Bekas Tunang Suami

Assalammualaikum warga FS. Terlebih dahulu terimakasih admin sebab sudi siarkan cerita ini. Ini merupakan pertama kali aku menulis kisah seram. Dan kisah ini ku alami sendiri sehingga ke saat ini. Kisah ini mungkin tidak seseram mana, tapi cukup untuk kita jadikan pengajaran.

Aku Zira, berasal dari Sabah. Kisah ini berlaku 2tahun yg lalu, masih segar di ingatanku pada hari pernikahan ku, aku mendapat mesej dari bekas tunang suamiku yg ketika itu sepengetahuan ku berada di Indonesia kerana pertunangannya dengan suamiku terputus akibat tidak mendapat restu dari orangtua nya. Tapi satu yg ku fikirkan ketika itu, dari mana dia dapat nombor telefon ku? Pelik bukan..

Segalanya berjalan lancar, Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya. Selepas berkahwin, suami beritahu aku untuk berhenti kerja dan fokus ke rumah tangga kami. Kami pun merancang untuk tinggal dirumah sendiri. Hari demi hari kami lalui dengan indah sekali. Sehinggalah pada saat aku disahkan hamil 4bulan, segalanya bermula disitu.

Adik iparku Rina, pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti sambil menemankan aku, yalah suamiku pun sering ke luar kawasan atas urusan kerjanya. Lega sikitlah sebab ada orang temankan dirumah. Dan untuk pengetahuan semua, Rina boleh nampak benda ‘kasat mata’ dari kecil lagi, tapi tu lah dia sendiri pun kadang takut untuk hadap benda tu.

Petang itu, cuma aku dan Rina berdua saja dirumah. Selepas aktiviti kemas rumah & memasak. Kami berdua terlelap di bilikku. Tidur lenaku dikejutkan Rina yg pada ketika itu ‘bercuti’, dia mengejutkan ku untuk solat Maghrib. Usai solat Maghrib, Rina duduk sebelah ku sambil cakap “ Kak td Rina nampak ada perempuan tengok kakak di tingkap masa Maghrib td, tapi muka perempuan tu mirip Kak Ira(bekas tunang suamiku) cuma kulitnya menggerutu dan hitam. Itu yg terus Rina tutup tingkap tu. Kakak letak Yassin sebelah kakak ya “. Aku terdiam dan anggap Rina sekadar mengigau sebab kepenatan.

Selepas makan malam, aku terlelap sekali lagi. Biasalah orang mengandung kan memang lemas saja. Kali ni aku terbangun kerana Rina ketuk bilikku berkali2. Dengan tercungap2 dia cakap “ Akak dia masuk bilik akak! Rina dah halang tapi Rina tak dapat gerak! Tu tengok tu di siling tu dia beliur tengok akak! “ Dengan kelam kabut tak sedap hati, aku capai telefon bimbitku dan terus call suamiku untuk suruh dia pulang malam ini jugak. Biarpun aku tahu jarak perjalanan balik ke tempat kami 6jam jauhnya menaiki kereta.

Sementara menunggu suamiku, Rina memasang ayat2 suci Al-Quran dan surah Ruqyah untuk mengelakkan benda yg tak diingini terjadi. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam, ku lihat Rina sudah pun tidur di sofa. Aku dengan tak sedap hati mengaji sekejap dan entah bagaimana boleh terlelap..

Tiba2 aku terbangun kerana rasa perutku seperti dipijak dan dicucuk oleh benda tajam. Apabila bangun, sofa sudah basah dan dipenuhi darah. Kebetulan ketika itu suamiku baru sampai dan terus dukung aku dan kejutkan Rina untuk ke hospital. Aku masa tu sudah tidak sedarkan diri.

Keesokannya aku sedar, dikelilingi oleh suamiku, Rina, ibuku dan ibu mertuaku. Mujurlah aku cuma mengalami pendarahan, doktor cakap terlalu penat tapi Rina bertegas ada kaitan dengan apa yg dia nampak. Ibu mertua ku memutuskan untuk aku tinggal bersama mereka sehingga aku habis berpantang.

Hari berganti hari, lagi sebulan aku melahirkan. Segala persiapan sudah dibuat dan pastinya semua teruja kerana ini merupakan cucu pertama di keluarga ku dan suamiku. Petang itu didalam bilik, ibu mertua ku ketuk pintu dan menyuruh aku pakai tudung dan ke ruang tamu. Dia memapahku disebabkan keadaan ku yg sedang sarat. Diruang tamu terlihat bekas tunang suamiku dan ibunya datang. Masa tu tak terfikir benda yg bukan2. Fikirku masa tu mereka hanya datang untuk berziarah & mengeratkan silaturrahim mereka. Ku lihat Ira seorang yg sempurna, cantik bertudung muka ala2 model. Rina pada ketika itu sudah menjeling ke Ira dan seperti cacing kepanasan. Mereka rancak bercerita, tiba2 bekas tunang suamiku datang dan duduk sebelah ku. Dia tengok perutku dan ku lihat dia membaca sesuatu. Aku pun tak selesa dan terus meminta diri untuk ke bilik. Mungkin pada pandangan kalian tidak sopan aku berbuat begitu, tapi percayalah naluri seorang isteri dan ibu tidak pernah salah. Rina mungkin yg faham ketika itu mengekori ku masuk ke bilik.

Perutku 8bulan 3hari, 8.30malam, Masih segar di ingatanku, aku dan suami solat berjemaah. Selepas beri salam, sejadah ku basah dipenuhi darah. Aku menangis ketakutan. Kami sekeluarga bergegas ke hospital. Dan seperti biasa doktor cuma mengesahkan aku stress kerana banyak fikiran dan perlu berehat. Tapi kesakitan ku tidak berakhir disitu, setiap Asar perutku memulas dan pergerakan bayi tidak seperti biasa. Selalunya bayiku aktif waktu pagi dan malam. Setiap hari aku lalui dengan sakit yg mencucuk sehingga badan ku yg berisi kian cengkung kerana sakit. Buat kerja dirumah pun sudah tidak larat. Gangguan pun kerap aku lalui sepanjang aku sarat mengandung. Selalu aku nampak perempuan merengus dan marah kepadaku tapi bayangnya hilang begitu saja. Emosiku pun selalu dingin dan bengis terhadap orang sekelilingku seolah sudah tidak dapat dikawal. Suamiku pun terpaksa mengambil cuti panjang untuk menjaga ku dan membuat kerja dirumah. Semoga rezekimu selalu dimurahkan suamiku.

Aku sudah tidak ke hospital jika sakitku menyerang. Doktor pun tetap akan cakap aku stress dan penat. Maha Suci Allah kami dipertemukan dengan Ustaz Said, kenalan adik iparku Rina, semoga Allah merahmati Ustaz sekeluarga). Petang itu suamiku membawa ku bertemu Ustaz Said. Sesampainya di halaman rumahnya, Ustaz Said dan isterinya menunggu di hadapan rumah.

Turun saja dari kereta, dia bagi signal pada suamiku untuk tunggu dulu diluar. Lepas dia kumat-kamit membaca, baru dia suruh cuci kaki dan masuk ke dalam rumah. Ustaz Said cakap ada 2 perempuan bertenggek ikut atas kereta kami. Ustaz Said menyuruh aku memakai telekung yg disediakan isterinya. Sesi berubat pun berjalan. Seingatku selepas separuh Ustaz Said membacakan ayat Ruqyah, aku sudah tidak sedarkan diri. Apabila aku terjaga, kulihat aku terbaring di riba suamiku, perasaan ku bercampur baur.

Mukaku pucat lesi dan kami masih berada dirumah Ustaz Said. Setelah semuanya tenang, Ustaz Said ceritakan apa yg berlaku. Katanya semua ni disebabkan oleh orang yg dengki dan mau aku mati supaya dia dapat menggantikan aku. Sebab itulah cuma aku yg terkena dan bukan suamiku. Bayiku di perut pun tidak aktif sebab dijaga oleh ‘dia’ yg memang mau memporak-perandakan rumahtangga kami dan ‘dia’ tidak mahu keturunan kami dilahirkan. Ustaz Said membuka tupperware yg bertutup dan aku nampak segumpal rambut beserta lumut2 hijau & kaca(seolah bekas dari gelas yg pecah). Ustaz Said beritahu siapa yg buat benda ni. Dia pesan supaya selalu mengaji dan jangan tinggalkan solat. Menurut Ustaz Said ‘dia’ bukan calang2 orang kerana ilmu ini merupakan dari seberang. Dan ‘dia’ tidak mungkin berputus asa untuk menghancurkan rumah tangga kami. Mungkin ada diantara kalian yg sudah pasti meneka siapa kan?

Alhamdulillah selepas itu, bayiku kembali aktif dan gangguan pun sudah tiada. Aku selamat melahirkan bayi perempuan ku. Seminggu berpantang, tunang suamiku sekali lagi datang ke rumah tanpa rasa bersalah. Kalian tahu apa yg aku lakukan? Aku dan mertuaku biarkan dia berdiri di pagar sambil dia goyang2kan pagar rumahku. Lepas berbelas minit di luar rumah, aku intai dari langsir rumah terlihat mukanya seolah2 merengus marah dan tak puas hati. HAHAHA bukan kejam. Tapi mungkin mengelak lebih baik daripada berulang lagi. Aku tahu manusia seperti itu tidak akan puas selagi tidak menghancurkan rumah tangga orang.

Semoga rumahtangga ku dan suamiku kekal Ya Allah. Untuk mu Ira, aku ampukankan segalanya dan semoga dipertemukan jodoh yg lebih baik. Hanya Allah yg berkuasa. Aamiin ya rabbal Alamiin.

Hantar Kisah anda: Fiksyenshasha.com/submit

18 thoughts on “Bekas Tunang Suami”

  1. Aku dah tak membaca skrg. Tapi entah kenapa tajuk yang berkaitan sihir yang melibatkan perhubungan ni membuatkan aku tertarik. Ini pun aku terbuka dekat gmail. Twitter hantar. Aku tertarik nak baca mungkin sebab aku pun alami mungkin tapi belum lagi sampai ke alam perkahwinan. Masa aku kena, aku cari kisah kisah tentang ni and kebanyakkan aku baca. Mostly bad ending. And masa aku baca kisah kau ni dari awal aku hope sangat ianya berakhir dengan baik even kisah aku dah pun berakhir buruk. Tapi tak apalah. Mungkin ada hikmah. Aku percaya, di sebalik perancangan yang terbaik ada perancangan yang sempurna. Semoga terus kuat untuk hadapi pelbagai dugaan lagi. Aku doakan kau dan juga si penyihir moga di berikan hidayah untuk berubah dan bertaubat. Keep strong dear girl. Ouh yeah congratulations for ya baby. Semoga sihat selalu. God bless you.

    Reply
  2. aku x tau la apa yg nk jdi kt org yang slalu aniaya org ni..lebih2 lagi guna sihir bgai…
    x ingt ka nti akhirat nk kna hisab nk hitung dosa pahala..

    semoga sis sekeluarga gembira slalu dan terhindari drpd benda2 ni…amin

    Reply
  3. bila hati dh hitam..jin dan syaitan jadi kwn utk hapuskan org yg x disuka.moga fmly sis dan diri sis dilindungi Allah swt aamiin..

    Reply
  4. punca nya sebab ko yang rampas dari dia dulu..so x salah kalau dia nak rampas balik…atau mesti ada sebab dia buat camtu..tanya balik laki ko tu apa yang dia buat..

    Reply

Leave a Comment