Belok Kiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsikan cerita dan pengalaman seram aku yang pertama. Aku tak pernah mengalami sepanjang hidup aku. Bagi aku, seram la sebab pertama kali kan. Huhu. Tapi bagi orang lain, tak seram la kot. Kejadian ini berlaku dalam bulan syawal tahun lepas (2016), tak ingat raya ke berapa. Nak dijadikan cerita, kawan aku ni duduk Shah Alam. Nama dia Sally (nama samaran). Dia ajak aku pergi beraya rumah kawan-kawan. Aku pun mesej la kawan-kawan lain, nak ajak sekali. Tapi semua sibuk nak beraya rumah saudara mara, jadinya kitorang berdua je la beraya. Aku decide nak pergi beraya rumah kawan-kawan satu geng. Tapi ramai pulak yang takde.

Last sekali dapat la sebuah rumah nak pergi. Itupun kalau nak ikutkan dia ada hal. Tapi aku paksa dia tangguhkan urusan dia. Then, aku bagitau Sally, nak beraya ke rumah Win (nama samaran). Dia cakap dia tak tahu rumah Win. Takpe, aku pernah pergi rumah dia. Tapi rumah dia memang hujung kampung la. Hahah. Kawasan tu pulak, tak banyak rumah. Kalau ada pun, jarak bukan main jauh. Lampu jalan pulak takde. Sebenarnya aku ingat-ingat lupa nk pergi rumah dia. 6 tahun kot tak pergi rumah dia. Lama tu. Jadi, sebelum pergi, aku tanya siap-siap kat Win direction rumah dia. So, takde la aku salah jalan nanti.

Lebih kurang pukul 9, Sally sampai rumah aku, terus kitorang gerak ke rumah Win. Sampai depan PLKN, aku buka direction yang Win bagi kat aku. Aku baca kuat dan jelas, biar Sally dengar sekali. Aku baca satu persatu apa yang Win bagi kat aku. Sampai satu simpang, Win suruh aku terus je. Nampak simpang lagi, terus lagi. Sally cakap dengan aku, kenapa rumah Win macam jauh je. Aku cakap la, rumah Win memang jauh pun, hujung jalan beb. Okay, layankan je la direction yang Win bagi. Tapi, aku rasa macam dah jauh sangat la pulak rumah Win ni.

Sally pun buat u-turn, sebab memang dah jauh sangat, takut pulak nak teruskan lagi. Sebab kawasan takde rumah, takde lampu jalan, dan kelapa sawit. Aku call Win. Tapi, time tu la pulak, battery aku takde. Haishh. Geram pulak rasa. Nak guna handphone Sally, dia takde kredit pulak. Nasib Sally bawak powerbank. Lepas dah on handphone balik, aku call Win. Aku cakap, kitorang sesat. Pastu dia bagi direction masa tengah call tu. Separuh jalan je. Pastu, Win suruh adik dia ambik kitorang kat simpang. Tak sampai 5 minit, adik dia sampai naik motor. Dalam hati, eh sekejapnya budak ni bawak motor. Tadi punya rasa macam jauh.

Masa dah sampai kat rumah Win, aku cakap dengan Win, kenapa bagi direction salah ni. Pastu dia kata aku salah baca la apa la. Aku pun diam je la. Dah nak datang rumah orang, tak kan nak gaduh pulak. Tapi aku ada la sikit tak puas hati sebab dia bagi salah direction kat aku. Lepas akan dengan borak-borak, tengok jam dah pukul 11 lebih. Ish, jom la balik Sally, walaupun sebenarnya tak habis lagi gossip. Haha. Masa waktu makan tu pun, aku ada cakap lagi pasal direction yang dia bagi kat aku.

“Kenapa ko tak cakap suruh masuk kiri lepas jumpa simpang 4 tu”. Dia pun dengan pendirian dia, dia kata dia dah tulis bagi kat aku. Ah lantak la pasal tu. Masa kitorang nak balik, Win ni punya cakap suruh hati2 bagai, jangan sampai sesat lagi. Sampai dia nak suruh adik dia hantarkan kitorang balik. Hahah. Aku cakap la, aku dah ingat jalan dah. So, balik je la macam biasa. Sally pun hantar aku sampai depan rumah. Masa tu dah pukul 12.

Aku masuk bilik, baring jap. Sambil tu aku tengok balik conversation aku dengan Win. Aku ni jenis kalau boring, aku suka baca apa yang aku taip balik. Hahaha. Dan tiba-tiba, aku ada spot sesuatu. Aku screenshot balik direction yang Win bagi aku. Aku sent kat whatsapp dia. Aku cakap, “ko tengok ni, ko suruh aku terus je weh. Sedangkan, rumah ko akan masuk kiri lepas simpang 4”. Aku macam biasa la, sebab aku yakin aku ikut apa dia bagi kat aku.

Bukan salah aku. Tapi salah dia. Lepas tu, Win bagi kat aku satu screenshot dari hadphone dia. “Eh aku taip la yang aku suruh ko masuk kiri”. Okay, aku baca satu persatu. Eh, ada la. Aku compare kan dengan yang screenshot aku tu, tetiba aku pelik. Macam mana ada dua word yang dari handphone aku takde, tapi dari handohone Win ada. Korang compare kan la sendiri version aku dengan version Win.

Version dari handphone aku. (Apa yang Win bagi kat aku) *aku letak star, tak nak bagitau nama jalan. hehe

Win: Nanti dari PLKN terus je sikit pandang kiri.. Ada signboard jalan *****, hah masuk situ
Win: Pastu terus je nampak signboard jalan ***** belah kanan masuk situ
Win: Terus je sampai nampak simpang 4
Win: Pastu terus je sampai nampak simpang 4 lagi
Win: Dari simpang 4 tu, terus lagi
Win: Rumah aku hujung. Belah kanan

Version dari handphone Win (apa yang Win taip, bagi kat aku)

Win: Nanti dari PLKN terus je sikit pandang kiri.. Ada signboard jalan *****, hah masuk situ
Win: Pastu terus je nampak signboard jalan ***** belah kanan masuk situ
Win: Terus je sampai nampak simpang 4 belok kiri
Win: Pastu terus je sampai nampak simpang 4 lagi
Win: Dari simpang 4 tu, terus lagi
Win: Rumah aku hujung. Belah kanan

Aku nak je letak gambar tu. Tapi tak boleh letak la pulak. So aku taip je la. Harap korang paham la kan. Huhuh. Win suruh aku belok kiri, tapi mesej yang dia bagi kat aku, takde pun dia suruh belok kiri. Aku terus whatsapp Win bagitau pasal bende tu. Dia pun terkejut la. Berhuhuhu je la kitorang. Nasib la kitorang dah sampai rumah. Terus aku whatsapp Sally, tanya dia dah sampai ke belum. Dan terus bagitahu dia pasal cite ni. Hahahaha masing-masing terkejut. Diam kan je la. Aku pun bergurau dengan Win, aku tak nak dah datang rumah dia malam-malam. Hahaha.

Esok pagi aku cerita dengan mak ayah aku. Mak aku pun, ha tu la. Dah la rumah dia jauh, berani sangat nak pergi sana. Mak aku cakap, sebelum ni ada jugak orang tua naik motor sorang-sorang, malam pulak tu, balik dari kenduri kahwin kot, sesat jugak. Orang tua pulak tu kan. Masa dia tengah sesat, dia ada tanya orang, macam mana nak balik ke ***, orang yang dia tanya tu cakap terus je lagi. Orang tua tu pun sesat. Jauh sangat-sangat. Sampai la ada india tu pelik, kenapa orang tua tu boleh ada kat tempat yang takde orang tu. India tu pun bawak orang tu pergi masjid, mintak tolong imam. Rupa-rupanya, dia dah sampai kampung lain dah. Adehhh. Selamat la malam tu aku tak terus je. Kalau tidak, tak tau la sampai ke mana. Huhu. Sorry, panjang sangat pulak cerita ni. Hahaha. Korang rasa, handphone aku rosak ke sampai boleh hilang perkataan belok kiri tu? Sebenarnya ‘dia’ nak bawak aku ke mana? Huhuh.

.

MJ
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

11 comments

  1. Dulu saya selalu jugak balik kampung KL-Senawang naik motor, masa balik tu jam 2pagi tak silap, saya ikut highway yang straight tuu, tak ikut jalan pintas area kampung takut sesat, then bila sampai Senawang nak masuk simpang ke rumah makcik saya tu kena jalan straight lepas 3 ttrafic light baru belok kiri, masalahnya saya dah jalan lepas dari Seremban, so kalau lepas Seremban mesti akan sampai Senawang, then dkt Senawang tu akan nampak perumahan2 kedai2 makan tu semua, tapi yang saya nampak kiri kanan jalan semua hutan, saya rasa dah jauh sangat perjalanan sighboard pun takde, huhhh pelik, masa tu dah panik sebab masa jalan tu takde langsung kereta moto lalu kt highway tu, panik punya panik terus doa dalam hati bagi Allah permudahkan urusan, seminit lepas tu, baru nampak sighboard depan tu tulis Melaka, Johor Bharu.. and baru nampak kereta lalu2.. dalam hati saya, makk aihhh jauuhhh bebenor jalan, lepas tu terus nampak simpang belok kiri ke Pedas-Linggi, terpaksa la masuk situ nk pegi Senawang balik, kalau pegi straight memang ke Johor dah.. pastu nampak pakcik naik motor, mintak tolong pakcik tu tunjuk jalan ke Senawang, pakcik tu pelik la sebab selepas Seremban mmg akan jumpa Senawang kan, then dia sanggup dari jalan Pedas tu ke Senawang dia hantar.. saya ikut belakang motor dia.. akhir nya smpai..Dalam hati terus doa’ moga murah rezeki pakcik ni.. Saja kongsi pengalaman kat sini.. nak share kt FS cerita pendek sgt je pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.