Salam sejahtera kepada semua penggemar cerita seram FS. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak kepada admin FS kerana sudi bagi aku peluang untuk ceritakan salah satu pengalaman seram aku.. Fiksyen Shasha ni aku baru tahu awal bulan April 2019 lepas sbb officemate aku suka baca cerita seram dekat sini. Lepas aku baca serba sedikit cerita2 FS ni, aku berpendapat ada baiknya kalau aku ambik kesempatan ini untuk kongsikan sebanyak mana antara kisah2 seram yang aku alami sndri & orang2 terdekat aku. Bermulalah perkongsian aku dekat Laman web FS ni..
Kali ni aku nak kongsikan cerita seram semasa aku dengan ayah & adik lelaki aku berburu di hutan waktu malam. Dekat kampung aku iaitu rumah panjang, majoriti bapak orang dekat sana ada senapang untuk berburu haiwan mcm babi hutan, rusa, beruang, musang & lain-lain haiwan yang dorg nampak waktu berburu. Kadang-kadang juga aku ni selalu temankan ayah aku pergi mencari katak yang boleh dimakan. Waktu balik kadang-kadang lewat malam macam tu la..
Kali ni ayah aku pelawa adik aku ikut sekali untuk berburu bersama. Lokasi tempat kami berburu jauh sedikit dimana kami kena berjalan kaki di bahagian belakang kampung masuk ke dalam hutan gelap bersuluhkan 3 lampu suluh yang atas kepala tu. Aku memang suka ikut ayah aku berburu sbb kita boleh tahu haiwan ni buat ape time malam. Paling best time dah dpt tu bawa baling rasa bangga tunjuk kt mak.. hahaha… Itu zaman muda aq, skrg ddk dkt KL dah tak rasa semua tu. Tinggal kenangan je.
Bapa aku ajak kami berdua pergi bertolak dalam pkul 10 lebih malam, time tu memang sesuai sbb haiwan-haiwan mcm musang akan muncul time mcm ni..
Waktu kita orang keluar tu, mak aku ade pesan suruh jaga adik aku jangan banyak cakap ddk diam je & ikut cakap ayah aku. Aku dah biasa ikut ayah aku jadi aku tahu apa kena buat nnti kalau ada ternampak haiwan ke apa.
Lebih kurang hampir 30minit berjalan kaki, dah tak nampak lampu dekat kawasan kampung hanya boleh dengar bunyi cengkerik & suasana hutan shja.
Malam tu kebetulan bulan penuh jadi memang senang la nampak jalan walaupun samar2 kalau tak suluh dengan lampu.. Sampai satu tahap tu lepas kita orang berjalan ayah suruh berhenti sekejap tunggu & dengar kalau-kalau ada haiwan lalu ke ape sambil suluh atas pokok. Macam musang mmg akan ada di atas pokok waktu malam.
Kita orang ambik keputusan untuk duduk di satu pokok ni & ayah aku jalan kedepan sedikit untuk tinjau kwsan tu. Lama juga la kita orang ddk. Memang mcm tu la kalau berburu, sambil suluh-suluh tu tetiba adik aku cubit tangan kanan aku. Lepas tu aku suluh pakai lampu atas kepala aku tu kt muka dia smbil tanya tanya kenapa cubit tangan aku..
Time aku tanya tu adik aku tak jawap soalan tapi aku tengok adik aku macam nak menangis smbil pejam mata dia tak tahu la dia silau ke atau pejam mata sbb takut..
Bila aku pikir-pikir balik memang kelakar sbb aku suka kenakan adik aku ni. Lepas aku tanya kali kedua, dia terus cakap ada nampak hantu dekat sana smbil dia tunjuk jari dia dekat satu pokok tu. Adik aku ni memang penakut sikit. Nampak je bende pelik kata hantu la ape la sbb tu bapa aku tak bawa adik aku ni pergi ikut berburu tapi aritu bapa aku memang nak ajak adik aku sbb nak biasakan diri dia ikut.
Lepas tu aku toleh la mana tmpt yang adik aku nampak bende yang dia kata tu & kebetulan waktu tu aku tak nampak ape-ape pun. So aku ingat adik aku ni mungkin nampak pokok2 kecik atau daun2 dkt semak samun situ yang serupa mcm orang ke ape.. Jadi aku abaikan je la ape adik aku kata ni & aku suruh dia tenangkan diri. Lagipun kalau ayah aku tahu nnti ayah aku pasti marah sbb ayah aku pernah pesan kalau kita berburu masuk hutan ni perkara basic yang kita kena buat ialah “jangan tegur” apa-apa yang kita nampak kecuali nampak benda yang kita nak cari. Tu pun dengan hanya tepuk bahu & suluh sekejap ke arah bende yang kita nak cari..
Lepas tu tadi, ayah aku datang semula dekat kitaorang & bagitau kena teruskan jalan kedepan lagi. Kawasan yang kami jalan ni mmg ayah aku dah mahir jadi tak risau la kalau masuk hutan ni. Ayah aku jalan dekat depan diikuti adik aku & di belakang sekali aku.
Sambil berjalan aku akan suluh kanan kiri la kot-kot ada haiwan ke ape tetiba aku tersuluh satu pokok ni aku ternampak kain putih lebih kurang dalam 20meter dari kitaorang berjalan.Macam orang dalam kain putih tutup satu badan duduk atas pokok, tapi orang dalam kain tu tak diikat mcm mana hantu pocong, cuma kain putih sahaja. Tambah-tambah lagi ada sinaran bulan memang boleh jelas la nampak time tu..
Aku memang secara automatik panggil ayah aku. Lepas tu ape lagi ayah aku berhenti suruh aku dgn adik aku diam jangan buat bising. Aku dah nampak ayah aku tengah ambik something dekat dalam poket dia waktu tu. Lepas tu ayah aku ada baca something dekat bende yg dia ambik tu tadi then terus baling ke arah kain putih tu.
Aku dengan adik aku hanya terdiam je. Time ayah aku baling je bende tu dekat kain putih tu aku ada terdengar satu suara pelik samar-samar mengerang kesakitan & aku tengok kain tu jatuh ke tanah. Macam kain kita sidai dkt tingkat 4 tetiba jatuh ke bawah slow2.
Masa kain tu jatuh memang tak boleh nak kata apa-apa sbb bende tu berlaku depan mata aku. Selama ni aku dgn ayah aku mmg tak nampak ape2 pun. Setakat bunyi2 ranting & burung tu perkara biasa. Cuma kali ni aku terkejut sedikit sbb smpai ketahap ayah aku baling something dkt atas pokok tmpt bende tu duduk.
Jatuh je bende tu ke tanah ayah aku ajak pergi sana untuk tengok. Ikutkan aku dengan adik aku mmg tak nak sbb takut, adik aku time tu dah nangis dah baru nak try jalan malam dah rasa mcm ni. Tp ayah aku paksa gak sbb jangan jauh2 sangat.. Nak tak nak aku dgn adik aku ikut je la tp dkt belakang ayah aku rapat2.
Bende ni, aku kadang2 ada tercuri terdengar bila orang-orang tua bercerita pasal Hantu Landak. Untuk pengetahuan korang, Hantu Landak ni dia serupa mcm Pontianak cuma dia putih dari atas smpai bawah umpama kain putih..
Setiap bulan besar bende ni mmg suka keluar. Asalnya dari seekor Landak berubah menjadi Kain Putih mcm Pontianak. Bende ni aku akan dengar la time ddk kampung dari cerita2 orang yang selalu berburu malam.. Nampak pelik tp mmg ada sebenarnya.
Smpai je dkt tmpt kain tu jatuh, ayah aku suluh dekat satu binatang ni. Memang betul ada landak terbaring dkt tanah. Dekat bhgian hidung landak tu keluar darah.. Mata landak tu boleh nampak mcm merah cair hitam..
Sumpah terkejut aku sbb first time nampak bende ni terjadi. Landak tu mmg dah mati cuma mata dia terbeliak besar.. Ayah aku bagi tahu la serba sedikit pasal Hantu Landak ni. Dia kata kalau boleh waktu kita nampak je bende ni kena bunuh sbb boleh ikut kita smpai bila2.
Dia akan munculkan diri kalau dia suka kt orang tu.. Cara bunuh bende ni ayah aku tak cerita waktu tu sbb aku budak lagi & aku pun tak tanya mcm mna caranya.. Now aku pun dah tak duduk dekat kampung lagi la tak ambik tahu.. Landak tu mmg tak boleh di makan & kena potong kepala landak tu buang dkt sungai then badan dia pulak kena lumur dengan tanah dan biarkan dkt situ je. Tu je la last aku tenogk bangkai landak tu..
Lepas tu kita orang balik terus sebab ayah aku bgitau kalau dah nampak bende mcm ni elok balik terus takut kalau ada bende lain yang sama kt kawasan ni.. Balik je rumah, adik aku ape lagi cerita la dekat mak aku.. Mak aku mcm dah biasa la dengan bende ni, dia just suruh adik aku mandi semua bersihkan diri.. Ayah aku mcm biasa la tak banyak cakap sngt tak nak bagi heboh. Malam tu tak bawa ape2, kita orang balik tangan kosong hanya cerita je untuk di sajikan.
Tu je la setakat ni sbb mcm panjang pulak kalau cerita lagi. hehe.. nnti ada masa aq cerita lagi pasal bende pelik2 dekat kawasan pendalaman Sarawak kalau lah cerita aku ni korang nak terima.. Thank You..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hantu landak… first time dengar . Cerita yang menarik
best
Best Gila…mmg seram
katak memang best kalo salai .. nyam2 .
Cerita lagi.. orang Sarawak memang kaya dengan ilmu hutan.. kadang2 culture yang tak pernah dengar pun boleh keluar.
best giler citer nie. first time dengar pasal hantu landak. lain kali citer la lagi.
cerita lagii. best, sbb jrg nak dpt dgr cerita dr kawasan pedalaman… tq share..
aah la hantu landak first time dengar…mmg hantu ni wujud kat srwk k?
Kwsn lain aq tak pasti tp kt kampung aku mmg org-org tua kata bende tu Hantu Landak.
kat sarawak mcam² hantu ada kak…almaklumlaa..masih bnyak hutan tebal..tapi yg peting mulut jangan celupar.
hehhe…bnyak² berdoa..
scary weiiii
KATAK BAKAR PUN BOLEH TAHAN
KATAK REBUS IS MY FAVOURITE…
Eeeeiu…
cali kitak
gerenti org miri tok hahahaha
why?kitak x pernah rasa?
baca FS time bulan puasa memang best kan kak yulie
best hotak lu
Menarik cerita mcm ni, teringin nak rasa pengalaman mcm tu walaupun tau aku ni penakut hehehe.. minta cerita lagi hehehe.
i want more