Bercakap dengan setan dalam telefon.

Salam dan selamat malam sekiranya anda membaca cerita ini pada waktu malam. Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita, sebab biasanya aku kongsikan cerita-cerita seram dalam Whatsapp group melalui voice note, bukan dengan karangan dan perkataan. Tapi takpe, bro cuba.

Kisah ini sebuah kisah yang mungkin tak berapa seram tapi boleh jadi pengajaran buat semua pasangan bercinta yang menggunakan khidmat panggilan telefon kadar rendah pada tengah malam. Baca karangan ini dalam situasi gelap gelita, sunyi dan berseorangan.

Satu malam, aku bersembang dalam telefon dengan makwe aku yang kini bergelar bekas makwe. Namanya Nana (bukan nama sebenar).

Aku seorang lelaki kacak yang suka menyakat. Tak kiralah baik dalam kehidupan sebenar, di media sosial atau semasa bersembang dalam telefon. Dalam hampir 15 minit aku bersembang dengan Nana dalam telefon, aku mula menyakat.

“Sayang, dah dekat pukul 1 pagi. Awak nak masuk tidur pukul berapa? Awak dah cuci muka? Dah periksa bawah katil? Dalam almari?” aku menyakat Nana.

Nana mula ketakutan, suara rengekan dia hampir menyamai suara tangisan. Semakin riang hati aku menyakat Nana bila dengar suara rengek takutnya itu. Semakin lama semakin hardcore sakatan aku.

Semakin kedengaran suara sedu-sedan dari dalam telefon. Aku menjadi serba-salah. Ini kali pertama aku menyakat Nana dengan sebegitu hardcore dan kejam. Rasa serba salah semakin menghantui kerana Nana sudah menangis ketakutan. Jam menunjukkan 1.45 pagi. Nah, dari riang hati aku rasa berjaya menyakat dan buat Nana berasa takut, berubah menjadi rasa takut dek kerana tangisan Nana semakin ketara dan mendayu-dayu.

Sebagai seorang lelaki kacak, kelakar dan gentleman, aku memujuk Nana. Pujuk dan terus pujuk. Dengan harapan keadaan kembali pulih seperti asal dan kami boleh bersembang sesuatu yg romantis dan menyentuh hati. Tapi jangkaan aku meleset, ke lautttt. Tangisan Nana, ya tangisan Nana. Kenapa tiba-tiba berubah menjadi gelak-tawa kecil yang ada bunyi sedikit mengilai.

Segala bulu yg ada pada tubuh aku, meremang. Sapppp. Mencanak naik. HTC Sensation XL yg berharga RM1900 yg aku beli dengan duit gaji bulan ketiga aku bekerja, hampir terlepas dari genggaman.

“Tahu kau takut. Jangan ganggu aku lagi, ingat! Jangan ganggu aku. Aku tak suka kau kacau aku lagi!” garau suara Nana berselang-seli hilai tawa kecil. “Faking, dia nak prank aku ke apa ni?”aku bermonolog dalam hati.

“Hello. Hellooowww. Nana, awak ok sayang?” aku bertanya. Truttttttttttt. Panggilan terputus. Aku cuba mendail semula, gagal dijawab. Cuba lagi sehingga kali ketiga dan berjaya dijawab.

“Nana, pelislah! Jangan nak main-main macam ni. Kejap nangis kejap ketawa, ingat kelakar?” herdik aku ke Nana.

“Hihihihihihi, hahahaahhahahahaha. Tahu takut. Jangan ganggu Nana! Dia aku punya.” lebih real dari yang tadi. Suara garau, tawa kecil dan suara tangisan berselang-seli.

“Ok, siapa kau?” aku beranikan diri untuk menyoal. “Tak perlu tahu, kau tak kuat.” ujar tuan punya suara tersebut dari telefon Nana. “Kau pernah dgr manusia m**i sebab syaitan? Kau cuma syaitan, syaitan yg dilakhnat tuhan. Mana mungkin kau lebih kuat dari aku.” aku beranikan diri lagi. Trutttt truttt trutttt. Panggilan terputus lagi.

Aku teruskan mendail, dengan perasaan marah dan curious aku membuak-buak. Hanya dengan satu panggilan. Terus dijawab.

“Sayang, are u ok? Sekarang ada dekat mana ni? Hall ke dalam bilik? Tengah buat apa? Kenapa jadi macam ni? Pelissss. Bagitahu Ejul apa yg jadi sebenarnya ni?” bertubi-tubi soalan aku untuk Nana dan agak kelam kabut keadaan pada masa ini.

“Sayang, Ejul cakap apa ni? Nana tidur tadi. Lepas balik dari dinner dengan Mai tadi, mandi, solat Isyak then tidur sebab letih. Sorrylah, tak update sebab letih sangat, charge phone dekat hall.” ujar Nana dengan suara yg penuh keletihan.

Aku menceritakan kepadanya apa yg terjadi kejap tadi. Aku bercerita dari A hingga Z. “Stop it Ejul! Nana tak tahu apa benda yang jadi sebenarnya ni. Apa yg Ejul merepek ni? Abah datang masuk bilik usap muka Nana dengan air. Abah minta Nana tukar seluar panjang and baju yg proper sikit, Nana letih sgt ni, badan sakit-sakit” Nana bersinglet dan berbaju tidur yg boleh dikatakan agak seksi pada kebiasaannya. “Kenapa ni Ejul? Apa yg jadi? Nana takut ni.” ujar Nana.

“Sayang, baca ayat qursi, ambil telefon, pasangkan surah-surah yang Ejul hantar via Whatsapp hari tu. Esok 5.00 pm Nana habis kerja Ejul pikap dekat parking lot RHB Jalan Tun Razak tempat Nana park kereta.” aku cuba untuk hentikan perbualan atas dasar taknak Nana terus terbelenggu dengan rasa takut pada malam itu.

“Ok.” pendek dan sangat tipikal dari Nana.

*****

Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan. Berceritalah aku kepada Nana apa yg terjadi dan berceritalah Nana kepada aku tentang saka yang pernah dibela nenek moyangnya suatu ketika dahulu. Tapi sewakti kejadian saka itu sudah bertahun dibuang.

Menurut seorang yang pakar dalam bidang mistik dan paranormal, saka boleh datang lagi kepada tuannya jika cara pembuangan saka itu sendiri tidak betul.

Demikianlah cerita aku bercakap dengan hantu, jin atau syaitan dalam telefon. Macam kelakar bila dengar seseorang bercakap tentang berbual dengan hantu dalam telefon, tapi ianya terjadi pada aku sendiri dan ini bukan rekaan. Untuk anda semua, jika tak percaya, aku doakan bercakap la korang dengan hantu dalam telefon satu hari nanti. Wasalam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

#ejulhensem
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

17 comments

    1. Setan dah penat jadi orang ketiga…
      Tu yg die take over jd orang kedua plak tu…
      Sesekali tingin nk bergayut…
      Nak meghase ape syiok sgt gayut berjam2 tu…
      Hehehehehhe…

  1. bile masuk part abah masuk bilik, suruh tukar baju, baju nana seksi..aku jd xpaham dah.. ape motip entah part tu.. cm tetibe je. jgn marah ye bro acah2 ensem…

  2. Kat situ si tuan mengaku hensem lagi gentleman nk bagi tau yg nana tu kena kacau then si ayah nana perasaan anak dia kena kacau jadi dia suruh si nana nie pakai baju molek molek sikit. . Gitu la crt dia ikut kefaham aku la. . Tapi x crt bab tu pun x apa kot rasanya. . Tak penting ☺

  3. Aku baru baca separuh terus Aku rasa macam nak muntah katak. Kau ni sembang rempit doh. Acah2 hipsturrrrr ?

  4. suara garau tu sebenarnye suara skandal die(mat bangla)… mlm tu diorang tgh bseronok…sebab tu suara nana mcm terisak2…nana yg bgtau sebab dia meluat dgn hang….bwahaha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.