Assalamualaikum, first of all. Ceh wahh¬ mengadanya. Haha. Aku sebenarnya minat sangat dengan cerita seram mistik dan yang sewaktu dengannya. Selalu beli buku yg seram tu dulu masa kecil. Aku dah lupalah apa nama buku tu. Ok kita lupakan pasal buku tu tak penting sangat. Cerita yang nak beritahu ni lagi penting.
Aku tiba-tiba terbuka hati nak menulis dan bercerita tentang apa yang pernah aku alami masa duduk dekat asrama dulu. Ini pertama kali aku nak berkongsi cerita seram kat Fiksyen Shasha ni aku tak pasti seram ke tak, kamu baca sendirlah. Tapi tolong jangan kecam aku ye kalau cerita aku ni tak seram atau menakutkan. Kalau cerita ni dipublishkan aku berterima kasih sangat-sangat. Ok lets start…
Masa tu aku tinggal asrama. Dari tingkatan 2 hinggalah habis STPM. Masa tinggal kat sana macam-macam benda mistik berlaku kat aku. Cuma aku tak berapa nak peduli sangat. Sebab aku ada banyak benda nak kena fakir iaitu ‘MASA DEPAN’ walaupun sekarang taklah secerah mana. Aku ni memangnya seorang yang penakut tapi tak penakut sangat. Suam-suam kukulah katakan.
Dipendekkan cerita masa kejadian tu belaku aku sudah berada di tingkatan 4. Aku mendaftar lewat masuk asrama. Seminggu lambat dari pelajar yang lain jadi aku dapat bilik yang sememangnya hujung-hujung yang tak ramai penguni. Sebab kenapa aku lambat daftar masa itu, kerana aku merupakan golongan baik yang tak pernah buat kes ( kata lawannya ) disebabkan aku terlalu baik itulah yang mendaftar lewat ( aku harap korg fahamlah maksud aku tu ) asrama aku ni ada 3 bangunan je kiri dan kanan dan tengah. 2 tingkat je. Satu bangunan aspura kat sebelah kiri dan satu bangunan lg aspuri sebelah kanan kat tengah-tengah pula merupakan office warden yg terletak kat bawah yang kat atas tu pula bilik untuk penginap.
Kebiasannya asal ada apa-apa pertandingan diadakan kat sini. Sekolah yg jauh-jauh tu akan menumpang kat asrama kitaorg ni. Bilik aspura ada 9 bilik je kat tingkat 1. Aspuri pula ada 12 bilik. Atas bawah. Jadi korg da blh teka la berapa ramai pljr perempuan yang tinggal kat asrama tu dan berapa ketul je pljr lelaki yg ada kat situ. Asrama perempuan ni dulunya kat tmpt bangunan aspura tapi bnyk kes tak best jadi, itulah pasal kena pindah kat bangunan sebelah yg asalnya tmpt utk pelajar aspura. Depan aspuri tu pula dewan makan. Belakang aspuri bangunan kelas untuk sekolah perempuan. Depan aspura pula surau sekolah. Surau tu bergabung dengan bangunan form 4.
Paling tak best lagi asrama kita org dipisahkan dengan pagar je dgn sekolah perempuan kat sebelah tu. Kalau korg berseluar pendek atau berseksi semestinya org yang ada disebelah tu akan nampak. Tapi semua budak asrama masa tu bebal tak peduli. Sebab tak peduli, pelajar perempuan kot lain la kalau aspura. Aspuri ni ada beberapa bilik yg dikatakan keras oleh org dulu-dulu ( alumni ). Antaranya ialah Bilik 1, bilik 4, bilik 9, & paling last bilik 11 bilik.. Bilik 11 ni la yg aku dapat dan aku kena habiskan hampir 10 bulan kat sini tolak cuti sekolah dan balik bermalam. Hahaha nak taknak kenalah redah daripada dpt bilik 9. Sumpah aku keluar asrama terus tinggal kat luar kalau dapat bilik 9 tu. Taknak aku bilik tu. Berpuaka…..
Sebenarnya setiap bilik yang ada masa tu, ada ceritanya tersendiri tapi aku akan ceritakan pasal bilik 11 ni dahulu. Bagi akulahkan setiap bilik yang ada semua menyeramkan kat asrama tu semua da penghuni aka ‘makluk tu’. Sebab kenapa aku cakap macam tu aku Nampak sendiri. Aku ni dikatakan ada ‘sixty sense’ taklah sangat cuma benda tu datang tanpa diduga. Dan bila aku nampak benda tu ada bendalah yang tak baiklaj yang akan terjadi kat asrama tu.
ONCALL TENGAH MALAM
Masa tu 2010, aku form 4. Dalam bilik tu ada 8 katil dan 8 loker. Loker kitaorg masih lagi loker kayu. Belum ada bajet nak tukar ke besi. Kitaorg 8 orang dalam bilik tu. 2 orang kakak darir aku & 3 org seumur aku dan 2 orang lagi adik dari aku yang belajar disekolah petang. Pertama kali jejak kaki kat bilik aku dah tak sedap hati. Tapi aku tepis semua perasaan tu sebab ibu pesan kalau kita layan benda tu, dia makin suka. Sepanjang aku tinggal kat sana Alhamdulillah takda apapa yang buruk jadi kat aku cuma yang biasa-biasa saja. Yalah kadang benda ni buat bunyi geselan, hentakan, ketukan dan mcam-macam. Benda tu suka kacau-kacau sebab nak kitaorg tahu yang dia pun ada kat sana dalam asrama tu ( mcm aku nak tahu sgt ) tapi benda tu taklah teruk sangat daripada kes kakak berdua tu. Si kak F dan Kak T ni biarlah aku rahsiakan nama dorang takut korg knl pula. Takda masalah juga kalau korg kenal tapi ‘privasi’lah katakan. Sebelum kejadian kak F dan kak T ni kawan aku yg seumur dengan aku tu kena dulu. Masa tu asrama kitaorg tak dibenarkan bawa ‘phone’ tapi dorg mana nak dengan dorg bawa juga. Di jadikan cerita. Malam tu kawan aku ni ber ’oncall’ sampai ke subuh dengan boyfriend dia. Kejadian tu jadi dalam 2.30am ketika semua orang sudah tio#dur. Cuam dia saja yang tak tidur sebab tengah dia sibuk oncall dengan bf dia. Masa sibuk oncall dia terdengar bunyi macam org tengah mengesel sesuatu kat lantai tu luar bilik tu. Jadi dia dengan beraninya selaklah langsir kat tepi sebelah kiri nak tengok apa benda tu. Ohh ya lupa nak bagitahu, katil kiraorg masa tu kiaorg ubh ikut cita rasa sendiri. Katil aku kat bawah dekat ngam pintu dan tingkap sebab kenapa aku nak kat sana ada lampu. Aku tak berapa suka sangat dan biasa tidur gelap sangat. Kawan tu pula kat atas aku. Diselak langsir tu takda org. Jadi dia sambunglah balik oncall dengan bf dia. Aku tak tahulah apa yg dorg bualkan hingga ke subuh. Bagi aku tidur itu lebih penting sebab esok ada kelas dan kena bangun awal. Tak lama kemudian dia mendengar seperti ada yang mengetuk tingkap yang hadapan dengan katil kawan ku yang lagi satu. Yang membuatnya bertambah pelik tingkap tu takda beranda. Kawan aku ni memang berani punya orang tak takut langsung. Dia bangun dan tengok kat luar tu. Mula dia selak langsir takda apapa dia macama tergerak nak tengok kat bawah tu ada pula kakak comel berambut panjang dengan baju putih tu berdiri tepacak kat luar sana sambil melihat kearah kawan aku tu. Kawan aku apa lagi tak ambil masa lama dia terus je tutup langsir tu naik semula ke katil dia dan tidur. Tak oncall lagi. Korg nak ke ber oncall lagi kalau dah nampak benda tu? Memang taklah kalau aku. Yang teruknya lagi, benda tu tak berhenti kat sana. Benda tu terus menganggu kawan aku. Ingat senang saja makluk tuhan paling seksi tu nak bagi dia tidur lena mlm tu. Tak semudah itu. Kawan aku terus-terus diganggu. Kawan aku dah nak terlelap tidur. Makin kuat bunyi yang makluk tu buat. Benda tu ketuk tingkap tu dengan lebih kuat. Nasib tingkap tu tetutup dengan langsir kalau tak. Aku tak tahu la nak cakap apa. Kawan aku terus baca doa yg dia ingat tu berulang kali. Nasib jg bilik kami sdh dipagar sebab masa tu ada benda lain yang jadi. Dia baca doa tu sampailah bunyi tu takda. Esok pagi tu masa tengah ‘breakfast’ kat dewan dia cerita kat kitaorg. Sebab tulah aku tahu yang kawan aku kena kacau, kalau dia tak cerita taknya aku tahu yg dia kena kacau malam tu. Mungkin makluk tu nak bg dia ‘warning’ sebab bergayut sampai ke subuh dan mengantuk kat kelas. Tapi syukurla kawan aku takapapa tak demam ke kena rasuk ke. Kalau benda tu jadi aku hanya mampu kesian sebab benda tu dia yg minta.
( CERITA KAK F & KAK T )
benda ni takda kaitan dgn bilik 11
Kakak berdua ni junior aku kat asrama tu. Sebenarnya dalam bilik tu aku la yg paling lama tinggal kat asrama. Sebab tulah bnyk benda da aku nampak dan dgr kat asrama tu.
Kak F & Kak T tu sbnrnya satu umur dan sekelas. Kemana saja berdua. Kak T ni sebenarnya non muslim tapi masuk islam masa dia tingkatan 5. Ada juga cerita tak best pasal kak T masuk islam tu. Tapi aku taknak cerita dan taknak bahas pasal benda tu sebab privasi dia. Aku yg sebilik dgn dia ni tahu sikit je. Tapi Alhamdulillah semua baik-baik kak T tu da kawin ada anak 1 perempuan. Ok balik dgn cerita aku pasal kakak berdua ni. Masa tu memang kecoh pasal hysteria. Sebab ada budak tu dajal sangat kena kcau dengan benda tu. Mana tak kenanya kalau malam-malam buat bising bergambar sampai benda tu marah dan ikut sekali bergambar dengan dorg. Masa tulah aku rasa mcm dalam neraka. Nanti aku cerita pasal ‘benda’ tu. Buat masa sekarang, kita focus dengan kak F & T ni dahulu. Malam kejadian, aku tergerak hati nak jumpa dengan kak F & kak T ni nak cakap pasal hal bilik sebab ramai orang complain dengan aku pasal bilik kitaorg ni. Tak turun perjumpaan dan macam-macam lagi. Tak best dengar sebab aku salah satu ahli jawatan kuasa BIRO kat asrama tu. Jadi kalau dah ada orang complain kat aku. Aku kenalah buat sesuatu. Walaupun aku ni biro waktu tapi dajal juga. Aku tak tidur kat bilik tu lama sangat sebab aku tumpang kat bilik kawan yang sekelas sebab ‘study’. Sebenarnya tak boleh tidur kat bilik orang lain tapi aku peduli apa. Masa tu kitaorg da habis sembayang dan naik kelas sebab jam 8pm-10pm kita org akan ada PREP ( kelas persedian malam ) masa tu aku cari ‘roommate’ aku kat kelas lain sebab kitorg study lain-lain kelas. Tujuan aku cari mereka sebab aku nak cari kak F & kak T sebab aku da merata cari kakak berdua tu tak jumpa. Jadi, roommate aku ni suruh aku ke kelas hujung dekat bangunan tingkatan 6 mungkin mereka ada disana. Bangunan tu bersambung dengan kelas yang lain tapi tingkatan 6 ada kelas sendiri yang tak bercampur dengan tingkatan yang lain. Masa aku gerak nak ke sana aku nampak kat hujung dekat dengan tangga tu mcm ada lembaga berdiri hitam tapi kabur. Mngkn sbb aku rabun, tu la pasal aku tak berapa nampak sangat kabur je hahaha… sampai saja aku kat tangga tu aku nampak kak T duduk kat tepi tangga tu sambil pegang gunting dan aku nampak dalam kelas tingkatan 6 atas tu pula kak F duduk kat meja sambil nangis dan ditemani dgn kakak dan abang tingkatan 6. aku da rasa lain macam masa tu. Meremang bulu tenguk. Aku cuba nak tegur kak T tapi suara aku tak keluar aku jadi kaku dan berdiri je kat sebelah kak T sampailah aku rasa seperti bahuku dipegang dan aku terus saja tersedar ketika tu aku cuba untuk memegang bahu kak T sambil memanggil namanya. Kak T terus saja berrdiri dan aku tak sedar yang dia sudah berapa didalam kelas yang ada kak F dalam tu. Sambil acukan gunting tu kat arah kak F nasib ada abang yang berdiri dekat masa tu cepat pegang kak T kalau tak lain lagi kes yang jadi. Masa tu aku dah panic sangat. Aku da x boleh berfikir aku terus saja lari ke hujung kelas dan aku nampak kaka yg aku kenal kak Y dan aku terus lari kearahnya dan memeluknya sambil menangis. Kak Y tanya kenapa dengan aku. Aku da tak boleh nak keluarkan suara bergegar sangat. Menangis saja yang aku tahu masa tu. Kak Y tu cuba bawa aku keluar dari bilik tu nak hantar aku balik ke kelas aku. Masa tengah lalu kat kelas tu mereka masih lagi pegang kak T masa tulah aku nampak ada ‘benda’ dan benda itu lari kearah aku dan aku tak ingat apapa yang berlaku seterusnya. Aku sedar saja aku sudah berada dirumah.
Menurut kawan aku. Aku muncul dalam kelas duduk kat tempat aku berdiam diri sambil bergegar satu badan dan ketika ketua asrama memberi arahan semua pelajar diarahkan ke surau aku bangun dan berlari keluar dari kelas tu dan dua kawan aku tu cuba kejar aku dari belakang dan meraka nampak aku terduduk dalam gelap kat pagar masuk ke dalam asrama. Kawan aku kata yg aku kata “aku nak balik bilik ada orang tengah tunggu aku kat situ” kawan aku dah bising dia macam nak bagi penampar saja kepada aku. Aku kata kat dia yang aku tak sedar. Aku sedar saja aku ada kat rumah dalam bilik masa tu apapa pun aku da tak ingat. Kawan aku kata lagi yang aku lari laju sangat sampai dorg berdua tak larat nak kejar. Esok pagi tu aku balik asrama dan dorg ceritalah kat aku apa yang jadi malam semalam sebab kenapa kak F & kak T tu jadi begitu. Apa yang jadi kat kak T itu disebabkn dorg masa tu tak solat sebab ‘full moon’ jadi kak F ni tertinggal sesuatu kat kelas dia jadi kak F minta kak T ni temankan. Masa dorg masuk kelas tu dorg nampak yang ada 1 benda aka makluk tu dudak kat meja kak F dan 1 lg berdiri pandang kak T dari sana dorg da tak ingat apapa pun yang jadi kat drg. Masa aku balik pagi tu aku nampak kak T dalam bilik tengah tidur kesian kak T masa tu lama jg baru kak T tu baik. Tangan dia dah penuh dengan cakaran. Kak F bapa dia dah ambil dia bawa balik. Malam tu jugalah dia keluar asrama. Oh ya, benda yang lari kat arah aku tu benda lain tahu. Bukan benda yg sama yg rasuk kak T tu, benda ni lebih kuat berbanding benda yang ada dalam badan kak T tu. Benda yang dah lama perhatikan aku. Korg nak tahu aku menulis cerita ni pun dia kacau. Benda tu jatuhkan bedak aku kacau meja, tingkap tu benda tu ketuk. Sajalah tu tak boleh nak bagi aku senang. Ok lah semua. Sampai disini ja la cerita aku ni. Ada masa aku cerita lagi pasal bilik yang lain tu dan jg cerita pasal ‘benda’ ni kat korg dan cerita pasal budak yang bergambar tu. Aku ada kerja lain naik dibuat. Kesimpulan yang boleh dibuat dari cerita ni. Tak dah apapa pengajaran yang aku boleh cakap selain daripada percaya kepada Allah & solat jangan tinggal. Sebab benda tu tak kacau kau kalau rajin solat dan percaya dgn Allah. Maaflah kalau cerita aku ni tak best. Maaf jg kalau ada bahasa aku yang kurang korg faham sebab aku takpandai sangat nak menulis buat ayat ni manalah tahu ada kesalahan mengeja. Maaf sekali lagi. Assalamulaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dik, cerita kau dah best dah..tp susunan ayat berterabur habis.. Nmpk mcm kalut nak habiskan cerita,..lainkali sebelum submit sesebuah write up minta check dulu, baca dulu 5,6kali sama ada kau faham tak dengan apa yg kau tulis..hakak 2-3kali jugak laa patah balik ulang baca di setiap baris, nk hadamkan ayat yg kau gunakan..all da best for ur next story..
maaf xdpt abiskan baca cite ni…byk typo…and ade certain2 ayat aq xfhm..ape2 pon cite boleh best
ape2 pon cite best
Klam kbut & typo sebab kena kacau benda tu eh? Mohon tabahlah sis😅
tanda koma sangat penting dan susunan ayat yg betul dpt memberi impak yg seronok kpd pembaca. jangan rushing sgat. tak lari pun cerita tu. keep it up
Ok la
aku tak habis baca, typo banyak sangat. hilang mood terus,
nak kena figure apa maksud typo tu, nak bayang cerita lagi. messed up.
cerita best. tp banyak sgt ‘aka’ tu dik. kalau ckp face to face boleh la guna ‘aka’ tu kalau menulis mcm tak sesuai sgt.
bolehla..
-intro terlalu panjang..lagi senang kalo ko lukis je, baru pembaca sng nk paham
-typo berlambak
-takde perenggan
sekian
Smpai ttido akak baca citer ko dik. Bngun sambung balik. Ape? Ko nak sambung lagi citer next time???…mmg 2 3 kali pikir nak baca ke x nnti adoiii
cerita dia ni sebenarnya best..tapi aku xde mood nak abeskan..susah nak hadam..panjang sangat mukadimah..pastu pasal cite akak tu da ada anak 1 pon nk cite haha
susah nak paham n bayangkan.pening mak..
xde feel nk bace habis sory..
Aku ingat aku sorg je x reti nak paham…. Aku siap tunggu comment smpi lupa nak comment hahaha.
malas nak komen bab typo, bab perenggan..ramai dah yg komen. klu ramai komen sama..mmg itu lah yg xkena. mmg baca separuh je sbb rse semak mata n xphm…sbb byk sgt typo ye.
cuma 1 bende je yg aku perasan agak kelakar
“Aku ni dikatakan ada ‘sixty sense’ taklah sangat cuma benda tu datang tanpa diduga”
byk btul die punya sense, sampai sixty..haha..sixth sense ckup la…hahahaha
part kak T, Y, Z, K, L, M…mmg dh xlalu nak baca..ayat ye..hurm…xtau la nk ckp.
mohon bertabah ngn semua komen2 n please bykkn check cerita anda.
sorry tak dapat baca habis sebab sakit kepala. tak faham sangat ayat terabur.
sorry again for being too out spoken. harap dapat perbaiki lepas ni.
haah..stuju..sampai dh xtau ape jadi…sape dirasuk…sape kene kacau…
kak t kak f kak y. dey bgi nma senang kn. tgh cerita ada plk iklan cerita lain. ingt tv3 ke hah?
Tak habis baca , sebab ayat berterabur , tak paham :’D
Maaf.cerita macam seronok.tapi sempat half ja baca.sebab pening..
OMG.
Tajuk mcm best.
Hampanya saya
Aku bijak.. Mula2 aku pening nak abiskan.. Tp aku husnujon nak baca balik.. Wish mi lak gais..
Suddenly i feel disappointed with myself.. Aku try kali kedua.. Ttp pening juga.. Somebadi plis rid en mek sinopsi fo mi..
I give up halfway hagsjak
tolong la guna bahasa baku yang betul kalau tak pandai nak buat ayat cantik-cantik. ejaan banyak yang salah. cerita berterabur. pening nak faham cerita kau ni dik. kalau tak nak guna bahasa baku, jangan la kau selit cerita lain, tapi taknak cerita. stress tau.
at first, everything was fine then berterabur~
walaupun pening, boleh juga aku habiskan
sorry tak mampu makcik nak bace sampai abis..
huhuhuhuh
Jalan cerita bagus. Seram gak. Kipidap
Tiba2 sy rasa marah baca ni..knp ya???
nk cerita ape ntah
saya suka baca semua cerita dlm FS ni. tak kisahlah ayatnya berterabur atau tidak.
Bosan
Pening
Pening ayat dia…
kak T ngn kak F tu junior ke senior?confusing lak…mmg confusing…
Best jln critanya..tp,tlg btulkn ayat ye..faham tp brbelit2
‘Sixty sense’?! Apa yg ko merapu ni?!…
😂
Apa benda pon aku tak paham
Faham cuma penulisan je kelam kabut..yg tak faham tu skip cerita lain ye hahahah
Agak bersepah sikit tapi oklah. Nest time masih boleh dibaiki kan? 🙃
ok first of all.pengajaran cerita .srsly memang betul dan memberi moral lah gittew.tapi story sangatlah memeningkan.sampai saya pun taktau apa yg saya baca.tpi ada la sikit sikit faham.dia punya pening nk baca.sampai saya ni type pun rasanya tak betul dah.sya dah cuba fahamkan tapi tak boleh.okay.saya nnak awak sambung dalam bidang perkarangan sebb mungkin awak boleh mempertingkan cara awak menulis ni.okay.kipidap.saya tahu ramai jugak yg complain cerita awak ni pening.tpi.kipidap.dongibab.belive in yourself.and you being you.
HAHAHA…GIVE UP BACA
Malas aq baca,pening punya penulisan.
Tak dapat habiskan baca, terpusing pusing baca. sory dik.
Pkataan ‘dan’ tlalu bnyak dlm stu ayat. Isi meleret2 dlm satu ayat tu je,pening nk baca habis. Btw crta best,yg pnting usaha mnulis tu ada 👍🏻
Woi bnyk btul kau punya sense smpai 16😂😂 ok takpe.. aku nk baca tpi lpas byk tgk salah2 ni aku tgk komen je. Then aku decide tak nak baca dah. Btw takpe aku rasa kau ada keberanian nak menulis. Mungkin kau nak improve penulisan kau. Who knows right?