Sebaik saja aku habis menceritakan kisah aku, Bilik Master, di Fiksyen Shasha, mak aku keluar dari bilik solat. Dengan tarik nafas lega, aku ceritakan semua. Mak aku lantas meminta bapak untuk memanggil ustaz agar dapat untuk tengokkan bilik master itu.
Sebelum kejadian ni, suami aku juga pernah meminta seseorang yang arif untuk tengokkan bilik itu. Aku akan kongsikan apa ustaz dan orang tersebut katakan mengenai bilik master itu di hujung penceritaan ini.
Dalam kisah kali ini, aku akan ceritakan mengenai mak aku dan apa kaitan mak aku dengan bilik master itu.
*Kisah Mak
Dulu, sebelum mak aku berkahwin dengan bapak aku, mak aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang sering meninggalkan mak aku sendiri di rumah. Berhari-hari mak aku keseorangan. Dek kerana kesunyian yang tak terbendung, dan mak aku tak mengenali agama sangat, mak aku tertekan.
Mak aku mula cakap sorang-sorang. Ketawa, nangis sendiri. Mak aku ada anak patung sebesar budak. Dan mak aku buat anak patung tu macam anak dia. Mak aku kahwin waktu tu, tak ada anak lagi. Mak aku dihina, direndah-rendahkan dan dicemuh. Aku rasa, waktu tu lah makhluk halus ambil kesempatan untuk mengganggu mak aku secara berterusan. Tapi, oleh kerana mak aku tak mengerti sangat Islam, mak aku tak ambil kisah dan hidup dalam tekanan dan gangguan.
Waktu tu, mak aku selalu bermimpi. Tapi aku akan ceritakan 2 saja mimpi yang mengaitkan kami dengan bilik master rumah sekarang ni.
Mimpi 1.
Mak aku pernah bermimpi, melahirkan seorang bayi. Mak aku siap ingat lagi dalam mimpi tu, mak aku mengandung, dan rasa melahirkan anak tu sangat real sampai mak aku terbangun. Sekarang ni, baru aku tau mimpi melahirkan bayi tu membawa erti yang buruk.
Mimpi 2.
Aku ada sebutkan bahawa mak aku tidak mempunyai anak pada ketika itu. Suatu malam, mak aku mimpi seorang wanita tua memberikan mak aku 3 kuntum bunga mawar merah yang dah kembang.
Wanita tu berkata,
“Satu hari nanti, kau akan lahirkan 3 anak seperti 3 kuntum bunga mawar ni.”
Sebaik saja dia berikan bunga mawar tersebut, wajahnya bertukar hodoh, buruk dan menakutkan.
Selepas 2 tahun berkahwin dengan bapak aku, mak aku melahirkan kakak aku, kemudian aku, dan adik perempuan aku. Kami tiga beradik saja. Allahu Akbar.
Akibat selalu diganggu selama bertahun lamanya, mak aku buat keputusan untuk mendalami Islam dan berhijrah kepada kebaikan. Mak aku dah lali diganggu sampaikan tak ada rasa takut bila menghadapi benda ni.
Jadi, apa kena mengena mimpi mak aku yang pertama dengan bilik master rumah kami?
Ustaz yang tolong tengokkan bilik tu memberitahu, bahawa waktu mak aku mimpi melahirkan bayi, ada makhluk halus yang menyukai dan inginkan keluarga kami.
Selepas mak aku berpindah, benda tu mencari kami. Kakak aku pun selalu sangat diganggu dan mengigau sejak dari kecil.
Aku pernah katakan di dalam kisah Bilik Master yang aku pernah sakit teruk. Aku lah Ain yang pernah ceritakan kisah Mati Bersama dulu. Kalau ada yang membaca kisah tu, kau tahu lah betapa teruk aku diganggu.
Ustaz cakap, itu lah benda yang ganggu aku. Dari aku berumur 3 tahun lagi. Dan sekarang benda tu kacau anak-anak aku pulak.
Orang yang suami aku jumpa, mengatakan yang bilik master tu memang tempat kesukaan makhluk halus untuk datang menyinggah. Sebab tu kawasan lain dalam rumah ni tak terjebak dengan perkara menakutkan sangat.
Ustaz pesan untuk banyakkan baca Al-Quran dalam bilik tu. Tapi bila kami baca, rasa tak sedap hati kuat sangat dan tak dapat tumpukan perhatian. Ustaz kata benda tu nak kita berhenti, sebab tu dia buat kita rasa tak sedap hati.
Mohon doa korang semua untuk kami sekeluarga. Anak-anak aku kecil lagi. Jangan lah mereka diganggu seperti mak, kakak dan aku. Moga Allah sentiasa lindungi kami.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Nasib baik awak beritahu yg awaklah Ain dalam ‘Mati Bersama’. Baru paham jalan cerita. Memang boleh nampak betapa awak dalam keseraman ketika menulis cerita ni. Tak ada ker yg boleh membuang benda ni? Kalau dah menggangu sampai gini memang dah chronic. Apa pun saya harap awak sekeluarga bertabah dan semoga dapat pengakhiran dari gangguan ini semua. Aamiin.
Cuba cri group menyingkap tirai ghaib dlm fb.. Mungkin blh tolong pagarkan rumah n buang mende tu… Group ni mengamalkan perubatan islam jdi x syirik la… Sekadar membantu
insyaAllah ada jala. jgn putus asa..