#Blackturtle:Pengalaman Kedua
Semenjak kejadian di pusat beli belah, aku jarang turun ke Basement dan aku bertahan hampir 2 tahun bekerja dekat situ. Sekarang aku bekerja di KLCC dengan sebuah syarikat menyelenggara sistem Aircond. Skop kerja berbeza sedikit sebab aku basic elektrik. Kalau ada barang rosak tak boleh tukar masa pejabat tapi kena OT tukar waktu malam. Aku pun tak tahula kenapa suka sangat benda tu muncul diri kat aku.
Seperti kebiasaan, di waktu pagi pukul 8.30 – 5.30 petang. Aku, farouk dan El merupakan pasukan bagi menara 1. Kerja yang kami buat adalah melakukan selenggaraan untuk unit Exhaust Fan dan juga Air Handling Unit iaitu unit penghawa dingin. Aku sendiri lupa ada berapa tingkat hahaha tapi memang ada banyak tingkat yang paling aku suka kat tingkat paling atas sekali.
Sejuk betul bahagian atas siap bedengkur lagi tapi kalau nak tidur pun selepas siap kerja dan buat report kalau tak memang bising la EL tu. El merupakan penyelia palibg sempoi dan terbaik.
“El, aku inform building control sebab nak tutup Exhaust Fan” kataku sambil mencapai walkie talkie di pinggang.
“Ok ok. Aku siap barang service, nak amik air jap” kata El pada ku
“BCS roger. Saya Black dari syarikat V ingin melakukan service Exhaust Fan 8 di mekanikal floor level 35,” kata ku sambil bersedia mematikan panel
“Ok. Faham” kedengaran suara Malik menjawab
Aku segera menutup panel dan meletakkan papan tanda amaran. Sedang aku kusyuk membuka casing Exhaust Fan. Tiba tiba Aku mendengar tapak kaki di belakang. Seolah melompat lompat. Aku berhenti kerja untuk mengamati bunyi.
Pap pap pap pap
Peluh mula membasahi tubuhku. Keadaan yang sejuk aku rasa panas. Dalam hati terdetik mahu menoleh atau tak. Aku segera menoleh.
“Woi janganlah main main El. Aku lempang kang,” kata ku pada El
“Wei apasal lipas banyak ni. Aku dah la fobia lipas,” kata El sambil terlompat lompat mengelak dari terpijak lipas
“Hadaplah kau dengan lipas tu. Malas aku nak layan,” kata aku bengang.
Aku menyambung kerja tapi bunyi melompat tetap ada. Aku semakin panas.
“Woi dah la tu. Mana air yang kau bawa tadi,” kata aku sambil menoleh
Keadaan sunyi sepi, kelibat El langsung tak kelihatan.Tiba tiba
“Kau bercakap dengan sapa tadi?. Dengan farouk ke?. Dia lambat sikit hari ni,” kata El
Peluh yang kering kembali mengalir. Siapa pulak yang melompat lompat tadi. Aku bergegas buat kerja dan apabila Farouk datang aku minta nak ke pejabat sebab badan tak sihat. Aku berlalu pergi meninggalkan Farouk dan El. Aku menunggu lif tiba.
Tiba tiba bunyi yang sama kedengaran di belakang ku.
Pap pap pap pap
Terasa hembusan angin di leher.
Meremang bulu roma ku. Aku tahu tiada siapa di dalam lift melainkan aku seorang diri. Pintu lift bomba terbuka, kelihatan cleaner yang nak masuk tercengang melihat ke atas perlahan mengundur diri jauh dari lift. Aku cuba melangkah tapi aku dapat rasakan baju ku seolah di tarik. Aku tiada pilihan aku bertepik
“Allahuakbar!,” laju aku berlari diiringi cleaner meninggalkan lift.
Dari jauh aku terdengar suara hilai tawa bergema di Ground Floor.
Hihihihihi
Aku terhenti di pintu dengan cleaner yang mengiringi aku tadi. Perlahan sesusuk tubuh menunjukkan diri. Cleaner rebah tapi aku bertekad untuk terus merempuh. Aku betul betul melintasi tubuhnya, melihat wajahnya yang bertoreh seribu. Bau hamis jelas terhidu. Aku segera mendapatkan bantuan untuk cleaner yang rebah. Dan alhamdulilah cleaner itu pulih.
Mengikut cerita, memang ada jelmaan syaitan menyerupai wanita yang wajah nya di kelar berkeliaran di tingkat mekanikal dan jarang turun ke Ground Floor. Security selalu terserempak tapi buat tak tahu je.
Eh! Ada sapa kat belakang tu?
Hehehe…
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Awatla entiti suka kat hang.. Seram jugak la no..bertabahlah
Uish…siap rempuh lagi tu..huhu seramnya..
Kj tgh2 mlm cmtula…xper2.alah bisa tegal biasa lama2 nti.haha.kipidap 7/10
Meremang bulu roma aku. Nak2 entiti yang suke melompat2 ni. Ehhhh !
1st, cerita kau tak best
2nd, ending sampah. Sent cerita Yang acah-acah takutkan readers adalah sampah. Tahukah anda kami tak terkesan?
Klu rase bagus tu sila lah buat cerita kau sendiri.Tak perlu nak bash cerita org.
cter best. tp x nk la acah2 takutkan readers plk hehe.