Gelang Kaki Berloceng 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera awak awak semua. Saya Lina, penulis Gelang Kaki Berloceng 1-7. Thank you admin sebab pulangkan gelang kaki manik hijo kita tu, hihi. Aku rasa habis dah kot kejadian kejadian horror semasa aku bergelar student. Aku rasa lah. But its okay, kalau ada yang tercicir, aku boleh selitkan. Kot kot la mana tahu cerita aku ni boleh cecah sampai part 20 30 kan kan, haha.

Before that, aku minta maaf pada pembaca jika penulisan aku tak berapa baik dan penggunaan bahasa aku tak berapa formal terkadang ada unsur carutan sekali aku buboh, Im so sorry ye. Now nak continue part 8 pulak. Kalini pada aku tak berapa nak seram sangat. Tapi aku nak cerita jugak, haha. Ia bermula dimana musim aku menanam anggur selepas selesai menuntut ilmu di ipta. Aku pilih untuk menanam anggur sebulan dua je, kononnya nak rest sekejap memandangkan selama 3 tahun aku berhempas pulas untuk kejar anugerah ‘dekan’ di ipta. Try hard kan bunyi dia? Huhu.

Tengah tengah aku syok layan Crisis Action dalam hp. Tiba tiba ada text masuk, dari maksu aku. Begini textnya…

Maksu: Kakak (panggilan comel aku dalam whole family belah mak aku, sebabnya aku seorang je perempuan dalam keluarga ni aka satu satunya cucu perempuan yang nenek aku hado)

Aku: Yes maksu, awatnya?

Maksu: Minggu depan Rabu sampai Jumaat maksu nak pergi rumah maksu dekat Perak sana. Saje lepak lepak, kakak nak ikut?

Aku: Nak! Yeyey yeyey pergi rumah maksu yeyey! (excited kan? takpe, maksu aku tahu perangai anak buah dia yang gelenyar ni, haha)

Maksu: Okay, nanti bagitahu mak atau siapa siapa nak ikut, jom.

Aku: Alright bebeh!

Salam perkenalan korang dekat maksu aku ye. Maksu ni adik kepada my mum. Aku dengan maksu memang rapat since aku kecik. Dari maksu belum kahwin sampai la sekarang dah beranak dua. Aku selalu kidnap anak maksu bawak balik rumah aku. Btw, aku iktiraf diri aku sendiri as a babysitter maksu aku, haha. Aah, rumah kami dekat dekat jeww, huhu. Maksu ada rumah dekat Perak, dulu masa maksu pregnant anak kedua, maksu pernah duduk sana sekejap. Which is masa tu aku di ipta. Tapi….maksu tak tahan.

Maksu kata dekat sana tak tenang. Asyik kena kacau. I thought maksu kena kacau sebab dia kan wanita pregnant masa tu, so benda mistik ni suka la. Hahaha itu pemikiran aku, pemikiran engkorang aku tak tahu la macam mana pulak kan. Jadi, memang aku tak ada tanya maksu pun jenis atau kuantiti benda yang ganggu maksu. Dalam beberapa bulan, I think 5-6 bulan macam tu kot, tak berapa nak ingat sangat la weh, sorry. So dalam jangka masa tu, dia patah balik ke Selangor duduk rumah lama dia dimana dekat dengan rumah aku.

Okay. Back to ‘percutian’ aku di rumah maksu, Perak. Kami pergi dua kereta saje. Maksu dan paksu serta dua orang anaknya, dan aku bersama adik serta sorang lagi cousin. Aku namakan dia Mamat (anak makngah). Mamat ni muda 2 tahun je dari aku. Macam biasa lah, aku jadi driver untuk adik dan Mamat. Kami gerak 11pm. Sampai sana 6am macamtu. Kejap kejap kang singgah rnr, em biasalah. Maksu ada anak kecik time tu.

Sesampai je rumah maksu, aku lah orang paling excited sekali. Bersih, sebab kawasan rumah baru. Rumah Semi-D, terdapat banyak unit jugak. Kira macam tak ada lah scary kan. Paling best bila bukak je pintu belakang rumah maksu, haa kau sawah bendang luas gila! Cantik Ya Rabbi! Penat driving aku tolak tepi dulu. Aku dahulukan selfie. Kahkah. Pose sana pose sini, golek sana golek sini, okay cun! Gambar cantik.

Masuk rumah unpack barang, tolong maksu kemas kemas rumah sikit, jadi babysitter anak dia. Bila yang si kecik dah tidur, aku pun bergosip la dengan maksu serta berpulun pulun pujian aku kasi kat maksu, rumah dia best! Borak punya borak, sampai aku terlena mungkin penat driving. Sedar sedar dah petang, fuhh. Hari pertama sampai, kami tak ada plan ke mana mana pun. Duduk rumah saje. Lagipun aku berat nak keluar rumah, rumah maksu dah cukup best.

Okay aku ringkas kan cerita la ye, malam pertama tak ada apa apa yang berlaku even penyakit aku yang susah nak tidur di tempat baru tak pernah hilang. Cerita bermula pada malam Jumaat dimana malam kedua aku di rumah maksu. Maksu bagitahu aku si kecik tu demam. So nak pergi cari klinik 24 jam. Em aku perasan jugak si kecik tu sejak datang rumah ni, asyik meragam. Pasaipa taktau. Tinggallah aku, adik & mamat dekat rumah.

Tunggu punya tunggu, maksu tak balik balik lagi. Hari semakin gelap. Aku tengok mamat dah lena. Adik dah mamai mamai dah. Aku masih segar bugar. ‘Seronoknya kalau aku boleh lena macam korang’ dengus hati aku. Tiba tiba bunyi orang panggil depan pagar rumah ‘Tolong nak..tolong makcik nak..’ lembut dan dalam masa yang sama bunyi dia memang betul betul dalam kesusahan. Aku tinjau dekat tingkap, ‘eh, makcik tua ni kenapa? Kesiannya malam malam macam ni dekat luar rumah. Mana anak dia?’ bisik hati aku. Aku pun lurus sangat. Aku bukak pintu, aku keluar ke gate depan rumah dimana tempat makcik tu berdiri. Perbualan kami…

Aku: Makcik cari siapa?

Makcik: Saya nak balik rumah saya.

Aku: Rumah makcik dekat mana?

Makcik: Situ. *dia tunjuk rumah maksu

Aku: *dengan berlapis kedutan di dahi aku, aku toleh ke arah dia tunjuk tu* tapi tu rumah… *SAPPP DIA DAH TAK ADO!

Dia hilang dengan pakej mengilai weh. Masa ni aku rasa macam aku ada seribu kaki. Aku lari masuk rumah. Aku tengok adik dengan mamat memang dah lena. Aku cuba kejut, tak lut. Pengsan agaknya masing masing. Aku masuk bilik capai hp, laju aku hantar text dekat maksu tanya dia dekat mana. Tapi tak ada jawapan, sebab tak delivered. Aku try call pun tak dapat. Aku pasang ayat kursi dalam hp sambil selubung dalam selimut. Lama lama bunyi mengila tu hilang. Aku decided nak keluar tidur dengan adik dan mamat. Dalam perjalanan aku keluar bilik….

Tiba tiba aku dengar bunyi tingkap dapur macam ada orang ketuk, bila aku tinjau, aku nampak poch berdiri tegak dkt luar sana. Mengadap mana aku tak tahu, sebab aku tak nampak muka. MasyaAllah, mau gugur jantung masa tu. Aku menjerit la, apa lagi. Mamat dan adik pun tersedar. Depa dok tanya pasepa pasepa, aku teriak ja tak jawab apa pun. Scary weh. Adik suruh aku tidur dengan diorang sekali, katanya aku pucat teruk. Aku pun dah orang ajak kan, laju je lah huhu. Alhamdulillah lena malam tu.

Keesokan pagi nya, aku tengok semua tengah sarapan. Penangan malam tadi, buat aku demam. Aku cerita dekat maksu, maksu kata malam tadi dalam perjalanan nak balik dari klinik, tiba tiba ada sorang makcik tua bongkok melintas jalan dan since tu sepanjang perjalanan diorang ada bau busuk je. Jadi paksu kata kena singgah mana mana masjid dulu takut benda tu ikut balik rumah. Em padahal aku dah kena dulu dah malam tadi huwaaa! Yang pasal poch tu maksu aku kata “dekat sawah tu memang banyak. Nasib baik tak tunjuk muka. Dulu maksu duduk sini, sawah tu dah macam playground dia tengah malam” WHATTTTT?!

Mamat terdengar perbualan aku dengan maksu, terus dia tanya…

Mamat: Kakak ada keluar rumah ke malam tadi?

Aku: Ada lah, kakak dengar ada ‘makcik’ mintak tolong dekat pagar luar.

Mamat: Aik? Malam tadi mamat nak minum air dekat dapur, mamat nampak kakak tidur dalam bilik.

Aku: Ah kau ni mamat, kakak punya lah tak tidur malam tadi kau boleh kata kakak tidur.

Mamat: Betul, mamat nampak kakak tidur.

Aku & maksu: Hmmm… nasib baik kita nak balik dah petang karang.

Time balik, aku suruh mamat drive memandangkan aku tak berapa sihat. Dalam perjalanan tu, aku scroll gambar dalam hp untuk upload di instagram. Cantik gambar gambar ni semua. Tiba tiba jari aku terberhenti scroll, mata aku terpanah dekat satu gambar yang diambil oleh adik, semasa matahari nak terbenam. Aku tunjuk dekat adik. Adik tanya aku. “Siapa makcik bongkok sebelah kakak tu?” Berhuhu la kami dalam kereta.

Sejak peristiwa di sawah durjana tu, lepas ni engkorang nak kata sawah itu indah terbentang luas burung pun turut berkicauan ke apa aku malas nak layan. TOTALLY NO FOR SAWAH! Chow~

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Gelang Kaki Berloceng 8”

  1. Salah gelang daaa…
    Admin mening dh ni…
    Heheheheeee…

    Haaaa…ameekkk…
    Memule sket punye excited ko ngan sawah tu kan…
    Selpi siap bergolek2 bagai…
    Udahnye skrg dh banned plak segala sawah…
    Hahaahah lawak…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.