Salam dan hai sekali lagi. Maafkan aku kalau kisah sebelum ni agak mengelirukan. Kepada yang bertanya adakah akak dah sembuh jawapan masih dalam ikhtiar. Setakat ni masih belum jumpa dengan orang yang betul-betul boleh pulihkan akak 100%. Dah panjang mukadimah mari mulakan dengan kisah kali ni.
Keadaan akak agak tak terkawal buat masa ni. Sakit akak makin teruk sampai mak tak bagi sangat akak buat kerja kat dapur sebab akak pernah kena rasuk masa nak masak sambil pegang pisau. Memang bahaya la kalau tak sedar akak kena rasuk. Disebabkan akak tak boleh guna pisau kadang-kadang mak siap siang ikan ayam dan daging. Pastu simpan je dalan peti ais. Kalau akak nak masak tinggal basuh dan masak je.
Pagi tu aku ke bilik air dan nampak akak tengah mencakung depan peti. Aku fikir akak nak masak la kot. Lepas aku keluar bilik air aku tengok akak dah genggam daging yang dah siap cincang. Akak pandang aku sambil tangan yang penuh daging tu diacahkan ke mulut. Aku jerit panggil mak. Mak cepat-cepat datang sambil bising bila tengok akak macam tu.
“Dah buat pula dah. Pantang lepe mula la jadi”, kata mak sambil merampas daging di tangan akak. Akak mula melawan minta dilepaskan. Kali ni mak guna kaedah saikologi. Mak mula bercakap lembut minta akak lepaskan daging di tangan. Akak mula menangis. Mak ambil daging dan simpan semula. Mak bawak akak ke meja makan dan bagi minum air jampi. Kemudian sapu sedikit air ke muka. Akak sedar tak lama lepas tu. Mak pandang akak sambil tanya tadi tu kenapa? Akak cakap tak tahu lah ada orang suruh makan. Masa tu akak bagi tau ada orang hantar botol tanam depan rumah. Orang tu nak bagi sakit siapa saja yang langkah botol tu. Orang dengki sakit hati kat keluarga kami.
Selang beberapa hari mak call pakcik G tanya tentang botol tu. Nak call tak boleh akak tau nanti makhluk tu pun tau juga. Selalu la kena sorok kalau nak call. Pakcik G memang boleh tengokkan dari jauh. Pakcik kata nanti malam die tengokkan sebab siang tengah kerja. Malam tu pakcik G call bagi tau betul ada orang hantar botol tanam tepi tong sampah dekat dengan pokok bunga mak. Pakcik G pesan jangan bagi budak-budak main dekat situ. Takut terlangkah dan jadi perkara buruk pula.
Pakcik G janji akan datang rumah dan cuba untuk ambil botol tu. Sebelum tu pakcik minta mak pagarkan dulu rumah tu, guna garam kasar dan lada hitam. Mak buat untuk beberapa hari berturut-turut.
Beberapa minggu lepas tu baru la pakcik G boleh datang ke rumah. Macam sebelum ni pakcik G datang untuk tangkap hantu yang ada dalam rumah tu sekali. Persiapan di buat selepas solat magrib dan macam biasa abah akan ikut sekali pakcik G untuk ambil benda tu. Selepas 20 minit abah dan pakcik G masuk ke rumah semula. Masing-masing berdebar nak tengok apa isi dalam botol tu.
Pakcik mulakan selawat dan zikir terlebih dahulu sebelum tunjukkan kepada kami selepas selesai baru la pakcik G panggil kami. Dikeluarkan botol yang berbungkus kain hitam di jahit rapi. Pakcik G ambil pisau untuk koyakkan bungkusan tu. Terdapat beberapa lapisan kain untuk bungkus botol tu termasuk la kain berwarna kuning. Setelah di buka dan isi dalam botol di keluarkan terdapat beberapa batang jarum, rambut, air tak pasti air apa dan benda lain lagi. Botol tu hanya sebesar botol minyak wangi setengah jengkal yang besar duit 10$ tu.
Pakcik G pernah tanya kat mak nak pulangkan semula atau tak botol tu. Kalau nak pakcik G boleh hantar semula pada tuannya. Mak kata tak payah la. Akak pun kata kalau pulangkan nanti orang tu hantar semula ke rumah. Bila da macam tu pakcik cakap esok pagi la bakar botol tu. Sebelum dibakar botol dan segala isinya dicurahkan dengan cuka untuk matikan sihir. Tak tau la betul ke tak. Lepas tu baru la di bakar.
Pakcik G juga tunjukkan mahluk yang dah dimasukkan ke dalam botol. Botol tu harus dibuang malam tu juga ke dalam sungai yang dalam. Botol tu akan diikat dengan seketul batu supaya tak timbul ke permukaan. Sesiapa yang rajin memancing kalau terpancing botol bertutup kemas jangan di buka ye. Tak adanye orang nak kirim surat cinta dalam botol, sekarang semua guna whatsapp, facebook, insta, zaman IT kan.
Sudah banyak kali juga orang tu hantar botol baru ke rumah malah lebih banyak. Sudah banyak jugalah pakcik G mengambil botol tu. Setelah pakcik G balik semula ke Johor, orang yang hantar botol tu masih lagi tak puas hati. Masih menghantar botol yang baru ke rumah. Disebabkan jarak yang jauh dan lambat untuk tunggu pakcik G datang ke rumah semula kami ikhtiar la berubat kat Jengka tu. Sebab tu masa berubat dengan tok kat Jengka tu abah minta tok tu tolong ambil botol tu. Tapi botol yang tok ambil tak sama dengan yang sebelum ni.
Botol yang tok ambil tak ada kain bungkusan. Hanya sekadar botol sahaja. Abah tanya kenapa botol tu beza dengan yang pernah diambil sebelum ni. Tok kata ni la botol yang dihantar memang camni. Abah fikir ada orang lain yang cuba hantar juga botol tu ke rumah sebab tu botol tu berbeza. Tapi lepas kami sampai ke rumah akak pun mula bercakap. Ni bukan botol yang tanam depan rumah. Ni botol yang orang tu sedia untuk hantar lagi ke rumah.
Masa ni ada lebih kurang 5 tempat yang orang tu tanam botol dekat rumah. Habis keliling rumah di tanam botol tu. Dan abah pernah terlangkah sebab tak tau. Dalam tempoh tu akak selalu kena histeria. Sama ada akibat makhluk yang dihantar orang dan juga yang datang dari hutan.
Kadang-kadang sehari 7/8 kali akak kena. Masa tiap kali nak makan mesti kena. Bayangkan akak tengah makan dengan tenang tiba-tiba akak suap nasi dengan banyak dan laju ke mulut sambil nangis cuba lawan. Ada masa tengah mandi pun kena juga. Mak dengan abah tak pernah putus asa ubatkan akak. Walaupun kadang rasa lelah dengan apa yang jadi. Kami masih teruskan ikhtiar untuk baikkan akak. Aku harap kalian sudi doakan akak aku supaya cepat sembuh dan kembali normal macam orang lain.
Sekian saja kisah aku. Ni mungkin kisah yang terakhir aku hantar. Terima kasih pada yang sudi baca. Yang melihat mengalir air mata, yang merawat terluka jiwa, yang mengalami seperti hilang jiwa. Moga ada bahagia buat kami.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cdgn jela – pasang cctv keliling umah.so bleh tau bile mase org tu bawak cangkul rajin bebenor nk mencangkul tanah org
tkdenye dia nk cangkul bang.. anto pkai angin jer
Cerita 1st yang mana satu ye ? Tak dapat nak recall lah
ini sambungan dari kisah mana satu ea? aku dah hampir baca semua cerita ,jadi mana aku ingat ..huhu…
yelah..blur kejap sambungan daripada cerita mana satu
Yeah samaa..
Tolong sesiapa bagitahu ni sambungan yg mana.
ini sambungan dari cerita bertajuk ” Kisah Akak ” …cuba cari ….
Sedihnya. X tenang hidup. Napalah org suka buat khianat?
tak dapat recall lah sambungan yg mana. nama penulis pun tkde hint hint