Batu 7 UITM Segamat

Emm .. boring boring sambil surf ..jumpa pulak dengan Blog Ini.

Aku sebenarnya memang  dah lama “bengang ” dengan ITM @ Uitm. Seriously, sebabnya everytime aku nak apply masuk [email protected] dari Degree  sampailah ke Phd mesti Fail. Ironinya aku diterima pulak masuk ke USM dan seterusnya melanjutkan pengajian diperingkat tertinggi di luar negara.

Walaupun aku tak pernah belajar di ITM tapi ITM Segamat (kampus Jementah) cuma terletak beberapa Kilo sahaja dari rumah aku di kampung .

Mungkin generasi muda Uitm tak tahu. ITM Segamat bermula di Rumah Kedai Bukit Siput. Sebelum di pindahkan ke Segamat Baru dan akhirnya ke kampus sekarang. Katanya ini adalah salah satu Projek yang di usahakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Tun Musa Hitam

Yang aku perasan sangat . Tapak kampus Uitm sekarang dulunya adalah kawasan hutan belantara . Di dalam Belantara ini ada “Kerbau Liar” yang berkeliaran -ala ala ..Asian Buffalo di Australia . B**i Hutan Toksah cerita lah…

Yang menariknya ..kata orang “kerbau liar” ini adalah peninggalan daripada orang orang dahulu di zaman awal Johor semasa zaman Maharaja Abu Bakar . Kerbau yg lari atau ditinggalkan masuk hutan akhirnya lepas bebas  menjadi liar .

Sekitar tahun 70 an . masyarakat setempat .ada yg pergi mencari daging percuma secara berburu didalam hutan ini. katanya sekarang pun masih ada Kerbau liar … cuma kedudukannya semakin jauh kedalam hutan…

Dulu kawasan ini sebelum ada Uitm dikenali sebagai Batu 7. satu satunya landmark disitu adalah jambatan Sungai “Jejah”..utk yg tidak tahu seberang sungai Jejah bersempadan dgn Kg Pogoh ..ada satu Kg org dulu dulu bernama Kg Jawi. Terakhir sekitar tahun 80 aku kesana mengambil buah Kundang..kampung tersebut telah ditinggalkan .. dan cuma ada kem pembalak .

Org segamat kalau cakap pasal batu 7 memang meremang bulu roma . Khusus kalau belah malam . kalau lah bukan disebabkan terdirinya Uitm ..kawasan tersebut memang ketinggalan…. thanks utk Kerajaan dan Korang semua..yg secara tak langsung menjana ekonomi setempat .

Cerita Anker.

Kebetulan kebun Ayahnda aku cuma terletak beberapa Kilo drp Batu 7 . Nak ke kebun tak boleh tidak mesti kena lalu di susur kawasan Jirat Cina yg saujana mata memandang tu. Ayah aku biasanya Liat nak ke kebun kalau hari dah menjelang petang . Tapi hari itu entah apa mimpinya ..ayah mengajak aku menemaninya ke kebun walau  dah pukul 5.30 ptg.

Dengan hanya menaiki Kapcai aku dan ayah ke kebun . Tak buat apa apa pun . Cuma “look see”..”look see”…sekitar pukul 6.30 petang Hujan turun dengan lebatnya . Aku dan ayah berteduh di pondok sambil menanti hujan reda. Nyamuk punyalah banyak . Menyedari tiada tanda tanda hujan akan berhenti ayah membuat keputusan untuk meredah hujan sebelum masuk waktu maghrib.

Dalam lebat  hujan dan suasana remang remang senja, kami dua beranak masih di pinggir perkuburan Cina. Menyusur laluan getah ke jalan utama . Tiba tiba dalam jarak 10-12 meter, aku ternampak sesosok tubuh wanita berbaju kebaya Nonya berjalan membelakangkan kami sambil memegang payung kertas ( payung kayu yang biasanya digunakan utk pengkebumian ).

Seingat aku memang tiada penempatan penduduk di sekitar itu. Menyedari aku nampak apa yang dia nampak. Ayah menepuk peha aku dan menyuruh aku berselawat. Suasana ketika itu benar benar hening kalau lah bukan disebabkan bunyi kapcai yang memecah suasana tentulah ianya menjadi sangat sunyi

Tiba tiba aku ter perasan moto kapcai buruk ayah menjadi laju dan melantun lantun melanggar akar pokok getah yang berselirat bagaikan menaiki kuda liar. Ayah kelihatan gopoh mengendalikan kapcai sambil aku terhenjut henjut dibelakang.

Lama selepas peristiwa tersebut, ayah memberitahu aku  ketika kami melepasi  wanita tadi tiba tiba wanita berkebaya Nyonya tersebut duduk mencangkung dan merangkak sambil mengeleng gelengkan kepala  dan akhirnya perlahan lahan terangkat keudara dengan pakaian yang telah bertukar serba putih ke pucuk pokok getah …

Di satu masa yang lain . Bapa saudara aku kebetulan ada aweks di Pekan Jementah . So kerjanya siang malam mengayat aweks yang sekarang dah jadi mak sedara aku. Satu hari nak jadi cerita, sekitar pukul 12 malam dia melepasi kawasan jirat tersebut dengan Ford buruk atok aku. Orang kalau dah di landa Angau, mana kisah dengan hantu hantu ni….

Tiba tiba dia terdengar satu bunyi yang sangat kuat menimpa diatas bumbung kereta. Nak dikatakan durian jatuh diatas kereta, belum musim lagi. Budak kampung la katakan. Bukan reti takut. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan sambil memeriksa apa yang berlaku. Hanya apa bila dia nampak nisan jirat Cina yang samar samar di sirami cahaya rembulan dan ditampar hembusan bayu barulah terbit rasa takut dalam hati. Cepat cepat dia masuk kedalam kereta dan memecut laju mencari jalan pulang.

Tiba tiba melalui cermin pandang belakang dia ternampak sesosok tubuh duduk tersenyum memerhatikannya. Dengan  berbekalkan semangat yang berbaki digagahkan jua sampai  ke rumah. Suasana menjadi hingar bingar dihalaman bila dia menekan hon tanpa henti diperkarangan. Hampir semua penghuni rumah terjaga dan mendapati bapa saudara aku sudah lembik tidak bermaya di tempat duduk pemandu…

Arwah Atok sebagai orang tua cepat memahami apa yang berlaku. Segera dia mencapai bapa saudara aku dan “mengebaskan” dengan kain sambil membaca beberapa ayat . Pintu kereta terbiar terbuka sampai pagi. Nenek sibuk meramu sesuatu untuk memulihkan semangat anak jantannya yang telah luntur..

Seminggu Bapa saudara aku melepek demam tak kebah. Yang aku perasan selepas kejadian menakutkan itu  jadual dating mereka di pindah  sebelah siang sahaja….he he ..tau takut…

Kisahnya pada malam itu bapa saudara aku yang sedang riang ria memandu setelah berjumpa aweks perasan ada sesuatu kelibat melintas. Tanpa sempat memberek dia telah melanggar kelibat tersebut. Melalui cermin dia katanya nampak seakan akan kain yang terjurai. Bimbang telah melanggar orang dia menghentikan kereta untuk memeriksa tanpa menjumpai apa apa clue…

Yang pasti selepas kejadian kereta Ford Buruk atok berbau hancing selama seminggu juga akibat bapa saudara aku yang terkencing kencing di sergah hantu dalam kereta…

Itulah secebis kisah ITM @ Uitm yang ingin aku coretkan .

.

Alzarafee
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 comments

  1. Jirat cina tu mmg luas dan dh ada sejak berpuluh thn dulu. Nnt la bila2 free aku pun nk share citer psl jirat tu. Tapi citer atas citer la

  2. Saya pun tinggal di segamat and selalu lalu kat batu 7 tuu.. memang meremang lahh kalau senja. Hish seram pulak baca cerita ni

  3. aku baca cerita ni sambil buka google maps..pastu street view..memang nampak jirat cina tu! lagi seram bila baca..terbaik!

  4. Plagiarism! Cerita ni 1st keluar kat forum Cari!! Dah lah tak buat proper citation, sian author yg pertama tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.