Berjanji Dengan Jin- Siri Ajla (Akhir)

Assalamualaikum semua. Jom kita baca sambungan kisah Cikgu Ajla. Tq Admin sudi Approved citer ni.

“Ya Allah…” Aku terdongak. Tengok Cikgu Ajla tengah menangis kat atas bumbung rumah dia. Gila!

Melilau aku cari tangga. Berlari ke belakang rumah, berlari keliling rumah, tapi haram tak jumpa. Aku berlari ke depan rumah balik. Aku nampak Cikgu Ajla tenang sikit. Cuma muka dia nampak pucat. Mungkin sebab takut. Tiba-tiba ada kat bumbung rumah, gila tak takut?
“Cikgu, jangan bergerak. Stay je situ. Kejap saya cari tangga.” Melilau lagi aku, sampai ke stor dekat dengan garaj, aku bukak pintu stor, on touchlight kat telefon, lepas tu suluh. Aku jumpa tangga pendek dalam tu. Pendek pun pendeklah.
Aku off touchlight, masukkan telefon dalam poket, aku heret tangga tu pergi sandar kat dinding. Bila aku panjat je satu anak tangga, aku dengar enjin motor scrambler aku. Aku pusing. Nampak dedi aku datang. Kelam kabut dia turjun dari motor, terkam ke arah aku. “Ijam…kenapa ni? Ijam…” Dedi punyalah risau. Dia pegang lengan aku kuat-kuat. Tarik-tarik.
“Nak tolong cikgu tu. Dia kat atas bumbung. Tak boleh turun.” Aku tunjuk ke arah bumbung.
“Dah, turun, Jam. Turun. Dengar cakap dedi.” Dedi cuba tenangkan aku. Muka dia cool gila time tu. Aku pun terkejut. Kenapa dia boleh cool pulak, sedangkan cikgu aku tengah menangis kat atas bumbung tu.
“Turun. Turun!” keras sikit suara dedi. Tegas.
Aku pun turun dari tangga, rasa risau mencucuk-cucuk dada. “Cikgu, tunggu kejap! sabar, jangan terjun tau!” aku dengar Cikgu Ajla mengongoi hiba. Mendayu-dayu.
“Ijam. Jom kita balik. Tak ada siapa pun kat atas bumbung tu. Jom, balik…” Dedi genggam lengan aku.
Aku rentap tangan aku. Serius aku rasa macam dedi tipu aku. Dengan mata kepala aku sendiri aku tengok Cikgu Ajla ada kat atas bumbung, takkan boleh hilang pulak? Dia terjun ke apa?
Masa tu jugak, sebuah kereta berhenti kat depan pagar. Cikgu Ajla turun dari kereta. Dia melambai ke arah kereta dan kereta tu pun beredar. Pusing je badan, Cikgu Ajla terkejut besar.
“Ey, apa awak buat kat rumah saya ni?” terjegil mata Cikgu Ajla. Mata dah sama level dengan bola tenis, lepas tu terjegil pula. Lagilah bertambah dia punya bulat jadi bola sepak takraw terus.
Aku serba salah. Nak cerita kisah sebenar, nanti takut Cikgu Ajla pikir yang bukan-bukan pulak. Aku takut dia kerasukan macam hari tu. Mampoih. Aku pusing, usha muka dedi.
“Macam ni cikgu…Sebenarnya…” Dedi pun teragak-agak.
“Tadi saya lalu, nampak ada kucing kat bumbung. Tak boleh turun. Saya nak bawak kucing tu turun…Lepas tu…” Aku mati idea. Aku tau babak membohong tu tak menjadi.
“Ijam…cerita benda betul. Jangan tipu saya.” Muka Cikgu Ajla dah cuak. Atas bawah, atas bawah dia pandang aku. Aku fikir apa time tu? Aku fikir, esok kat sekolah mesti aku kena berdiri kat luar kelas lagi. Adui…
“Cikgu, biar saya terangkan…Bagi peluang saya nak cakap…Saya…” Masa tu, aku nampak ada macam imej lut sinar kat belakang Cikgu Ajla. Benda tu main tuk chak dengan aku. Slow-slow aku baca ayat Kursi. Aku hembus. Seriau aku. Aku takut Cikgu Ajla tiba-tiba menjerit. Aku minta pada Allah moga Cikgu Ajla tak apa-apa.
Benda lut sinar tadi tu tiba-tiba makin jelas, tapi dia berdiri jauh-jauh. Tenung muka aku macam tak puas hati. Jelas aku nampak, nenek bongkok pakai tongkat, rambut dia beruban, meleret sampai tanah. Kening dia pun panjang, sampai ke perut. Mulut dia labuh ke bawah. Gigi semua tak ada dah. Dia letak sentel tembakau je kat tepi bibir dia belah kiri. Mata dia besar. Semua putih. Tak ada mata hitam. Baju dia macam guni. Tebal. Kotor. Compang camping. Kaki dia besar, panjang ke depan. Macam tak padan pulak dengan badan dia yang kemetot tu. Setan ni, macam-macam rupa. Macam nak lempang je rasa.
“Baliklah…Saya call polis kang!” muka Cikgu Ajla dah merah. Aku nampak dia macam tak selesa. Berpeluh-peluh dahi dia.
“Saya polis. Calllah saya.” Dedi tiba-tiba buat lawak.
“Saya balik dulu cikgu…” Aku tarik tangan dedi. Sumbat dedi dalam kereta. Aku start enjin. “Dedi baliklah…”
“Kamu balik rumah. Temankan mami kamu. Dedi ada hal kejap. Nak jumpa kawan.”
“Okey, di.”Aku pulak pecut naik motor. Tak sedap hati nak tinggalkan Cikgu Ajla. Takut dia jadi apa-apa. Tapi aku tengok dia macam okay je. Masa aku blah dari halaman rumah dia, dia berdiri je usha aku dengan muka blur. Harap-harap nenek tu tak apa-apakan Cikgu Ajla. Masa nak balik tadi, aku dah pagarkan rumah Cikgu Ajla. Aku baca ayat 9, Surah Yasin. Niatkan dalam hati, moga Allah jadikan pagar sekeliling rumah Cikgu Ajla. Moga dia selamat dalam jagaan Allah.

“Assalamualaikum…Mami…” Entah kenapa tak sedap sungguh rasa hati ni. Aku buka pintu. Pintu pun tak berkunci. “Mami…”
Pap!
Black out.
“Arghhhh…” Aku dengar mami menjerit. Iya, memang sah itu suara mami.
“Mami stay kat situ. Jangan pergi mana.” Aku menjerit. Teraba-raba aku. Kalut-kalut bawak keluar telefon dari poket. Entah macam mana tersadung pulak karpet, tergolek aku kat lantai. “Allahuakhbar! Aduiii…” Sakit dada sebab terhempap ke lantai. Telefon dah tercampak entah ke mana. Tapi aku still boleh bangun berjalan sebab bila dah lama-lama cahaya dari luar, dah masuk ke dalam rumah. Malam tu mujurlah bulan mengambang.
Aku melilau pergi cari mami. “Mami kat mana?” Aku menjerit lagi. Tercungap-cungap berlari ke dapur, berlari ke bilik mami.
“Mami kat bilik Ijam…” Sayup-sayup suara mami. Aku tau mami tengah takut.
Aku bergegas ke bilik aku. Bilik aku ni cahaya susah sikit nak tembus. Sebab bilik ni ada kat hujung. Aku bukak pintu. “Mami…” Teraba-raba. Last-last tangan aku terpegang lengan mami. Aku heret lengan mami. Aku Tarik badan mami. “Mami, jangan takut, black out je.” Laju nafas aku.
Dalam laju-laju bernafas tu, aku sedut bau wangi gila. Aku heret mami keluar. Mami ikut langkah aku. Sampai di ruang tamu, mami rentap lengan dia. Dia menjauh.
Dalam samar-samar cahaya. Aku nampak mami rambut mengerbang. Panjang gila sampai meleret kat karpet. Ada jugak beberapa helai rambut tu melekat kat lengan aku. Kelam kabut aku sapu. Jadah apa pulak ni? Dalam samar-samar tu, sempat jugak aku nampak macam selendang kain yang agak jarang, berterbangan. Berlapis-lapis.
“Mami…” aku menjerit. Serius masa tu aku tak boleh nak fikir. Aku hanya risaukan mami. Aku tak tau kat mana mami. Yang pastinya, kat depan aku ni bukan mami.
“Al ‘Anuka Bilaknatillah…Al ‘Anuka Bilaknatillah…Al ‘Anuka Bilaknatillah…” Aku ulang kalimah tu tiga kali.
Pup!
Lampu menyala. Terang. Kelibat yang berambut panjang tadi pun dah hilang entah ke mana. “Mami…”
Aku keluar ke garaj. Melilau depan rumah panggil mami.
“Ijam…Ijam…” Mami berlari ke arah aku. Terus peluk aku. “Kenapa ni?” Muka mami risau gila.
Aku rasa lega sebab mami selamat. “Mami ke mana?”
“La…mami ada kat sebelah. Kat rumah Cik Nadia. Tadi dedi keluar. Mami rasa tak sedap pula duduk kat rumah. Mami keluarlah. Pergi rumah Cik Nadia. Lepas tu dengar kamu terjerit-jerit panggil mami. Mami baliklah. Kamu okay tak ni? Berpeluh-peluh ni.”
Aku blur. Tak tau nak cakap apa. Tak apa. Yang penting mami selamat. “Tak ada apa mami. Jom masuk…”
Malam tu aku tak tidur. Kepala otak aku ligat berfikir. Aku pening bila cuba cari jawapan untuk semua benda yang tengah jadi ni. Apa yang tak kenanya dengan Cikgu Ajla. Sejak aku kenal dia, macam-macam benda jadi.
“Muaz…Muaz…” aku bukak tingkap. Aku panggil Muaz. Kut-kutlah dia dengar. Lama juga tak nampak dia ni. Selalu kalau aku panggil dia. Ada je dia kat tepi tingkap rumah aku ni.
Mungkin Muaz merajuk dengan aku. Tak lama lepas tu aku pun terlelap. Masa aku tidur-tidur ayam tu. Aku rasa seseorang baring tepi aku. Tapi aku buat bodoh je. Aku penat. Malas nak layan. Baca ayat-ayat pendinding. Terus lena.


Pagi tu, muka mami lain macam. Aku takut-takut nak cakap dengan mami. Dia hidang makan pun ketung ketang ketung ketang bunyi pinggan.
“Mi…” slow je aku panggil dia. Takut-takut. Buatnya yang tengah hidang air milo tu bukan mami. Mau berterabur cawan air.
“Ijam…Mami risaulah…” Fuh…Akhirnya. Mami yang ni betul-betul mami.
“Tak payah risau…” aku jawab selamba sambil capai cawan milo dan hirup milo pekat kaw tu. Perghhh…Lupa habis pasal kisah seram semalam bila kena milo pekat mami buat.
Mami duduk di kerusi yang bertentangan dengan aku.
“Mami…makan cepat. Kang lewat pergi sekolah.” Hari ni aku yang bagi ayat tu kat mami. Hahaha. Selalu dia yang cakap kat aku.
“Ijam. Jaga diri tau. Mami rasa tak sedap hati. Tadi…”
“Kenapa, mi? Tak ada apalah…” Aku hulur tangan. Capai tangan mami dan ramas tangan mami kuat-kuat.
“Mami masuk bilik kamu tadi. Nak kemas selimut. Ijam…Mami jumpa rambut. Banyak. Rambut panjang. Ijam…kita jumpa ustaz. Kita pergi berubat, erk?” Aku nampak mata mami berair. “Mami tak nak Ijam sakit. Mami tau ada benda tak kena dalam rumah ni. Mami tau…”
Bumm!
Kata-kata mami mati kat situ bila dengar pintu depan macam kena hempas.
“Dedi ke?” aku berbisik.
“Dedi dah lama pergi balai, Ijam…Dahlah. Jom.” Mami capai handbag dia. Dia Tarik tangan aku.
Milo pekat kaw tak sempat nak habis. Kuih karipap pun tak sempat nak rasa. Aku ikut mami keluar. Hantar mami sampai ke kereta lepas tu aku pecut pergi sekolah. Dalam hati duk sumpah seranah benda haram jadah tu. Kenapa nak kacau sampai ke rumah aku? Panas je aku rasa. Tambah-tambah kalau melibatkan mami.


“Dazz Affizam…” Perlahan suara Cikgu Ajla. Manja.

Aku pusing. Tadi dia suruh aku pergi kelas, minta tolong ambilkan Handbag dia yang tertinggal. Sekarang dia kat belakang aku pulak? Pelik. Dahi aku berkerut.

“Tak ada pun handbag…” Aku melilau cari.

Cikgu Ajla makin hampir. Bau kemenyan menceroboh hidung. Bukan selalu bau perfume ke? kenapa bau kemenyan pulak?

“Hahahahahahaha…”Kuat gila Cikgu Ajla gelak. Sampai terlopong aku tengok dia. Apa hal yang lain macam sangat Cikgu Ajla ni? selalu bukan main garang dengan aku. Tiba-tiba main gelak-gelak pulak?

“Assalamualaikum, Cikgu Ajla…”

“Aku tak jawab salam!!!”

Aku tunduk. Sebab dah rasa panas satu badan. Tertengok kaki Cikgu Ajla. Perghhh…Kain dia je tergantung setinggi 5 cm dari lantai.

“Ijammmm…Ijammmmm.” Suara garang Cikgu Ajla bergema dikoridor kelas.

Cikgu Ajla yang menyeringai di depan aku, ghaib. jadi asap berkepul keluar ikut tingkap.

“Ijam…Handbag saya tertinggal kat kantin. Sorry…” Cikgu Ajla versi normal berdiri di muka pintu.

Aku usha kaki dia. Nasib baik ada. Dan di belakang Cikgu Ajla, ada seseorang yang sedang berdiri, sama tinggi, sama besar dengan Cikgu Ajla. Cuma rambut dia panjang meleret.

“Saya kata, handbag saya dah jumpa!” Tiba-tiba Cikgu Ajla mengamuk. Dia ni pantang nampak aku, mulalah nak jadi singa jadian. Garang nak mati.

“Kenapa kau tengok aku macam tu? kau nak kena lempang?”Cikgu Ajla terkam ke arah aku. Masa tu kawan-kawan aku dah masuk ke kelas. Balik dari rehat. Dia orang usha je aku kena marah. Dah hampir setiap hari kena marah. Tak kisah dah.

Dalam diam aku baca Al-fatihah. Sampai di ayat ke 5, aku niat dalam hati, supaya Allah jauhkan aku dari segala bahaya. Sebab Cikgu Ajla ni lain macam sangat dah ni. Habis je aku baca Al-Fatihah.

Pap!

Cikgu Ajla pengsan. Iya, Cikgu Ajla pengsan di depan aku. Hah, sudah.

“Assalamualaikum anak muda yang baik hati…” terkejut aku. Elok-elok tengah bersandar kat dinding. Tengah layan mimpi hantu. Muaz datang. Aku yang berpeluh-peluh tu terus perbetulkan duduk. Sapu peluh kat dahi.

“Orang muda…Kamu sedang dipermainkan oleh dua jin yang sangat licik. Jagalah amal ibadat kamu. Jagalah diri kamu. Jika kamu inginkan pertolongan. Mohonlah agar Allah izinkan aku menolong kamu.” Perlahan Muaz bercakap. Macam biasa, muka dia tak ada perasaan.

Putih aku tengok tengah berlegar-legar keliling kelas aku. Entah apa yang dia cari.

“Anak muda. Cikgu kamu itu dihuni jin kafir yang jahat. Juga dihuni jin Islam yang sukakan kamu. Selesaikanlah sebaiknya. Aku mohon agar Allah permudahkan semua urusan kamu.” Muaz letak tangan dia kat dada aku. Dia baca ayat-ayat manzil. Dada aku rasa sejuk. Nyaman. Tak ada rasa gelisah macam semalam.

“Apsal semalam aku panggil kau tak datang?” Aku bisik-bisik bercakap dengan Muaz. Takut orang kata aku gila cakap sorang-sorang.

“Tanpa izin Allah, kita tak mampu melakukan apa-apa pun.” Jawapan Muaz buat aku diam. Betul. Tanpa izin Allah takkan bergerak satu pun zarah. Allahuakbar!!!

“Macam mana nak tolong Cikgu Ajla ni?” Masa tu Muaz dah bangun dan tinggalkan aku. Putih mengikut langkah Muaz. Sambil berpaling ke arah aku, mereka beredar. Baru aku sedar. Rupanya masa Cikgu Ajla dah habis.
“Dah, boleh rehat.” Cikgu Ajla berdiri kat depan pintu. Terjegil ke arah aku.
Aku rasa fobia pulak sebab teringat mimpi tadi. Slow-slow aku tunduk pandang kaki Cikgu Ajla. Nasib baik ada. Fuh…Aku urut dada.

“Cikgu, saya ada hal nak jumpa cikgu.” Aku beranikan diri untuk bincang hal ni dengan Cikgu Ajla. Tak boleh biar. Sebab makin hari, makin banyak kejadian pelik yang aku kena.

“Jumpa saya? Semalam awak ceroboh masuk kawasan rumah saya. Hari ni awak nak jumpa saya pulak? Awak nak jelaskan apa lagi?” Bukan main garang Cikgu Ajla ni. Masa tu aku rasa aura lain macam dari Cikgu Ajla. Rasa panas mencucuk-cucuk kulit aku. Aku usap lengan sambil baca Bismillah 5.

“Ikut saya.” Cikgu Ajla melaju ke arah kerusi batu tepi padang.

“Nip, ikut aku Nip…” Anip yang baru keluar dari kelas terpinga-pinga.

“Kau nak dating dengan Cikgu Ajla ke bro? perghh…power dowh!” Anip tepuk-tepuk belakang aku.

“Power menda? Aku nak settle hal mistik dengan dia…”

“Kau pergi sorang la…” Anip nak mengelak.

Aku tarik baju dia. Nak tak nak, dia kena ikut.

Sampai kat meja batu. Cikgu Ajla duduk depan aku. Mata dia tajam merenung muka aku. “Kenapa? Kenapa saya benci sangat dengan kamu hah? Kalau boleh saya tak nak tengok muka kamu. Apa kamu buat kat rumah saya semalam?” Cikgu Ajla menjeling aku.
Aku ambik mood dulu. Aku pendang ke sekeliling.
Anip berdiri jauh sikit dari kami. Terjenguk-jenguk nak curi dengar apa yang kami sembang.
Di tengah padang aku nampak, Putih dan Muaz tengah kepung dua makhluk yang menakutkan. Sekor nenek tua yang kontot tu. Sorang lagi perempuan lawa pakai baju macam puteri dulu-dulu. Rambut dia panjang. Aku rasa minah tu yang aku nampak dalam rumah semalam. Yang menyamar jadi mami.

“Cikgu…Cikgu sedar tak cikgu ada gangguan?” aku terus terang je. Malas nak berteka teki.

“Ye…Sebab tu saya tak kuasa nak fikir pasal kamu. Pasal yang lain-lain. Saya serabut. Malam-malam dahlah saya tak boleh tidur. Saya benci. Nak datang sekolah pun saya tak kuasa. Saya cuba lawan, tapi…”

“Cikgu…Semalam saya pergi rumah cikgu sebab cikgu datang rumah saya…Saya tak sedap hati. Saya pergi rumah cikgu. Saya nampak cikgu kat atas bumbung…”
“Ijam…Ijam…itu bukan saya. Itu bukan saya. Ya Allah…” Cikgu Ajla mula menangis. Dia nampak gelisah. “Dah banyak kali saya kena macam ni. Hari tu, jiran saya kata, saya pergi rumah dia. Panggil dia keluar. Saya tak pergi pun Ijam. Sumpah. Kenapa dengan saya ni, Ijam? Dan macam mana awak boleh tau…keadaan saya?” air mata Cikgu Ajla menitis ke muka. Dia seka. Jatuh lagi. Seka lagi.

“Cikgu. Bila orang baik-baik macam cikgu tengah susah. Tentulah Allah hantar bantuan. Anggap saja saya ni diizinkan Allah untuk bantu cikgu. Sejak cikgu kena rasuk hari tu. Benda tu ikut saya…Ganggu mami saya. Benda tu ikut saya balik…”

“Ya Allah…” Cikgu Ajla tercegil. “Saya ada saka, Ijam. Saka nenek saya. Saya yang bodoh, saya simpan selendang pusaka yang nenek saya bagi. Saya dah buang. Tapi selendang tu datang balik. Dan saya perasan jugak, ada benda lain yang damping saya. Saya tak pasti. Sebab saya takut nak fikir pasal semua ni.” Cikgu Ajla teresak-esak.

Tiba-tiba, Putih mengaum kuat. Menjerkah dua makhluk yang semakin agresif nak melepaskan diri. Aku baca ayat pendinding dan hembuskan kat Cikgu Ajla. Takut dua makhluk tu tiba-tiba masuk ke dalam tubuh dia. Karang tak pasal kerasukkan kat sini. Mati aku.

“Ijam. Tolong saya. Ijam, kamu je boleh tolong saya. Janji jangan bagitau siapa-siapa. Tolonglah Saya. Tolong panggilkan ustaz. Saya boleh pergi rumah kamu. Saya nak sembuh. Saya nak hidup saya macam dulu.” Cikgu Ajla menangis lagi.

Aku tak sampai hati. Aku angguk. Tanda setuju.


“Sorry, bang. Saya tak kenal abang…” Tengah hari tu masa on the way balik dari sekolah, scrambler aku kena sekat dengan kereta sorang lelaki ni. Handsome. Boleh tahan.

Anip yang naik kereta ikut motor aku tadi, pun stop jugak kat tepi. Cepat-cepat dia turut dari kereta. Pergi kat aku.

“Apahal bro? boleh kami tolong.” kerek je gaya Anip ni.

“Aku tak ada hal ngan kau. Ni, aku ada hal besar ngan dia ni. Kau blahlah jangan campur.” Jari telunjuk mamat tu menghala tepat ke muka aku.

Aku rileks je. Sebab seingat aku, aku tak ada pun cari pasal ngan mamat tu. “Maaf bang…Saya tak cam abang ni. Ada apa erk?”

Dari jauh, aku nampak Muaz dengan Putih. Berlari. Laju gila. Berdesup macam berlari atas angin. Tau-tau dah sampai kat sebelah aku. Putih ni terjilat-jilat bibir macam tengah lapar je. Putih usha mamat tu. Tapi mamat tu tak nampak Muaz ngan Putih yang tengah geram kat dia. Kalau dia nampak, mau terkencing dalam seluar.

Aku bengang. Takkan sampai tiap-tiap kali time aku tengah sempit, Muaz dengan Putih nak tolong aku? Apa jadah semua ni? Aku tak suka sebenarnya. Sebab tak nak bergantung sama-sama makhluk. Tambah-tambah makhluk macam Muaz ngan Putih tu.

Aku tak suka. Serius aku tak suka.

“Bang silap orang ni…” Anip masih berdiri di sebelah aku. Aku tau dia risau aku.

“Kau jangan kacau lagi Cikgu Ajla erk…Kau bomohkan dia sampai dia sakit. kau calit minyak kat dia sampai dia meluat tengok muka aku kan?” Lelaki tu bukan main sedap menuduh aku.

Aku kaku. Terkejut. Aku menapak ke belakang dua tiga langkah sebab dia dah genggam penumbuk baikkkk punya.

“Abang salah orang ni…” Aku garu-garu kepala.

Masa tu mamat tu dah cekak leher baju sekolah aku.

Aku nampak Putih dah ada gaya-gaya nak terkam mamat tu. Dia mengaum kuat gila. Rasa bergegar bumi.

“Kali ni bagi aku settle!” aku bisik kat Muaz. Muaz tarik Putih dan aku tengok dorang blah dari situ.

Anip cepat-cepat terkam mamat tu, “Bro, settle cara baiklah bro. Kau pehal datang terus nak belasah orang. Kau nak pecah kepala kat sini ke apa?” Anip hilang sabar. Muka dia merah. Dada dah turun naik turun naik.

“Rileks, Nip. Abang, kejap-kejap. Sebelum abang pukul saya. Biar saya cerita…”

“Malam tu kau pergi rumah Cikgu Ajla kan? aku nampak, aku nampak muka kau…Aku nampak motor kau ni. Apa jadah kau pergi rumah tunang aku?”

“Dengar dulu bang…Saya pergi bersebab. Dan Cikgu Ajla tu sakit. Saya…”

Buk! Buk!

Dua kali mamat tu bantai perut aku. Senak. Aku tertunduk. Angin puting beliung dah mula berpuput dalam dada.

Anip terkam mamat tu, tapi aku halang. Malas nak libatkan dia.

“Kau nak lagi? Lain kali tak payah kacau tunang orang.” Jerkah mamat tu. Kuat.

Putih terlepas dari pegangan Muaz. Putih lari seret tali yang selalu terikat kat leher dia. Aku tak pasti sama ada Muaz terlepas tali tu atau Muaz sengaja lepaskan Putih. Putih berdiri Betul-betul depan muka mamat. Putih mengaum.

Aummmmm…
Aku nampak mamat tu tergamam. Rambut dia habis terselak ke belakang. Penangan ngauman Putih. Mamat tu tekup telinga. Rebah telentang ke belakang.

“Bro, blah, Bro! ada rimau.” Anip tarik tangan aku. Rupanya Anip pun dengar.

Aku pun panjat motor dan sempat aku bagi isyarat kat Putih suruh stop menyakat mamat tu.

Anip pecut kereta laju gila. Kejap je dah lesap. Aku pulak bawa motor slow-slow sambil terkenang balik cerita Pakda tentang Muaz dan Putih.

Dua tahun lepas, imam ada bagitau aku satu kisah. Ni kisah lama-lama dulu. Masa atuk aku jadi komando.

Kisah ni atuk akulah share ngan imam. Lepas aku cerita kat imam pasal Muaz ngan Putih. Imam bukak cerita. Dia kata, dulu, atuk aku pernah selamatkan seorang lelaki yang kaki dia tersepit kat perangkap binatang dalam hutan. Lelaki tu tinggi dan ada sekor rimau putih yang masih kecil berteriak di tepi lelaki tu.

Kata imam, atuk aku gigih selamatkan lelaki tu dan ambil sejenis daun, lumatkan dan tampal kat luka lelaki tu. Selain lelaki cedera tersepit kaki, badan dia banyak calar balar. Badan dia lemah. Sebab tu dia tak mampu nak bukak perangkap binatang yang terkena kaki dia.

Dan masa tu aku senyum. Aku rasa ada kena mengena dengan Muaz dan Putih. Dan kenapa Muaz ngan Putih ni ikut aku? Aku rasa mungkin sebab nak balas budi. Biasalah, jin pun makhluk Allah jugak. Jin Islam ni jin yang beriman pada Allah. Jadi dengan izin Allah jualah, aku dapat lihat Muaz dan Putih.


Sampai rumah, aku tengok kereta mami ada kat garaj. Bau lauk menusuk hidung. Mesti mami beli lauk sedap punya. Aku pun tengah lapar gila, terus masuk menonong ke meja makan.
“Mak ai…” banyak gila lauk yang terhidang kat meja. Dari pulut kuning segala. Ayam sambal. Sotong masak kicap. Kari daging. Ulam-ulam. Sambal belacan. Hatta air pun dua tiga jenis mami bancuh. Buang tabiat ke apa? Selalunya kalau hari sekolah, mami tak sempat masak. Sambil balik dari sekolah dia singgah mamak je beli nasik dengan lauk.
“Mami…” aku menjerit. Selalunya mami akan solat dulu sebelum makan. Aku duduk kat kerusi. Tak sabar-sabar nak makan. Dan…bila aku capai je pinggan. Aku dengar ada suara tengah menyanyi kat dapur tu. Macam ada seseorang je teman aku kat dapur.
“Apa kau nak?” aku hempas pinggan. Nak marahlah. Dahlah kena bantai dengan tunang Cikgu Ajla sampai kematu perut aku. Dahlah time lapar. Balik jumpa makanan, ada benda pulak menyakat.
Aku tak jadi makan. Aku berjalan laju ke garaj balik. Memang sah. Kereta mami aku tak ada pun kat garaj. Bodoh.

Aku masuk ke dapur. Meja kosong. Masa tu terfikir jugak, aku dah gila ke apa. Tapi aku tak nak terpedaya dengan tipu helah setan. Aku tenangkan diri. Aku pergi mandi, aku wuduk, aku solat. Settle.

Tapi benda ni bukan main-main, masa aku solat. Masa aku sujud. Dia boleh melintas depan aku. Sampai rambut dia terkena kepala aku. Iya, dia seret rambut dia atas kepala aku. Tapi aku buat bodoh je. Lantak kau lah.

Masa mami balik, bawak balik nasik dengan lauk. Elok je mami hidang makanan atas meja. Aku makan dengan happy. Mami pergi mandi, solat semua. Masa aku makan tu, still aku dengar macam ada cawan berdenting. Dengar macam ada orang menyanyi. Lantaklah, aku lapar. Lama-lama tak larat menyanyi. Diamlah.

Lepas makan. Aku rehat kejap. Sebab petang tu kena pergi sekolah balik, ada latihan bola.

Masa aku tengah main bola, tak ada pulak benda pelik yang jadi. Tapi bila petang sikit, aku mula rasa lain macam. Aura benda tu rasa kuat.
Masa ni kawan-kawan aku dah tinggalkan padang sekolah. Hari pun dah lewat petang. Aku dongak tengok langit. Gelap. Awan hitam penuh. Sarat dengan air hujan. Petang tu, kami hentikan latihan awal sikit. Sebab rasa gelap je padang tu. Gelap dia macam pukul 7.30 petang. Padahal baru pukul 6.30

Aku berjalan di pinggir padang. Dan aku perasan, dipinggir padang disebelah sana, seorang perempuan tengah berdiri tegak memandang ke arah aku. Dia pakai baju serba merah. Bila aku berhenti berjalan dan tengok ke arah dia, dia mula bergerak. Terbongkok-bongkok macam mengutip sesuatu.

“Siapa tu? petang-petang main tepi hutan…” Aku hairan. Pelik. Sebab selama aku berlatih main bola ni, tak pernah aku nampak orang perempuan main-main kat tepi padang yang dekat hutan tu. Sebab semua orang tau, dalam hutan belakang sekolah tu macam-macam jembalang ada.

Sebab rasa ingin tahu yang tinggi melangit. Aku berjalan laju, pergi dekat perempuan baju merah tu.

“Cikgu Ajla?” Berkerut muka aku. Apa Cikgu Ajla buat kat sini petang-petang macam ni? setahu aku, Cikgu Ajla habis mengajar tengah hari tadi lagi.

Aku menapak ke depan. Lagi dekat dengan Cikgu Ajla. “Assalamualaikum, Cikgu…”

Diam. Cikgu Ajla diam je. Pandang aku pun tak nak. Muka kachak macam ni dia tak nak pandang? Rugi.

“Cikgu buat apa kat sini? petang dah ni. Cikgu baliklah. Dah tak ada siapa kat sekolah ni. Tinggal pak cik guard je. Bahaya, cikgu.” Beria aku bagi ceramah. Tapi Cikgu Ajla tetap berdiri kaku. Macam tengah menyanyi lagu Negaraku.

Aku garu kepala. Naik malu dah muka. Bercakap sorang-sorang.

Aku tengok, kat tangan Cikgu Ajla ada banyak akar kayu. Tangan Cikgu Ajla pun comot dek tanah. Aku makin rasa pelik. Tangan dia berkedut macam nenek tua.

“Cikgu. Cikgu okay tak ni?” Masa tu aku rasa macam nak je pergi panggil pak cik guard. Tapi belum sempat aku pergi, Cikgu Ajla berjalan laju masuk ke dalam hutan sebelah padang sekolah. Pagar sekolah tu pulak, dah ranap ke bawah. Ni semua kerja budak-budak yang suka pontenglah ni.

Aku ikut Cikgu Ajla. Laju gila dia punya jalan. Berdesup terus hilang. Aku pulak kat tengah-tengah hutan. Pusing kiri kanan depan belakang semua hutan. Lorong aku lalu tadi, dah tak ada.

“Cikgu…Cikgu…” Aku risau. Risaukan Cikgu aku tu. Aku takut dia sakit lagi macam hari tu. Takut dia tersesat dalam hutan ni. “Cikgu…Cikgu Ajla…”

“Hihihi…” Cikgu Ajla diam je. Tapi aku dengar suara orang ketawa. Memang suara orang lain.

Aku mula rasa lain macam. Aku syak, ni mesti permainan syaitan ni. Aku bacalah apa yang patut. Ayat Kursi dan Al-Fatihah. Moga-moga aku dapat jumpa jalan nak keluar. Bukan jauh pun aku masuk ke hutan tu. Beberapa langkah je. Macam tak logik pulak tiba-tiba tak boleh keluar.

Aku pusing lagi. Ke kiri, ke kanan. Kali ni, Cikgu Ajla berdiri betul-betul kat depan aku. Aku mengadap dia. Dia tersengih. Lebar. Mata dia tajam tenung aku. Aku nampak fizikal Cikgu Ajla macam lain sikit. Badan dia, tinggi lebih dari biasa. Kaki dia terapung, tak pijak tanah. Gigi dia tajam-tajam. Rambut dia panjang meleret sampai ke tanah. Cuping telinga dia besar sama macam piring pelapik cawan teh.

Aku baca ayat Kursi, ulang-ulang ayat last ayat kursi tu sampai 3 kali. Bismillah 5 aku baca 3 kali. Aku minta moga Allah lindungi aku. Kalau aku tau benda ni bukan Cikgu Ajla, tak teringin aku nak ikut dia.

Pap!

Lengan aku kena sebat. Aku tengok Cikgu Ajla yang terapung kat depan aku ni, ada ekor. Gila!

Pedih. Sakit, ngilu semua ada. Lengan aku rasa macam kena hentak dengan penukul.

“Allah Maha Besar.” Aku jerit.

Cikgu Ajla gelak kuat. Ekor dia bergerak-gerak liar. Kat hujung ekor tu ada macam pisau tajam.

Sebelum aku kena tusuk dengan benda tu baik aku blah. Aku cari jalan keluar. Nafas aku rasa sesak. Tercungap-cungap. Lengan aku sakit. Makin sakit.

“Allahuakhbar Allahuakhbar!” Aku azan. Sekuat hati. “Allahuakhbar Allahuakhbar!” Aku ulang lagi. Dan aku nampak di depan aku, padang sekolah dan bagunan sekolah. Rupanya aku masuk sikit je ke dalam hutan kecil belakang sekolah tu. Aku rasa macam sesat kat hutan amazon pulak.

Aku pusing, Cikgu Ajla dah tak ada. Apa lagi, pecutlah macam lawan lari 100 meter. Aku tengok aku. Merah. Sakit berdenyut-denyut.

Malam tu, aku bincang dengan mami dedi. Aku cakap nak bantu Cikgu Ajla. Aku minta dedi call siapa-siapa yang dia kenal. Yang tau hal-hal ni. Dedi cakap ada sorang kawan dia, Ustaz Faiz, bolehlah jugak tolong-tolong tengokkan. Dedi call dia. Dia setuju nak bantu.

Aku pulak call Anip dengan Cikgu Ajla. Dalam setengah jam. Cikgu Ajla datang. Lepas tu Anip. Last sekali, Ustaz Faiz. Muda lagi Ustaz Faiz ni. Aku rasa dalam lingkungan 30 an macam tu.
Muaz dan Putih pun ada jugak malam tu. Tapi dia orang duduk je diam-diam kat halaman rumah.
“Orang muda. Kalau kau mahukan pertolongan aku. Panggil saja aku.” Muaz berpesan. Putih malam tu nampak baik je. Teringat tengah hari tu dia jerkah tunang Cikgu Ajla. Huiii Ganas!

Ustaz Faiz minta air, dia nak rukyah.

Masa ni, aku nampak dua ekor makhluk yang selalu ikut Cikgu Ajla, berdiri depan aku. Aku buat bodoh. Kalau boleh aku malas nak campur. Iyalah, aku mana tau merawat orang. Aku serahkan semua pada Ustaz Faiz. Aku tunduk je.

“Aku cintakan kau Dazz Affizam. Tergamak kau nak halau aku dari hidup kau. Kau tidak mahukah kenal-kenal dengan aku? Aku amat sayangkan kau wahai pemuda yang baik hati. Jika boleh aku mahu kau menjadi suamiku. Sungguh, aku sudah jatuh cinta pada kau.” Perempuan yang cantik, wangi, berpakaian berlapis-lapis dan berambut panjang itu datang. Terapung-apung di depan aku.

Menggeletar aku sebab tahan macam-macam rasa. Peluh mula memercik kat dahi. Tangan kaki jadi sejuk.

Mami yang duduk sebelah aku, dah mula perasan perubahan aku.
Aku istighfar. Banyak-banyak kali.
“Kau ok ke bro? muka kau semacam je?” Anip pegang lengan aku.

“Ey…ke tepi! Aku yang menjaga Ajla sejak kecil. Kau tak boleh rampas dia. Kau ambil dia. Kau akan mati!” muncul pula nenek bongkok yang pendek tu. Amboi tak padan dengan kecik, garang dia bukan main.

“Aku okay, Nip.” Aku tepuk-tepuk bahu Anip.

Masa tu, Ustaz Faiz dah mulakan ruqyah. Dia minta Cikgu Ajla duduk di depan dia. Dan dia ruqyah sambil tangan dia hala ke arah Cikgu Ajla.
Badan aku makin kuat menggigil. “Mi, Jam ke bilik kejap…” Aki bisik kat mami. “Nip, aku nak berak. Kau jaga Cikgu erk. Jaga mami aku. Zikir, zikir.” Aku bisik kat telinga Anip. Aku nampak muka dia confident je. Dia angguk-anguk.
Aku minta diri. Tak tahan kena hurung dengan dua ekor makhluk tu. Masuk bilik aku ambil wuduk. Aku solat hajat. Aku hanya nak semua ni selesai. Dan jangan ada lagi benda pelik-pelik mengganggu hidup aku. Hidup mami dan orang-orang sekeliling aku. Masa aku tengah solat tu, aku rasa yang si puteri cantik tu ada dekat kat sebelah aku. Tapi yang nenek tu berdiri jauh kat tingkap.

“Orang muda…Aku sukakan kau…Aku terpikat dengan hatimu yang baik. Aku sudah lama mencari manusia seperti kamu. Aku hanya mahukan kamu…” Kali ini si cantik itu menitiskan air mata.

“Aku dari pergunungan. Aku mengikut Ajla pulang kerana aku suka berdamping dengannya. Tetapi, di dalam tubuhnya ada si tua yang jahat itu. Aku hanya mahu berkawan. Dan tika si tua itu tahu aku sukakan kau. Dia takut Ajla jugak sukakan kau, jadi dia merasuk Ajla dan buat onar pada tubuh Ajla. Aku mahu hapuskan orang tua itu. Bantu aku wahai orang muda.” Kali ini wajah yang cantik itu bertukar bengis.

Aku masih di sejadah. Berzikir dan mengulang ayat 6 surah Al-Jin. Makin lama, makin kuat aku baca.

“Berjanjilah. Lepas semuanya selesaikan. Tinggalkan Ajla, tinggalkan aku. Kami bukan dari golongan kau. Kau kena hormat keputusan aku.” Sungguh-sungguh aku mohon pada Allah, agar si cantik itu tidak berdegil.

“Aku nak jaga Ajla…” Nenek tua di tingkap menjerit kepanasan. Aku nampak seperti api mula merebak ke seluruh badan dia.

Si puteri cantik menghilang dan membawa sehelai selendang dari simpanan Cikgu Ajla. “Inilah selendang yang dijaga makhluk hodoh itu. Hapuskan selendang itu. Wahai orang muda, bacalah ayat tadi, dan bakarkan selendang itu. Aku berjanji. Tidak akan lagi mengacau kehidupan kau. Aku akan pergi setelah semuanya selesai.” Aku nampak puteri cantik tu menangis. Mata dia bersinar-sinar.
Tapi aku keraskan hati. Aku cari lighter kat bilik dedi. Aku pergi kat tingkap, tepi orang tua hodoh tu berdiri, aku baca ayat 6 surah Al-Jin. Aku niatkan moga Allah putuskan saka yang menganggu Cikgu Ajla. Aku bakar selendang tu. Selendang tu jatuh tepi tingkap. Hangus. Habis terbakar.

Tiba-tiba aku tengok, nenek bongkok tu jadi abu. Terbang dibawa angin. Si puteri cantik itu, terapung-apung keluar ikut tingkap. Selendang dia terkena muka aku. Wangi sih…
“Aku pergi dulu wahai orang muda. Teruskanlah berbuat baik. Dan jika diizin Tuhan. Kita akan bertemu lagi. Assalamualaikum…Nama aku Puteri Layla Lasamana Suri Bayan. Maafkan aku kerana tidur di sisi kau tanpa izin. Memasak makanan untuk kau tanpa izin. Maafkan aku…”

“Tak ada hallah…” kecut jugak perut aku masa tu. Tapi disebab kan puteri ni baik-baik je. Aku okay jelah.

Puteri Layla Lasamana Suri Bayan terbang meninggalkan tingkap bilik. Bau harum beransur hilang. Aku berzikir tak henti-henti. Juga mengucap syukur pada Allah kerana memudahkan semuanya. Aku bergerak semula ke ruang tamu. Aku tengok Cikgu Ajla, terlentok lemah di bahu mami. Ustaz Faiz tengah menruqyah garam dan lada hitam. Mungkin untuk pagar rumah aku. Kan rumah aku pun kena gangguan.

Malam tu, rumah aku aman. Aku, mami, dedi iring kereta cikgu Ajla balik ke rumah dia. Sampai je kat rumah Cikgu Ajla, Cikgu Ajla call kawan dia dua orang suruh temankan dia. Kami tunggu sampai kawan Cikgu Ajla datang. Lepas tu kami balik dengan perasaan lega.
Mujur lepas peristiwa tu, rumah aku dah aman balik macam biasa. Mami pun dah tak takut-takut dah. Tapi, aku still boleh rasa kehadiran Puteri Layla Lasama Suri Bayan. Aku tau, dia curi-curi usha aku. Tak kisahlah, janji jangan ajak aku kahwin dah. Seram.

Cikgu Ajla, dah okay. Aku dah tak payah nak lepak kat luar kelas bila sampai waktu dia mengajar. Dan aku syak, Cikgu Ajla tak ingat pun apa dia buat kat aku masa dia tengah kena control dengan nenek tua bongkok ketot tu.

TAMAT

Assalamualaikum. Berjumpa lagi di lain cerita, insyaAllah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ijam
FOLLOW FB KAMI.

59 comments

  1. Huhh , akhirnya siri ajla yg ditunggu².. Pengakhiran yg cantik.. Cerita betul ke apa ni? Dari penghayatan akak, mcm real story..

    1. Tak apa kak cerita real ke tak..kita baca relaks2 aje..nanti kalau penulis kata betul, org kata salah..penulis kata salah, orang kata betul pula..bertelagah nnt jadi seperti yang sedia ada..huhu..santai2 aje k..?

  2. Hati2 ekk…
    Puteri tu boleh jer beble dtg join tdo sebelah…
    Jgn nnt dh kawen bini ko kena tolak jatuh katil plak dik ade org nk impit tdo tgh2…
    Heheheheheheh…

    1. Kan.. Aku dapat rasakan yg ni semua fiksyen.. Org tak kisah pun nak buat cerita fiksyen, tapi jgn nak menipu. Naik meluat dgn org perangai mcmni..

      1. Hahaha Faz baru baca semua cerita si Ijam ni tau kak. Mmg kebetulan betul nama kawan Faz si Ijam dan si Anep tu hahahaha.Ala sabar itu indah tau kak. Akak jangan hangen hangen nanti tak cuns dah wkakakakakakaka

      2. Haaa…xdenye kebetulan kesalahannye…
        Mmg kwn2 ko ar benornye kaannn…
        Korg ni group seekers ekk cik natang suke benor ngan korg…

  3. Aku tengok, kat tangan Cikgu Ajla ada banyak akar kayu. Tangan Cikgu Ajla pun comot dek tanah. Aku makin rasa pelik. Tangan dia berkedut macam nenek tua.

    paling x logik part nie…ko dh taw cikgu ajla tu ade saka boleh lak la ko ikut bnda tu msuk hutan…alahai…sakit lak ati bca…taw la ko pndai bca2 halau bnda tu…

    1. Kaaannn…
      Mmg mase sambil bace part ni, entah bape kali akk dok bongokkan si ijam ni…
      Ko mmg dh tau cgu tu bersaka, selalu ade jelmaan, dan ko dh realised keanehan di situ, boleh plak ko follow masok utan jembalang tu ekkk…
      Itu jam ghase mcm nk bergendang berkompang akar kayu tu kat kepala Ijam tu…

      Ehhhh emosi plaaakkk…
      Tangan ni suke plak taip bebukan…
      Huhuhuhuu…

      1. kan kak yulie…naseb x carut2 kat mulut…dok dlm hati jew carut…hahah teremosi ….

        tp x nafikan la cter dia best jgk…cuma tu la…ade gak yg rsa cam haish…bnda ley pk kn..len la kalo kne pukau ke kan..huhuhu…

          1. Ko ni dh salah aturan ni dik…
            Org bka FS nk bace citer seram, ko plak hiburkan diri bace komen…
            Ko mmg buat akk meremang dik…

      2. ingtkn kite sendiri je fikir camtu..rupenye de geng..hihi..kite siap skip kan je part ikut cikgu masuk hutan tu..sbb dh tau apa dia akan buat lepas tu..hehehe

  4. ijam,bukan nak kata apa la..stakat nie,smue cter ijam nie terbaik…
    so teruskan menulis pengalaman ijam..sbb kat sini,ijam dah ramai peminat…hahaha

  5. Kenapa terlalu banyak ketaklogikan yang di tunjukkan pada setori penamat ini.. obvious sangat ijam oii..
    dengan ini aku umumkan untuk diriku bahawasanya setori ijam adalah fiksyen semata.. aku nak juga jadikan setori ni real..akan tetapi sentuhan real itu hilang.. feeling aku time baca setori bercampur baur tau.. 2/10 (2 point ni sebb den minat watak putih ngan muaz tu)

      1. aritu aku khilaf tu pasal semua yg aku baca nampak real sikit kot..arini x tau la kenapa mcm x bole hadap sangat da.. haha

        1. Story 1st yg fatehah tu je bleh hadam sikit. Masuk si ajla dari part 1 pun terang2 rekaan. Lepas baca part akhir plak memang sah rekaan semata-mata. Kahkahkah. Moga penulis tak mejadi penunggang agama. Semudah air batu campur je buang saka. Gilos..make sure even cerita rekaan, study la betul2 bab saka-maka ni.

  6. Anip ni tetap lah aku rasa dia macam Roman Fast and Furious. Hahaha.

    Btw, kalau Ramlee Awang Murshid nak cari pelakon untuk Laksamana Sunan, kau maybe boleh join casting. Macam Sunan der.

  7. ok.la crita hang Ijam Kachak…aku suka… karang la lg…cerita siputih tu ka…tp jgn dok joi plak Sb aku x mampu nak beli ha ha ha ha

  8. Nak tau jugak camne keadaan mamat macho yang kena jerkah ngan Putih tu…hikhikhik..ingatkan ada lagi citer pasal dye kat ending..terus ilang camtu jer…anyway mmg terbaikla citer ijam nie..teruskan menulis..akak tggu citer ijam yang seterusnya..

  9. IJAM MOHON JGN STOP CITER.KLU BLEH KMI NK BCA SMUA KISAH HIDUP KAU!PERINGATAN BUAT IJAM!!KAMI NAK BCA LG KISAH KAU NGN MUAZ DN PUTIH.HHAHA KAU LA WRITER PALING SEMPOI JAM.KIPIDUP JAM!!!

  10. Hmm fiksyen semata2 je ni. Start baca dari part 1 siri ajla lagi dah mengarut.

    Kalau fiksyen, bagitahu fiksyen awal2. Orang tak marah kalau fiksyen semata2. Asalkan jangan bohong kata ni pengalaman sendiri sudahla.

    Kita ni bukan haters cuma tak suka lah kalau cerita fiksyen tapi bagitahu dekat readers berdasarkan pengalaman sendiri. Rasa macam kena tipu pun ada. Siapa je yg suka kena tipu kan.

    #justmy4cents

  11. Aduhai korang yang kecam ni..anggap aje dia nak mudah kan cerita nak bg mudah faham..real tak real belakang kira la..baca untuk santai2 aje udah la..percaya atau tak pada masing2..segalanya tak mustahil..rezeki masing2 semua dengan izin Allah..kot kalau fiksyen pun tak apa la..jangan di kecam..kalau sampai dapat detact fiksyen tu anggap dia baru nak menulis..ha gitu..berlapang dada lah..jangan tak suka, hasut2 orang lain x suka sama..taste orang kan lain2..tak ada isu sangat pun..alahaiii..

  12. Senang dia hapuskan saka tu. Kalaulah sesenang ni… bahagia hidup. My experience… saka bergendut 7 keturunan. Bahagian masing2.

  13. Aku dah follow page ko ijam..
    Best. Teruskan menulis. Tak semua org sedar menulis ni pon kena berfikir. Tahniah, contoh yg baik.

    Part last aku amik masa berharga aku hari ni utk baca & agak kurang kick di situ. Takpe.. aku layan kopi mak cik da bt dulu.. Ada cite ko lagi roger².

  14. Ijam.. Awk mmg pemuda yg baik hati.. Awk suka tolong orang yg dlm kesusahan..
    Mungkin sbb tu ramai yg suka awk..contohnya puteri cantik tu.haha
    Boleh x share ayat pendinding diri yg awk amalkn?

  15. khatam baca hari ni cerita you. 14/2/2019.

    kadang tertanya juga. Baik tu tahap apa? tak tinggal solat ke? tak sakitkan hati orang ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.