Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan the uncut version.
Berpakaian laksana pendekar kundur serba hitam, seluar senteng paras lutut, baju melayu lama dengan pesak besar di bahagian ketiak, dan bertanjak kain pelikat dengan ikatan ‘alang iskandar’.
Kami juga diberikan kain sepanjang se depa yang mempunyai 3 warna, hitam, kuning dan merah, di buat lilitan di pinggang.
Sebelum bertolak, Pak seli suruh kami diam dan tutup mata, aku dengar dari mulutnya, dia baca potongan-potongan dari ayat surah al-baqorah..
Selesai membaca, katanya kami dah dibuka kan hijab sepenuhnya. Dan apa yang kami lihat, dengar dan rasa, jangan diperdaya syaitan! Mohon perlindungan..
Kami buat upacara seperti nak memulakan bunga silat didepan bangsal durian pak seli, betul-betul sebelum tengah malam! Di ingatkan supaya iktikadkan upacara tu seolah memagar diri zahir dan batin! Dan beberapa petua ringkas yang kalau diceritakan, kebanyakkan orang akan kata kami gila..
Perjalanan dari rumah pak seli ke hujung kampung, tak jauh. Dalam 30 minit menaiki motorkar, hingga ke pinggiran hutan. Kereta diberhentikan dan kami mula berjalan ke dalam hutan selama setengah jam lagi..
Dari jauh, dalam remang pekat malam..
Nampak pondok menunggu buah tinggal berdindingkan daun nipah, dan didalamnya ada cahaya malap diterangi oleh beberapa batang lilin.
Pak seli buat isyarat tangan suruh perlahankan jalan dan jalan dengan berhati-hati..
Atas bumbung pondok tu, ada lebih 5 ekor mahluk berbagai rupa, kebanyakkannya buruk yang dapat dilihat jelas..
Kesemuanya berekor, bertenggek dan bercakar sama sendiri, seolah sekumpulan beruk yang bermain-main diatas pokok..
Kami hampir dengan lebih rapat..
Dari jauh, bomoh tu turun ke tanah, berpakaian lengkap seperti seorang sami, dia membawa barang berupa seperti dupa kemenyan, di asap-asapkan hingga naik ke langit…
Aku lihat dengan jelas, mahluk dari bumbung turun dan berkerumun pada dia, menghidu dan menjilat asap yang naik, bagaikan dihurung semut.
Seketika kemudian, lelaki tu nampak macam memberi arahan, dan kesemua mahluk tu berterbangan dari kawasan tersebut
“korang nampak semua tu? Itu jin angin yang dipelihara bomoh tu, tulah bomoh yang sedang kita cari, nampaknya dia sendiri dah bersedia nak bertemu kita malam ni!” kata pak seli
Aku toleh ke sisi, nampak jelas muka serius bapak aku.. Mungkin ini pertama kali dalam hidupnya melihat mahluk halus dalam bilangan yang banyak..
Kami bergerak lagi hampir ke pondok.
Terdengar suara meratib dalam bahasa yang tak difahami dari dalam pondok, suara yang parau berselang seli dengan bunyi cengkerik, menambah kan rasa seram dalam hati..
Pasir digenggam, dibaca beberapa potongan ayat, dan pak seli merejam pasir ke arah pondok tinggal tu..
Aku diarahkan bertahan disitu! Pesannya mudah, jangan lari!
Pak seli dan bapak melangkah pergi ke pondok, belum pun pak seli menyeru dia supaya keluar…
HAHAHAHAHA!!!
“Akhirnya kamu datang! Untuk ditamatkan riwayat pada malam ini!!” suara dari dalam pondok bercakap dalam dialek kelantan siam..
Habislah… Dah kantol!!! Kata aku dalam hati..
Pondok diterjah keluar dari dalam dengan kasar!
Bomoh berdiri memijak daun nipah yang terbungkam ke tanah dan menghadap pak seli dan bapak aku!
Seketika kemudian aku nampak bomoh mula bertindak, dia berdiri sambil tangannya di tunjukkan kedepan, menghala ke arah bapak aku dan pak seli..
Sambil bertutur dalam bahasa siam..
Dua jin datang turun ke tanah, aneh menurut firasatku, rupanya berubah menjadi rupa manusia kacukkan, separuh manusia dan separuh haiwan, badan menjelma seperti manusia yang kekar dengan kepala anjing..
Gerun kalau difikir-fikirkan semula…
Pak seli membuka langkah,
Kemas!
kalimah Allah, kalimah pelindung, kalimah lam jalalah..
“sahaja aku berdiri dalam kalimah Allah… La ila ha Ilallah muhammadar rasullullah”
Pak seli melangkah kemas kedepan dengan mulut tak berhenti berzikir
Bapak, aku lihat sudah bersedia! menghadap segala kemungkinan yang bakal terjadi, tangannya mengenggam keris peninggalan arwah tok aku, 5 lok dengan hulu berukiran kepala garuda..
“LANGGAR!!!” Jeritan bomoh kuat mengejutkan semua!
Manusia berkepala anjing masuk menyerang bapak aku!
Terkaman dari kiri dan kanan serentak, dengan tangan kedua-duanya disasarkan ke kaki!
Bapak aku melenting 3 kaki ke udara, disambut dengan satu sepakan percuma ke kepala salah satu mahluk, aku nampak jelas dia terpelanting ke sisi!
Manakala satu lagi tersasar, dan diinjak dengan kedua kaki dari atas oleh bapak aku!
Secara tiba-tiba
.
.
.
.
.
.
.
Bahu aku ditepuk dari belakang, dan mata aku melirik ke kiri!
Ada dua lagi mahluk serupa berdiri di sebelah kiri dan kanan aku!
Lupakan tentang bapak!
Aku tak harus duduk dan biar kepala diratah oleh binatang durjana ni!
Aku menghambur ke depan! Keluar dari semak tempat persembunyian!
Keris hadiah dari guru yang tersisip dipinggang seawal dari bergerak tadi di hunus! Sambil berdiri sendeng dan di acu kan kedepan!
Apa nak jadi! Jadilah!!!
Mahluk dari kanan mara rapat!
Di sebelah kiri menunggu! Mungkin merangka kekuatan aku sebelum masuk menyerang!
Dia masuk dengan tangan di depa kan dan mulut ternganga besar, seolah nak merobek isi perut aku keluar!
Aku rendahkan kekuda, tunduk dan masuk dengan tangan kanan lurus ke jantung!
SRAPPPPPPPPP!!!
Bunyi indah tusukan keris yang masuk!
DUB DAB DUB DAB DUB DAB
Bunyi degupan jantung sendiri dalam keadaan kelam kabut!
Matikah?
Keris di tarik keluar! Dan jelas bunyi lok keris mematahkan tulang-tulang yang ‘merintang’ laluannya keluar!
Mahluk yang tertikam dan masih didepan, aku tolak ke tepi!
Jatuh rebah ke tanah!
Barangkali sudah tamat riwayatnya!
Satu lagi! Tinggal satu lagi!
Dia menyeringai!
Menampakkan gigi putihnya dan wajah bengis yang menakutkan!
Terkaman di buat dari depan! Tak sempat mengelak!!
ALLAHHHH!!
aku jatuh terlentang kebelakang!
Sakitnya bukan kepalang di bahagian perut! Tangannya berbisa dengan bara api!
Kalau ikut pengalaman, dalam keadaan begini, perlukan pertempuran jarak dekat!
Jarak jauh akan memberikan dia kelebihan, kerana cakarnya berisi bara api!
Aku mula bangun dan menyusun langkah!
Fokus! Fokus! Fokus!
Jangan hirau bapak dan pak seli!
Urusan aku perlu selesai lebih dulu!
Petua dari guru, dalam keadaan kritikal, gunakan ayat at-taubah, ayat pancung jin kata guru! Ayat pendinding harimau tambahnya lagi!
~~ la qod jaaa akum, rasullun ~~
Keris di sorokkan, dan tangan kiri aku sisip ke pinggang! Kaki kiri di depan dan kanan dibelakang! Separuh rendah dan sedikit terkangkang
Sambil mulut menghabiskan bacaan ayat tersebut!
Mahluk tu masuk menyerang!
Aku berjaya elak ke kanan!
Berdiri bersemuka secara berdepan!
Keris aku tikam ke depan!
Tak kena! Dihalang!
TANGAN AKU DIGENGGAM!
aduhhh….. rasanya riwayat aku akan berakhir sebentar lagi!
Spontan aku melenting ke belakang, dengan kaki kanan menujah ke perutnya!
Kuatnya rengutan tadi, keris dah terpelanting! Nampak terpacak atas tanah!
Aku bangun semula dengan memperkukuhkan silat!
Tarik nafas! Hembus! Tarik lagi! Tahan!
Kali ni biar aku pulak yang menyerang!
Aku lepaskan tumbukan lurus ke muka!
Dia berpusing dan berjaya memeluk pinggang aku dalam keadaan rempuhan menyerang!
Bagaikan gerakan silat yang diajar berulang-ulang selama ni, supaya tak panik dalam situasi cemas!
Kaki aku silangkan supaya stabil, dan kekuda di rendahkan, serendah yang mungkin! Sambil siku kanan masuk menyerang belikat dari atas!
GEDEBAB! Dia tertiarap ke tanah!
Aku menghambur lagi ke depan! Mencapai keris yang terpacak di tanah!
Keris sudah di dalam genggaman!
Aku terjah dengan tendangan tonjol dari depan!!
Tepat ke muka!!
Tak bertangguh! Aku hempap dia dengan kekuatan fizikal dari atas! Tangan kanan dan kiri dikunci di bawah pelipat lutut! Dan ditindih dengan segala kudrat yang ada!
Dan saat nak menikam dengan keris ke mukanya!
Aku di rempuh kasar dan di kunci dari belakang!
Ya Allah!!!
“arip…. Ashadu an laaa ila ha illallah!!!”
“ikut aku mengucap!! Ashadu an laa illa ha illallah!!” suara tu berbunyi membisik di telinga!
Aku berjaya mengucap!
Rupanya aku di kunci dakap bapak aku!
Berpinar mata! Berpusing-pusing dunia rasanya..
Eh? Mana manusia berkepala anjing tadi?
Ghaib?
Aku tak menindih siapa-siapa!
“rip, kau dah kena pukau dengan bomoh! Bertahan rip! Ingat Allah banyak-banyak!” kata bapak aku!
“nasib baik abah sempat! Kalau tak, kau dah radak pak seli tadi! Bertahan rip! Bertahan! Abah nak pagar tempat kau ni!”
“kalau aku tak halang, kau dah lari habis masuk hutan!” kata bapak aku separuh menekan dengan serius!
Ya Allah!! Dari tadi??? Halusinasi aku je?
Aku lihat kebawah peha, ada dahan pokok tumbang yang berada dicelah kelengkang yang aku duduk kan dengan kemas!
“ingat Allah, rip!!” ulang bapak aku lagi!
Gais! Character limit lagi!! Nanti aku sambung lagi! Jangan lupa ingatkan aku yek! Bahaha.. Aku akan sambung dengan secepatnya..
Bye…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
CERITA KAU NI MEMANG BEST BROOO CEPAT SAMBUNG SUPAYA KAU INGAT OKKK AKU TUNGGU..
adoiiii…sambung lg..semangat baca…cpat sket ya En. Ariff
Asyik sambung je.. haihh….
waaaa… tak sabar..
kemas gaya bahasa
aiiyyaaa…. ini olang aaa, suka sambung lorrr….
Fuh ..hebat ..pertarungan pendekar ..ilmu,petua dan gerak …
seronok sungguh era dedulu …
Terima Kasih kepada penulis …
Teringat nostalgia lelama …waktu ..bergelangang …dahulu ..
sambung lagi….
tak sabar laaaaa uhuk
Dah Ada sambunganny ke?
Keeee aku yg dh ketinggalan lrt ni ðŸ¤