Batu 7 UITM Segamat ( III )

kalau kamu perasan dari Segamat ke simpang masuk ke UITM kira kira 200m dari simpang ke Bukit perupuk ada satu jalan lama disebelah kiri yg menjadi laluan utama sebelum jalan baru yg lebih lurus bersambung dengan jambatan sungai Jijah .

Disitu dulu ada kampung dengan beberapa rumah tradisional yg masih aktif ditahun tahun 70/80an. Terbaru ketika aku melaluinya beberapa bulan lepas, simpang menuju ke kampung tersebut kelihatan sunyi dan suram.

Tidak pasti masih adakah waris atau penghuni yang tinggal di situ. Kelihatannya seperti sebuah kampung yang telah lama ditinggalkan.

Semasa aku masih budak budak, aku kerap mengikuti keluarga berkunjung ke sebuah rumah tradisional lama yang dihuni oleh sepasang warga emas sekitar usia 80 an .

Hubungan keluarga kami dengan dengan pasangan ini lebih kepada memanjangkan siratulrahim kerana “atok” tersebut adalah rakan baik kepada arwah atok aku yang turut sama berjuang menentang Jepun.

Satu hari ketika mereka berbual bual, aku yang ketika itu berumur sekitar 8-9 tahun mendengar satu topik mengenai satu gangguan yang viral di Kampung itu.

Emak segera menjeling kearah aku memberi isyarat agar menjauhkan diri dan tidak “melopong” memasang telinga bila orang tua berbual. Sebagai anak yang taat aku berinsut ke kaki tangga sambil menghalakan telinga Bionic bagi mengamati cerita mereka…

Kisahnya dizaman itu, setiap rumah yang berlantai kayu akan membiarkan sekeping papan ( 4in x 8in +/-)  di bilik utama dibiarkan tidak berpaku. Ini bagi memudahkan tuan rumah menunaikan hajat ditengah tengah malam jika terdesak untuk buang air kecil.

Lumrah ketika itu tandas dan bilik air berada diluar rumah dan tanpa bekalan elektrik adalah bahaya untuk keluar ditengah tengah malam….

Nak dijadikan cerita, satu malam jiran atok selang 3 buah rumah ( nota :jarak antara satu sama lain jauh) si isteri terjaga untuk kebilik air, didalam kegelapan  malam dia tersiku suaminya yang sedang lena diulit mimpi .

Si isteri memaklumkan dia nak menunaikan hajat suami yang sudah terjaga hanya memerhatikan isterinya doing the business. Tiba tiba dia pun turut terasa hendak buang air. Selepas isteri beliau selesai, beliau mengambil giliran mencangkung bertepatan dengan lantai yg sengaja dibiarkan terdedah .

Tiba tiba dalam tengah asyik dia menunaikan hajat, dia merasakan ada sesuatu yang lembut membelai dan menggengam ““anu “” beliau dari bawah. Dari sentuhan dan belaian yang lembut dan mengasyikkan kini bertukar kepada gengaman yg keras dan kemas…. ( Man ..Imagine yourself..!!)

Terasa senak, dia segera mengaduh  dan menepis namun gengaman yang kejap dan kemas itu gagal di uraikan. Si isteri segera mengambil “Torchlight” untuk memeriksa…

Demi tersuluh pasangan tersebut mendapati ada tangan hitam yang kurus dan berjejari runcing mengenggam kemas. Menurut atok itu lagi, kampung tersebut “pecah” dengan pekikan nyaring dari suami wanita tersebut …

Hanya setelah ibu mertua yang tidur di dapur yang juga seorang bidan bersegera membaca dan menghembus sesuatu kepada penyapu buruk dan melibasnya barulah gengaman tersebut terlerai….

Aku tak pasti kalau ada mangsa lain yg diganggu.

.

alzarafee
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

6 comments

  1. Area tu mmg berhantu..aku sendiri penah kena kaco ngn pocong masa tahun 2011.kt uitm situ pn ada pensyarah kena rasuk n histeria sampai bertelanjang bulat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.