Bilik 4.13

Tahun : 1994
Tempat : Politeknik, utara tanahair

Senior aku yang ceritakan hal ini sebenarnya seorang lelaki berbangsa Cina dari Sabah yang dapat offer sambung study kat Polytech tu. Bangunan hostel dekat Polytech ni ada empat blok semuanya, termasuk satu blok untuk Aspuri. Setiap blok ada empat aras. Dan senior ni duduk aras empat, bilik nombor 13. Okaylah, aku kenalkan senior aku ni sebagai Liew.

Semenjak mula dia duduk dekat hostel tu, Liew ni jarang bertembung ngan roommate dia. Tapi Liew tak kisah sangat, sebab diorang ambil kursus lain-lain. So, tak peliklah kalau roommate dia jarang ada dekat bilik. Kalau ada pun dah tengah malam baru nampak batang hidung roommate dia. Roommate Liew ni orang Melayu. Tak banyak cakap.

Pada suatu hari, Liew baru balik kelas lebih kurang jam 4:30 petang. Bila masuk bilik je, dia tengok ada air teh o’ panas sejag, dengan biskut kering atas meja belajar. Keadaan bilik masa tu memang bersih seolah-olah ada orang gaji yang bersihkan. Kemudian, roommate Liew ni masuk bilik dan bagi isyarat supaya makan dan minum apa yang telah disediakan atas meja belajar tu. Liew ape lagi, sebat semacam sajalah biskut ngan teh o’ panas atas meja tu. Tambahan pula baru habis kelas. Kemudian, roommate Liew ni keluar dari bilik. Tak tahu ke mana.

Tengah malamnya, ketika tengah baca buku sambil baring di atas katil, Liew terlelap dengan lampu bilik terpasang. Kira-kira pukul dua pagi, Liew tersedar dan dia nampak lampu bilik dah dipadamkan. Liew tak pelik sangat sebab dia perasan roommate dia dah balik ke bilik. Semestinya roommate dia yang padamkan lampu tu, fikir Liew.

Liew hidupkan semula lampu bilik untuk sambung baca buku. Dan dia masih membaca di atas katil ketika itu. Setengah jam lepas tu, Liew terlelap semula. Bila dia sedar dalam 45 minit kemudian, lampu bilik dah dipadamkan. Kali ni Liew pelik sebab apa yang dia perhatikan, roommate dia tidur nyenyak dan siapa pula yang padamkan lampu bilik tu? Nak katakan orang dari bilik lain yang datang padamkan lampu tu, mustahil. Sebab pintu berkunci dari dalam.

Kali ni Liew cuba siasat. Dia berselubung selimut dan pura-pura tidur dengan lampu terpasang. Tiba-tiba bulu roma Liew meremang. Badannya menggigil sebab dia nampak tangan roommate dia memanjang dari katil menuju ke suis lampu. “Plap!” lampu dipadamkan. Liew tak tunggu apa, dia terus keluar dari bilik menuju ke rumah ketua Warden. Bagai nak pecah pintu rumah warden diketuknya. Bila warden keluar, ” Ada apa ni bising malam-malam?” soal si warden.

“Ada hantu encik, dalam bilik saya,” tergagap Liew menjawab.

Terbeliak jugak biji mata warden bila dengar jawapan Liew. Then, diorang pergi ke pejabat hostel. “Apa nombor bilik kamu ni?” warden membuat semakan dalam buku.

“Bilik 4.13 encik,” jawab Liew yang masih ketakutan masa tu. Aku pun rasa seram juga ni, sebab bilik tu dekat dengan bilik yang aku duduk masa study kat situ dulu.

“Eh, bukan ke awak duduk seorang je dalam bilik tu sejak awal semester ni?” soal warden setelah semakan dibuat.

Terperanjat beruklah Liew bila dengar apa yang dikatakan warden tu. “Tapi encik… siapa yang jadi roommate saya selama ni?” Liew ternganga.

Malas nak membuang masa, warden mengajak Liew dan beberapa student lain untuk ke bilik itu. Liew dah confirm tak berani bukakan. Penyudahnya, warden yang buka pintu bilik tu. Masing-masing terkejut dengan keadaan bilik tu yang nampak terlalu usang, bersawang, hapak. Keadaan katil roommate Liew pula seperti tak pernah disentuh bertahun-tahun. Then, diorang tolong Liew kemas-kemas barang dan berpindah ke bilik lain.

Selama beberapa minggu Liew duduk di dalam bilik baharunya di tingkat bawah. Kehidupannya berjalan seperti biasa. Masih belum ada roommate, tapi bagi Liew, lebih elok begitu. Sehinggalah pada suatu malam, pintu bilik Liew diketuk. Liew menjeling ke arah jam di dinding. Sudah terlalu lewat untuk tetamu.

“Siapa?!” tanya Liew teragak-agak. Tiada jawapan.

Berkali-kali pintu bilik Liew diketuk. Namun, Liew langsung tidak bercadang untuk membuka pintu. Dia sekadar berselubung di dalam selimut. Matanya dipejamkan. Dia dapat merasakan titis-titis peluh pada dahinya sendiri. Ketukan pada pintu terhenti. Keadaan menjadi senyap-sunyi. Liew masih berselubung. Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu yang agak berat diletakkan ke atas meja belajar di sebelahnya. Liew tergamam. Perlahan-lahan dia menjenguk keluar selimutnya.

Sejag air teh o’ panas berserta biskut dilihatnya tergeletak kemas di atas meja.

Tamat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

ejal
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 comments

  1. Nasib baik part last citer tu.. dia xcakap ayat…”rupanya roommate dia tu bekas pelajar yg b***h diri mase polytech ni dibuka pada tahun 1980…”
    Kalo keluar ayat tu… memang hakakk minum tea O panas guna jag terus.. xperlu cawan n biskut bagai… Menyirap punye pasal..
    Cliche taaauu ayat tu…
    Apepun tangan dia ‘panjang’ tutup suis lampu…. Nang Nak ke???

  2. Ape ni ape ni aPe ni…..
    Dr akak skola smpai blaja smpai da keje..same j cite.betul kata armmy kat atas tu versi j lain..
    Sedih akak bc

  3. takkan la dari awal sem tak pernah ade perjumpaan antara bilik2 ni? so kat situ opkos la kita akan tau sape roomate kite.

    ni tetiba je ternganga terkejut sb dpt tahu selama ni duk sorg je dlm bilik tu, takde roomate??

    elok plk semua org bantu kemas brg n pindah bilik, mcm tak de pertanyaan bertalu2 dari sesiapa, dan mcm tak pernah tahu liew duk kat situ sorg atau bteman..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.