Berjanji Dengan Jin

Assalamualaikum pembaca FS yang dahagakan kisah-kisah seram yang paling epik. Harapnya korang sihat-sihat je. Tq pada Admin yang sudi approved citer aku. Ni kisah benar yang aku lalui. Moga korang seram.

Hai. Nama aku Ijam. Kenapa Ijam? sebab mami aku yang bagi nama glamour ni. Jadi aku rasa nama ni special gila. Dari kecik sampailah dah berumur akhir-akhir 20 an ni, semua orang panggil aku Ijam.

Kisah hidup aku yang agak seram ni bermula masa aku gatal curi-curi balik kampung. Memang dari kecik mami dedi aku tak nak bawak aku balik kampung. Aku pun tak tau kenapa. Even kalau raya ke apa, mereputlah kau kat bandar. Lepak dalam rumah je layan game. Ataupun pergi merempit ke rumah awek kawan-kawan aku, pergi beraya. Takde life beb. Aku suka suasana raya kat kampung. Best gila.

Tambah pulak aku anak tunggal. Dedi aku ni Polis, mami aku cikgu. Entah macam mana mami dan dedi aku boleh buat bodoh tak nak balik kampung. Masa tu atuk aku masih ada. Nenek aku pun hidup lagi. Nasib dorang masih sihat. Atuk boleh lagi keluar beli makan semua. Setiap bulan dedi ngan mami cuma bank in duit belanja. Aku pun pelik. Dan sebab rasa pelik tu, aku mulalah nak siasat. Masa tu umur aku 17 tahun. Baru lepas SPM, banyak masa terluang dan aku buat satu keputusan yang gila. Aku siap komplot ngan kawan aku, Anip. Suruh dia mengaku yang aku lepak rumah dia dua tiga hari. Kalau dedi aku atau mami aku call pun, cakap yang memang aku ada dengan dia.

Aku pulak sebenarnya kat mana? Ha…aku blah balik kampung. Balik guna kereta Anip. Punyalah aku bersungguh kan, nak jumpa atuk ngan nenek aku. Untuk pengetahuan korang, ni atuk ngan nenek sebelah mami aku. Atuk ngan nenek belah dedi dah lama meninggal.

Bayangkan dari KL aku drive sampai ke Kedah. Alamat kampung atuk memang dah lama aku simpan. Aku ambik dari satu surat mami aku. Surat lama yang beralamat alamat rumah Atuk aku. Bayangkan, mami aku cerita, last aku balik sana masa umur aku 1 tahun. Itu maknanya masa tu, 16 tahun aku tak balik ke sana. Teringin jugak nak tengok muka atuk ngan nenek aku depan-depan. Mesti atuk aku hensem macam aku. Haha.

On the way balik. Aku rasa seram sejuk lain macam. Aku bertolak lepas subuh. Punya excited nak balik kampung. Aku plan nak balik dua tiga hari je. Lama-lama duk sana, nak mati? dapat tau kat dedi aku, mampoih kena sembelih. Dedi aku polis wei. Garang. Misai taring. Kalau korang tengok misai dia pun dah seram dah.

Sampai Area Penang, badan aku yang tadi sihat-sihat je, mula menggigil. Aku tak tau kenapa. Terpaksalah aku stop RNR cari panadol. Lepas telan panadol, aku teruskan perjalanan. Drive sorang-sorang ni memang azab. Penat kot. Sampai dah keluar Tol Alor Setar, tiba-tiba dalam perut aku, aku rasa macam ada something tengah pusing-pusing aku punya usus. Senak, sakit, pedih, ngilu, semua ada. Aku stop kereta tepi jalan. Keluar-keluar kereta terus aku muntah. Muntah keluar warna hitam. Banyak gila. Dan masa tu aku rasa macam segumpal asap dan angin lalu tepi aku. Sampai pipi aku dapat rasa benda tu rempuh muka aku. Lepas tu asap tu naik ke atas dan hilang. Aku bukak pintu kereta. Aku lepak kat seat sebelah pemandu. Aku baca Al-Fatehah. 3 Kul, Ayat Kursi. Baca 2 ayat last Surah Al-Baqarah. Aku hembus kat tangan. Aku usap ke dada ngan perut aku. Lepas tu aku pejam mata jap. Rehat. Dalam masa 10 minit. Aku rasa ok sangat-sangat.

Aku teruskan perjalanan. Aku tanya orang kampung Alamat kampung Atuk tu kat mana. Bagus orang-orang kampung kat Kedah ni. Ada sorang brader tu, dia kenal Atuk aku. Sampai ke depan rumah brader tu bawak aku. Suruh aku follow motor dia.

Akhirnya aku sampai kat sebuah kampung kat Kuala Nerang, Kedah. Perghhh…Hati aku rasa tenang bila nampak sawah padi semua. Jakun sekejap. 16 tahun wei duk bandar. Asyik tengok bagunan je. Hari ni, aku berjaya sampai tempat lahir mami aku.

“Tq bang, bawak saya sampai sini.” Aku cuba-cuba nak ramah. Aku ni bukan pandai sangat nak bermesra ngan orang. Aku pendiam. Ngan member-member aku bolehlah aku berhu ha hu ha.

“Sama-sama.” Terus brader tu kona motor dia kelam kabut macam kena kejar hantu. Muka pulak cuak nak mampos. Dah kenapa mamat ni? heran pulak aku.

Kat halaman yang lapang tu, aku turun kereta. Boleh tahan rumah atuk aku ni. Atuk aku ni pencen askar. Aku dengar atuk aku ni bekas komando. Patut rumah dia boleh tahan lawa. Rumah ni aku citer sikit, bahagian atas kayu, bahagian bawah pulak umah batu. Mungkin rumah atas tu rumah lama.

“Assalamualaikum…” Aku jenguk-jenguk cari atuk. Cari nenek. Walaupun aku tak berapa kenal muka dorang. Aku beranikan diri.

“Sampai dah, Ijam?”

Terkejut aku sampai terlompat. Entah bila atuk aku berdiri belakang aku sambil pegang cangkul.

“Atuk ke ni?” Masa tu sakit kat dalam perut aku dah mula balik. Sakit dia macam ada orang robek-robek kau punya usus. Seksa betul.

“Marilah masuk. Jumpa nenek kamu.” Aku pasti tulah atuk aku. Aku nampak muka dia dalam gambar dalam album lama mami. Muka dia pun ada iras-iras muka mami.

Nenek aku masa tu tengah baring-baring sebab nenek tak sihat. Masa aku masuk dalam rumah, nenek terus bingkas bangun dari tilam dia. Mata dia terjegil ke arah aku.

Aku dah mula rasa pelik.
“Ijammm” suara garau dia panggil nama aku. Heran jugaklah, aku balik sini masa umur aku setahun kut. Macam mana dua orang manusia ni boleh kenal aku?

Aku salam atuk. Aku peluk atuk. Aku salam nenek dan peluk jugak nenek. Rindu wei. Menitis jugak air mata lelaki aku ni. Iyalah, umur 17 tahun baru merasa nak peluk atuk ngan nenek. Sedih kut, tengok atuk ngan nenek yang dah tua tu. Tergamak dedi ngan mami tak balik jenguk dorang. Tu je aku pikir masa tu.

Atuk ngan nenek tak banyak cakap. Dorang buat je hal sendiri. Aku bila sampai, aku rehat jap kat sofa kat ruang tamu. Aku tunggu magrib, nak mandi-mandi, then nak pergi masjid.

Nak sembang ngan atuk ngan nenek, tapi dia orang macam asingkan diri dari aku. Aku pikir mungkin dorg tak selesa dengan kehadiran aku yang tiba-tiba ni.

Masa aku dah siap-siap nak ke masjid, Atuk aku duduk atas pangkin depan rumah. Magrib-magrib ni apa atuk buat situ? dalam gelap pulak tu. Pelik pulak aku rasa.
“Tuk, jom ke masjid, tuk?” Aku terjenguk-jenguk Atuk aku yang hanya berkain pelekat tu. Atuk aku pulak gelap kulit dia. Duk dalam gelap tu, nampak gigi je kalau dia senyum.

“Huh!” Atuk aku merengus je. Kuat. Terkejut aku.

Aku jenguk lagi. Aku menapak makin dekat. “Apalah atuk buat dalam gelap tu?”

Gedebuk. Aku dengar macam ada benda jatuh kat belakang aku. Aku pusing tengok belakang. Aku dapat rasa macam ada benda berdiri belakang aku. Dan badan aku tiba-tiba rasa panassss je sebelah kiri.

Aku pun carilah apa benda yang jatuh kat belakang aku ni. Nak kata buah kelapa. Mana ada pokok kepala. Pokok mangga ke segala. Memang halaman rumah tu lapang je. Ada sebijik je pangkin tu bawah pokok teja yang rendang.

“Ijam…Kata nak ke masjid…” Aku pusing ke arah pintu rumah atuk aku. Elok je atuk aku berdiri kat depan pintu.

Aku toleh pulak ke arah pangkin tadi. La…
Bila pulak atuk aku masuk? tadi elok-elok kat pangkin ni.

Aku seluk poket baju melayu, dapatkan kunci kereta dan aku blah pergi masjid.

Masa kat masjid. Ramailah jemaah yang usha-usha aku. Mungkin sebab tak kenal aku kut. Aku buat bodoh jelah. Bertegur sapa jelah ngan mana-mana yang menegur dan bersalam je ngan mana-mana yang sempat.

Balik dari masjid aku singgah kat satu gerai ni. Aku beli nasik, lauk-lauk kedai patani. Sedap jugak wei. Tomyam dia, daging masak merah. Aku beli banyak-banyak sebab niat hati aku nak makan ngan atuk ngan nenek.

Balik sampai rumah. Aku hidang makanan atas meja. Pimpin nenek dari katil dia ke meja makan. Atuk pun duduk sekali. Masa tu sekali lagi perut aku buat hal. Sakit sangat-sangat sampai rasa lapar semua hilang. Aku ingat nak tidur je masa tu.

Atuk ngan nenek makan semua makanan. Punyalah berselera dorang ni. Nenek yang sakit tu boleh makan bertambah-tambah.

Selesai sesi tengok dorang makan. Aku kemas-kemas apa yang patut. Bawak nenek balik ke katil dia.

“Kain selimut ada dalam bilik kat atas tu. Hang p ambik. Bantai pun ada kat situ. Kalau tak tau, hang tanya tokwan hang. ” Suara garau nenek mengarahkan aku pergi ambik selimut bantal semua.

“Iye baik nek…” Aku malas nak susahkan atuk aku. Aku baik je atas rumah. On suiz lampu. Lampu malap gila. Lampu stail warna kuning tu. Yg suiz dia warna hitam tu. Lejen gila. Lepas on lampu, aku melilau kejap kat rumah atas tu. Rumah atas tu je ada 5 bilik. Semua bilik kosong.

“Hikhikhik …Hikhikhik” Bilik paling hujung kedengaran macam riuh sikit. Eh, mana ada orang. Aku mula rasa pelik. Tiba-tiba je dengar suara budak-budak tengah main.

Aku ni jenis manusia yang tak tau takut. Aku cepat-cepat je tolak pintu bilik tu. Dah takde apa pulak. Yang bunyi hikhikhik gelak tadi tu, terus diam. Tapi aku dapat rasa macam ada banyak pasang mata tengah usha aku. Muka aku jadi panas je.

Aku baca bismillah. Aku tepuk-tepuk katil tu tiga kali. Aku duduk jap atas katil tu. Aku pejam mata, aku baca Alfatihah. 3 Kul, Ayat Kursi, Dan surah Jin ayat 1-6.

Pam!

pintu tingkap yang tertutup tiba-tiba terbuka. Aku tercelik. Aku nampak macam segumpal asap hitam terbang keluar melalui tingkap.

“Arrghhhh…” Serentak tu jugak aku dengar nenek aku menjerit kuat kat bawah. Cepat-cepat aku capai selimut ngan bantal dan lari turun ke bawah.

Aku tengok nenek aku elok je tidur. Aku mula pelik. Atuk aku pulak entah pergi ke mana. Lepas makan tadi, aku nampak dia keluar ikut pintu dapur sambil pegang sebatang lilin.

Sebelum tidur malam tu. Aku ambik wuduk, aku buat solat hajat. Lepas tu aku baca Surah Al-Mulk. Sebab aku dah mula rasa pelik sangat-sangat. Kalau korang nak tau, aku ni nakal-nakal jugak. Macam budak-budak lelaki lain. Tapi dari kecik lagi dedi ngan mami memang terapkan ajaran agama yang ketat. Macam solat, mengaji memang takleh tinggal. Bila buat dari kecik, memang dah melekat. Takleh tinggal. Kadang kawan-kawan yang selalu lepak ngan aku cakap aku poyo. Lantaklah. Bagi aku solat nilah yang jadi benteng aku dari buat kerja-kerja jahat. Kalau aku ni tak solat rasanya aku punya nakal lagi teruk kot. Ha Ha.

Lepas aku baca Surah Al-Mulk tu, terus perut aku memulas macam nak terberanak je aku rasa. Walaupun aku ni lelaki aku agaklah yg bila nak beranak rasa macam tu. ha ha ha. Sebab sakit macam nak mati. Lepas tu aku muntah lagi.

Bila dah muntah badan aku dah rasa lemah gila. Entah bila masa aku terlelap kat sofa pun aku tak tau.

Aku ingat bila aku balik kampung, aku akan rasa best sampai lupa diri. Rupanya tak. Aku rasa macam dah tak nak balik ke sini. Tambah-tambah pulak atuk ngan nenek aku ni haram tak peduli aku pun. Dorang buat hal dorg je. Yang nenek pulak kerja tidur je kat katil dia. Cuma bangun time makan je. Dah tu makan banyak pulak tu.

Pagi tu pulak, aku rasa macam nak demam. Sebab semalam aku mimpi dasyat gila. Tak pernah-pernah aku mimpi macam tu. Dalam mimpi tu aku nampak atuk aku heret tangan aku masuk hutan tebal. Dalam hutan tebal tu dia paksa aku sujud depan makhluk besar bertanduk. Mulut menatang tu luas gila. Bila dia bukak mulut lidah dia sampai ke dada. Badan dia macam lelaki biasa cuma besar. Dan dari pingang ke kaki dia berbulu lebat. Kat atas cuma otot-otot badan. Tanduk dia macam kerbau. Besar gila.

Benda tu mengaum depan aku. Bunyi dia macam harimau lapar. Sampai bergegar hutan yang dalam mimpi aku tu. Aku habis-habis punya degil taknak sujud dan aku hanya sebut nama Allah…Allah…Allah…banyak-banyak kali.

Masa tu aku tersedar dari tidur, tengok jam dah pukul 5. Aku bangun mandi dan masa mandi tu aku rasa pedih kat belakang badan aku. Gigih aku kendap-kendap cermin nak tengok apa kena ngan belakang aku ni. Aku nampak macam ada luka kat belakang aku. Luka macam kena toreh. Lepas mandi aku menggigil sejuk. Badan panas. Tapi aku gagah jugak ke masjid. Nak jemaah solat subuh.

“Orang muda…” Imam yang imamkan solat tadi panggil aku kat parking.

Aku keluar balik dari kereta. Dan pergi dekat imam tu.

“Orang muda ni asai dari mana?” Imam tu loqrat Kedah dia pekat. Aku pun layan lah kejap orang tua tu. Mana tau ada anak dara cun an? boleh berbini orang utara. Ha Ha Ha.

“Saya dari KL, Imam. Datang ziarah atuk ngan nenek saya.” Jujur aku bagitau dia.

“Ooo…Patut tak pernah nampak hang sebelum ni. Baguih la. Muda-muda dah lekat berjemaah kat masjid. Baguih- baguih…” Imam tu tepuk-tepuk belakang aku. Masa dia tepuk belakang aku tu. Aku rasa macam nak tomoi je imam tu. Tiba-tiba aku rasa bengang. Aku rasa panas hati, rasa macam nak sepak je imam tu. Aku istiqfar. Aku zikir dalam hati. Aku masih dapat kawal lagi diri aku. Aku tau, semua ni kawalan dari benda lain.

“Dia marah dah tu…” imam tu gelak. Muka dia tenang. “Pakda rasa, hang tak buleh duk sini lama-lama. P baliklah. Sat lagi takut makin teruk.” Imam tu bahasakan diri dia Pakda. Dan nasihat dia buat aku terkejut.

“Boleh saya ikut pakda balik ke rumah pakda?” ok, kali ni bukan sebab aku nak sangat tau sama ada pakda ni ada anak dara ke tak. Masa tu aku dah rasa lain macam sangat. Aku rasa aku dah tak kuat untuk balik ke rumah atuk ngan nenek aku.

“Jom, Ikut pakda.” Imam tu drive kereta kancil dia slow-slow. Aku follow kat belakang. Masa aku tengah drive tu kepala aku pening sangat-sangat. Perut aku pun memulas balik. Aku rasa mual. Loya. Yang peliknya dalam kereta aku busuk macam bangkai. Busuk gila weiii. Lagi busuk dari taik kut.

Sampai rumah Imam. Turun je dari kereta. Aku terus muntah. Kali ni bukan muntah warna hitam. Muntah warna Merah. Darah weii, aku muntah darah yang sangat-sangat banyak. Dalam darah tu pulak ada buih warna putih. Bau dia macam bau darah lembu time kena sembelih. Hanyir.

“Ya Allah….awat hang ni? hang sakit ka? Ya Allah…Bismillahirahmanirahim…” Imam tu letak tangan dia kat belakang aku lepas tu dia baca ayat quran. Baca rukyah. Masa tu aku rasa macam nak terajang Imam tu.

Lepas lima minit, aku berpeluh. Tapi aku rasa badan aku mengigil. Gigil kuat gila. Tapi sakit dalam perut dah kurang. Cuma tekak aku sakit.

“Dah jom masuk. Pakda nak tanya hang satu benda ni.”

Aku pun ikut jelah Imam tu masuk ke dalam rumah dia lepas aku kumur-kumur kat paip yang ada kat halaman rumah. Rumah dia sederhana. Kemas gila. Bila aku langkah masuk dalam rumah dia. Aku rasa tenanggg sangat. Sejukkk hati aku ni. Lapanggg dada. Mami selalu cakap kat aku. “Ijam, rumah orang yang selalu menjaga solat jemaah dan selalu mengaji, rumah dia disukai malaikat. Rumah dia bercahaya. Malaikat Rahmat selalu singgah. Jadi Rumah akan rasa tenang. Aura solat tu akan buat tetamu rasa aman je…” memang betul. Aku yakin Imam ni sorang yang alim. Tengok rak kitab-kitab dia pun aku dah rasa rendah diri ya amat.

“Fatehah…Fetehah…Buat ayaq sat. Kita ada tetamu ni.” Imam menjerit ke arah dapur. “Duduk, duduk. Jangan duk berdiri. Sat lagi rebah pulak.”

Aku duduk kat sofa. Lega sikit dapat duduk. Fuh…

“Nama saya Ijam, Pakda… Saya baru sampai sini semalam. Tapi…”

“Awat hang balik mai sini?”

“Saya nak jumpa atuk ngan nenek saya, pakda. Saya tak pernah jumpa dorang. Dulu masa kecik-kecik je saya dibawak jumpa atuk ngan nenek. Lepas tu mami ngan dedi dah takde bawah saya atau benarkan saya balik ke sini. Saya pun pelik…”

“Hang tiduqlah kat sini, Ijam. Bahaya balik sana. Ada benda berkenan dengan hang.”

Terlopong aku dengar Imam cakap gitu. Apa benda pulak yang suka aku ni? awek bunian ke apa? Excited campur seram.

“Benda ni lama dah duk ngan hang, Ijam. Cuma selama ni dia tak aktif. Kita ni kalau ada saka keturunan, dalam darah kita ni, memang dah ada jin tu. Dengan izin Allah jugaklah benda tu boleh memudaratkan kita. Takpa, Hang pikiaq satu ja. Kita ni milik Allah. Tanpa izin Allah satu inci pun badan kita tak boleh diapa-apakan oleh jin, setan, iblis atau manusia sendiri.” Imam nampak gelisah. Tapi dia tetap berlakon tenang.

Aku paham apa yang imam katakan. Tapi dalam masa yang sama. Aku blur jugak. Tambah-tambah bab-bab setan iblis saka semua tu. Aku percaya adanya benda ghaib tapi aku tak mau taksub.

“Bila hang balik KL?”

Masa ni anak Imam tu keluar hantar air.

“Letak situ, Fatehah.” Imam alihkan surat khabar dan Fatehah anak dia letakkan dulang kopi atas meja.

Aku usha je anak dara imam ni. Pakai furdah kut. Mana nampak muka dia. Nampak mata je. Mata pun dah lawa.

“Bila Ijam balik kL?” Imam ulang soalan.

Aku tersentak. Ralit pulak aku tengok minah tu. Astaqfirullah…Kan aku kata, aku ni nakal. Maaf-maaf. Sambung cerita.

“Saya rasa tak lama kat sini, pakda. Saya rasa tak sedap sungguh. Patutlah mami ngan dedi saya tak bagi saya balik.” Masa tu aku angkat muka aku. Dan entah kenapa tiba-tiba aku nampak atuk aku berdiri di belakang imam sambil pegang sebatang kayu yang hitam berlumut. Muka atuk aku suram je. Hitam. Mata dia merah.

“Allah…” Aku terbangun sambil mata terpaku ke arah atuk aku.

Dan bila dengar je kalimah Allah. Atuk hilang tiba-tiba.

“Awat?” Imam turut sama bangun dan dia lihat ke sekeliling. “Awat? hang nampak apa? macam terkejut ja?”

“Takde apa, Pakda.” Aku duduk balik. Dalam dada ni rasa macam nak pecah je. Terkumat kamit aku baca ayat 1000 dinar.

Imam duduk jugak sambil mulut dia pun terkumat kamit baca something. “Siapa atuk ngan nenek hang tu, Ijam? Kenapa sampai mak ayah hang tak bagi balik sini?”

“Atuk saya, orang panggil dia Komando Man. Nenek saya, Nek Dijah.”

“Allahuakhbar…Laillahaillallah…Astaqfirullahalazim…Astaqfirullahalazim…” Imam raup muka dia. Berkali-kali.

Aku dah start risau dah. “Kenapa Pakda?”

“Jom kita balik p rumah tokwan hang. P ambik semua barang hang. Jom…” Tak sempat aku nak minum air. Orang tua tu punya kalut nak pergi rumah atuk aku.

Imam naik kereta aku. Dia yang drive sebab dia kata aku tak boleh drive sebab badan aku lemah lagi. Padahal aku rasa kuat je. Cuma tekak aku sakit sikit. Badan still gigil-gigil.

Beberapa minit lepas tu, kami sampai di rumah atuk aku.

“Masuk, ambik semua barang hang.” Imam tunggu kat laman sambil baca rukyah.

Aku pun berlari pergi ambik barang aku. Masa tu, rumah atuk aku buruk gila. Usang. Penuh sawang. Barang-barang aku pun duduk merata tempat. Padahal tepi sofa tu je aku letak barang aku. Katil nenek aku kosong. Atuk aku pulak takde.

Lepas ambik semua barang, aku berlari ke kereta. Masukkan barang dalam kereta dan aku berpaling balik ke arah rumah atuk. Sebab aku dengar nenek tengah menangis. “Pakda…saya masuk tengok nenek kejap ye?”

“Ijam…Jangan!” Pakda tarik lengan aku. Dia bagi isyarat suruh aku masuk dalam kereta. Dengan berat hati aku ikut je.

Dalam perjalanan balik ke rumah Imam. Telefon imam berdering. Imam suruh aku buat LoundSpeaker,

“Abang, balik sat. Cepat, Ni Tehah ni jadi apa tak tau. Abang balik cepat. Anak kita ni…”

Aku tercengang.

“Ya Allah…Awatnya? sat-sat tunggu.” Imam capai telefon dari tangan aku. Dia matikan call dan pecut balik ke rumah.

“Kenapa, Pakda?” risau pulak aku. Dan kehadiran aku ni macam menyusahkan je. Aku doa je dalam hati, takut jadi apa-apa, sampai dorang terpaksa hubung dedi ngan mami aku. Mati wei kalau dorang tau aku balik sini.

Sampai je rumah, dari halaman lagi aku dah dengar seseorang menjerit. Nyaring dia bukan main. Seram bila pikirkan balik. Hari tu pulak, walaupun dah pukul 10 pagi, hari mendung, gelap macam nak hujan.

‘Fatehah. Kenapa dengan Fatehah anak pakde tu?’ aku hanya mampu risau dalam hati. Dah takkan nak tanya bapak dia banyak-banyak. Kang tok imam tu kejar aku ngan parang. Mampuih.

Imam dah berlari masuk ke dalam rumah. Sliper dia terpelanting ke kiri ke kanan. Perghh…

Aku pun jalan laju-laju ikut Imam.

“Ijam, hang mai tolong aku.”

Aku tergamam. Nak tolong apa ni? disebabkan rasa seram ya amat bila dengar jeritan Fatehah. Aku berdiri kat ruang tamu aku azan. Dengan kompidennya aku azan weh. Lepas aku azan. Aku baca baca Alfatehah. 3 kul. Ayat Kursi. Ayat 1000 nidar. Ayat ke 4 Surah At-Tariq. Ayat-ayat ni semua mami aku yang ajar. Dia kata kalau rasa macam ada kehadiran makhluk halus. Baca je dengan yakin.

Lepas habis semua aku baca. Jeritan Fatehah dari dalam rumah terus stop. Aku menapak ke depan sikit. Bingung. Tak tau nak duduk mana. Dalam hati ni membuak-buak rasa nak tahu. Tapi takkan aku nak redah masuk tengok anak dara orang?

Jadi aku patah balik ke sofa yang ada kat ruang tamu.

Masa ni. Masa ni tiba-tiba. Eh, korang suspen tak ni?
okey-okey sambung cerita.
Masa ni tiba-tiba aku nampak Fatehah tu lari ke arah aku. Laju gila dia lari. Macam berjalan atas angin.

Terjegil mata aku tengok. Aku pun bingkas dari sofa. Imam pun berlari kejar anak dara dia.

“Ijam! tolong pegang dia. Jangan bagi terlepas.”

Dalam kebingunan, aku jadi serba salah. Iyalah, tadi aku tengok Fatehah pakai tudung labuh. Pakai furdah. Sekarang ni Fatehah cuma pakai baju kurung je. Tudung semua entah ke mana. Aku tau Fatehah tu tengah tak sedar. Tapi aku pulak yang jadi segan.

“Ijam, kejar dia. Kejar!” Imam dah tercungap-cungap. Isteri Imam baru keluar dari dalam pun sama terbatuk-batuk macam orang lelah. Nak tak nak, tinggal aku jelah nak kena kejar Fatehah.

“Allahuakhbar!!!” Aku bertempek. Kuat. Keluar suara jantan.

Langkah Fatehah mati. Dia berpaling. Dia renung aku. “Jangan kau mimpi nak keluar dari kampung ni. Kalau kau keluar jugak. Mati budak pempuan ni.” Suara yang keluar dari mulut Fatehah, sebijik macam suara atuk aku. Aku makin rasa pelik.

“Kau jin kan? kau tak payah nak jadi Tuhan. Kalau takde izin Allah, seinci tubuh Fatehah pun kau tak boleh sentuh. Kau pun anytime boleh mati kalau Allah nak. Kau nak aku doakan kau mati terbakar kat sini?”

“Aku nak kau!” Fatehah tiba-tiba duduk dilantai. Duduk bersila macam orang bertafakur. Dia pejam mata. Tangan dia letak kat dua-dua lutut dia. Dia meratip entah apa. Aku tak faham. Bunyi macam mentra. Tapi bahasa apa aku tak pasti.

Imam Azan. Isteri Imam dah terduduk kat lantai. Menangis.

Lepas Imam Azan. Fatehah terjelepuk pengsan.

Aku pulak tiba-tiba rasa pening. Rumah imam tu berpusing-pusing. Perut aku pulak rasa macam ada orang cakar. Dan masa tu kat telinga aku, aku dengar suara nenek aku menangis. “Jangan balik Ijam…jangan balik. Mari ambik nenek kat rumah ni.”

Dek sebab sakit perut yang amat sangat. Aku muntah lagi. Muntah darah. Nasib baik aku sempat berlari ke laman. Muntah kat tepi paip. Seksa weeiii. Tekak aku sakit. Lepas muntah aku lepak tepi paip tu jap. Aku Kumur-kumur.

Isteri imam dan Imam dah papah Fatehah masuk ke dalam bilik. Kesian Fatehah. Aku rasa Imam macam sembunyikan sesuatu. Aku tak dapat nak fikir lagi. Sebab kepala aku dah rasa ketat. Macam-macam yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Dalam masa yang sama, telefon aku berbunyi. Aku tengok skrin fon, Anip call aku.

“Woi, kau kat mana? Mami dedi kau cari kau ni. Dorang call dah dekat 400 kali aku rasa. Better kau baliklah. Kau ni pun…” membebel sakan Anip. Aku tau dia stress. Mami aku pulak kalau dia cari aku, dia punya meroyan tu boleh tahan.

“Ye, ye…Esok lepas subuh aku terus balik. Kau off je telefon kau tu.”

“Awek aku nak calllah, haram. Jadahnya kau lama-lama kat sana.”

“Dah, dah jangan bebel. Esok aku balik.” aku matikan call. Sesak nafas bila cakap lama-lama.

Jadinya tengah hari tu, aku lepak je kat rumah imam. Fatehah dah okay sikit. Dia tidur je dalam bilik ditemani mak dia. Sesekali je dia meracau macam orang mengigau.

Masuk Zuhur, aku dengan Imam gerak pergi masjid. Walaupun badan aku still rasa macam baru lepas kena belasah, aku gagahkan jugak.

Imam nampak risau dan malam tu. Malam tu bermulalah episod seram ya amat seram dalam hidup aku. Nanti aku ceritakan semula. Ni dah panjang sangat cerita aku ni.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Ijam
FOLLOW FB KAMI.

63 comments

  1. Admin, tolong letak #ijam dkt title boleh tak? Senang nak cari sambungan nanti. Takut terlepas. Cerita bapak la bestnya ni. Please please please…

  2. Sian kau dikk..semput cerita.akak debor bc sejuk kaki tangan.cpt sambung.sb akak tau folower2 akak pun nk bc smbungan kau ni sb akak share kt fb..niwayy best!! 12/10 cite ni.seram+sempoiii

  3. Jap lg satu admin.boleh x TOLONGGGG buang semua iklan2 xsenonoh kat atas nih boleh x.maksiat mata betullllll. Sakit ht btul tgk.

      1. Ooo gitu ek haha padan la asyik keluar iklan POPLOOK baju2 kurung lace je kat iklan. Hish subhnallah sabo je lah menggoda sgt tau bebaju tu.

        Thrill cte ni. 1st time drop komen. Bagi 15/10 bintang

  4. Aku vhika, orang Indonesia, senang mendengar cerita kamu, ingin mengerti lebih banyak lagi. Tolong beritahu aku lewat whatsapp ya 081331172982

  5. Woww..tahniah bro. Baca 1st episod mmg dah best. Mcm baca buku siri betcakap dgn jin plak. Teknik penceritaan bagus. Terus masuk dlm cerita. Meremang bulu roma baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.