Bomoh Orang Asli

Assalamualaikum. Nama aku Sha. Hari ini aku nak share dengan korang pengalaman aku dan keluarga aku diganggu makhluk halus. Sebenarnya banyak benda yang kami sekeluarga dah lalui tapi takpa, aku akan cerita kan cerita sedikit demi sedikit.

Aku merupakan anak yang ke 2 dari 6 orang adik beradik. Ayah aku bekerja sebagai kontraktor dan mak aku pulak surirumah. Terlalu banyak gangguan yang datang dalam hidup kami. Which is sebelum mak dan ayah aku berkahwin lagi mak aku dah pernah kena gangguan, kena santau oleh jiran. Benda tu berlarutan sampailah sekarang. Sebelum ni kami menetap di Johor Bahru sehingga aku darjah 2 dan berpindah ke Seremban Jaya selepas aku tamat persekolahan darjah 2. Semasa menetap di Seremban Jaya, ada jiran sebelah rumah aku ni nama dia “Cik Kiah”. Pada mula nya dia seorang jiran yang sangat baik dan peramah. Tapi lama kelamaan, kami nampak perubahan ketara bila dia dah tak bertegur dengan kami.

Keluarga aku ni ada kelebihan di mana kesemua ahli keluarga aku (kecuali aku) boleh melihat makhluk halus dan boleh tahu benda tu ada kat mana. Kami mula rasakan sesuatu selepas rumah kami kerap diganggu dan banyak benda yang muncul dalam rumah. Yang paling teruk, kakak dan mak aku banyak kali pernah kena rasuk terutamanya waktu maghrib dan ahli keluarga aku nampak benda yang pelik-pelik. Ada satu haritu mak aku tiba-tiba mengamuk dan mak aku baling barang and pinggan kaca. Then mak aku kutip kaca yang pecah tu dan mak aku nak toreh muka aku. Nasib aku baik tak lama lepas tu bunyi azan maghrib dan mak aku tiba-tiba tersedar. So malam tu kami bercadang untuk pergi berubat. Merata tempat kami pergi, semua nya cakap benda yang sama. Mereka cakap rumah kami ada gangguan sebab ada orang yang menghantar benda untuk porak peranda kan kami, dan buat hidup kami tak tenang. Orang yang hantar tu tak suka tengok kesenangan kami and nak kami pindah dari situ. Bila kami tanya agak-agak siapa yang hantar, kebanyakkan nya cakap orang terdekat iaitu jiran sebelah rumah. Orang yang ubatkan tu siap describe ciri-ciri dia dan semua tu memang sama macam “Cik Kiah”. Kami pun terkejut bila dapat tahu. Beberapa hari kemudian, ayah buat keputusan untuk berpindah dan berharap benda ni takkan menggangu lagi.

Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Seremban 2. Pada mulanya keadaan di sana sangat tenang. Jiran-jiran pun sangat baik. Keadaan berubah bila suatu hari rumah kami mula diganggu lagi dan ayah aku berubah jadi seorang yang panas baran. Pantang ada silap sikit mesti kami adik beradik kena marah and kena pukul dengan teruk. Ada satu hari tu, ayah dan mak aku bergaduh teruk sampai ayah aku halau kami keluar dari rumah. Tapi kita orang buat taktahu dan berkurung dalam bilik. Bila ayah aku keluar bekerja, baru kami keluar dari bilik. Esoknya, bila keadaan dah makin reda, kami nampak ayah aku sangat serabut. Dia asyik marah-marah, dan dia cakap dia ‘panas’ bila duduk kat rumah. Adik beradik aku pun pernah nampak benda menyerupai ayah aku. Masa tu ayah aku belum balik kerja lagi. Benda tu muncul kat tepi pintu bilik ayah aku. Banyak lagi benda lain mengacau. Adik aku pun pernah nampak ada benda hitam rambut panjang tengah mencangkung atas mesin basuh sambil keluarkan lidah dia. Adik aku cakap lidah dia memang panjang gila. Lepas tu, ada hantu kepala dia macam botak, kulit terbakar, pontianak, jelangkung semua ada. Ada benda sergah lah, bunyi loceng gelang kaki lah malam-malam and macam-macam lagi.

Yang paling aku tak boleh lupa, ada satu pagi tu aku turun bawah nak pergi dapur minum air. Lepas minum air aku pun masuk toilet. Masa aku masuk toilet tu aku rasa lain tapi aku buat taktahu jelah sebab aku pun macam mamai lagi. Aku pun pelik masa tu aku tiba-tiba nak mencangkung atas jamban duduk, padahal selama ni tak pernah buat macam tu. Masa aku dah nak mencangkung tu, tetiba selipar jamban aku tu licin and aku tergelincir dan jatuh terduduk ke lantai. Kemaluan aku terkena kat bucu mangkuk jamban tu dan aku mula rasa pedih. Aku pun cuba untuk berdiri walaupun sakit then aku nampak darah banyak mengalir dari bahagian kemaluan (macam orang gugur). Aku terkejut and tergamam. Mak aku masa tu kat dapur and dia dengar lah bunyi aku jatuh. Mak aku jerit dari luar tanya aku ok ke tak tapi aku diam. Aku takut sangat masa tu. Kepala aku pun mula berpusing dan aku tersandar kat dinding sebab rasa macam nak pitam. Aku pejam mata dan tiba-tiba tersedar aku dah tertiarap kat atas lantai bilik air dengan darah banyak kat lantai, air terbukak. Dan dengan tiba-tiba aku menjerit “Pergi, jangan kacau aku lah!”. Aku pun taktahu kenapa aku tiba-tiba cakap macam tu lepas aku tersedar tu. Masa tu mak aku dan adik beradik aku dah risau and jerit-jerit panggil aku and cuba bukak pintu bilik air tapi tak boleh.

Tak lama lepastu aku keluar dari bilik air dengan keadaan sakit, and masih ada darah. Mak aku pun terkejut and cakap “Ya allah, apa dah jadi ni?” Muka kau nampak lain dan pucat. Mama dengar kau jatuh 2 kali. Yang pertama tak berapa kuat. Yang kedua ni kuat sangat bunyi jatuhnya”. Aku pun cakap lah “Tiba-tiba tadi tergelincir pastu terjatuh. Masa nak bangun tu macam nak pitam then eya (nama panggilan aku kat rumah) sandar lah kat dinding. Tahu-tahu masa sedar, dah tertiarap kat lantai”. Mak aku pun makin risau, then mak aku cakap “agaknya yang bunyi kuat kali ke 2 tu sebab kau jatuh lagi tu. Tengok tu dagu kau dah terkoyak sikit”. Aku pun tergamam. Lepas tu mak aku call ayah aku suruh balik cepat and bawak aku pergi klinik untuk doctor check lepas tu kami pun pergi berubat.

Masa pergi berubat tu, baru dapat tahu yang sebenarnya apa yang jadi ni sebab ada orang hantar benda. Dia dengki dengan keluarga aku sebab hidup senang. Orang tu nak buat kita orang betul-betul susah, porak peranda. Dia tak suka tengok kesenangan kami, and dengki ayah aku dapat banyak projek. And yang paling takut, masa aku tergelincir dari jamban tu rupanya ada benda yang tolak. Sebenarnya orang tu nak mak aku yang masuk toilet tu, tapi malangnya aku yang masuk dulu so aku yang terkena. Orang yang hantar tu dia guna bomoh orang asli. Dia hantar semua bend ani untuk kacau keluarga aku. Lepas kejadian tu, ustad dah pagar rumah kami tapi tak lama lepas tu rumah aku masih kena kacau sampai kami rasa macam dah fedup and dah tak peduli dah benda tu nak kacau.

Aku harap sangat semoga orang-orang yang dengki dengan keluarga kami sedar apa yang mereka buat tu semua syirik. Kami tak kacau sesiapa pun and tak pernah dengki dengan kesenangan orang lain. So buat pembaca di luar sana, sentiasa berhati hati dengan orang sekeliling. Kadang manusia ni depan je nampak baik tapi hati dia kita taktahu.

Sekian dari aku.

9 thoughts on “Bomoh Orang Asli”

  1. Aku nak tanya la hampir semua cerita seram mesti ada ayat org tu boleh nampak org ni boleh nampak cerita betul ke atau rekaan atau copypaste.. nk bagitau sikit la kalau boleh nampak itu bukan kelebihan itu masalah.. sebab kalau boleh nampak perkara ghaib bermakna malaikat pn boleh nampak.. yg boleh melihat perkara ghaib hanya Nabi dan Rasul saja.. itu mukjizat mereka dlm menyebarkan ajaran Islam.. manusia biasa spt kita takkan nampak melainkan kita sendiri mencabar utk makhluk tu muncul In ShaAllah ia akan muncul sekian..

    Reply
    • ada sesetengah orang yang hijab nya terbuka juga akan nampak. dan ada sesetengah orang boleh nampak dengan izin Allah swt. Bukan semua tapi hanya orang terpilih atau diri sendiri yang pernah kena gangguan akan nampak benda tu.

      Reply
    • Sebab tu Allah kurniakan kelebihan, keistimewaan dan kekurangan pada manusia. Mungkin Allah tak kurniakan kelebihan boleh nampak makhluk halus pada kau, tapi Allah kurniakan kelebihan lain pada kau. Mcm mana pulak kalau ustaz2 yg ubatkan org tu, semua nya mmg boleh nampak makhluk halus. Adakah ustad2 tu pun mencabar makhluk tu?? Fikir logik. Org cerita berdasarkan pengalaman. Yg mana copy paste tu dia punya pasal lah. Kalau kau taktahu and tak faham apa yg org pernah lalui, jgn main sedap ckp je.

      Reply
    • ermm rasanya pernah terbaca hijab kita terlalu banyak layer, yang lapisan pertama tu hanya makhluk2 picisan macam jin setan.
      Macam malaikat lapisan lain…

      Lasssstttt sekali dinding hijab Allah, hanya boleh dilihat JIKA kita masuk ke syurga.itulah nikmat terbesar dan tujuan hidup.menuju syurga untuk melihat Pencipta kita.

      ni, makcik baca dari mana tak ingat..tp logik jugak dia punya explanation..sbb mmg pernah dengar nikmat tertinggi kat syurga adalah melihat Allah. juga kisah Nabi Musa hendak melihat Allah dalam Quran.

      Reply
    • Itu kurniaan Allah untuk manusia. Semua orang ada kelebihan, keistimewaan dan kekurangan masing2. Mungkin kau jadi mcm ni sbb takde kelebihan tu. Yg copy paste or reka cerita, tu masalah dia. Kebanyakkan penulis dalam ni semua tulis cerita berdasarkan pengalaman yg diorang or org sekeliling pernah lalui. Org yg ada kelebihan boleh nampak benda2 ni bkn masalah, YG MASALAH TU KAU.

      Reply
  2. makcik nak pesan, kalau boleh, amalkanlah solat berjemaah sekeluarga..Quran, jangan sesekali tinggal.

    ayat Qursi selesai solat 5 waktu.InsyaALLAH.

    kalau amalan ni dari awal dibuat, dia tak boleh masuk pun..tapi sekarang, sebab dah masuk, cuba pelan2..
    depa pun makhluk Allah juga.

    Reply
  3. Sebaik-baik amalan ialah sentiasa beramal…
    Dan meyakini sepenuh hati Kepada Allah mengenai apa yang dilafazkan.
    Kebiasaanya manusia akan ingat Allah bila dalam keadaan susah, ditimpa musibah, namun terlalu sedikit yang mengingatiNya ketika senang Dan dikurniakan pelbagai nikmat.
    Dan setiap yang berlaku adalah ujian dariNya untuk menguji sifat kehambaan Kita padaNya…
    Semoga Allah melindungi Dan permudahkan urusan penulis…

    Reply

Leave a Comment