Bilik Puaka Rumah Ayah

Assaalammualaikum.Aku nak kongsi pengalaman dengan reader FS.Kisah aku ini mungkin tidak lah seseram mana jika dibandingkan dengan cerita-cerita yang admin telah publish.Aku berterima kasih jika admin sudi publish cerita aku.Untuk pengenalan, nama aku Mar(bukan nama sebenar) berasal dari sebuah pedalaman di Sabah.Tapi sekarang menetap di Kota Kinabalu.Aku berumur 21 tahun.Cukup sampai situ sahaja pengenalan tentang aku.
Pada ketika itu aku berumur 18 tahun, Kak Su yang baru sahaja berkahwin dengan kekasih hatinya mengajak aku bercuti ke kampung halaman.Aku yang dah lama tak balik kampung pun bersetuju untuk mengikuti mereka memandangkan aku tak perlu keluarkan satu sen pun untuk belanja dekat sana nanti.Bak kata omputih “Free of charge”.

Kami bertolak dari Kota Kinabalu jam 9 pagi dan selamat sampai ke destinasi apabila tamat waktu Isyak.Kami singgah di pekan sekejap untuk mengisi perut yang kosong.Kami tidak menginap di hotel dan terus menuju ke rumah.Untuk pengetahuan rumah tu ada lah rumah peninggalan Ayah dan rumah tu adalah rumah di atas air.Pada keesokan paginya, Ibu menghubungi ku, ibu meminta aku untuk tinggal sementara di kampung dan meminta untuk aku menjaga rumah tersebut.Selepas 1 minggu Kak Su dan suaminya bertolak ke Kota Kinabalu lalu tinggal lah aku sendiri menjadi penghuni rumah Ayah.

Minggu pertama masih belum ada gangguan dan aku menjalani hari hari seperti biasa.Aku mengajak sepupu aku Fiza untuk tinggal bersama dan dengan senang hati dia sudi temankan aku memandangkan sudah bertahun tahun sejak kami sekeluarga berpindah ke Kota Kinabalu.Rumah Ayah terdapat 4 bilik 2 bilik air. Aku dan Fiza tidur dekat bilik pertama.Minggu kedua aku mula bosan asyik duduk rumah dan buat keputusan untuk mencari part time job dan aku di terima berkerja di sebuah Cyber cafe.

Gangguan pertama yang aku alami waktu tu aku yang baru balik dari kerja duduk lepak dekat dalam bilik.Masa tu Fiza entah pergi mana.Pergi dating lah tu kot.Aku berbaring atas katil sambil baca novel 7 hari mencintaiku.Tengah syok aku menghayati novel tu, tiba tiba aku dengar ada suara berbisik dekat telinga aku, tapi aku tak faham bahasa dia, dia seolah olah bercakap dalam bahasa asing.Aku berhenti seketika untuk memastikan apa yang aku dengar tadi tapi dah tak ada pula.Dan aku pun meneruskan bacaan ku.Tiba tiba aku terdengar bunyi pintu di buka tapi aku abaikan dan menyangka si Fiza yang masuk ke dalam bilik “Amboi,dating sakan kau ye, report dekat mak kau baru tau.” Gurau ku kerana menyangka Fiza sudah balik, tapi langsung tak ada respon dari dia lalu aku menutup novel dan cuba untuk bercakap dengan dia dan rupa rupanya Fiza tak ada dalam bilik dan pintu bilik masih tertutup rapat macam sebelumnya.Tiba tiba suara tu datang lagi tapi kali nie aku dengar dengan jelas suara dia, zzzssuuppp……. berdesup aku lari keluar dari dalam bilik, seram kot buat jantung aku tak stabil berdegup jer.Aku tak masuk dalam rumah sehingga lah Fiza balik.Dan Alhamdulillah dia balik awal malam tu. “Wei, apasal kau duduk dekat luar nie, sendiri pulak tu tak takut hantu ker?” Gurau Fiza. Aku pun rasa nak lempang jer mulut puaka Fiza nie.”Aku nak ambil angin lah,kat dalam panas”.Aku tak nak cerita dekat Fiza pasal kejadian tadi siang sebab Fiza ni penakut gila.

Gangguan kedua,masa tu dah jam 8 lebih, macam biasa Fiza tak ada dekat rumah.Aku duduk dalam bilik sambil main game clash of clan.Tiba tiba black out.Aku berdiri buka pintu bilik untuk mendapatkan cahaya dari luar sebab dalam bilik gelap.Aku naik semula atas katil tapi kali nie aku baring pulak.Sedang asyik menyerang war,kaki aku terlanggar novel lalu jatuh ke lantai,’pap’ bunyi novel jatuh.Selang beberapa saat kemudian ‘pap..pap..pap..pap..’ bunyi tu datang lagi.Seolah olah ada hentak hentak novel tu.Aku dah rasa lain,bulu roma pun dah naik.Aku membuka tingkap dan rupanya rumah rumah yang lain terang benderang kecuali rumah Ayah.Aku dah rasa nak nangis masa tu.Tapi aku buat cool jer, tapi dalam hati rasa nak lari jer masa tu.Pelan pelan aku keluar dari dalam bilik dan tiba tiba ada suara perempuan ketawa kecil dari dalam bilik tu.Apa lagi aku lari lintang pukang lah keluar rumah.

Gangguan ketiga,masa tu rasanya baru lepas waktu maghrib kot.Aku baru selesai melepaskan hajat. menuju ke bilik sambil bernyanyi kecil.Aku menolak pintu bilik tu dan “Arghhhhhhhhhh” Aku menjerit sampai nak keluar anak tekak sebab aku nampak rambut panjang gila dan tebal tergantung dari siling bilik,panjang rambut tu sampai dekat pintu bilik dan sekali lgi zzzssuuuuppp… laju jer aku lari tinggalkan rumah tu dan yang paling tak boleh terima aku berlari tanpa arah tanpa selipar.Aku berhenti sekejap dekat surau kampung tenangkan diri dan malam tu aku tumpang tidur rumah nenek.Keesokan paginya aku demam panas. Aku cerita dekat nenek pasal kejadian malam tu, dan nenek kata rumah yang dah lama kena tinggal memang ada yang menumpang.Nenek minta tolong ustaz kampung untuk halau benda tu dari rumah.Dan Alhamdulillah, menurut ustaz tue benda tu dah tak ada.Lepas kejadian tu Fiza dah tak nak temankan aku terpaksa lah aku tumpang tidur dekat rumah nenek.Hawau betul lah Fiza ni.

Kisah tambahan.

Malam tu air laut pasang dan lagi pulak malam tu bulan penuh jadi pantulan bulan tu terkena dekat laut memang cantik sangat.Aku dan Fiza menikmati keindahan malam tu dekat jambatan rumah nenek sambil makan bakso(hihihi).Selesai makan, Fiza ambil fon dia katanya nak gambar pemandangan malam tue.Aku pun tak nak kalah dengan Fiza ikut sekali ambil gambar.Clik..clik… tiba masa untuk kami tengok semula gambar yang kami tangkap tadi.Dan terdapat beberapa gambar yang aku tangkap ada ‘benda’ tu.’Benda’ tu rupa dia sangat lah menakutkan muka dia buruk,telinga dia panjang dan mulut dia ternganga luas seolah olah nak terkam orang jer dan dia tak ada rambut(hantu lelaki kot,hahaha).Aku tunjuk dekat Fiza gambar tu lalu dia pun mengajak aku masuk rumah dan memang masa tu kami dah rasa sejuk bulu roma pun dah naik.Sampai sekarang salah tu gambar tu masih ada dekat aku.Yang lain dah hilang sebab fon aku rosak jadi terpaksa format semuanya.

Sampai sini jer lah kisah aku. Sekian dan terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Mar
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 comments

    1. Sjak bila kita ad juri jemputan ni? Page ni xperlukn juri bgi markah bagai. Simpan je la komen ko tu kt dlm poket. Nyampah aku tgk org bgi markah ni

  1. Sekejap tak sekejap gak ar kan ko kena stay sampai boleh keje part time kt situ…
    Dik…
    Add ar pesbuk akk…
    Pm gambor tu meh, hehehehehe…

  2. Baca kisah ni saya pelik napa lah mak penulis suruh anak dara dia duk sorang kat umah kg tu..tak risau ke? Dah tentu2 rumah lama tinggal ada benda menumpang..kalau x gangguan puaka.. gangguan samseng kg ke.. risau gak bila ada anak dara duk sorang..hadoi la..umah mcm tu kena mengaji setiap hari dik..solat jgn tinggal..berani betul..kita yg baca lak risau dgn keselamatan ko dik oiii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.