Roh Hantu China Ikut Balik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca FS. Saya pon salah satu pembaca FS jugak tak pernah miss hehe so hari ni terbuka hati nak share pengalaman seram. Tak tahu lah bagi korang seram ke tak tapi aku rasa aku nak share jugak benda ni supaya korang2 kat luar sana tu bole berjaga dan tak terkena macam aku terkena ni ek.

Korang semua mesti tahu kan kalau Chinese ada macam perayaan yang untuk halau hantu ke apa tu. Tak tau la. Lepas tu kadang2 kat tepi2 jalan kan ada bendera2 tulisan chinese kan. Ada sesetengah tu dekat dengan bendera tu siap ada bekas cucuk colok la apa bagai semua lah.

Okay ada 1 malam tu, aku dan family aku ni baru balik dari Penang dalam pukul 10 malam lebih camtu. Abang aku tiba-tiba berhenti dekat tepi jalan nak cari barang dia yang terjatuh kat celah seat tu, pastu sempat kol abang aku no 2 kat rumah tolong tapaukan dia nasi kandar hehe. Lampu jalan pon masa tu malap je, hujan renyai-renyai. Mak aku dah tak sedap hati suruh abang aku jalan je dulu nanti berhenti kat stesen minyak ke apa ke.

Tapi abang aku buat bodoh je, dia cakap kejap je. Tak pelah. Masa tu aku kat belakang tengok kiri dari jauh nampak la rumah flat. Lepas tu baru aku perasan, abang aku berhenti betul-betul baik punya sebelah bendera ni siap ade sisa kertas yang dah dibakar kat situ. Masa tu aku pon fikir tak ada apa-apa la kot tapi bila dah lama-lama stay kat situ rasa macam seram sejuk plak, rasa macam diperhatikan.

So abang aku pon teruskan perjalanan sampai rumah. Lepas makan mandi semua aku pon lena awal sebab letih sangat-sangat. Malam tu aku mimpi dahsyat giler sampai sekarang aku tak bole lupa. Dalam mimpi tu aku dekat satu kawasan perumahan ada bangunan lama, lepas tu ada macam rumah resort tu pon ada. Family aku semua tak suka kat aku, benci kat aku diorang jauhkan diri dari aku. Bila aku nak pergi dekat diorang je, ada benda datang kat aku. Rupa dia macam lelaki tua pakaian dia pon ala-ala orang cina zaman dulu-dulu. Pastu pegang tongkat, dia marah kat aku sambil cakap bahasa pelik aku pon tak faham.

Lepas tu tiba-tiba je kaki aku sakit sangat sampai aku melutut depan dia. Menangis tak boleh gerak bangun semua. Lama jugak aku duk macam tu, aku cuba panggil mak ayah aku kat situ diorang tak berpaling langsung. Mulut aku pon cuba baca ayat kursi tapi uncle tua tu gelak je kat aku. Last sekali aku tersedar dah siang dan aku rasa sakit sangat dekat paha aku sebelah kiri tak tahu kenapa. Bangun je aku baca ayat kursi segala ayat la doa yang aku tahu. Lepas tu alhamdulilah tak ada apa pon.

Aku cerita kat mak aku benda ni, mak aku ni dia boleh rasa gak kadang-kadang kalau ada benda datang kacau, so dia cakap benda tu mungkin datang kacau sebab badan aku lemah kot. Mak aku cakap dia dah rasa lain dah bila abang aku berhenti kat tepi bendera tu. Rasa macam ada yang tak kena lah. Sebulan lepas tu, bos cina tempat aku keja tu bukak cerita hantu cina. Pastu dia cerita la pasal hantu cina semua ni. Dan dia pon cakap jangan pegi duduk dengan dekat bendera tu sebab nanti roh dekat situ akan ikut kita balik. So kesimpulannya korang jangan duduk kat situ kalau tak de keje okay. Sekian

.

Kucing Malas
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. mungkin masa tu kau terbawa2 rasa seram tu sampai ke tidur. sebelum tidur selain kena baca doa dan ayat sekian2,dan ambil wuduk,fikiran pun kena kasi bersih dulu. banyak sangat fikir.

  2. mimpi buruk jer ni…ketakutan terbawa2 ke tidur….kaki cramp tu biasa jer…aku yg tak mimpi hantu pun selalu jadi sakit kat kaki,kat peha…muscle cramps

  3. Pulak. Huhu.. Don’t think too much dear. Sblm tido, baca ayat pending diri. Actually sblm masuk rumah tu, Baca ayat Qursi, bagi salam and langkah kaki kanan,. Insha Allah, takde ape2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.