Bayang Hitam dan Orang tua Berjubah Putih

Salam kepada admin Fiksyen Shasha dan semua pembaca FS. Kepada Admin, saya ucapkan Terima kasih kerana siarkan kisah saya yang lepas. Ok kali ini saya mahu kongsikan satu lagi kisah pengalaman saya.

Ianya bermula setahun (2018) selepas peristiwa disakat Antu Gengan (hantu kembar) yang selalu ikut apa saja yang kita buat pada siang hari atau lebih dikenali sebagai Qorin kalau tak silap saya. Masa itu saya bermeditasi di dalam bilik bersama dengan seekor kucing kesayangku, Cemau namanya. Waktu itu lebih kurang pukul 5 petang, dah mahu senja. Tiba-tiba konsentrasi saya terganggu, apabila saya terdengar periuk di dapur dilaga. Kuat pula bunyinya tu. Saya terdiam seketika. Ku pandang kucingku disebelah pun terbangun dari tidur. Dia pun angkat kepala sambil menggerakkan telinganya tanda dia pasang telinga. Aku bangun terus ke dapur untuk dapat kepastian. Cemau (kucing) pun ikut bangun dan terus mengekori dari belakang. Kucing saya itu memang dah familier dah dengan saya. Saya periksa punya periksa, tak ada apa-apa yang pelik di dapur. Semua periuk belanga semuanya tersusun dengan kemas.

Dalam beberapa minit kemudian saya sambung kembali Meditasi. Lepas itu, tiada lagi gangguan. Dipendekkan lagi. Akan tetapi, gangguan berlaku lagi antara pukul 9 macam itu. Masa itu saya di bilik tidur tengah baca e buku yang bertajuk Siri Bercakap dengan Jin Tamar Jalis jilib ke 9 dalam telefon. Macam biasa, Cemau sentiasa ada bersama, sedang tidur di hujung tilam tak jauh dari kaki saya. Pintu bilik saya memang sengaja saya buka sikit untuk angin masuk. Masa itu, saya seorang saja kat rumah bertemankan Cemau si kucing dan Kuyuk si anjing. Kuyuk dirantai di belakang rumah untuk jaga stor.

Pada mula-mulanya saya tak rasa apa-apa yang pelik. Tapi masa saya tengah shok baca ebuku dalam telefon, saya perasan sesuatu bayang hitam di tepi pintu, tengah perhatikan saya. Bayangnya tinggi, sama tinggi dengan pintu. Rupa bayang hitam itu seakan-akan kabus tanpa rupa. Bayang hitam itu lagaknya seperti orang mengintai dari celah-celah pintu. Hanya nampak separuh badan kiri. Sepantas angin juga bayangan hitam itu berlalu sebaik saja saya toleh. Meremang satu badan saya dibuatnya. Tak pasal-pasal pula kena intai dengan ‘benda’ ni. Saya pandang Cemau masih lagi nyenyak tidur. Barang kali tak perasan maklumlah nyenyak tidur.

Selepas itu, saya beranikan diri untuk bangun periksa di sebalik pintu bilik. Selepas itu, tanpa pikir panjang saya terus ke bilik air untuk cuci muka, basuh kaki dan terus masuk tidur. Saya langsung tak dapat tutup mata pada masa itu. Masih memikirkan apa yang sedang berlaku tadi. Sekali sekala kedengaran bunyi periuk belanga berlaga di dapur. Kuyuk (anjing) saya di stor pun sering kali menyalak tidak tentu. Sekejap menyalak sekejap tidak sekejap berdengun, ada sesuatu yang takutkannya. Tapi saya persetankan semua bunyian itu. Cemau yang tadinya nyenyak tidur pun terjaga. Siap lagi masuk bawa ketiak saya sambil berdengus. Jadi saya syak dia takutkan sesuatu yang saya tak nampak. Saya pun mulalah membaca Doa Aku Percaya (Kredo Para Rasul versi panjang) bersertakan tiga kalimah syahada sebanyaknya yang boleh dengan niat untuk usirkan makhluk TUHAN yang tak kelihatan ini. Tak lama kemudian, suasana pun kembali tenang, tak ada bunyi-bunyian lagi selepas itu. Halleluya… saya terus panjatkan puji dan syukur kepada Tuhan tanpaku sedar. Selepas beberapa jam kemudian, saya masih lagi tak dapat tutup mata. Tak tahulah kenapa?

Paksa punya paksa, akhirnya tidur juga. Agak-agaknya pukul 4 macam itu, barulah saya dapat tidur. Tapi itu belum habis lagi, semasa saya tidur tu. Saya bermimpin di datangi seorang orang tua berjubah putih. Sekali pandang macam orang alim. Dalam mimpin itu, orang tua berjubah putih itu nakkan saya mencari dan menyimpan sebiji batu geliga petir setelah jumpa di tunggul kayu yang mati, di panah petir. Tapi belum sempat saya mahu beri jawapan saya sama ada setuju untuk cari atau tak, saya dikejutkan oleh Cemau si kucing kesayanganku dengan memijak dada saya sambil mengeow. Saya pun terjaga dan tengok jam dah pukul 7.29 pagi. Fuhh… nyaris-nyaris. Kalau tak, tak tahu apa yang jadi selepas itu.

Sejak kejadian itu, saya bagaikan dapat berhadapan dengan mimpi buruk secara sedar yang saya bermimpi. Tapi syukurlah, selepas itu tak ada lagi gangguan. Namun begitu, mimpin buruk sentiasa datang dalam 2 atau 3 kali seminggu. Akan tapi kejadian itu masih lagi menjadi tanda tanya bagi saya sampailah sekarang. Siapakah gerangan orang tua yang berjubah putih yang di dalam mimpin itu? Adakah ia ada kaitan dengan ganggu petang tadi? Aahhh…pening.

Peringatan! kalau ya pun, agak-agaklah ya tutup pintu terus jangan dibuka separuh takut ‘si dia’ yang tak diundang join dengan kita. Begitu juga dengan tingkap bilik, tutup terus apabila hari sudah senja.

Sekian,

S.O.B

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Bayang Hitam dan Orang tua Berjubah Putih”

    • Tak juga, kadang-kadang mimpi sama (orang tua berjubah putih) tapi lain, aaa…. lain tu?, macam mana pula saya nak terangkan? Susah saya nak terangkan dengan kata-kata. Maaf.

      Reply
  1. @danishdaniall kalau ikut common sense, sama je la maksud dia unless aku salah.
    @si keliru kalau ikut logik akal, dengan mengamati dan mengenalpasti gaya penulisan, penulis mungkin beragama lain, pandai2 agak la

    Reply

Leave a Comment