Assalamualaikum, hari ni sebab kebosanan so aku decide nak post . Selalu baca yang orang punya je. Kali ni turn aku pulak nak share.
First of all nak ucap thanks kat admin sebab bagi lepas cerita ni. Second nak ucap thanks dekat yang sudi membaca mukadimah berjela ni. Hee. Ok. Ok. Kita straight to the point.
Kisah ni baru-baru je jadi. Bertarikh 9/11 tahun ni (2016) di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Area mana taknak bagitahu nanti senang nak detect.
Cerita dia… aku and team ada buka booth di universiti ni sempena konvokesyen. Nak hujung-hujung tahun ni banyak la pesta konvokesyen dijalankan and sebagai usahawan takaful (nak tanya pasal takaful/insurans boleh pm tepi ye) kami grab peluang ni untuk buat pendedahan and promosikan produk terbaru kami. Medical card tanpa limit tahunan. Hahaha tetiba aku rasa macam bukan tengah buat cerita seram tapi lebih kepada promot takaful. Maaf. Maaf.
Ok sambung. Kami sampai sana malam around jam 930. Bertolak dari selatan tanah air tengahari, jam 12 lebih sikit macam tu. First day sampai kami bermalam di hotel. Alhamdulillah masih ada yang kosong kalau tak tahu la nak merebahkan diri yang kepenatan kat mana. Selesai masalah penginapan hari pertama. The problem is kami akan berkampung di pesta konvokesyen tu lebih kurang seminggu dan rata-rata tempat penginapan dah penuh. Untuk pengetahuan semua ‘kami’ merupakan perempuan semua. Masing-masing agak buntu tapi kebuntuan tu cuba dirungkai oleh member yang bakal grad. Dia kata try nanti kita tanya bilik penginapan pelajar ada kosong tak. Kalau ada kita menginap situ je. Sehari 6 ringgit. Seminggu 48 ringgit. Bahagi 7 orang so tak terasa sangat bebannya. So semua setuju. Maka keesokkan harinya misi pun bermula.
Dari satu tempat penginapan ke satu tempat penginapan kami pergi, semua full. Nak konvo kan tak pelik la if penuh pun. Disebabkan hampir 2 jam cari tempat penginapan tak jumpa, perut pun dah lapaq pergi makan la kami.
Di meja makan kepala masing-masing masih aktif lagi berfikir nak bermalam kat mana malam ni. Sampai satu tahap tu kami pasrah je kalau terpaksa bermalam kat masjid sekalipun. Better la kan dari terpaksa bermalam dalam kereta je. Penyudahnya member yang bakal bergelar graduan tu pun kata “tak apa, biar kita try tanya kat lagi satu kolej penginapan ni mana tahu ada rezeki kita”. Kami pun bersetuju dengan penuh pengharapan. Moga-moga ada. Tak perlu la sampai kena beriktikaf di masjid selama seminggu. Tapi kalau dah terpaksa tu cerita lain la.
Lepas tu kami berpecah. 4 orang pergi cari bilik penginapan lagi 3 orang setup booth. Lepas satu jam member tu datang dengan muka monyok. Kami yang dekat booth ni dah pasrah dah, ‘tido masjid la kita malam ni’. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Ada lagi bilik kosong rupanya cuma kecik. Sardin sikit lah untuk muatkan 7 orang sebabnya kuantiti maksimum bilik tu 5 orang. Minimum 2 orang. Lepas dapat berita agak menggembirakan tu kami bekerja sampai lewat malam. Tak la lewat juga. Pukul 10 tutup booth dah. Then kami pergi makan.
Cerita seram dia dah nak mula dah. Dalam kereta, aku, si A dengan N tiba-tiba rasa berat hati pula nak menginap kat bilik tu. Sampai A banyak kali tanya kat aku ” akak confirm ke kita nak tidur kat penginapan tu? Rasa tak sedap hati la ” aku pun balas ” tu la, akak pun rasa macam tak nak tidur situ. Jom la tidur masjid. Lagi pun bilik tu sempit. Tak selesa pulak nanti. Tak pasal-pasal sakit badan. Kita lama lagi nak dekat sini ” panjang berjela pula aku balas. Dipendekkan cerita tiga-tiga orang dalam kereta tu sebulat suara nak tidur masjid. Lagi membuatkan kami nekad tidur masjid sebab dalam kereta bukan main rancak lagi bercerita kisah seram pasal universiti tu. Masa tu dalam kepala cuma fikir tak ada tilam katil pun tak apa lah. Asalkan ada dalam masjid, rumah Allah. Hantu pun tak ada. Kalau ada pun manusia bertopengkan hantu. Huhu.
Kemudian aku bagitahu ‘niat murni’ kami tu kepada member yang deal bilik tadi. Mula-mula dia macam tak setuju dengan keputusan kami tapi apakan daya dia dah terbuat deal dengan orang degil so nak tak nak dia terpaksa mengalah.
Habis makan kami balik. Dalam kereta aku, A dengan N sambung lagi cerita hantu sampai nak pergi toilet pun berbondong-bondong kalah rombongan cik Kiah. Ok tu tipu. Aku hiperbola je. Oh lupa nak bagitahu yang kereta aku naik dengan kereta member nak konvo tu naik berpecah dipersimpangan jalan. Bawa haluan masing-masing.
Apa jadi lepas tu kat member tu aku tak tahu. Yang aku tahu dengan badan penat dan mulut masih berceloteh kisah seram kami panjat anak tangga masjid. Yang jadi penglipurlaranya si N. Dia belajar kat situ. Tengah menjalani praktikal sekarang. Cerita angker tempat pengajian dia tu cuma terhenti bila kami nak pergi mandi je. Lepas solat semua sebelum tidur sambung balik.
Tengah syok-syok bercerita tiba-tiba bunyi beg dihempas. Kuat. Terkejut kami. Serentak toleh kat arah bunyi tu. Member tadi datang dengan muka marah lepas tu cakap, ” bilik tu tak wujud “. Hmm ok. Kami pandang satu sama lain banyak kali. Patut la kami rasa tak sedap hati. Baik-baik syok bercerita kisah hantu terus terbantut dan senyap. Tiga-tiga bersedia untuk tidur dah.
Member yang bengang tadi pulak buat luahan perasaan pasal bilik tak wujud tu. Dah penat naik turun tangga dengan beg berat sampai tingkat 3, penyudahnya tak jumpa jumpa. Siap tanya budak junior kat situ, budak tu pun tak dapat nak membantu sebab bilik memang tak jumpa. Hangin la orang tu. Dah la penat, cari bilik tak jumpa. Misteri pun ada. Kunci kat tangan. Bilik tak wujud. Buat lagi bertambah seram bila ada satu bilik tu tak bernombor tapi kat pintu tertulis ‘jangan main-main, Allah nampak’. Kau rasa? Motif nak tulis macam tu apa?
Dalam pada seram tu kami sempat cakap kat member tu, ” esok pulangkan kunci tu lepas tu minta balik duit “. Lemak a free free je nak ambil duit orang. Dah la bilik pun tak wujud.
Keesokan harinya, member tu pun pergi pulangkan kunci sambil complaint bilik tu tak ada. Mati-mati pihak management kata ada. Siap bawa pergi kat bilik tu. Lah, rupa-rupanya bilik tu tak bernombor. Patut tak jumpa sampai kesudah pun. Paling tak boleh blah pihak management boleh bebel kat kawan aku. Dia kata awak la silap. Semalam ambil kunci lambat lepas tu tak terus check bilik. Hmm kawan aku tu pulak pantang kena marah bukan sebab silap dia. Dia pulangkan paku buah keras, ” ye encik, datang lambat tu silap saya. Bilik tak ada nombor pun silap saya “. Terdiam orang tu.
Itu sahaja lah kisahnya. Tahu tak seram tapi awal-awal kejadian kami rasa seram sebab overthinking and sebab seronok sangat buka cerita hantu. Moralnya tak perlu nak overthinking dan kalau dah tahu diri tu spesis penakut jangan nak gatal buka kisah seram. Heheeheh
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
x best..
takaful apa ni? etika? prudential? AIA?
tak ada hantu…tak best….tak seram….cuma salah faham jer
Hmmmm….buang masa aku baca
Better ko cter kesah seram member ko kt universti tu dri kesah slah fhm ni…
hahahahhahah. kuangasam betul cerita ni
aku rasa macam nak cepuk je. tajuk kemain lg mcm cerita seram sekali baca bilik tu takde no -.-
Macam kat ukm
Xsedap langsung. Buang masa
La..ingt btul bilik x wujud… Mcm2 LA hal..tipah tertipu pulak
Hahahaha. Taik sunggoh . Bilik takda nombor rupanya …
xbest…bilik xde no je
Mmg sesuailah jual insurans. dasar penipu. sapa yg bertopengkan hantu ni? potong je.
Hahahahaha plot twist rupanya…xpe…lyn je