Bilik Hujung

( Terima kasih fs kerana siarkan cerita aku sebelum ni walau tak seberapa ) hai.. ini adalah cerita aku untk kali kedua kalau ada tersilap ejaan mintak maaf….Aku lanjutkan cerita ya, ini cerita berlaku pada tahun 2010 di dalam sebuah rumah kayu yang usang dan lama di tinggalkan oleh bapa saudara ku kerana ada masalah sehinggakan mereka meninggalkn rumah begitu lama.. dan selang beberapa bulan bapa saudaraku menjual rumah mereka kepada bapa ku. Tanpa tidak berfikir panjang bapaku telah membeli rumah itu.

Hari sebelom kami pindah ke rumah itu, kami membersih kan kawasan rumah dan melaungkan azan dan semasa aku membersih kan bahagian depan bilik, yang mana bilik ini adalah bilik aku, aku terlihat ada sebuah bilik terletak di hujung berdekatan ruang dapur dan di kawasan sekitar bilik itu sangat2 gelap… dan pintunya juga tertutup rapat sehinggakan aku rasa ada sesuatu di dalam bilik itu, sesuatu yang mistik. Setelah aku menghampiri bilik tersebut aku terhidu seperti haruman bunga mawar tetapi keharuman itu berubah menjadi bau yang sangat kuat seperti bau bangkai tikus, tak pun bangkai anjing.

Perasaan aku sedikit demi sedikit ada rasa takut di hati, aku cuba untuk buang perasaan takut tu jauh2 kerana aku ingin melihat apa yang ada di dalam bilik tersebut, tanpa berfikir panjang aku terus pegang tombol pintu dengan perlahan-lahan dan buka pintu bilik tersebut, selepas dan buka bilik tersebut, alangkah rasa terkejutnya aku bahawa bilik itu sangat bersih seperti ada penghuninya di bilik tersebut, tetapi mustahil bilik itu bersih sedangkan rumah itu sudah lama di biarkan. Aku perlahan2 masuk kedalam dan melihat kawasan tersebut tetapi aneh sepertinya tadi ada orang memakai cermin dengan perfuem bunga mawar tetapi mustahil family aku memasuki ruang tersebut hanya untuk memakai perfuem, kehairanan semakin menjadi-jadi setelah aku puas melihat ruang di dalam bilik tersebut. Aku terus keluar cepat-cepat kerana takut hal-hal yang tidak di inginkan keluar pula…

Selang beberapa minit begitu kedengaran disudut telingga kecil ku bahawa ada benda terjatuh di belakang .. seperti barang tersebut tidak la besar kerana bunyi seperti ringan. Aku menoleh kebelakang dan terlihat barang yang jatuh ialah penyisir rambut dan barang itu dekat betul bawah kaki ku.. Aku langsung menundukkan kepala ntuk mengambil barang itu… kelihatan penyisir itu seperti ada yang memakai kerana ada sehelai rambut yang tertinggal di sisir dan rambut itu pula sangat panjang,. Aku menarik dengan perlahan2 rambut tersebut tetapi rambut itu seperti masih melekat di kepala sehinggkan aku terduduk untuk seketika. Dengan tiba-tiba, Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat seorang nenek dengan rupa yang menakutkan berpakaian baju hitam kukunya panjang, rambutnya¬† panjang dengan muka yang buruk matanya pula kelihatan merah menyalah seperti sedang marah. Rasanya aku ada buat salah, sebab tu dia marah kerana memasuki ruang tersebut, rupa-rupanya rambut itu adalah kepunyaan seorang nenek yang duduk di meja solek.. Aku ketika itu sangat terkejut.

Apabila nenek itu menyedari aku sedang melihatnya dengan perlahan lahan dia turun dari bangku meja solek tersebut dengan keadaan meniarap menghampiri ku…. sepertinya dia ingin menerkam aku saat itu, semakin dia mendekat semakin kuat pergerakan jantung ku , satu langkah lagi rasanya dia dah dekat dengan aku, aku pejam mata dan aku juga tidak berani ingin melihat.Tapi entah masa tu ada keberanian sedikit untuk melihat. Aku cuba buka mata perlahan lahan ingin melihat di mana dia, alangkah terkejutnya aku! bahawa dia ada di sebelah aku yang tak jauh beza jarak, dengan suaranya mengilai seperti satu rumah bergema oleh suaranya. Dengan ketakutan yang tak dapat aku tahan masa tu, aku pengsan dalam keadaan ketakutan…

Selepas 1 jam mungkin, barulah aku sedar yang aku telah pun ada di ruang tamu bersama orang tua ku.. kepala ku masih lagi terasa sangat sakit dan pening. Aku hairan, kenapa dan mengapa ada seorang ustaz dekat rumah kami dan masi membaca ayat suci al-quran,. Ketika itu, mak aku sedar  yang muka aku lain dan mak aku mula bercerita..

cerita mak!

Mak aku hairan kenapa aku tidor di ruangan yang gelap iaitu dapur padahal masa tu aku ada di dalam bilik mistik tersebut… mak pun membangunkan aku sambil membawa penyapu ingin menyapu di kawasan tersebut… Waktu itu juga mak aku merasakan ada sesuatu yang di badan aku adalah bukan aku yang sebenarnya. Mak pun terus memanggil bapa aku dengan keringat di muka… Mak memberitahu pada bapa bahawa ada seorang nenek seakan sedang memerhatinya. Tanpa membuang masa bapa aku terus telefon seorang kenalannya iaitu seorang ustaz yang sekarang membaca ayat al- quran. Rupanya aku kerasukan dan benda itu masuk dalam badan aku.

Dialog uztaz waktu tu, ustaz itu bertanya mengapa kau merasukiya dan apa yang kau mahukan. Dia berkata “AKU BENCI MEREKA MEMASUKI RUANGAN KU INI… INI TEMPAT AKU BUKAN TEMPAT MEREKA, INI TEMPAT AKU BERMAIN……” tidak lama begitu benda tu pun hilang entah kemana. Aku pn sedar tapi mak aku cakap benda itu suka dengan dengan aku… Bapa aku pula terus telefon bapa saudaraku, sebab ingin bertanya tentang hal ini… Dan keesokan harinya baru la kami pindahkan semua barang tersebut kerumah itu… bgi aku pula, masih merasakan benda itu seakan masih ada dan berkeliaran kerana pintu biliknya suda terbuka luas dan ini bermaksud dia bebas dari perangkap dan penghalang selama bertahun2 di biliknya itu …. bilik itu banyak persoalan dalam hati dan sehingga kini masih segar difikiranku tentang kejadian itu…..Cukuplah sampai disini penceritaan ku kli ini.. Sekian terima kasih …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Norhairah
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 thoughts on “Bilik Hujung”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.