loading...

10 comments

  1. KG SUAMI TU. KG SUNGAI BULOH, SEDIM. SETAKAT NI TAK PERNAH LALUI PENGALAMAN MCM NI LAGI DI KAMPUNG. MINTA DIJAUHKAN . SEDIM MMG BEST UTK XTVT OUTDOOR. BOLEH BUAT WATER RAFTING KAT SANA TAU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *