Bermusuh Dengan Anak Sendiri

Salam warga FS. Terima kasih kepada admin jika approve cerita aku. First time menulis di sini dan aku bagitahu awal-awal cerita yang aku tulis ni memang tak seram tapi ada kaitan dengan benda-benda ghaib (ilmu hitam). Maaf jika jalan cerita panjang atau kurang menarik.

Kisah bermula bila aku kahwin pada 2010, dan beberapa bulan lepas tu aku disahkan mengandung. Time tu suami akulah yang paling excited sebab dia memang suka budak-budak. Bila dah nampak suami aku macamtu, aku pun happylah sebab aku plan masih nak honeymoon lagi sebab belum puas bercinta dan hidup berdua.

Saat yang dinanti telah tiba. Aku bersalin normal. Keluarlah seorang puteri yang sangat comel kemuka bumi. Alhamdulillah. Baby itu aku namakan Yaya (bukan nama sebenar). Yaya membesar seperti baby yang lain. Dan Yaya sememangnya memberi kebahagiaan dan melengkapi hidup aku dan suami. Hari-hari aku memang berubah sejak menjadi seorang ibu. Apa-apa akan aku lebihkan anak aku sampai tak sempat nak beli baju untuk diri sendiri. Semua fikir untuk anak perempuan tersayang.

Tapi kebahagiaan itu tak berpanjangan. Yaya cerai susu masa umur dia 6 bulan dan aku rasa itulah kali terakhir bonding antara aku dan Yaya. Yaya memang seorang baby yang cepat membesar. Umur 11 bulan dah pandai jalan dan 2 tahun dah pandai cakap. Yaya dari kecik memang rapat dengan suami aku. Aku ingat itu perkara normal dan aku anggap benda tu sweet la bila tengak laki aku dok berkepit 24jam dengan Yaya. Ramai yang tegur tapi aku cakap biasa je “haah Yaya memang rapat dengan ayah dia”.

Tapi benda ni jadi makin teruk bila Yaya dah pandai cakap. Dia selalu cakap aku tak cantik. (sentap hati mak nak). Dia memang tak nak langsung aku pegang, mandikan, suapkan dia or apa-apa je kalau suami aku ada. Kalau suami aku tak ada (kerja atau keluar futsal), Yaya memang tak akan makan. Puas aku pujuk tapi dia memang tak nak betul dengan aku. Kalau tidur pun dia kena peluk suami aku dulu, baru boleh tidur. Pernah sekali tu suami aku pergi kursus 3 hari kat Pahang. 3 hari tu jugak la aku tak tidur malam sebab anak aku dok nangis cari ayah dia. Lepas Facetime dengan ayah dia, barulah Yaya ok dan nak tidur. Tu pun masih mengigau panggil ayah dia.

Time tu dah terasa pelik la, kecik hati pun ada jugak sebab jeles tengok anak orang lain elok je rapat dengan ibu masing-masing tapi anak aku langsung tak nak dengan aku. Even tengok muka aku pun dia tak nak. Tiap kali aku cakap kat suami, dia cuma balas takda apa-apa, perasaan awak je tu, dia kan memang rapat dengan saya etc. Aku menangis-nangis (buat drama) kat suami aku. Aku cakap aku cemburu, aku nak rasa kasih sayang dari seorang anak. Aku pertikaikan usaha aku selama ni, aku cuba sedaya upaya nak rapat dengan Yaya. Tapi Yaya makin menjauh. Yang peliknya, kalau dengan orang lain Yaya ok je. Dengan penjaga dia, dengan atuk nenek dia, dengan makcik pakcik dia. Boleh je main-main. Boleh mandikan Yaya, suapkan makan apa semua. Tapi dengan aku. Haram.

Sampai umur dia dah 3 tahun lebih, masatu hujung minggu dan kami lepak kat rumah je sambil tengok tv. Aku baring sebelah suami aku dan aku peluk dia lalu terlelap. Masa ni Yaya tengah main anak patung barbie. Dalam lima minit lepas tu, Yaya mengamuk lepas tengok aku peluk suami aku. Dia tiba-tiba tarik rambut aku sambil pukul-pukul aku guna anak patung dia. Aku dengan mamai tu terus nangis dan terus masuk bilik. Sakit, bengang, marah semua ada. Aku macam blur. Apa salah aku? Dan sejak tu, aku memang tak boleh langsung tunjuk mesra dengan suami aku depan Yaya. Kalau Yaya nampak, mesti dia mengamuk tak tentu pasal.

Masa Yaya 4 tahun, aku pernah apply cuti 3 hari semata nak bawak Yaya pergi Legoland dan Hello Kitty Town berdua je. Konon nak ada bonding time la dengan Yaya. Ingat elok la mood dia, sebab kat rumah kemain happy bila dia tahu nak main air dan jumpa Helo Kitty. Tapiiii baru sampai tol sungai besi dah kena patah balik sebab Yaya mengamuk macam nak terjun keluar kereta. Geleng kepala je laki aku bila tengok aku balik rumah dengan Yaya tak sampai 2 jam keluar rumah. Siap perli lagi. “Best jumpa Hello Kitty? Laju betul ibu bawak kereta”. Aku jeling je.

Kalau beberapa hari tu aku masih boleh tahan, tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun aku makan hati dengan anak aku sendiri. Kebahagiaan yang aku impi selama ini semakin pudar, Yaya makin rapat dengan suami aku dan seolah-olah merampas suami aku dalam tak sedar. Pegang tangan pun tak boleh. Sanggup Yaya lari dari dapur semata nak lepaskan tangan aku dengan suami yang tengah tengok tv kat ruang tamu lepas balik kerja. Bila malam pulak, walaupun dah asingkan tempat tidur, tapi Yaya masih nak tidur sekatil dengan kami sampai usianya hampir 5 tahun. Dahlah tak dapat kasih sayang anak, sekarang kasih sayang suami pun tak berapa nak dapat. Haha. Aku jadi macam hilang punca, kurang kasih sayang dan perhatian pun ada. Paham-paham jelah orang perempuan kalau kurang perhatian ni lain macam sikit, asyik nak marah je kerjanya.

Perubahan tu mak mertua aku yang perasan, dia ingat aku gaduh ke dengan suami aku. Dia slow talk dengan aku dan aku cerita semua pada mak mertua. Aku tanya pendapat dia, normal ke macam tu? Mak mertua aku marah aku, dia cakap kenapa la tak cerita awal-awal. Dia cakap macam melampau je sampai macam tu sekali. Mak mertua aku tahu yang Yaya memang dari kecik rapat dengan suami aku tapi tak sangka sampai tahap tu. Dia tanya suami aku tak cakap or buat apa-apa ke kat Yaya? Aku cakap ada je, suami aku pernah la pujuk Yaya untuk baik dengan aku, tapi Yaya mengamuk lepas tu dan jadi lagi teruk benci dia pada aku. Macam-macam suami aku buat, dari slow talk sampailah marah Yaya. Tapi Yaya masih macamtu. Suami aku dah tepis-tepis pun dia masih nak berkepit dengan suami aku. Aku nak tegur banyak-banyak pun takut Yaya makin tak suka aku. So aku buat ala kadar je. Layan dia elok, bagi cukup makan, ajak dia borak. Yaya layan or tak itu belakang kira. Bertahun jugak aku sabar.

Lepas hari mak mertua aku tegur tu, dia suruh kami satu family pergi jumpa sorang ustaz dekat area rumah mak mertua aku. Suruh ustaz tolong tengokkan kot la ada apa-apa yang tak kena. Rupanya memang ada. Ustaz tu cakap memang ada ‘benda’ yang menghalang or jadi pemisah antara aku dan Yaya. Dalam proses ustaz tu baca ayat-ayat suci, aku masih lagi terdetik antara percaya atau tak sebab macam tak terlintas langsung benda macam ni pun ada kaitan dengan ilmu hitam etc. Kata ustaz tu lagi, dari pandangan mata Yaya nampak aku ni tak cantik, nampak tua. Sebab itu dia tak nak tengok aku. Ustaz tu tanya, aku ada aniaya sesiapa ke? Aku cakap tak ada pun. Dekat ofis ke kat rumah ke even kawan sekolah aku pun memang ok je. Tak ada musuh.

Tapi tiba-tiba aku teringat yang aku memang selalu upload gambar Yaya masa kecik kat laman sosial (FB dan Insta). Dan ada member tu tegur aku jangan upload gambar sangat, takut ada orang iri hati. Aku cakap kat ustaz pasal tu dan ustaz tu pun angguk je dan teruskan proses memulihkan aku dan Yaya. Nasib baik Yaya bagi kerjasama waktu tu, itu pun sebab suami aku ada sebelah aku dan pangku Yaya. Kalau tak, mana maunya dia.

Selesai semua, ustaz bagi aku air untuk aku dan Yaya minum dan usap kat ubun-ubun Yaya time dia tidur. Ustaz tu pesan amalkan baca Mathurat dan selalu zikir Ya Latif sambil usap Yaya supaya dia lembut hati. Ustaz cakap dia dah buang ‘dinding pemisah’ tu dan bagi balik seri muka aku pada pandangan mata Yaya. ‘Benda’ tu tak merbahaya, cuma mengganggu saja. Aku pun angguk je dan beransur balik.

Beberapa hari lepastu memang nampak kesan positif. Yaya dah mula nak borak dengan aku, nak pegang tangan aku. Aku rasa sebak sangat. Aku nangis-nangis call suami aku yang tengah lepak mamak tu cerita yang Yaya pegang tangan aku. Rasa macam aku dapat anak aku balik. Aku rasa bersyukur sangat-sangat. Aku text ustaz tu cakap terima kasih banyak. Aku rasa minggu pertama lepas balik berubat tu, macam-macam pengalaman yang aku nak sangat lalui sebagai seorang ibu tertunai. Alhamdulillah.

Sekarang Yaya dah sekolah tadika. Dah pandai berdikari tapi dia masih rapat dengan suami aku lebih dari ibunya sendiri. Tapi aku tak kisah. Aku bersyukur sangat kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Aku pun pernah tanya kenapa Yaya tak suka ibu dulu? Yaya tak sayang ibu ke? Dia angkat bahu je. “Tak tahu” jawab pendek. Aku pun faham dan tak nak tanya lebih. Layanan yang dia bagi tu bukan kehendak dia pun. Yang penting aku bersyukur dan bahagia sebab ‘dapat balik’ keluarga aku.

TAMAT.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ellamorell
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

59 comments

  1. Bahaye jugak ek sekarang ni..sampai macam ni pon ada..tu lah hati manusia..kadang depan nampak baik tp perangai….kadang yg depan nampak mcm tak elok tu lah ati die baik..

  2. huhuhu sayu hati aku baca cerita sis.. tabah yer sis tp nk tanya ‘benda’ tu org hantar ker atau just singgah??
    #harapsistabah
    #anakayahbestdapatbnykmainan
    #sayaanakayah

  3. alhamdullilah semua dah beransur pulih. mmg makan hati betul jd ibu bila anak yg baru berapa tahun dah benci dengan ibu sendiri. siapa yg iri hati sgt tu adudu..

  4. Allah… peritnya hati bila anak yg tak tahu apa2 tu tak suka kita. Nak disalahkan budak sekecil tu pun tak boleh sebab dia naif. Alhamdulillah… semuanya dah kembali normal…

    Pengajaran : Berhati-hatilah berkongsi apa sahaja di social media. Tak semua orang suka dengan kebahagiaan kita walaupun hakikatnya kita tak ada niat apa pun.

    **utk cerita ni Maira bagi 9/10. Best. Jalan cerita senang nak difahami. Teruskan hantar cerita lagi ye Ellamorell

  5. Ni macam pnyakit ‘ain’
    Memang org yg phn tentang ni akn sllu larang upload gmbar baby..
    xkira la dh besar.. dh kalo aty org tu dengki..

    Apakah penyakit ‘ain?

    Penyakit ‘ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

    Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkatan padanya, kerana sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad)

    Dari Ibu Abbas r.s, Nabi s.a.w bersabda: ‘Ain (mata jahat) itu benar-benar ada, jika seandainya ada sesuatu yang mendahulu qadar, maka akan didahului oleh ‘ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah. (Hadis Riwayat Muslim).

    Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ‘ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

    1. Jenis-jenis ‘ain

    Ibnu Qoyyim mengatakan bahawa penyakit ‘ain ada dua jenis iaitu

    a. ‘Ain insi (‘ain berunsur manusia)

    b. ‘Ain jinni (‘ain berunsur jin)

    Diriwayatkan dengan shahih dari Ummu Salamah bahwa Nabi s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan di rumahnya yang wajahnya kelihatan kusam. Baginda berkata,”Ruqyah budak perempuan ini, dia terkena ‘ain. (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim,Al-Hakim,Abu Nu’aim dan Al-Isma’ili dalam Mustakhroj-nya serta Ath-Thobroni)

      1. Hamba pung google jer yunk..
        Penyakit ain ni mang bahaya..
        Kite upload tuk berkongsi rase suke..
        Tp segelintir org ade pndgan yg kotor..

  6. ya Allah seramnya. ada jugak upload gambar atau video anak kat instagram tapi tak kerap. mudahan Allah menjauhkan perkara2 yg tidak baik.

    1. Inshaa’Allah… semoga kesemua kite yg berada dalam FS ni di lindungi dr sebarang penyakit..
      Tmbah2 penyakit hasad dr jin n manusia..
      aamiin..

  7. Kesimpulannya, jgn la kerap sangat upload gmbr2 selfie ke candid ke, baik artis ke x artis ke.. Sbb FL kita kdg ada yg suka tgk, ada yg x suka tgk..
    Kalo nk upload gak, tampal je sticker bunga kat muka.. Mcm cik Syer buat ni haa.. Huhuhuu

    Aku pun ingat nak padam saki baki gmbr selfie… Banyak sgt ‘mata’ yg memerhati.. Bahaya.. Huhuhuuu

  8. Pada akak..teruskan berubat
    Sampai dia betul2 anggap awk ibu dia, org no.1 dlm hdup dia n yg utama.bukn soal ktepikn ayah..tapi dia perempuan..makin lama makin dewasa.nt hal2 wanita takut semua dia rujuk pada ayah. Kte selalu husnuzon..insyaAllah..tp xsalah beringat sebelum kena sebab nafsu tu xbermata..
    Nauzubillah..

    Akak tgk awk berubat baru sekali.xper
    Berubat lagi sampai dia rs awk btul2 sahabat..kwn n ibu.selagi ubun2 tgh lmbut lagi.smbil amalkn surah2 utk lmbutkn ht ank2

    Pnjg plk akak bckp..?
    So…..
    5 starr for rating.cerita best n buka mata ttg bhy uplod pic ank2 kt mdia social.tq

  9. Serius sedih. Memandangkan dinding pemisah tu ustaz dah buang. Untuk tambat hati anak, puan boleh amalkan Surah Taha ayat 1-5 atau doa nabi Daud. Saya yakin puan tahu ayat-ayat ni. Saya ada anak dan saya boleh faham perasaan puan bila anak tak mahu dengan kita. Semoga puan dijauhkan dari segala kejahatan manusia atau pun syaitan.

  10. ini kot yang orang selalu ckp2 al-ain tu.. xbaik klu upload gmbar anak kat socmed.
    nice story kak.. yg baik kita jadikn tauladan..

  11. pengalaman yg besar pengajarannya buat pembaca sis.
    selalu baca kat tips je knp x blh upload gambar anak yg masih kecik.
    semoga keluarga sis dilimpah dgn kasih syg selalu.

  12. Pernah dengar jugak sebelum ni pasal tak boleh upload gambar anak terutama umur masih 40 hari ke bawah. Nasib baiklah sy bukan jenis suka share gambar keluarga saya. setakat cerita – cerita ringan tu adalah..

  13. Gambar memang kene dengan cerita ! real story takkan nak cakap best lak kan ? tapi memang boleh jadi mcm ni ke ? macam2 da orang kite sekarang kalau nak buat jahat.

  14. Allahu.. Seorang ibu ni dia ada perasaan sense of belonging lebih-lebih lagi masa anak first. Orang lain pegang anak lama2 pun dia dah rasa jeles. Nak berkepit berpeluk je dengan anak tu. Bila anak menangis nakkan kita, takde pun rasa marah tapi rasa bangga bila diperlukan macam tu. Saya faham perasaan tu sebab saya pun seorang ibu. Puan ni kira kuat jugak la. 5 tahun bukan waktu yang singkat. Setiap hari selama 5 tahun craving for affection dari anak. Tapi kuat-kuat pun seorang perempuan, bila tiba bab anak hati jadi tisu. Semoga anak-anak kita semua dilindungi. Semoga yang berhasad tu diberi hidayah oleh Allah..

  15. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa serius sedih

    x dpt rasa kasih syg anak… bila dh besar pun still x dpt rapat sepenuhnya sb anak dh tbiasa rapat ngn suami

    harap u tabah ye dan teruskan berusaha rapatkan diri ngn anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.