NAUFAL.
Lama tidak menulis apa-apa log mistik gunung yang berlaku sehingga sesetengah yang telah berlaku mula dilupakan. Banyak yang sudah berlaku, berlapis-lapis di minda sehingga menenggelamkan yang sebelumnya. Terlebih dahulu maaf sebab tidak menyambung kisah Perhati Jin… sebab aku rasa kisah itu lebih elok kalau aku simpan sendiri. Jadi, kisah ini yang aku pilih untuk dikongsi… Macam biasa… kita hidangkan prolog terlebih dahulu.. Panjang… skip kalau mahu rugi.
Sebelum kisah Naufal ini ditulis, suka aku ingatkan di sini, bahawa aku sendiri ragu dengan apa yang aku nampak. Boleh jadi apa yang berlaku hanya halusinasi sendiri: skizo tanpa disedari. Cuma, apa yang aku saksikan, aku muntahkan di sini, kerana bagi aku ini sebahagian daripada pengalaman yang ada ibrah di dalamnya untuk ditabburkan. (Ayat Islamik lambakkan, nampaklah islamik sikit).
.
Dan, aku masih berpegang dengan pendapat ini : Manusia tidak boleh melihat alam jin yang sebenarnya. Apa yang manusia saksikan hanyalah pementasan yang jin itu tunjukkan kepada manusia. Kerana, Al Quran sendiri dalam Al-Araf ada menyatakan bahawa ..”Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak dapat melihatnya,”
Surah al-Jin pun dinyatakan jelas bahawa Allah tidak memperlihatkan alam ghaib kepada sesiapapun kecuali nabi dan rasul yang dikehendaki-Nya.
.
Jadi, mustahil bagi aku untuk melihat bagaimana alam jin yang sebenarnya. Again, ini mungkin hanya ilusi atau pementasan jin sahaja.
.
Pokok pangkalnya, kita kembalikan kepada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui dan semua yang berlaku di dunia ini adalah dengan Izin-Nya.
.
QS 6 : 50 (menyatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak mengetahui tentang alam ghaib melainkan yang dimaklumkan kepada baginda)
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”.
QS 7 : 27 (dimaktubkan bahawa manusia tidak dapat melihat syaitan, ditafsirkan bahawa turut merangkumi alam ghaib)
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Jelas?
.
Baiklah. Sekarang kita mulakan kisah Naufal.
Bertemu Naufal di Gunung Kebal
Gunung Kebal kali ini terasa agak berbeza daripada Trip-Trip Gunung Kebal sebelum ini. Mungkin trip kali ini selepas kejadian sesuatu yang besar di luar gunung sehingga memaksa aku kembali ke lembah kemurungan. Tidak mengapa, kita tinggalkan kisah itu, fokus kepada kisah Naufal.
.
Sebelum angkat sauh, aku pasakkan minda agar melihat sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini. Sebelum ini hanya fokus kepada sesuatu yang menakutkan sehingga nikmat mendaki gunung hilang. Kembali dipasakkan fahaman di minda, apa yang berlaku, Allah sudah tetapkan dan ini adalah salah satu cara Allah memperkenankan doa. Ini salah satu cara Allah menyampaikan pesanan agar tidak jauh daripadaNya. Berani berdepan dengan masalah. Setiap yang berlaku pasti ada izharnya.
.
1. Awal menapak masuk hutan, tidak ada yang janggal. Hanya olesan kaki dan deruan nafas yang semakin tidak padu memunggah beban. Sambil menapak, otak ligat mengimbas kembali penampakan-penampakan yang pernah muncul di Gunung Kebal sebelum-sebelum ini. Siapa tahu masih sama atau ada perubahan. Agak lama tidak menjejakkan kaki ke sini – sambil memberi salam kepada ummat Sulaiman ini, ditambah dengan salam-salam hutan yang pernah diajarkan oleh orang tua terdahulu (pawas).
- Air Terjun Kerang : Aman. Masih tidak ada apa-apa yang ganjil. Dalam hati, mungkin tidak ada dah kot. Ataupun mungkin air terjun ini masih rendah. Aku mengambil keputusan untuk tidak naik ke Air Terjun Kerang sebab malas; walaupun sebenarnya aku curious nak tahu kalau-kalau abang yang termenung di jeram Kerang itu masih ada di sana menungkan air-air yang deras mengalir itu. Dan aku ambil keputusan untuk pillowtalk dengan Jim, sambil cuba mengalihkan minda daripada berfikir tentang alam-alam yang mungkin hanya wujud dalam kotak minda aku sendiri. Ye lah! Aku pun tak mahu bongkak dalam hutan ini; acah-acah menjejak mereka. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, Alhamdulillah. Tenang sikit trekkingnya. Lalu, kita gunakan kembali jasad member seorang sebagai alasan untuk tidak berfikir tentang alam mereka ini.
- Bukit Taubat : Recall kembali apa yang ada sepanjang perjalanan mendaki bukit ini. Dulu, ada beberapa kelibat yang merangkak, berpaut dan bergayut. Tidak kurang yang tersengih. Ajaibnya. Kali ini, tidak ada. Tidak ada langsung! Oh, tapi ada beberapa ekor monyet yang sedang memerhatikan kami, dan monyet-monyet itu berlari ke hadapan. Lompat dari bahu ke bahu. Kali terakhir aku nampak, di bahu Rina, sebab aku pewai nak menapak laju, jadi duduk bersama geng sweeper. Membawang dan berkenalan, sambil layan lagu Sabyan.
Sebenarnya, aku agak teruja untuk sampai ke Permatang Taubat! Kali terakhir singgah di situ, ada seekor ular besar, berwarna hijau melilit pokok di hujung permatang tersebut. Bahagian hidungnya berwarna kuning. Sumpah cantik, hijau dan berkilat. Malangnya, setibanya tiba di sana, tidak ada langsung kelibat ular hijau tersebut. Hanya kawan-kawan sahaja yang bergelimpangan topup tenaga masing-masing. Tidak mengapalah, mungkin ular tersebut sudah berpindah tempat. - Kem B : Beza memang sangat berbeza. Tidak pernah aku rasa mencari seperti trip kali ini. Sebab tidak ada langsung yang singgah. Sehingga aku terfikir ; “Aku dah hilang power ke?” Haha. Walau bagaimanapun, syukurlah nak…. Tenang sikit trekkingnya. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku di luar gunung sebelum ini. Atau mungkin mereka semua sudah lari dari sini.
Benarlah. Jangan berlagak di dalam hutan. Setibanya di Kem B, lain pula ceritanya. Andai sebelum ini, hanya pokok-pokok sahaja yang kelihatan, di Kem B bermula kisah Naufal ini.
Semua line up yang sudah tiba sedang rajin memacak khemah masing-masing. Amir yang lebih awal sampai sudah memilih lokasi kami ; khemah tetap yang ada di Kem B itu. Okey lah tu. Tak perlu nak pasang fly. Cukup hampar ground sahaja. Aku tanggalkan beg dan kasut. Dan Tarik nafas. Dongak ke atas. Agak banyak sampah yang ditinggalkan di sini. Biasalah tu, Kem B. Memang transit sampah pendaki di sini. Squad MakCik Kantin memulakan kerja mereka. Aku mengambil peluang untuk berehat sambil menyalakan rokok sebatang dua. Aku duduk sebelah dapur, saja menyibuk dengan Jim masak sehingga akhirnya aku kena tempias minyak. Oh, ya! Sambil hisap rokok di situ, aku perhatikan satu persatu sampah yang ada di atas kami. Kisah sampah dan Gunung Kebal ini memberi satu kenangan yang menarik bagi aku. Sampah dan Gunung Kebal berbeza dengan gunung-gunung lain yang aku pernah naik. Di sini, seolah-olah ada satu spesies (sains terminolgi sangat! Nampaklah logic sikit ceritanya) yang suka dengan sampah ini. Dulu, mereka ini berjemaah kejar aku dari Air Terjun Tirai sehingga ke sini, gara-gara aku usung sampah paling banyak : rasanya itu kali terakhir aku jadi baik, offer diri bawa sampah!
.
Sampah plastik berwarna merah. Bermula dengan jari-jari runcing. Hanya ada empat tanpa ibu jari. Muncul di sebalik plastik sampah tersebut, dan diikuti oleh bahagian kepala. Ya, mereka! Mereka masih ada di sini. Spesies penggemar sampah aku gelarkan. Badan lonjong, hitam berbulu; telinga menjulang ke atas macam kucing, mulut muncung ke hadapan macam anjing (gigipun macam anjing); tangan pendek macam kanggaro, tetapi kuku tajam. Tidak berkaki, hanya terbang seperti asap. Mereka menghidu-hidu sampah yang ada. Setiap kali mereka menghela nafas , tampak khayal. Macam penagih dadah je aku tengok. Honestly, ini kali pertama aku perhatikan perbuatan mereka. Sebelum-sebelum ini aku hanya berlari dan tidak peduli. Sehinggalah akhirnya salah satu daripada mereka perasan sedang diperhatikan lalu menoleh memandang aku (mata hitam keseluruhannya; lebih kurang ada empat ekor kesemuanya. Kecik je saiznya. Lebih kurang kucing dewasa, Cuma badan sahaja yang panjang) – dan bila dia pandang, aku pun tak pandang, kemudian aku pilih untuk menyibuk dekat Tim sehingga insiden terkena minyak berlaku.
Di sini, Kak Jemah pewai. Dia meridap sebentar. Dan, ketika dia sedang meridap, seekor sedang bergantung ke arahnya. Kalau diikutkan hati, nak je aku menjerit! “Kau buat apa ooi! Orang penat tu. Jangan kacau!” Well, tapi macam gila dan drama kalau dilontarkan dialog itu secara zahir. Last2, aku keluarkan serban aku, tutup badan Kak Jemah. Padan muka kau! Tak nampak badan Kak Jemah dah!
.
Kejadian itu aku biarkan di situ, mungkin di situlah tempat mereka tinggal memandangkan banyak makanan mereka di situ. Aku pergi mandi dan sambung berkenalan dengan jiran kami. Kebetulan jiran comel…… sehingga malam menjelma! Naufal pun datang.
. - Malam di Kem B. Kami sedang menyediakan makan malam sambil menyalakan mood bawang masing-masing.
Malam di Kem B. Kami sedang menyediakan makan malam sambil menyalakan mood bawang masing-masing. Sedang rancak berbual, tiba-tiba telinga aku terdengar suara perempuan mengherdik; marah. Dengan pantas bulu tengkuk menjadi kejung dan badan agak kaku. Suara itu kedengaran jauh dan sayup. Orang kata, kalau terdengar jauh, maksudnya mereka dekat. Menjadi manusia yang macam aku ini, yang selalu ragu dengan apa yang aku hadapi saat ini… Aku sangatlah tidak yakin bahawasanya itu adalah suara dari alam sebelah. Dan.. Aku sebenarnya menghadapi kesukaran untuk membezakan bunyi daripada alam sebelah atau alam biasa. Hendak ditanya secara kuat, takut mencetuskan ketakutan. Cadangnya, ditanya kepada Kak Jemah dan Jim. Tetapi, ketika itu Kak Jemah sedang didampingi oleh spesies sampah yang tinggal di atas kami saat itu. Lagipun, aku tak tahu sejauh mana kuatnya dalaman Kak Jemah. Jadi aku memilih untuk berbisik kepada Jim. Kalau-kalau dia turut terdengar suara perempuan menjerit itu ; Jim kata tidak ada! Ah, sudah! Maksudnya suara itu memang dari alam mereka. Aku ambil masa untuk berdiam sebentar, untuk memberi peluang kepada otak untuk mencari alasan untuk menormalkan suara jeritan tersebut. Dari arah khemah jiran. Pandangan dilemparkan ke sana. Mereka sedang berkerumun dan bergelak ketawa. Aku angkat kaki ke sana untuk mencari jejak normal yang boleh dikaitkan dengan kejadian tadi.
.
Jiran sedang bermain teka lagu. “Oh, mungkin tadi suara tu dari telefon mereka ni kot!” Jadi aku meminta untuk ulang semula lagu-lagu yang mereka mainkan. Semua lagu P. Ramlee. Tidak ada satupun lagu yang menjerit. Lagu P. Ramlee kot.. Semua mendayu-dayu… Jiwa sastera betul Jiran ni. Dan aku ambil kesimpulan memanglah suara menjerit itu daripada alam sebelah! Asalkan bukan suara Maya Pelayar (Baca Undangan Bunian dalam Hutan) … Aku tidak kisah. Sebab aku yakin mereka yang tinggal di Gunung Kebal ini lebih sopan berbanding Gunung Angin.
Malam masih muda… Dalam perkiraan aku… Baru sahaja masuk Isyak. Kedengaran suara budak lelaki menangis, di sebalik semak belakang khemah kami. Bunyi pipi ditampar dan raungan budak lelaki itu menangis.
.
Diselangi suara perempuan mengherdik, marah-marah. Garau. Aku tak faham bahasa apa yang mereka tuturkan. Sambil menyuap makanan ke dalam mulut, sambil bersembang dengan kawan-kawan, sambil itu jugalah minda sedang bekerja untuk memahami apa yang diujarkan oleh perempuan tersebut. Nada suaranya berubah, daripada marah kepada sayu dan akhirnya ikut menangis bersama budak lelaki tadi. (Hanya suara, tanpa jasad. Suara itu datang dari sebalik semak).
.
Amir tiba-tiba masuk! Buat pengumuman tentang pergerakan esok. Sebaik sahaja Amir mula bersuara, suara tangisan kedua-dua mereka hilang!
.
Amir maklumkan perubahan route Kebal menjadi Kelab (Untuk sampai ke Air Terjun Tirai ini.. ada dua jenis laluan boleh digunakan.. Kebal atau Kelab), dan… Tiba-tiba suara budak lelaki tadi kedengaran, kali ini sangat girang. Aku mula rasa tidak sedap hati. Segera menyusul Amir, meminta kepastian dan alasan kenapa tukar route.
.
Di khemah Kak Aini, sebelah sungai, ada balak di situ. Dan di atas balak itu, bertenggek (duduk mencangkung) seorang budak lelaki, rambut tempurung separas dahi, tidak berbaju; melambai-lambai sambil tersenyum menampakkan baris giginya yang rata. (Sungai gelap, tetapi masih boleh nampak setiap inci muka budak tersebut ; mereka ini glow in the dark ke apa depa ni?).
.
Rasa di hati, hendak dibalas lambaian dan senyuman tersebut, tetapi dia menakutkan. Jadi kita abaikan. Kembali ke tapak perkhemahan sendiri, masuk hammock, tidurr……
6. Kem B. Pukul 2 pagi. Ulah tidur awal dan sejuk. Haus. Nabil bangun. Aku pi minum air, dan spesies yang ada di atas khemah tidak ada kelihatan. Seluruh Campsite terlihat tenang, semua tertidur lena.
.
Rasa nak kencing, lalu mengatur langkah ke pinggir sungai – sambil mata melirik melihat balak di tengah sungai ; kalau-kalau budak lelaki itu masih ada. (Kosong)
.
Saat menikmati nikmat buang toksin dalam badan, mata memandang ke seberang sungai. (Orang dah pesan, mata jangan melilau. Fokus kencing sudahlahhhhh). Di seberang sungai (sebelah jambatan) ada seorang akak sedang berdiri memerhati ; hareeyyy akak ni nak tengok bebird aku ke apa?
.
Akak itu. Tidak pakai tudung, rambut lepas bahu, mata hitam. Pakaian serba putih, tidak ada kaki, wujudnya macam telus (ubur-ubur putih ; bayangkan sundal bolong tapi samar-samar).
.
Aku lepaskan nafas berat je la. Sambil tunduk…. Dan kain Pelikat aku terasa ditarik-tarik dari belakang, nasib baik toksin selesai dikeluarkan, jadi kita minta izin dengan alam, minta daun untuk istinjak. Bila pusing ke belakang, budak lelaki yang bertenggek di pinggir balak tadi sedang bertenggek di belakang aku; senyum. (Kau ingat kau comel? Seram okey!)
.
Macam biasa, aku abaikan dan kembali menuju ke hammock sendiri. Budak lelaki itu ikut. Merangkak-rangkak dengan laju ; melanggar khemah malim dan berhenti di sebelah hammock Amir. Dia mendongak ke atas, slow – slow merangkak bawah hammock sambil kepalanya masih mendongak pandang hammock Amir (hammock itu kosong, rasanya tiada sesiapa yang tidur di situ). Kemudian, berhenti di sebelah khemah. Tidak masuk ke dalam. Dia hanya perhatikan Nabil sedang tidur. Agak lama termenung di situ….. Sehingga akhirnya melompat masuk ke dalam semak selepas angin kuat bertiup seketika.
Keesokan paginya. Perjalanan daripada Kem B ke Sungai Bengap tidak ada apa2 anomali kelihatan. Hanya menapak sambil bergurau senda dengan line up. Hatta kelibat gentayan pada pokok pun tidak ada ada. Cuma sekali-sekala terdengar suara gelak tawa budak lelaki dibawa angin. Awat Kebal kali ini sangat tenang?
.
7. Sungai Bengap. Aku pilih untuk turun di laluan landai ke area sungai bangang. Jambatan yang mengunjur ke udara masih ada di situ. Hanya jambatan yang tidak ada penghujungnya. Jambatan terapung, diperbuat daripada kayu-kayu putih, tersembunyi di belakang batu. Aku syak, di hujung jambatan itu, ada satu rumah atau istana. Entah. Masih tidak ada di pandang mata. (Oh, ya! Jambatan ini port untuk orang berak di sini. Jadi, maybe di hujung jambatan itu tandas.)
Tiba di kawasan batu2 menghadap sungai Bengap. Aku memang sudah berniat untuk tidak mandi sebab malas nak hadap trek-trek pacak dalam keadaan basah selepas itu. Sekadar memerhatikan kawan-kawan yang tiruk sakan. Di pangkal Sungai Bengap…. Ada satu ruang sungai yang agak sempit. Di atas batu sungai itu, seorang akak; mengenakan pakaian putih, rambut mengurai ke bahu, dengan telinga yang agak capang (terselit keluar dari rambutnya) sedang duduk membasahkan kaki. Jadi, rasanya kawan-kawan aku sedang mandi air kaki kakak tersebut. Dan kulit akak tersebut berwarna kuning seperti kuningnya lumut Bengap.
.
Amir mendekati akak tersebut (ya, Amir tak nampak akak itu ada di situ). Akak itu menoleh ke arah Amir. Pandang je la. Tidak ada garit senyuman. Sekadar pandangan mata yang tajam sahaja. Hidungnya agak mancung dengan bibir yang kecil. So, hodoh! Lama juga akak itu termenung di situ sehingga muncul anjing besar berwarna perang di belakangnya, kemudian menggigit tengkuk akak tersebut dan membawa akak itu lari dari situ. (gigit macam mana? Macam ibu kucing menggigit tengkuk anaknya).
.
Selesai di Sungai Bengap, kami meneruskan langkah ke Langsir. Layan pacak dan pewai. Biasanya, ketika ontrek, akan ada beberapa kawan yang ditumpangi oleh mereka, tetapi kali ini… Beza gila trip Kebal ini. Deep inside, aku betul-betul berharap ini tanda bahawa apa yang aku lalui ini kian berkurang. Dan lebih elok jika berakhir. Tetapi, tiba-tiba terbit pula bisikan, rugilah…tidak semua orang ada pengalaman macam ini.
.
Baiklah. Sekarang kita teruskan cerita bagaimana aku kenal dengan Naufal. Sungguhpun dalam trip ini aku boleh rasa lebih tenang berbanding yang sebelum ini, tetiba aku rasa aku telah melakukan kesalahan yang pernah aku lakukan di Trans Jela… dahulu. Pernah ada yang memaklumkan seperti ini kepada aku;-
i. Mereka hendak mencuri iman kamu.
ii. Mereka hendak test power.
iii. Mereka hendak menjadi kawan kamu.
iv. Kau buat mereka marah!
Ini antara ujaran yang selalu diberikan oleh beberapa orang rakan yang saya pilih untuk menjadi rujukan akan hal-hal tidak lazim ini. Dan semua mereka selalu memberi pesan yang sama. Jangan bersembang dengan mereka! Kalau kau mula bersembang dengan mereka, indirectly kau setuju mereka dekat dengan kau. Dan dalam trip ini, kali kedua aku melanggar pesanan ini. Semuanya kerana Naufal.
- Air Terjun Tirai : 250 meter sebelum tiba di Tirai. Ada satu papan tanda yang menunjukkan jarak. Dan budak lelaki yang sedang menyeramkan itu sedang duduk di atas papan tanda tersebut. Aku sempat terkejut melihatnya yang tiba-tiba muncul di atas papan tanda tersebut sebaik sahaja aku terpandang papan tanda itu. Dia tersenyum, mesra. Ketika ini, aku terdetik sedikit, comel juga budak ni walau hodoh. Dibiarkan dia di situ dengan senyumannya kerana aku sendiri sudah tidak sabar sampai di Tirai.
- Air Terjun Tirai: Layan View. Layan view adalah kod yang digunakan untuk “Aku mahu berak di air terjun Tirai. Jadi jangan datang sana… nanti kau akan nampak tahi aku!” Aku melepasi kawasan larangan view point Tirai (selepas bendera kedua), melepasi kawasan bongkah batu yang besar. Tiba-tiba muncul dari dalam batu perempuan (boleh tahan cantiklah), pakai baju kurung warna perang cair, kepalanya ditutup dengan kain batik bercorak bunga merah. Bibir dia tak merah, tak gelap. Biasa je.
“Nampak Naufal?” dia tanya. Terkejut bukan kepalang, hampir tergelincir. Nasib baik bukan di atas batuan yang licin. Spontan aku menyumpah diri sendiri sebab tidak mengajak sesiapa layan view. Aku siap bagi amaran jangan ada sesiapa pergi sana layan view bersama. Awalnya, aku tidak pedulikan perempuan tersebut. (Oh, ya! Perempuan ini bukan kali pertama aku nampak di Air Terjun Tirai ini. Perempuan inilah yang selalu mandi di kolam hujung Air Terjun ini. Jangan risau, dia mandi pakai baju; bukan macam Lata di Gunung Sultan).
Aku abaikan, dan teruskan berjalan. Dia muncul di hadapan aku, tanya soalan yang sama. Kali ini aku sempat berlawanan mata dengan dia, sehingga akhirnya aku memilih untuk panjat batu bersemak. Sampai di atas batu tersebut, aku sempat menoleh ke belakang, tengok kalau perempuan itu masih ada. Tiada. Okey lah, aku boleh teruskan hajat layan view. Cari-cari port yang sesuai, tidak ada, sehinggalah akhirnya aku sampai di hujung air terjun. Gayat! Sebab tidak jumpa lokasi yang sesuai untuk layan view, aku duduk sebentar. Perempuan itu muncul semula di sebelah aku. Matanya memandang ke hadapan (layan view bersama). “Kalau nampak Naufal, suruh dia balik!” Aku abaikan.
Dan dia tunduk. Kepala dia dekatkan ke telinga.
“Suruh dia balik! Pandang belakang,” ujarnya. Selepas itu dia hilang. Senyap seketika. Kali ini aku betul-betul layan view ni. Tengok bukit-bukau dan awan. Benda ni belum berakhir, harapnya berkurang.
Tidak mengapalah, mungkin masih ada yang aku perlu pelajari dan insafi dalam kejadian ini. Yang penting aku jangan takut dan tunduk dengan mereka. Pegang iman sendiri, sebab mereka sedang cuba mencuri iman (seperti yang seorang rakan maklumkan sebelum ini; make senselah. Iman is the key to heaven. Tanpa iman, neraka jawabnya. Dan mereka ini adalah mereka yang sedang bersekongkol dengan Syaitan untuk menyesatkan Penyembah Allah).
Dan.
Aku pandang belakang (sebab nak uji tahap keberanian diri sendiri). Oh, ada batu yang sesuai untuk layan view. Dalam hati, aku ucap terima kasih… dan istighfar. Ah, pedulilah. Aku layan view dulu.
Selesai. Layan view dengan aman walau hati risau ada yang mengintai. Aku menapak semula ke atas. Sampai di kawasan bendera kedua, aku rehat sebentar, ambil nafas, pandang ke arah kawasan khemah Kak Aini. Tiba-tiba terpandang budak lelaki yang agak comel itu sedang baring di belakang batu (yang bersebelahan dengan alir air, dan di kawasan batu ini dapat line). Dia sedang meletakkan jarinya di bibir, beri isyarat senyap, sambil pandang aku. Di sini, aku jadi berbelah bahagi. (Stand: jangan tunduk, jangan patuh dengan permintaan mereka). Perempuan tadi; minta aku suruh budak ni balik kalau aku nampak dia. Budak ni; minta aku diam. Jadi macam mana ni? Lantaklah. Malas aku nak ambil tahu tentang mereka. Dan aku pun teruskan melangkah sehingga terjumpa jiran kami, Nasir.
Aku tanya Nasir dia hendak ke mana? Dia pun nak layan view. Ouh, Okey. (Harapnya, hasil layan view aku tadi sudah sampai ke kaki air terjun). Saat Nasir menapak turun ke bawah, budak lelaki yang tadinya baring mula duduk dan sedia untuk merangkak. Aku biarkan. Lantak kau lah.
Aku sampai di atas, toleh ke belakang. Nasir sudah sampai di kawasan kolam hujung air terjun. Dan budak tadi sedang merangkak dan melompat dengan laju menuju tepat ke arah Nasir.
Oh, dem! Ketika ini aku mula berfikir bukan-bukan. Budak tu nak tolak Nasir ke? Di dalam hati, aku berkata, ‘Jangan kau apa-apakan dia Naufal. Kalau tak, aku bagitau kakak mu!’ Semacam dengar, budak lelaki tadi berhenti merangkak, dan menoleh ke belakang- pandang aku. Dia jelirkan lidah macam mengejek. Budak sangat. Lidah dia panjang dan tirus di hujung. Hujung lidahnya sedikit bercabang. Kemudian dia teruskan lompatan dan rangkaknya. Apa lagi, aku jeritlah panggil Nasir. Bagitau dia jangan lama sangat! Usai menjerit dengan kuat itu, tiba-tiba budak lelaki tadi terus hilang. Settle. Aku kembali ke kawasan khemah kami.
. - Air Terjun Tirai : Main G7. Sebenarnya. Naufal dan Perempuan berkerudung kain batik itu sudah ada di sekitar khemah kami sejak maghrib lagi (mereka muncul selepas Affan dan Izat pulang daripada bermain seruling mungkin di air terjun). Naufal banyak bermain di atas pokok, sedangkan Perempuan itu asyik mendayu-dayu di atas batu yang terletak di tengah-tengah Sungai. Dia abaikan setiap manusia yang melintasinya. Dari arahnya, kedengaran suara humming. Sedap di dengar, tetapi sebab datangnya daripada dia, seram jadinya. Matanya dibiarkan tutup rapat.
Ketika bermain G7, Naufal turun dari pokok, dan hinggap di atas bahu Nasir. Dia duduk lama di situ, sambil ikut sekali melihat daun terup Nasir. Kami tergelak, dia tergelak, tanpa suara. Hanya mulutnya sahaja terbuka menampakkan lidahnya terlompat-lompat ke atas dan bawah. Kadang-kadang dia ubah posisi, peluk Nasir dari belakang. Duduk di tubuh Nasir sehingga akhirnya Nasir keluar daripada permainan. Naufal pun berlalu bersama Nasir.
.
Esoknya.
Naufal masih bersama Nasir. Dia hanya tinggalkan Nasrul apabila tiba di Permatang Taubat. - Menuju Puncak Kebal. Pendakian yang mencabar. Selain daripada Naufal yang hinggap di bahu Nasir, tidak ada apa-apa yang janggal sehinggalah kami tiba di kawasan sungai sebelum menghampiri kawasan pacak Kebal (selepas Jeram Pipit). Di atas sungai itu, beberapa ekor buaya hitam agak bersisik sedang mendamparkan dirinya. Di sini… Fatimah terpijak tangan salah satu buaya yang ada sehingga akhirnya dia tergelincir. Aku hanya tanya kalau telefon dia selamat, kemudian biarkan. Sebab buaya tadi macam mula terjaga daripada damparannya. Lagipun Fatimah selamat. Biarkanlah.
Di kawasan pacak, aku mendahului beberapa orang sehingga akhirnya aku penat layan pacak dan duduk rehat sehingga terserempak dengan dengan seorang lelaki tua yang penuh janggut coklat sedang berjalan di dalam semak. Dia berhenti sebaik sahaja nampak aku sedang duduk di atas trek yang pacak itu. (Bila aku nampak pak cik ni, aku berbisik dalam hati ‘pergi mana pulak pak cik ni?’) Dia berhenti untuk memberi jawapan “cari makan” sambil senyum. Kemudian teruskan berjalan. Farhana sampai dalam keadaan sakit. Pak Cik tadi sedang menghidu-hidu badan Mursyid. (Pak cik ini bersama Mursyid, dan hanya hilang dari pandangan aku bila sampai di Kem Balak). Hurmmmm… Kau bawa apa ni Mursyid ooi! Aku sempat menyembang dengan mereka, katanya Farhana kena senggugut. Agaknya ini makanan dimaksudkan. - Puncak Kebal. Ramai dan banyak. Ada yang melingkar, ada yang menjalar, ada yang membelit. Ada yang bertenggek dan tidak kurang yang baring limpang atas tanah. Puncak Kebal semacam pesta. Selagi mana mereka tidak memudaratkan, selagi itulah… biar je lah. Selesai bergambar, aku bawa diri ke Taman Bonsai.
- Permatang Taubat : Menurun. Apa yang aku cari ketika menaik tadi, aku jumpa. Ular hijau yang melingkar, membelit pokok menjulang ke udara. Ular cantik yang berwarna hijau ini. Aku ambil posisi untuk rehat di sini bersebelahan pokok yang dibelit oleh ular tersebut. Dia masih cantik macam dulu. Masih kejap seperti akar pokok. Sambil menanti rakan-rakan yang sedang menuruni Taubat, aku perhatikan. Sepanjang mengalami pengalaman ini, inilah kali pertama memerhatikan jelmaan ular yang besar dan cantik seperti ini. Dan tiba-tiba ular itu bergerak. Masih membelit pokok, menyusur ke atas, sehingga kepalanya hilang dari pandangan. Dia menyanyi. Mendayu dan sendu.
Diusir payang anak terbuang, Kecundang sayang hatinya walang. Indah nian istana hutan. Ditinggal sayang didiam haram.
.
Syair, irama syair yang aku tidak pernah dengar. Berulang-ulang. Kuat terdengar seperti dengar lagu pakai earphone. Senyap, apabila ular itu hilang dari pandangan. Lagu selamat tinggal ke? Aku cuba ingat bait-bait lagu yang berdendang tadi. Mungkin sebanyak lima kali diulang. Sedih pula rasa hati bila diamati…… dan Kak Jemah sampai, bersama Nabil. Kak Jemah nampak sangat penat, katanya kakinya sakit. Aku syak ada sesuatu yang ikut sama (based on pengalaman sebelum ini, biasanya sakit dalam hutan ada kaitan dengan genggaman mereka). Tetapi, tidak ada apa-apa yang hadir berdekatan dengan Kak Jemah! (Kecuali ketika kami sudah sampai di Sungai Y).
.
Penghujung kembara. Alhamdulillah… tiada apa-apa yang bahaya berlaku. Kami, masing-masing selamat. Naufal dan yang lain-lain tinggal di dalam hutan Kebal… Walaupun masih ada beberapa yang mengikuti kami. Tetapi.. ini kisah Naufal.. jadi kita fokus kepada storyline Naufal sudahlaaa..
.
Naufal.
Macam Arnab. Macam Serigala.
Tampak hodoh. Lagak comel.
Meragukan. Mungkin menyesatkan!
.
.
Yang pastinya, Kisah Naufal di Gunung Kebal ini sangat pelik bagi aku, sehingga saat ini aku sedang cuba untuk memahami apa yang ada di sebalik kisah Naufal ini. Benarlah kata orang, setiap kunjungan tidak akan pernah sama. Pasti ada yang baru.
Ini yang aku belajar dan cuba amalkan. Everyday is a new day! Be Excited with what might happen.
.
Dan, perlu ditekankan sekali lagi, sejauhmana benarnya keadaan alam sebelah di Gunung Kebal aku tidak yakin adalah seperti apa yang aku nampak dan tulis di sini. Ditekankan sekali lagi, TIDAK ADA MANUSIA BIASA YANG DAPAT MELIHAT ALAM GHAIB YANG SEBENARNYA. Yang ada, hanya hasil-hasil tangan dan pementasan mereka sahaja. Tujuan cerita ini ditulis… hell yeah! Ini pengalaman aku kot! Aku suka rekodkan apa yang aku alami, sebab bagi aku ini ilmu, dan dalam sini ada pesan-pesan yang aku yakin Allah cuba sampaikan.
.
Allahu’alam.
cite panjang, tp kisah naufal sikit je.
Kalau bukan alam jin kira jin ni pakai props yang sama ke?
tak lalu nk bace smpi abes. meleret2. BOSAN
boleh baran sbnrnye baca ko nye karangan ni..xyah nak ber ala2 lagak penulis la…citer cara santai dah la..
Nak baca..baca..tak nk baca x yah baca..bodoh..dia menulis kt sini bukan berbayar pun..
Teruslan menulis tuan…sya suka kisah sebegini..pedulikan mulut² longkang diatas..mereka umpama makhluk pemakan sampah di hutan kebal..kipidap..sambung lgi…
kepala bapak kau mulut longkang…yg bodoh tu kau..dia tulis berbayar ke x berbayar ke..aku ada hak nak mengkritik…
“Teruslan menulis tuan…sya suka kisah sebegini.” —–kononnye nak tunjuk yg diri tu pun berjiwa seni la tu..kah kah kah
Makhluk pemakan sampah mmg cam bagus..ni ruangan anta cerita..ko nk kritik pegi kritik jubo mak ko yg berkulat mcm ko tu..kahkahkah
baik aku korek jubo mak ko
Daeng….lame xdgr crite….
aku suka cerita-cerita yang kau karang…dah lama menunggu cerita baru..n yeahh akhirnya ade jugak walaupun 1 jaa…
#akuyangsetiasupportpenulisankaubro!
emm sorry tapi mcm kurang menarik. jadi mcm bosan. mungkin cara penyampaian cerita kott. maaf..
meleret, klimaks cerita pun x sampai…nasib baca komen dulu..
Best tpi kenape psl Naufal sikit je?
Wah.. aku baru follow FS. Ni 1st time aku baca pengalaman org yg boleh nampak alam tu. Bagusnya, aku rasa aku setuju jgk yg mana boleh nampak tu cuma nampak ilusi @ pementasan/ apa2 yg pnduduk alam sana nak nampakkan.
bro, serious mula-mula aku mcm tak faham lngsung apa yg kau cuba sampaikan. lama-lama aku cuba baca dgn minda terbuka dan sudut berbeza, baru aku faham. nce story & aku suka gila cara kau jelaskan satu persatu kau nampak. agaknya ini lah situasi bg mereka yg boleh nampak benda ghaib. teruskan mengarang bro. serious best!
saya suka cara penceritaan penulis. lain dari lain. best je baca walaupun bukan jenis yg santai.
respectla kisah2 & penceritaan orang. tak suka, bukakla cerita lain. kenapala suka condenm? ni ruang bebas & x terikat dengan peraturan tertentu. bukan semua orang boleh mengarang mcm penulis ni. pembaca kan ramai, taste pun berbeza. chill la~
Kan lebih baik kalau bagitahu betul2 kat mana. Tak boleh nak hayati sebab nama tempat tu dah ditukar. G7, main apa G7? G7 kan gunung2 di banjaran titiwangsa yg melebihi 7000kaki.
Jiwa kental btul penulis ni…semoga dlm lindu ngan-Nya sentiasa….aamiinnnn
Karya awk lain daripada y lain..Berbeza cara penyampain apapn best..
😴 Laaa .. Da abes ke?😱smbg tido blk😴😴😴
Aku follow bro ni dari kisah awal dia lg. Tapi lagi best ceritanya kalau tuka yg meleret2 tu jadikan cerita pasal makhluk2 tu. Cth mcm mana ko tahu nama dia naufal. Haha.
Penat lah baca kisah kau ni. Berat benor..nanti lah smbung bca lagi
best cerita awak.suka susunan 1,2,3. pada akak.tak meleret pun.mudah faham.sebab banyak tempat dan kisah.semoga menjadi pengajaran untuk semua berhati-hati dan meningkatkan iman masing-masing.
teruskan kongsi cerita awak ye.
Selalunya..
org yg ske adventure ni nmpk je ganas..sado..kasar sebab lasak masuk hutan bagai..tp jgn tkjut, jiwa diorg ni penuh seni. tu sbb dia suka explore gunung ganang..hutan..cari ktenangan..jiwa diorg dekat dgn alam.untung yg boleh nmpk alam satu lagi. n lg beruntung bila tahu cara2 nak handle, nak kawal emosi bila tjumpa.
Akak mmg impress ngn org yg ske aktiviti lasak mcmni walaupun xpnh join venture, tp teruja dgr pglmn mcm korang ni.teruskn mnulis.best
Best sgt baca.! Lama tertunggu tunggu tulisan dr PB. Ceritalah lagi.
Apa kejadian besar yg bawa kemurungan pada PB tu. Nak tahu gak..akak tggu cerita seterusnya..teruskan berkongsi ya☺
serius bro…ad ke nme2 tmpt yg cam perkataan yg menghina ni?