Jangan baca semasa waktu bekerja. Aku tak nak jadi penyumbang gerakan nadi kau dari sumber tak berkat.
Warning: 18+ – Violent, Language
Disclaimer : Cerita ini merupakan pengolahan semula secara penulisan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari sebuah rancangan bersiri sains-fiksyen popular Netflix Original Series ‘Stranger Things’. (aku kaki Netflix dan aku yakin 80%++ rakyat Malaysia tak tahu tentang cerita ni. Jadi aku menceritakan semula untuk kita sama-sama rasa pengembaraan ni sebab lepas aku nengok cerita ni aku rasa mindfucked).
Warning: 18+ – Violent, Language. Baca dengan minda yang terbuka.
Episod 1 : Kehilangan Will Byers
6 November 1983
Hawkins, Indiana.
Makmal Antarabangsa Hawkins, Bahagian Sumber Tenaga Amerika Syarikat.
Kepekatan malam dengan cuaca yang semakin sejuk tidak menjadikan pemandangan di Hawkins lain dari kebiasaan. Musim sejuk hampir tiba, kebanyakan penduduk tidak keluar rumah pada malam hari. Dari ruang udara Hawkins, kelihatan cahaya dari tiga blok bangunan makmal 20 tingkat yang jauh dari penempatan penduduk dan bandar. Makmal tersebut terletak hampir ke dalam hutan dan dikelilingi dengan pagar besi selain dikawal ketat oleh tentera-tentera bersenjata lengkap.
Keadaan lampu disepanjang koridor tingkat bawah tanah makmal tersebut berkelip-kelip tanpa henti. Suasana yang gelap dan lampu yang samar-samar menjadikan pengelihatan di kawasan itu tidak terlalu terang.
“Baaaaammmmmmm!!!” Pintu besi bersekuriti tinggi dan berat ditendang dari dalam salah satu bilik makmal di tingkat bawah tanah itu. Kedengaran bunyi siren kecemasan dari dalam bilik itu dan seorang lelaki yang bergelar saintis dalam lingkungan 30-an separuh botak memakai kot putih makmal tercungap-cungap mencari nafas sambil berlari untuk mencari jalan keluar. Dia menuju ke arah lif dan hampir tergelincir apabila dia perlu membelok di salah satu koridor di situ. Kesemua lampu di sepanjang koridor berkelip-kelip semakin rancak tanpa henti. Hanya bunyi siren kecemasan, tapak kasut santis tersebut berlari dan yang paling kuat adalah bunyi nafasnya yang dalam ketakutan tercungap-cungap.
Dalam kesamaran lampu, kelihatan pintu lif dari jauh yang besar di mana lif tersebut sudah pastinya mempunyai kapasiti yang besar. Santis tersebut membongkokkan tubuhnya supaya tangannya mencapai punat lif terlebih dahulu lalu ditekannya berkali-kali tanpa henti. Matanya meliar memandang sekeliling sambil tubuhnya berpusing-pusing, kerlipan lampu semakin berpesta. Lif belum kunjung tiba, kali ini dia menggunakan tapak tangannya untuk menghentak-hentakkan punat lif yang tergambar hanya ada satu arah sahaja, iaitu ke atas. Riak wajahnya sudah tidak dapat dikawal. Seluruh badan bermandi peluh disulami muka yang penuh dengan ketakutan.
“Ting!” menandakan lif sudah sampai di arasnya. Bukaan pintu lif yang berkapasiti besar tersebut dirasakan sangat lambat. Belum sampai suku pintu lif terbuka, saintis itu masuk ke dalam lif lantas menghentak-hentak pula punat kekunci di dalam lif dengan harapan pintu lif tersebut ditutup dengan sepantas kilat. Dia beralih tempat ke tengah lif, melihat ke luar dengan dada yang berombak dan muka yang pucat ketakutan. Lampu-lampu termasuk lampu lif yang berkelip tanpa henti sedikit pun tidak dirasakan mengganggu pengelihatannya. Dia seperti yakin bahawa ajalnya sudah tiba apabila dari jauh kedengaran bunyi nafas binatang yang besar seakan dengkuran harimau namun apa yang didengarinya kini lebih kasar dan kuat.
Dia mengamati sepenuhnya bunyi dengkuran tersebut. Perlahan-lahan dia menggerakkan kepalanya mendongak ke atas lalu dia menjerit walaupun dia tahu jeritannya tidak dapat didengari oleh sesiapa pun. Dari jauh kelihatan pintu lif ditutup untuk memulakan perjalanannya kembali ke aras atas. Dalam keadaan pintu lif semakin ditutup itu juga kelihatan kaki saintis semakin terangkat ke atas sambil menendang-nendang ke udara untuk melepaskan diri.
Kediaman The Wheelers
Pancuran dari beberapa pancuran air automatik ligat berpusing di laman keluarga tersebut. Keadaan semakin sejuk tetapi salji masih belum memunculkan bayang untuk turun. Keadaan di rumah The Wheelers riuh rendah di tingkat bawah rumah itu yang dijadikan markas melepak oleh anak lelaki kedua mereka, Michael Wheeler dan rakan sebanyanya yang berumur 12 tahun. Ruang yang luas, dilengkapi dengan tingkap dan kemudahan kerusi, meja, sofa dan toilet menjadikan markas itu sebagai sarang mereka. Empat sahabat iaitu Michael Wheeler, William Byers, Dustin Henderson dan Lucas Sinclair adalah sejenis budak skema sekolah dan sering dijadikan sasaran utama pembuli di sekolah mereka lebih-lebih lagi apabila Dustin Henderson mengalami penyakit Cleidocronial Dysplasia, dimana pesakit lahir tanpa memiliki tulang selangka dan memberi kesan pada rambut, tulang dan gigi yang menjadikan Dustin Henderson sedikit pelat untuk menyebut perkataan ‘S’ kerana tiada gigi depan.
Di bilik tingkat bawah rumah itu, di bawah sebuah lampu yang berwarna oren terdapat sebuah meja segi empat sama. Keempat-empat mereka duduk di setiap sisi meja menghadap antara satu sama lain.
“Sesuatu sedang menghampiri. Sesuatu yang dahagakan d***h. Sebuah bayang-bayang membesar di dinding belakang kau, menelan kau dalam kegelapan. Dia semakin menghampiri.” Kata Michael Wheeler dengan suara yang diminumkan dan menakut-nakutkan kepada William Byers. Dustin Henderson melihat Michael dengan penuh suspen lalu mengesat hidungnya seolah-olah bersedia menghadapi ancaman. Lucas mendepankan tubuhnya menghampiri Michael tanpa mengelipkan mata.
“Apa yang semakin dekat?” celah William Byers sambil kelihatan tidak senang duduk mendengar kata-kata Michael. Mereka berempat sangat asyik bermain permainan papan (board games) ‘Dungeon & Dragons’. Mereka berempat sangat meminati permainan tersebut dan mengkaji setiap watak yang ada untuk mendalami sendiri permainan tersebut.
“Apa nak buat kalau yang datang tu Demogorgon?” Dustin menyoal.
“Oh, Jesus! Habislah kita kalau benda tu Demogorgon” sambung Dustin lalu menghenyakkan tubuh nya ke belakang.
“Benda tu bukan Demogorgon lah!” Lucas semakin panas hati kerana Dustin menakut-nakutkan William.
“Sekumpulan troglogdaits (manusia yang tinggal di dalam gua, ganas dan berbahaya) mengambil alih kawasan kita!” sambung Michael sambil tangannya menghentakkan figurin troglogdaits di papan permainan.
“Troglogdaits?”, soal Dustin sambil tersenyum menampakkan gusinya yang tiada gigi.
“Kan dah bagi tahu tadi. Bukan Demogorgon”, Lucas berkata sambil tersengih memandang Dustin. Serentak dengan itu mereka semua ketawa perlahan kerana menjangkakan sesuatu yang lebih hebat untuk muncul dalam permainan mereka.
Michael berhenti ketawa dengan muka serius sambil matanya ligat membaca manual permainan tersebut dan mengambil kembali tugasnya sebagai pencerita (narrator) lalu berkata perlahan “Sekejap, korang dengar… tak? Dengar bunyi tu?” menjadikan William, Dustin dan Lucas kembali cuak.
“Boom… Boom… Boom.. Boom!” sambung Michael lalu meninggikan suara dan menghempas meja. Kesemua mereka terkejut dan tersentak.
“Bunyi tu bukan datang dari troglogdaits. Bukan… Benda tu… datang dari benda lain.” Kata Michael mengangkat mukanya lantas melihat rakan-rakakanya yang berwajah cuak.
“The Demogorgon!” Michael menghentakkan figurin Demogorgon di atas papan permainan. Kesemua mereka mengeluh kuat kerana itu adalah musuh yang paling ditakuti.
“We are in the deep shit!” Pintas Dustin.
“Will, apa kau nak buat?” Michael kembali menyambung permainan dimana kali ini adalah giliran William.
“Aku tak tahu!”, kata William.
“Tembak guna bebola api!”, Lucas memberi idea.
“Kalau nak guna bebola api, dadu aku kena jumlah 13 ke atas!”, William membalas.
“Sangat berisiko! Guna mentera perlindungan!”, arah Dustin pula kepada William.
“Don’t be a pussy. Fireball him!”, marah Lucas.
“Mentera perlindungan!”, Dustin menegakkan arahannya kepada William. William bingung tidak tahu hendak mengikut mana satu sambil kepalanya berpaling-paling ke arah Dustin dan Lucas silih berganti.
“Demogorgon dah penat dengan pertengkaran manusia macam korang!” Michael mencelah dan menjerit setelah dia melihat William bingung hendak meneruskan giliran. Masing-masing terkejut dan memandang Michael.
“Dia menyerang ke arah kau! Boom!” Michael menekankan kepada William.
“Fireball him!”, Lucas menjerit ke arah William.
“Boom!” Michael menyambung.
“Mentera perlindungan!”, Dustin meninggikan suara kepada William.
“Dia mengaum dengan kemarahan!” Michael semakin menakutkan William.
Pantas William membaling sepasang dadu ke atas papan permainan dengan kuat tanpa sedar menyebabkan biji dadu tersebut terpelanting jauh dari meja.
“Oh, shit!” Dustin berkata.
“Mana pulak dia pergi ni?”, Lucas bangun serentak dengan ketiga yang lain untuk mencari dadu yang telah jatuh. Kesemua mereka kelam kabut mencari disekeliling meja dan kerusi.
“Dapat 13 ke?” tanya Dustin.
“Aku tak tahu!”, William menjawab.
“Mana benda ni?!” , Lucas menjerit sambil merangkak bersama William dan Michael untuk mencari ke pelosok lantai.
“Oh, my God! Oh, my God! Oh, my God “, Dustin berbunyi sambil kedua-dua tangannya menekup kepalanya sendiri kerana bengang apabila perjalanan permainan itu terganggu.
“Mike!”, terdengar suara jeritan ibu Michael, Karen Wheeler memanggilnya dari tingkat atas namun langsung tiak dihiraukan oleh mereka berempat.
“Mike!”, lagi sekali Karen memanggil anaknya, juga tidak dipedulikan.
“Korang dah jumpa ke belum?”, Lucas bertanyakan status mereka pada saat itu.
“Tak, aku tak dapat cari!”, William menyahut.
Bengang apabila panggilannya diendahkan, Karen Wheeler mengambil keputusan untuk menjenguk mereka ke ruangan bawah rumahnya itu. Apabila pintu dikuak, jelas kelihatan mereka berempat sedang merangkak disekeliling bilik tersebut. Kebetulan Michael sedang merangkak betul-betul dihadapan tangga, “Mike!!!”.
Michael mengangkat kepalanya memandang ke tingkat atas, jelas kelihatan ibunya yang sedang bercekak pinggang.
“Mak, kami tengah dalam permainan!”, jelas Michael.
“Maksud kamu dah di penghujungnya? 15 minit!”, Karen Wheeler memintas anaknya sambil jari telunjuknya menunjukkan pergelangan tangan. Dia perlu bertegas kali ini mengakibatkan Michael tercengang lalu bangun berlari menaiki tangga menuju kepada ibunya yang sudah berlalu pergi.
“Oh, my God! Oh, my God! Oh, my God!”, mulut Dustin tidak henti-henti membuat bising sambil mencari dadu yang telah hilang dari pandangan mereka.
“Oh, my God! Freaking idiot!”, Lucas pula melepaskan ketidakpuasan hatinya selepas tidak mendapat hasil pencarian.
“Kenapa kita kena berhenti sekarang?”, William berkata kerana permainan belum habis dan itu adalah gilirannya.
Michael berlari ke tingkat atas menuju ke dapur di mana ibunya berada. “Mak, tunggu. 20 minit je lagi!”
“Malam sekolah, Michael”, balas Karen Wheeler pendek. “Mak baru tidurkan Holly (anak bongsu The Wheelers). Korang boleh habiskan permainan tu hujung minggu hadapan.”, tenang ibunya menyambung.
“Tapi ni akan rosakkan permainan!”, Michael menjawab.
“Michael…”
“Saya serius ni mak. Permainan ni dah ambil masa dua minggu untuk dirancang. Macam mana saya nak tahu dia dah ambil masa sampai sepuluh jam?”
“Kamu dah main selama sepuluh jam?” Karen memusingkan badannya menghadap Michael dengan menjegilkan mata kerana terkejut dengan kenyataan itu.
Michael sedar dia tersilap langkah apabila terlepas cakap tentang tempoh masa permainan mereka yang berlangsung sejak siang tadi. Dia berpaling kebelakang melihat ayahnya sedang terbongkok-bongkok mengerjakan peti televisyen dan batang ariel untuk mendapatkan siaran televisyen yang lebih jelas.
“Ayah, ayah tak rasa ke lagi 20 minit…” belum sempat Michael menghabiskan ayatnya, Ted Wheeler mencelah,
“Ayah rasa kamu patut dengar apa yang mak kamu cakap. Urghh.. Dang dumb piece of junk.” Ted Wheelers masih sibuk dengan tvnya yang tidak mendapat mana-mana siaran sejak tadi kemudian mengetuk-ngetuk dengan kuat sisi tv kotak itu.
Michael berpaling ke arah Karen kemudian kepada Ted dengan muka tidak percaya dan tidak puas hati kerana permintaanya itu tidak diendahkan. Mata ke atas.
Sementara di bawah, William telah mendapat biji dadunya. “Oh, aku dah dapat! Erm, kalau dapat tujuh tu masih boleh dikira ke?”
“Kau dapat tujuh ke?” Lucas menyoal.
“Mike nampak tak? Kalau Mike tak nampak, jadi tak dikiralah kalau macam tu.”, Dustin menyambung sambil ligat dia menggalas backpacknya untuk pulang ke rumah. Mereka perlu pulang, esok pagi perlu ke sekolah.
William menggeleng kepalanya ke arah Dustin. William, Dustin dan Lucas berkemas-kemas untuk pulang. Jaket sejuk dan sweater disarungkan di badan masing-masing. Hari semakin larut malam, cuaca semakin sejuk. Apabila William dan Lucas berlari menaiki tangga, Dustin memanggil menyebabkan mereka serentak berpaling, “Yo, hey korang. Korang nak tak benda ni?”
“Tak nak.” serentak William dan Lucas menjawab apabila melihat benda yang diajukan oleh Dustin. Kotak pizza yang isinya tinggal sekeping sahaja. Lalu terus kembali ke tingkat atas menyebabkan Dustin mengeluh dan mendapat satu idea.
Dustin naik ke tingkat atas kediaman tersebut kemudian naik lagi ke tingkat seterusnya. Di pertengahan langkahnya sehingga ke bilik yang dituju, dia dapat mendengar suara perempuan bercakap.
“Yeah… Tak ada lah, aku tak rasa macam tu pun… Yeah, dia comel. Barb, dia tak macam tu.” Suara itu semakin jelas apabila dia sampai di muka pintu bilik Nancy Wheeler, anak sulung keluarga itu berumur 16 tahun. Kelihatan Nancy sedang berbaring di atas katil sambil bergayut di telefon rumahnya, tangannya meliuk-lentuk bermain dengan wayar telefon. Dustin melambai-lambai kepada Nancy dari pintu bilik apabila dia nampak Nancy sedar akan kehadirannya.
“Hey, Nancy!”, Dustin memanggil apabila tidak dihiraukan.
Nancy berpaling.
“Ada sekeping ni kalau kamu mahu. Sosej dan pepperoni!” Dustin mengajukan kotak pizza tersebut dengan harapan diambil oleh Nancy.
“Sekejap”, Nancy bercakap kedalam telefon lalu bangkit menuju ke pintu. Dustin tersenyum menampakkan gusi lalu tangannya sudah membuka kotak pizza untuk Nancy yang maju dengan senyuman.
“Baaaaammm!” pintu dihempas dihadapan muka Dustin menyebabkan senyumannya hilang dan terpempam. Dia turun menuju ke garaj di mana Lucas dan William sudah bersedia di atas basikal masing-masing sambil menunggu Dustin.
“Ada benda tak kena dengan kakak kau.” kata Dustin kepada Michael sambil mulutnya menguyah baki pizza tadi lalu kotaknya disumbat ke dalam tong sampah.
“Apa yang kau cakap?” Michael bertanya kembali.
“She’s got a stick up her butt.” Dustin meluahkan perangai Nancy kepada Michael.
“Tu sebab dia tengah bercinta dengan si douchebag, Steve Harrington.” Michael menerangkan.
“Yeah, she’s turning into a real jerk.” tambah Dustin lagi. Dia pula mendapatkan basikalnya dan bersiap sedia untuk pulang.
“Dia memang sentiasa macam tu!” Michael menangkis.
“Tak lah, dulu dia cool je. Masa dulu dia sanggup pakai baju jadi Elf untuk kempen pokok orang tua kita.” Dustin merengus menyebabkan Michael menjawab, “Itu empat tahun lepas!”
“Cakap je.” Dustin berkata.
“Jumpa lagi!” kata Lucas
Lampu basikal bulat ketiga-tiga mereka dihidupkan. Lucas dan Dustin mula mengayuh perlahan meninggalkan William yang masih berada di sebelah Michael.
“Tujuh”, William berkata.
“hah?”, Michael tidak faham lalu berpaling ke arah sahabatnya yang bertubuh paling kecil itu.
“Dadu tu, dapat tujuh. The Demogorgon, dia dah dapat aku. Haih… Jumpa esok.” Lantas William mulakan kayuhan dan meninggalkan Michael yang terkebil-kebil memproses apa yang baru disampaikan kepadanya. Semasa dia menghantar William dengan pandangannya, lampu di garajnya tiba-tiba berkelip sekali menyebabkan Michael tersentak dan memandang ke arah lampu di siling dan dinding. Apabila sudah dipastikan tiada apa-apa yang berlaku, dia terus menutup lampu garaj dan masuk ke dalam rumah.
Kesunyian kawasan kejiranan di sebahagian pekan Hawkins yang turun naik bukit dipecahkan dengan suara William, Dustin dan Lucas.
“Good night, ladies.” kata Lucas kepada mereka berdua apabila sudah sampai ke rumahnya lalu membelok ke rumahnya.
“Kiss your mom ‘night for me.” balas Dustin.
“Nak lumba tak sampai rumah aku? Pemenang dapat komik!” aju Dustin kepada William apabila tinggal mereka berdua sahaja yang kelihatan di jalan raya itu.
“Apa-apa komik?” tanya William.
“Yeah”, sebaik Dustin membalas, William sudah mengorak kayuhan terlebih dahulu dan maju kehadapan Dustin beberapa meter.
“Hey! Hey! Aku tak cakap ‘Go’ pun!”, marah Dustin apabila melihat William yang semakin menjauh walaupun pada ketika itu mereka sedang mendaki bukit.
“Hey! Patah balik sini! Aku b***h kau nanti”, arahan Dustin tidak dihiraukan.
William sudah melepasi kediaman The Henderson, rumah Dustin Henderson dan menjerit tanpa menghentikan basikalnya, “Aku nak kau punya X-Men 134!” menjadikan William pemenang dan keesokan disekolah Dustin perlu menyerahkan komik itu kepadanya.
Dustin berhenti di depan rumanya sambil memandang ke hadapan. William sudah tidak kelihatan, yang tinggal hanya cahaya lampu basikalnya yang bergerak-gerak. “Son of a bitch!” dia berkata setelah rasa dipermainkan oleh William dan melepaskan lelah.
Kini hanya William keseorangan. Beginilah keadaannya setiap kali dia meluangkan masa bersama kawan-kawannya. Rumah mereka yang lain berada di kawasan kejiranan yang sama manakala kediaman The Byers berada di pinggir hutan dan jauh sedikit dari rumah jiran yang lain. Keadaan yang gelap yang hanya di terangi oleh satu tiang lampu dan suluhan samar basikalnya menemani William di sepanjang perjalanan itu.
‘Makmal Antarabangsa Hawkins, Bahagian Sumber Tenaga Amerika Syarikat. Kawasan Larangan. Dilarang Menceroboh.’
Terpampang jelas papan tanda amaran di penjuru pagar makmal itu yang berada di tepi jalan menuju ke rumah William menunjukkan betapa besarnya perimeter kawasan makmal itu walaupun makmal itu terletak jauh ke dalam. Namun perkara itu adalah biasa dimana dia perlu melalui jalan itu setiap hari. William mengayuh basikalnya dengan wajah penat. Tiba-tiba lampu basikalnya terpadam menjadikan dia memperlahankan kelajuan kerana pelik dengan apa yang baru berlaku. hanya samar cahaya bulan yang tinggal. Sedang asyik dia memerhatikan lampu itu, ianya menyala semula lalu dia memandang semula ke hadapan.
Dengan keadaan sedikit mendaki bukit dan lampu jalan yang berada di atas bukit, sebaik sahaja William mengangkat kepala, dia melihat seperti seperti seorang lelaki yang tinggi berdiri dihadapannya berkeadaan hitam keseluruhannya kerana membelakangkan cahaya. Akibat terkejut, William hilang kawalan akan basikalnya lalu terarah basikalnya ke arah hutan bersebelahan jalan itu. Dia mengerang kesakitan lalu cuba bangun dan melihat tayar belakang basikalnya masih berpusing. Dia melihat ke arah jalan raya tadi dan mencari kelibat apa yang dia nampak tapi dia silap. Dia tidak nampak apa-apa, yang kedengaran cuma dengkuran kasar dari arah jalan tersebut. Dalam keadaan takut dan terkejut, dia meninggalkan basikalnya lalu berlari menuju ke dalam hutan. Lokasi William masih di pinggir hutan. Dia menggunakan jalan belakang untuk sampai ke rumahnya. Dalam kepekatan malam dia meredah hutan tanpa menoleh kebelakang.
William tercungap-cungap. Dia sudah nampak rumahnya. Hanya lampu beranda sahaja dibuka menjadikan keadaan sangat gelap. Dia masuk ke dalam rumah, pantas mengunci dan menyelak pintu. Saat dia masuk ke dalam rumah, anjingnya menyalak tanpa henti sambil membontoti William yang berlari ke dalam rumah.
“Mak?! Jonathan?! (Abang William, Jonathan Byers) Mak?!!!! Jonathan?!!!” tiada sahutan. William berlari ke bilik ibunya dan Jonathan sambil tercungap-cungap. Kosong. Dia tahu apa pun jenis haiwan atau manusia yang dilihatnya tadi sedang mengejarnya. Saat itu dia sedar dia keseorangan di rumah.
Dia berlari semula ke tingkap bersebelahan pintu yang dia masuk tadi. Ya, tuan tuan dan puan puan… dia tak nampak apa-apa di luar. William mengamati betul-betul ke celah semak, bayangan tadi muncul dan semakin membesar. Makhluk itu sedang menujuk ke arah rumahnya. Dalam ketakutan dan terkejut kerana makhluk itu sedang menghampiri, dia berlari ke arah telefon yang terletak di dinding lalu mencapai gagang. Papan pemusing bulat diputar-putar mengikut nombor telefon tempat kerja ibunya, Joyce Byers. Gagang telefon yang diletakkan di telinga dalam keadaan menggigil kerana dirinya tak mampu mengawal ketakutan.Terdengar bunyi deringan di sebelah sana lalu William mendengar seperti telefon diangkat.
“Hello?! Hello?!” tiada yang menyahut panggilan William. Yang kedengaran hanyalah bunyi statik berpanjangan. Dalam samar-samar bunyi statik tersebut, terdengar bunyi dengkuran halus di hujung talian sebelah sana. Anjingnya yang sudah mula diam menyalak semula. Dengan gagang yang masih di telinga, William bergerak dan berpaling ke arah tetingkap kecil di pintu belakang rumahnya. Bantuan cahaya dari luar telah membantu dia melihat sebuah bayang-bayang manusia lalu di tingkap yang kabur itu. Tiba-tiba ada bunyi datang dari arah pintu depan, dia memandang pintu depan pula. Jelas kelihatan selak yang dipasangnya tadi perlahan-lahan bergerak terbuka sendiri seperti magik atau tenaga yang tidak kelihatan membukanya. William semakin gabra, dia melepaskan gagang ke bawah lalu berhayun tergantung begitu sahaja. Nyalakan anjngnya semakin kuat. Dia berlari ke pintu belakang rumahnya untuk menuju ke bangsal kecil terletak di luar belakang rumah.
Dengan backpacknya yang masih tersarung di badan, dia berlari sepantas kilat masuk ke dalam bangsal dan menutup pintu. Sebiji mentol yang mengeluarkan warna jingga sudah sedia terpasang di dalam bangsal. Pencarian tertumpu hanya satu, senapang patah milik keluarga itu. Kotak peluru dicapai, terketar-ketar tangannya memasukkan sebutir demi sebutir peluru ke dalam senapang sehingga ada yang jatuh namun tidak diendahkan, malah dia mengambil seberapa banyak kotak peluru yang ada. Nafasnya masih tidak dapat dikawal. Jika dia mahu menjerit, tiada siapa yang akan mendengar kerana rumahnya jauh. Sudah penuh senapang itu diisi peluru, diangkatnya lalu dihalakan ke pintu bangsal. Jarinya bersedia menarik picu senapang. Dia menunggu dengan penuh ketakutan.
Tiba-tiba dia mendengar dengkuran kuat di belakangnya. Dengan penuh rasa takut, tanda tanya dan rasa ingin selamat, dia memusingkan tubuhnya kebelakang. Perlahan-lahan kepala mendongak seperti mengikut keberadaan sesuatu benda yang lebih tinggi darinya. William menelan air liur, senjata terlepas dari tangannya. Mentol yang tadi berwana samar jingga semakin terang. Terang sehingga mengeluarkan cahaya terlalu terang berwarna putih yang amat menyilaukan.
“Paap!”. Keadaan seperti sedia kala. Cahaya mentol menjadi jingga semula. Tiada kedengaran lagi bunyi dengkuran ganas seperti tiada apa-apa yang berlaku. Keadaan bangsal seperti tadi cuma berselerak sedikit dengan butir peluru. Namun, William sudah tiada disitu. Sekelip mata dia lenyap, lenyap bersama cahaya yang tiba-tiba terpadam.
Tuan tuan dan puan puan, apa yang aku tulis di atas hanyalah permulaan pengembaraan ini. Ceritanya panjang dan aku menulis seterperinci yang boleh mengikut apa yang aku dah tengok. Kalau intro ni mendapat sambutan, aku akan sambung tulis.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Oleh kerana U tak bagi baca waktu kerja… maka I akan baca cerita ini selepas I diberhentikan kerja…
Gittewwww…..
Love, Diva.
Masa tu kau dah veteran dah AA. Gigi dah abis tanggal..mata pun dah rabun nak bc cemane😂😂
Huhu..nice..
lagilah aku nak baca masa berkerja
#fliphair~
nak sambung, sambung jelah, tak payah nak tunggu dapat sambutan ke tak
Haha! I loikeee
#fliphair~ aihh~
Caakkkkkkk…jom tengok jibammm~
ko ni, beria2 benoo ajak aku keluar. ko nak kidnap aku ke? lepas tu potong2 aku ke?
Kahkahkah!
Ko gila ke?jadahhhh nak kidnap engko..saja nak beramasmesra..
Alaaa xnak dah ahhh..
Aku ajak izul
manalah tahu, aku ni skang cepat tepengaruh dgn cerita FS ni.
eh, kalau ko ajak Izul, aku kena ikut. Sebab, kalau berdua, mesti ada cetan kat tengah2 tu. risau je. hmm
😒😒😞
Tapi nanti bukan ko ke cetan kat tengah2 tu?
aku cetan yang baik. hihihihihi~
Ade ke cetan baik..musyekil haku…
Dah2..da taknak hikut tadi dahhh..
Nak wassap izul jap
ada. aku! hihi
hp izul rosak, semalam aku baling dalam longkang
Kejinyaaaaa ko..takpe izul ada 3 phone..yg ko baling tu phone paling cikai
Citer orang ni dik non oiii..
awat seru2 nama aku. Aku nak komen pasal citer ni tersedak kejap tengok komen korang.
Alaaaaaa..marah titew ke?
Terkejut.. hahaha
😜
ko marah je Delu tu. Sibuk seru2 ko.
Medi & Keji berpisah tiada nokks 💅🏻
Bagos ko mmg tahan dikecam.haha
dah biasa kena kecam. dolu2. Teringat pulak kisah 44 tahun lepas.
Aku tau dah tu..ape dehal kena kecam di ruangan kotak ini ye dakkk
takde rasa apa pon kena kecam. paling kurang pon. ko akan murung je. Hahahahaha
So ape tips ko untuk tahan dikecam?sile bg tips
ingat free? ko tahu tak? nak masuk jamban pon 50 sen untuk kencing. sehinggit untuk berak. Tahu??
tak senonoh btol si medi niii..pengotoqqqq
apani? aku kena hack lah. aku tak ckp apa pon!
buat muka blur
Done done ko bajet sopan bila izul masuk..fakerssss…haha
apani apani? aku insan teraniaaaaayaaaa~
lari2 anak bawak diri
Anak sapa ko bawak larik tu..hahaha
tak sampai hati nk ckp kt ko. aku takut ko koma je kalau tahu kebenaran.
Takkannnn anak …………
hmm percayalah apa yg kau nak percaya. tiada paksaan
Aku taak percaiiyaaaaaaa
Panjang tuuu… susah skit nk fham.. maybe kalau tgk movie bru fham .. xpun kau tukar je laa nme watak tu ke watak melayu.. mgkin tu lbih mnarik
Aku dah tengok both season cerita dia memang best. Tapi kalau korg nak lagi best aku cadangkan korg tgk je cerita dia. Buat penulis pulak aku tau kau nk cerita balik tapi mcm xbest lah nak cerita dekat sini. Sbb aku nak baca cerita seram bukan nak baca sinopsis or script cerita.
Then kalau tak dapat sambutan? Biar je la cerita ni tergantung sepi dekat sini, macam tu ke? Tak adil untuk kami yg dah baca story ni Cik Natt. Sambung je la either ada sambutan atau tak.
Maira bagi 1 je star sebab emo dengan kata-kata terakhir tu. Sekian~~
-Kalau intro ni mendapat sambutan, aku akan sambung tulis.-
Macam mane nak tahu dapat sambutan ke tak?
Kalau 100 orang yang baca, 10 orang je suka. Adakah cerita ini akan dibiarkan bergantung tak bertali? Kesian nanti kat 10 orang yg suka tu. Dibiarkan tertanya-tanya apa ending citer ni.
Anyway, aku akan tunggu sambungan. Thanx writer atas perkongsian!
Natt ya ko muda lagi.. tpi berbakat dalam penulisan gini… kalao ko dah melayukan cite dia apa kata alamg2 tu, ko ubah nama kepada kassim ke. Piah ke. Joyah ke atau mamat… haaa bukan apa aku saja je bagi idea hahahaha.
Ahyway cite ko best. Aku suka fiksyen ke benar ke janji penulisann dia best! Teruskan menulis ye
Cite ko best…. aku suka..
Tp disebabkan ayt last tu dah spoil mood aku.. hmmm…
Sama ada org suka atau tak.. ko hantar je story okeyy… aku menungguuuuuuu~
Stranger Things best woooo…tak mungkin rakyat Malaysia tak tau citer ni…aku kaki Netflix gak ingatkan citer budak2..skali haaaa engkau, nak makan pun tak sempat dok tercongok depan tv hahahah
Disebabkan skg akak tgh bercuti skolla, jadi akak bc.Best. Debor bc.
5🌟🌟🌟🌟🌟+⚘
Fiksyen ni memang adaptasi dari cerita Stranger Things ke? Bos aku beriya tanya aku suruh tengok cerita tu.
“aku kaki Netflix dan aku yakin 80%++ rakyat Malaysia tak tahu tentang cerita ni.”
Seriously? Mustahil 80% tak tahu this series. Netflix kut hahaha
Ikut you lah nak continue ke tak. For me, i prefer i watch than i read.
Better you choose ’13 reason why’. You olah Hannah b***h diri sebab 13 benda mistik yg menghantui hidup dia. I think this quite okay than stranger things.
Jangan marah, kita cakap je.
Betul. Tengok lagi best than baca. If original book mcm harry potter tu xpe jugak nk both read n watch. Yang ni yg spoil sbb dia nk translate but bila dialog still guna english so mcm spoil mood nk baca di situ plus cerita ni bukan seram sgt pun nk tulis sini. If nk tulis translation movie ni better hantar dekat penulisan2u.
Kannn.. sesuka hati dia je buat fakta 80% rakyat malaysia tak tahu citer ni. Kat newsfeed FB aku, member2 aku dok share pasal citer ni je. Stranger things season 2 baru start viral. Season 1 biasa2 je.
Omg Siapa je Yg Tak Tgk stranger things Ni
👍