Bermain Di Kubur Cina

#AnakNakal – Bermain Di Kubur Cina

Assamualaikum dan selamat sejahtera para sahabat dan terima kasih buat ruangan fiksyen shaha yang memberi peluang untuk penulis – penulis mengasah bakat yg terpendam. Nama aku AL ( name pendek yang betul ), lelaki, umur 26 ( budak2 lagi.. HoHoHo). Ni 1st time aku karang cerita nak share. Aku ada banyak cerita nak kongsi, tapi aku malas nak taip satu-satu. Hahahaha!! Dah nama malas tak de ubat. Ada masa aku rajin2 kan tangan aku nih.

Kisahnya Bermula…….
Mula2 aku kenalkan dulu member2 baik aku dulu. 4 orang semuanye termasuk dengan aku sekali. Kiranya kamcing abes la. Boleh cakap tidur sebantal la. Kalo nk buat apa-apa mesti sama-sama. Member pertama aku Lan, die ni kepala otak jenis gila2 sket. Tiap2 malam msti je ade idea2 yang agak bernas untuk dijadikan aktiviti malam. Kirenye Tok Dalang dalam group kitorang. Member kedua namenye Rais. Die ni jenis hati kering. Memang kering kontang hati si Rais nih. Tp die ni slow sket. Hahahaha!! Member ak sorang lagi nih name die Ajeng. Ajeng ni asal dari keluarga yg berada, boleh dikatakan kaya la jugak (selalu support kitorang). Aku pulak?? Aku tukang sokong je. Iyakan je ape yang dieorang nak buat. Hahahahaha!!

Semua dah kenal kan? Mari kita mulakan. Ni kisah zaman2 remaja aku, budak2 baru nk up. Elok plak lepas SPM, tunggu result la katakan. So, xde benda sangat la nk buat. Hari2 kerja lepak je, malam2 pon lepak. Ad satu malam tu, ntah dri mane datangnya idea si Lan tu nak pegi jalan2 kat kubur cina. Sbb Lan ni cakap orang cina selalu ditanam dengan harta (minta maaf kepada kaum cina, sebab aku tak tau betul ke tak). Mane la tau tercicir spuluh dua ke. Time tu budak2 lagi, nak cari jalan cepat. Yang aku pulak otak tak berapa nak bijak dan mulut ni terasa gatal pegi sokong idea tu. Si Rais ni steady je. Ajeng ni pulak taknak ikut. Katenye kubur yg Islam ni pon liat nk pegi, inikan pula kubur cina. Amik kauuu kene setempek!! Amik mase jugak la nak pujuk mamat ni. Kalo tak bawak si Ajeng ni, sape nak support minyak motor kitorang. Hahahaha!!

Pujuk punye pujuk, ikot jugak la si Ajeng nih. Lan tengok jam kat tangan die baru 9.30 mlm, lagi setengah jam kite gerak katenye. Isi minyak motor siap2 (si Ajeng ni la kene paw isi minyak ). Cukup pukul 10 mlm kitorang pun gerak.Perjalanan tu amik mase dalam 20 minit untuk sampai ke simpang jalan masuk dan 5 minit untuk sampai ke kawasan kubur cina. Senang cerita 25 minit la nak sampai ke destinasi. Sampai kat simpang masuk, lampu jalan ada satu je kat depan2 pastu lagi satu betul2 kat depan kubur cina tu. Korang bayangkan la. Jalan kampung, dengan takde lampu jalanya, dengan jalan berlubang, dengan gelapnye. Semak samun tak payah cakap la kiri kanan penuh. Dah mcm masuk hutan rasenye. Fuhhh.. lorong masuk pon seram beb!!

Dengan susah payah kitorang memandu motor kapcai. Akhirnya sampai jua ke destinasi. Kt depan kubur tu ada wakaf, kat situlah kitorang parking motor. Kebiasaan kubur cina ni atas bukit. Tersergamlah kubur cina kat depan kitorang. So, bermulalah aktiviti memanjat bukit. Kepala ekspedisi memanjat bukit semestilah si Rais, pastu Lan, Ajeng, last sekali aku. Dah rase macam anak itik pulak terkedek kedek panjat bukit. Hahaha! Kitorang takde bawak torchlight nak suluh2 kiri kanan. Kitorang gune lighter je, lighter zippo si Ajeng punye. Dalam tengah panjat tu ada la nampak chopstick yang da terbakar dan kertas2. Tengah suluh dengan lighter tu tibe2 je api padam. Macam kene tiup. Korang bayangkn laa api lighter zippo tu cmne. Susah padam. Nk kata angin, tak rasa pon angin lalu. Si Rais ni pulak selambe je petik balik lighter tu. Jalan depan sikit padam balik. Petik balik. Dua tiga kali jugak la jadi camtu. Si Rais ni pulak siap cakap angin lalu kat tangan die je. Rase nak jentik je bibir mamat nih. Haisssh…

Kitorang panjat dengan sepenuh hati nak sampai kat puncak. Akhirnya sampai jugak. Penat weihhh. Dalam keadaan penat tu, masing2 mula la bertenggek kat batu2 kubur tu. Dah macam kakak cantik pulak aku tengok diorang bertenggek. Kat puncak tu ada sebatang pokok kelapa, tinggi pokok tu. Tak jauh dari tempat kitorang bertenggek tu, dalam 5-7 meter camtu la. Ajeng dengan Lan duduk mengadap pokok kelapa tu. Aku dengan Rais membelakangkan pokok tu. Dengan tidak semena – mena aku tengok si Ajeng ni dari duduk bertenggek dia bangun. Berjalan perlahan-lahan nak turun. Si Lan pon sama, dari dok menyandar, perlahan – lahan bangun menuju turun. Pelik dengan perangai diorang, aku pon toleh belakang. Disinilah aku nampak kat belakang pokok kelapa tu ada sejenis lembaga berbungkus. Ak tak tengok pulak muka benda tu, tapi aku nampak susuk tubuh berdiri tegak belakang pokok kelapa tu. Bak kata #Cantik, lembaga gula – gula. Hahahaha!! Ak ape lagi bingkas bangun dan lari laa, aku tengok 2 orang tu dh kt depan dah tengah lari. Baru 3-4 langkah aku lari, aku patah balik sebab aku nak tarik si Rais sambil cakap ada benda kat belakang pokok kelapa. Dengan selambe Rais ni tepis tangan aku pastu die tanye kat mane ? Sbb die tak nampak pon. Ak pon ape lagi ikut la jejak langkah dua orang tu. LARI LAAA!! Tinggal la Rais tu sorang2 kat atas bukit tu.

Dalam lari turun bukit tu, aku tersepak batu. Tersungkur aku dibuatnya. Makan tanah beb! Hahaha!! Kejap je aku rase lari turun bukit tu. Tup.. tup.. dah sampai kat pintu pagar kubur cina. Aku tengok dua orang tu siap baring lagi atas wakaf tu. Penat kot marathon. Sampai je kat wakaf Lan tanya mane Rais. Aku jawab la aku biar je dia sorang2 kat atas. 5 minit kemudian aku nampak ad cahaya merah turun perlahan-lahan dari bukit. Bila dah dekat rupa-rupanye Rais yang turun. Sambil turun pelahan-lahan tu siap tanya lagi benda tu muncuk kat mane. Die tak nampak ape pon. Ceiitttt… kitorang da biru kepala cuak. Die boleh tanya soalan cepumas. Aku tenyeh jugak mata si Rais ni dengan kabait. Hahahaha!!
Dah turun semua. Kami pon start la motor menuju ke kedai kopi, layan teh sambik borak-borak.

Ajeng cerita, dia sempat tengok muka si bungkus tu, katanye mukanye kecut, macam mane nak cakap ek ? Alaa.. muka kecut, korang paham-paham je la. Pastu pucat putih. Mata bulat tebeliak. Lan pon nampak bende yang sama. Bende tu mcm mengintai tengok kitorang di sebalik pokok kelapa. Intai perlahan – lahan gitu. Rais pulak, mati – mati ckap tak nampak apa-apa.

Sampai sini je cerita aku kali ni. Cerita aku tak seram sangat pon. Lagi pon ni 1st time rase nak share cerita ni. Insya Allah, nanti kalo ad peluang dan masa aku cerita pulak budak2 nakal menurun nombor. Hahahahah!! Assalamualaikum para sahabat!

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

39 comments

  1. Cmne korg boleh redah jirat cina mlm² tu? Bkn ke kubur diorg rapat²? Batu nisan plk tinggi²… silap gaya kepala korg yg tersondol batu nisan…

    Ps: aku pun xtau nk guna perkataan apa yg lbh sesuai utk batu nisan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.