Basikal Berdawai

Assalamualaikum readers..

Aku ingin kongsikan pengalaman yang bagi aku seram la juga. Sewaktu aku kanak2 dan ketika aku sekolah menengah berasrama. Semuanya berlaku di Melaka. Kejadian ni berlaku sekitar tahun 1996. Setiap petang, aku dan beberapa orang kawan memang akan set time utk berbasikal dan pergi ke taman permainan. Pada masa tersebut, sebelah taman semi D aku ada sebuah perumahan yg da 75% siap. Kiranya tinggal nk touch up sikit2 part pendawaian letrik, nak buat pagar kt luar dan longkang.

Masa tu dalam jam6.30pm, kami 6 orang dgn 3 buah basikal pergi ke taman perumahan da nak siap tu. Lot teres. Aku tengok takde orang pun.

“Jom kita masuk tengok rumah ni nak?” aku ajak kengkawan. Kitorang pun tongkat basikal dan masuk rumah tu. Kitorang masuk kat hall, dapur, bilik semua tu sambil terlompat2, memekak mekik dalam tu sebab jakun ada gema. Hahaha… Kelakuan yang macam beruk tu adalah dalam 10 minit je sehingga ada seorang pakcik datang. Guard maybe. Dia halau kitorang. Dia cakap jangan main area sini. So kitorang pun keluar pergi kat basikal. Aku pun naik nak kayuh. Sekali roda macam tersekat2.

“Eh apasal pulak tak boleh kayuh ni”. Rupa-rupanya..jeng..jeng..jeng.. jejari kat roda belakang basikal aku belah dalam telah dililit dengan dawai kasar. Kasar maksudnya dawai keras yg kena p****g pakai playar. Tak mampu nak lentur pakai jari der. Aku pandang keliling. Takde orang pun kecuali guard tadi.

Ada beberapa sebab yang buat aku pelik :-
1. Taman tu sunyi takde orang lain hatta pekerja binaan sebab hari da petang.
2. Masa datang tadi boleh je kayuh basikal. Siap bonceng adik lagi. Condition basikal tip top gitu.
2. Kitorang memekik dalam rumah tu tak lama dalam 10 minit berbanding lilitan dawai kat jejari basikal yang aku rasa ambil masa yg lama sebab dawai tu keras dan kena masuk celah jejari tu bukan senang.

Basikal rosak, jadi nak balik rumah aku kena sorong basikal sebab roda belakang tak boleh pusing.

“Kenapa tolak basikal tu? Kenapa tak naik je?” tanya guard tu.
“Tak boleh naik pakcik. Roda kena kawat. Dah tersekat. Pakcik ada nampak tak sapa2 yg buat basikal saya ni?” soal ku.
“Sini takde siapa2 pun. Korang je yang buat bising dari tadi.”
Aku hairan.

Dah la penat tolak basikal. Jauh beb. Sampai rumah pula mak marah sebab balik dah senja. Bila cakap basikal kena dawai, mak cakap padan muka. Huhu. Tapi seriously, aku amik masa nak dekat seminggu betulkan dawai kat jejari roda tu. Abis jejari basikal aku bengkang-bengkok.

Kes di sekolah menengah pula, sekitar tahun 2002, aku belajar di sekolah agama persendirian. Dorm aku ialah bekas rumah pengasas sekolah agama tersebut. Rumah 2 tingkat. Bawah batu, atas kayu. Memang keras sikit berbanding dengan 2 dorm yang lain. Dorm lain memang design hostel. Tingkat bawah dorm aku ada 2 ruang. Ruang depan kitorang letak almari2 dan ruang belakang hanya muat 4 katil double decker dan bilik air. Tingkat atas memuatkan katil double decker sepenuhnya.

Aku tidur di tingkat bawah katil atas. Untuk pengetahuan korang, hanya tingkap kaca berdinding yang memisahkan ruang almari dan katil. Katil2 kami pula betul2 sebelah tingkap. Nak dijadikan cerita, malam tu aku tidur lewat dengan sorang lagi member. Dah padam semua lampu aku pun naik katil untuk tido. Dalam pada nak lelapkan mata tu, aku dengar ada orang ketuk tingkap.

Tok..tok..tok.. pastu senyap. Disebabkan dah tau yang dorm aku tu keras, maka aku takde nak pikir member main ketuk2 ke atau apa. Memang dah sah2 benda tu nak mengusik. Aku selubung diri dengan selimut sambil peluk bantal diam kejung. Dada dupdap..dupdap.. tangan basah berpeluh2.

Tak lama lepas main ketuk2.. aku dengar dia main buka tutup pintu almari pulak. Krekk…krukk.. krekk…krukk.. pastu senyap. Tetiba bunyi orang main tarik laci almari. Laci almari kan ada roda kecik kiri kanan. Gede..gede..gede..gedee… diam. Pastu dia tolak masuk balik laci.. gede..gede..gede..gede.. 2, 3 kali jugak la dia usik. Aku diam je sebab cuak punya pasal. Masa tu aku tak tau yang member aku tu dah tidur ke belum.

Lepas benda tu dah puas main pintu almari dan laci, dia beralih main tangga pula. Tangga dorm aku kayu. Jadinya bila pijak memang bunyi berderap. Sesekali dia naik perlahan. Sesekali tu dia bunyi laju macam orang berlari turun tangga. Aku membatukan diri dan buat2 tidur sampai betul2 tertidur hingga ke pagi.

Keesokkannya aku bercerita kejadian semalam pada member. Bertanyakan sama ada dia dengar ke tak benda tu main tarik keluar laci almari dan bunyi orang main tangga. Dia cakap dia tak dengar apa pun. Ok, nampak sangat benda tu nak main dengan aku je.

Dalam situasi yang lain pula, pernah aku nak ajak kawan aku Nia, pergi kantin untuk sesi makan petang. Masa tu semua member da pergi kantin, so dorm aku kosong. Aku naik tingkat atas, nak panggil dia kat katil. Aku tengok dia tengah duduk peluk lutut selubungkan diri dengan selimut merah dari bahu sampai ke bawah. Aku nampak rambut dia tapi kelam2 je.

“Nia, ko nak join makan tak?”
Dia senyap je. Takde respon hatta bergerak.

Entah kenapa tetiba bulu tengkuk aku meremang je. Terus aku turun bawah dan pergi ke kantin. Sampai di kantin, elok pula aku tengok Nia tengah beratur.

“Bila ko sampai? Apasal ko tak ajak pun aku?” soal aku bertubi.
“Aku cari ko tadi, tapi tak jumpa pula ko” balas dia ringkas.
“Ko tau tak, aku nampak kembar ko kat katil tadi?”
“ko biau betul? ko jangannnn…”
Dah dia ingat aku nak takutkan dia pulak.

Petang tu memang aku makan serupa orang tak de gigi. Hempap telan hempap telan. Tau2 dah habis. Walaupun dorm aku seram, tapi kitorang tetap sayang dengan dorm tu. Sekarang, dorm aku tu dah jadi stor. Memang lagi la benda tu suka.

Sebenarnya banyak lagi benda seram yang berlaku tapi bukan aku yang alami, kawan aku yang lain yang kena. Disebabkan saiz badan dia besar, jadi dia tido katil bawah. Tengah malam, dia boleh rasa badan dia kena cucuk2 dari bawah. Imagine macam ko tido katil atas, ada orang cucuk ko pakai jari atau pen dari katil bawah. Hah, macam tu la dia kena. Kalau orang kurus memang senang terasa orang cucuk2. Tapi dia besar. Dah la tido katil bawah. So memang agak musykil siapa yang cucuk kalau bukan benda tu.

Sekian.

mira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

5 thoughts on “Basikal Berdawai”

    • kak yulie ni tak kerja ke hakak? semua cerita hakak ada komennya, saya dah pukul 12 pagi ke atas baru boleh baca cerita kat sini.. nak komen semua post? ehh memang tak berapa nak lah.. hahaha

      Reply
  1. Hmmm… x taulah nak kata seram ke x sbb jalan penceritaan terlampau straightforward kut.. hope boleh baiki jln cite supaya jd lagi seram

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.