Hi, aku lagi. Dulu pernah hantar dah cerita pasal hantu di luar negara itu wujud. Sekarang ni nak cerita pula hantu di dalam negara. Sebelum aku fly UK dulu, aku belajar sekejap di satu universiti swasta yang berada di Melaka. Kalau aku mention nama universiti ni memang semua akan kenal, ok lah aku bagi huruf depan je ok “M” hehe kau orang teka lah! Ok kat melaka ni aku tinggal dekat satu bangunan student ni, bukan student hall tapi accomodation student la nama dia bermula dengan huruf “Ixo..” hehe pandai pandai teka ok!! aku tinggal kat level paling atas, masa mula masuk senior cakap level aku tinggal tu ada budak pernah bunuh diri ie terjun dari level tu. Aku anggap cerita dari senior tu just nak takutkan aku yang sememangnya berani ni. Lama lepast u sorang senior yang aku memang boleh percaya and baik juga, dia cakap bilik aku tu sebenarnya tempat tinggal budak yang pernah bunuh diri tu. Lepas tu senior ni bagi aku macam ayat quran baca bila petang and kalau rasa tak sedap. Senior aku yang ni jenis geng usrah so memang baik la tak suka menyakat junior sangat. Aku tak percaya sangat sampai lah satu hari ni! JENG!JENG!! suspen sikit hehe
Satu hari ni tak silap aku weekend, memang menjadi kebiasaan waktu weekend budak rumah aku selalu balik and ada yang sleepover rumah kawan la etc so hari itu aku tinggal lah sorang mereput dalam rumah tu. Takut juga sebab sorang kan tapi aku rileks je. Hari tu bila dah nak maghrib aku memang tutup semua pintu belakang and pintu sliding door, and of course kunci pintu depan kan. Yelah aku duduk sorang kan so tutup lah semua pintu tingkat secepat yang boleh. Bila dah tutup tu aku pun masuk bilik aku dan kunci pintu bilik aku sambil bukak radio cd yassin. Takut kan nak nak masa tu dah nak maghrib haha… Bila aku bukak yassin tu and masa yassin tu dah nak tengah tengah bacaan tup tup radio aku tu tertutup sendiri! Aku pelik jap. Dalam hati “bateri habis ke? atau rosak?” Lepastu aku tengok switch haaa tertutup jugak sendiri! Siapa entah tutup switch kan!.. So aku pun buka je lah balik switch tu dan aku dengar balik yassin, lama sikit tu tup tup tertutup balik!! Aku dah syak ni saja ni nak main main dengan aku. Pastu aku pasrah je lah, biar je nak tutup pun. Aku duduk buat kerja aku sendiri tanpa ada bunyi yassin or lagu. Kira sunyi sepi lah yang berbunyi nya keypad laptop aku je. Lama sikit tu aku dengar bunyi “sretttt” “sreeett” kat luar bilik. Dalam hati aku “hadoi apa lagi ni,jangan aaa kacau aku”. Aku pergi letak telinga aku kat pintu bilik aku nak dengar apa yang kat luar bilik aku tu. Dengar bunyi “sreet””sreet”. Aku pun beranikan diri keluar dari bilik aku tu, bila keluar je aku tengok tengok pintu belakang terbukak. Pintu belakang ni memang dekat dengan bilik aku. Aku pun cakap dalam hati “aiseyh”. Macam mana boleh terbukak pun aku tak tau kan sebab yang aku sangat pasti sebelum aku masuk bilik aku tu aku dah tutup and kunci semua sliding door, pintu belakang and pintu depan. Tapi kali ni pintu belakang terbukak, so persoalan nya siapa bukak? Aku pun macam ala ni mesti housemates aku yang lain bukak ni. So aku ketuk la pintu each of housemates aku cakap macam ni “hey you there, why are u open the back door?* sambil gelak dengan harapan ada lah housemates aku tu*” then senyap je tiada respond. Haaa menguji betul tu! Pastu aku beranikan diri tutup balik pintu belakang. Kalau korang nak tau pintu belakang tu macam balkoni and tempat tu kitorang sidai baju semua. AKu tak berani lah nak tengok sampai luar takut kang ada benda tergantung ke apa kat ampaian kan haaa so aku tutup terus and kunci! Masuk bilik aku balik and kunci terus pintu!

micet unikl ke? hahah
Umang aiii bertalu2 kena sakat koo…
Mmu . Pangsapuri ixora hahaha
kolej ixora, multimedia university melaka, BUKAN???
I tinggal dekat block yang orang terjun tu jugak. Selamat 3 tahun stay situ takde yang memunculkan diri haha. Btw, yang terjun tu perempuan pregnant and cinta tidak direstui keluarga gitu. Jaga-jaga kang ada yang hai cari baby dia
kebanyakkan yang tinggal kat ixora student micost, melaka international college of science and technology .. i kerja kat situ.
wow…micost ke…aq pernah masok…seram gak ni